---- B e r i t a ~~~ S e m a s a ---

Solatlah diawal waktu, perkara yang disukai Allah. Amalkan solat witir, kerana Allah menyukai witir(tidak berpasangan/ganjil). Banyakkan selawat keatas junjungan Nabi Muhammad SAW.

Saturday, May 23, 2020

Monday, May 18, 2020





MUNAJAT RAMADHAN…

Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim,

Dalam dakapan Ramadhan yang suci ini, dengan rasa rendah diri, kami yang kerdil dan hina ini memohon doa dengan penuh pengharapan kepada Mu Ya Allah, semoga Engkau sudi mendengar permintaan kami, kerana sesungguhnya Engkaulah Tuhan yang Maha Mendengar.

Ya Fattahu Ya 'alim,

Ajarkanlah kami yang lemah ini untuk melihat jalan keluar dari semua masalah yang membelenggu kami, bukakanlah hijab kepada kami yang tak mampu melihat setiap kebaikan pada kejadian dan takdirmu. Ya Allah, takdirkanlah yang baik-baik untuk diri kami, janganlah kau menguji kami pada apa yang tidak mampu kami lalui. Bukakanlah pintu-pintu rahmat Mu untuk kami Ya Allah.

Ya Allah Rabbul Jalil,

Sejahterakanlah untuk kami dengan kesihatan yang baik, supaya dengannya kami dapat beribadah kepadaMu. Ya Allah, ampunkanlah segala dosa kami, kerana kami terlalu byk dosa kepadaMu Ya Allah. Kami lupa akan Engkau ketika sihat, kami ingat padaMu bila ditimpa sakit, Kami lupa kepadaMu ketika senang, kami ingat kepadaMu bila datang kesusahan. Kami lupa kepada Mu disaat kami gembira, Kami ingat kepada Mu ketika sedih dan kecewa, Kami habiskan usia muda dengan keseronokan dunia, kami mula mengingati Mu ketika usia sudah tua, justeru ya Allah, ampunilah semua dosa kami, berilah kekuatan kepada kami untuk melawan hawa nafsu dan dunia yang sentiasa melalaikan kami daripada mengingati Mu Ya Allah.

Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim,

Ampunkanlah dosa kedua ibubapa kami, setiap titik susu ibu yang mengalir dalam diri kami, kau gantilah dengan kebajikan untuknya yang boleh membawanya ke syurga Mu Ya Allah, Ya Rahman, pada setiap keringat yang mngalir pada tubuh ayah kami dalam mencari rezeki kepada keluarga kami, kau gantikanlah dengan keampunan yang membawa ke syurga Mu Ya Allah. Sesungguhnya pengorbanan mereka tidak akan mampu kami membalasnya. Bahkan terkadang mereka hidup dalam kesusahan dan kesempitan, sedangkan kami berada dalam kesenangan dan kemewahan, Justeru kurniakanlah kepada kedua ibubapa kami tempat yang istimewa di syurga Mu ya Allah

Ya Allah

Kami juga memohon ampun untuk kaum kerabat kami, sahabat-sahabat kami dan guru-guru kami yang terlebih dahulu pergi meninggalkan kami ke alam barzakh, golongkanlah mereka dalam golongan orang-orang yang Engkau redhai, apabila tiba pula giliran kami menuju barzakh Mu, maka Kau ambillah kami dalam keadaan yang baik-baik, dalam keampunan dan rahmat Mu Ya Allah.

Ya Allah Ya azizz

Kurniakanlah kepada kami jiwa yang tenang dan tenteram, hiasilah hati kami dengan sifat syukur, redha, sabar, ikhlas, amanah dan bertanggungjawab. Kau jauhkanlah daripada kami sifat ujub, riak, takabbur, fitnah, mengadu domba, sangka buruk dan khianah.

Ya Rashid, Ya Rahman, Ya Rahim

Jika ada dikalangan kami mereka yang diuji dengan kesusahan, maka kau bantulah mereka, permudahkanlah urusan mereka, jika ada di kalangan kami mereka yang bersedih hati, berikanlah ketenangan dan jln keluar kepada mereka, jika ada di kalangan kami sedang berhajat dengan keperluannya, maka tunaikanlah hajat mereka, dan cukupkanlah keperluan mereka, jika ada di kalangan kami mereka yang diuji dengan sakit, maka kau sembuhkanlah mereka Ya Allah, agar dapat beribadah bersama kami. Jika ada dikalangan kami mereka yang derhaka kepada ibubapa atau terkurang dalam melayani mereka, maka kau ampunilah mereka, jadikanlah kami anak-anak yang taat dan berbakti. Sesungguhnya Engkaulah Tuhan yang Maha Mendengar dan Mengasihi…

Ya Allah Ya Malikal Mulk

Ya Razak, Ya Fattahu Ya 'Alim

Kurniakan kepada kami rezeki yang halal lagi diberkati dan jadikanlah dengan rezeki itu kami semakin dekat denganMu, sebaliknya, janganlah kau jadikan kami daripada golongan yang lupa diri setelah mendapat kurniaannMu.
Ya Allah. Bantukanlah kami dalam menjalankan urusan agama kami, Elokkanlah urusan dunia kami, yang padanya tempat kami mencari kehidupan, Elokkanlah urusan akhirat kami, yang padanya tempat kami akan kembali untuk selama2nya, jadikanlah kehidupan kami ini sebagai tambahan segala kebaikan kepada kami, dan jadikanlah kematian sebagai ketenangan kepada kami dari segala kejahatan, Sesungguhnya kami ingin kembali kepadaMu dengan jiwa yang tenang….

Ya Allah Ya Zal Jalali Wal Ikram

Ya Allah, Janganlah kau jadikan ramadhan ini sebagai yang terakhir buat kami, temukanlah kami dengan Ramadhan yang akan datang

Tapi, andai ini Ramadhan terakhir buat kami, jadikankanlah puasa kami sebagai puasa yang Kau rahmati, jadikanlah ramadhan ini paling bererti, penuh dengan cahaya iman, menerangi kegelapan hati kami menuju redha serta kasih sayang Mu Ya Allah, jadikanlah ramadhan ini sebagai penghapus dosa2 kami. Ya Allah, temukanlah kami dengan lailatul qadr, pilihlah kami dikalangan hambaMu yang dapat beramal di malam al-Qadr. Ya Allah, terimalah amalan kami, terimalah taubat kami, ampunkanlah segala dosa kami. amankanlah kehidupan kami disana nanti yang kekal abadi, kurniakanlah kepada kami syurgamu yang maha luas nikmatnya…

Saturday, May 16, 2020

لسلام عليكم ورحمة الله وبركاته
الحمد لله الذي احيانا بعد ما اماتنا واليه النشور

Perbanyak Doa Keampunan Di Malam Lailatul Qadar

عَنْ عَائِشَةَ قَالَتْ قُلْتُ يَا رَسُولَ اللَّهِ أَرَأَيْتَ إِنْ عَلِمْتُ أَيُّ لَيْلَةٍ لَيْلَةُ الْقَدْرِ مَا أَقُولُ فِيهَا قَالَ قُولِي اللَّهُمَّ إِنَّكَ عُفُوٌٌّ تُحِبُّ الْعَفْوَ فَاعْفُ عَنِّي

Daripada Aisyah radhiyallahu ‘anha, ia berkata, “Aku pernah bertanya pada Rasulullah SAW, iaitu jika ada suatu hari yang aku tahu bahawa malam tersebut adalah lailatul qadar, apakah doa yang mesti aku ucapkan?” Jawab Rasululullah SAW: “Berdoalah: Allahumma innaka ‘afuwwun tuhibbul ‘afwa fa’fu’anni  (Ya Allah, sesungguhnya Engkaulah yang maha pengampun dan Engkau sentiasa memberi pengampunan atas kesalahan hambamu, maafkanlah segala kesalahanku” (Sunan Tirmizi No: 3513) Dar Kutub Ilmiyyah.  Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1.  Sepuluh malam terakhir dari bulan Ramadan menuntut kita memperbanyak amal ibadah termasuklah memperbanyakkan doa.

2.  Rasulullah SAW menganjurkan kita agar perbanyakkan doa memohon ampun di sepuluh malam terakhir dari Ramadhan khususnya apabila menemui lailatul qadar.

3.  Kita bertawasul dengan sifat ‘afwu (Maha Pemaaf Allah) dengan memohon agar Allah  memaafkan dosa yang kita lakukan.

اللَّهُمَّ إِنَّكَ عُفُوٌٌّ تُحِبُّ الْعَفْوَ فَاعْفُ عَنِّي

"Ya Allah, sesungguhnya Engkaulah yang maha pengampun dan Engkau sentiasa memberi pengampunan atas kesalahan hambamu, maafkanlah segala kesalahanku”

Marilah kita perbanyakkan doa ini memohon ampunan dari dosa dan kesalahan kita. Moga Ramadan ini benar-benar membersihkan diri kita.

Wednesday, April 29, 2020

SALAM RAMADHAN WARGA SAT

ANTARA AMALAN MULIA DIBULAN RAMADHAN ADALAH AMALAN BERSEDEKAH.WALAU PUN SEKADAR AMALAN SUNAT TAPI DIBERI GANJARAN SEPERTI AMALAN WAJIB.

MAKA MARI LAH KITA SAMA² MENGAMBIL PELUANG INI DENGAN MENERUSKAN AMALAN BERSEDEKAH DAN NIATKAN SEDEKAH TUAN²/PUAN AGAR PAHALANYA DI SAMPAIKAN KEPADA IBU BAPA KITA.

*YA Allah Aku ikhlas bersedekah kerana Mu ya Allah dan aku memohon agar pahala sedekah ku ini di sampaikan kepada kapada kedua org tua ku.


MAKA AMBIL LAH KESEMPATAN INI DAN JANGAN SESEKALI DITINGGALKAN AMALAN BERSEDEKAH INI WALAUPUN SEHARI DIBULAN RAMADHAN

Kepada sesiapa yang ingin bersedekah selama 30 hari penuh srmpena ramadhan ini boleh membuat sumbangan kepada Surau At-Tarbiyyah, Bukit Indah Ampang dengan niat sumbangan rm1 sehari @rm30 untuk 30 hari.

SUMBANGAN BOLEH MELALUI ON-LINE BANK ISLAM  NO AKAUN

1403 2010 0213 11


REBUTLAH PELUANG KEBERKATAN BERSEDEKAH DIBULAN RAMADHAN INI DAN SEMOGA KITA DIKURNIAKAN KEBERKATAN DAN KEMURAHAN REZKI YG BERTERUSAN.

Pengerusi dan AJK
Surau At-Tarbiyyah.

Tuesday, April 28, 2020

Thursday, April 23, 2020