Mesyuarat Agung Khas Pencalonan AJK Sesi 2027-2031 akan diadakan pada malam ni 24hb Sep 2026, selepas maghrib. Semua ahli jemaah dijemput hadir bagi menjayakan proses pencalonan AJK baru Surau At-Tarbiyyah, bagi Sesi 2027-2031.
---- B e r i t a ~~~ S e m a s a ---
Thursday, September 24, 2026
Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke-16
Alhamdulillah. Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke-16 telah selamat diadakan dan berjalan dengan lancar. 75 jemaah telah hadir bagi menjayakan Mesyuarat Tahunan Kali Ke-16. Mesyuarat bermula tepat jam 8:00 malam, dan berakhir pada jam 9:10 malam.
Thursday, September 17, 2026
Friday, August 21, 2026
Naik taraf dataran parkir surau
Selawat Ibrahimi
عَنْ كَعْبِ بْنِ عُجْرَة قَالَ: لَمَّا نَزَلَتْ: {إِنَّ اللَّهَ وَمَلائِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى النَّبِيِّ يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا صَلُّوا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا تَسْلِيمًا} . قَالَ: قُلْنَا: يَا رَسُولَ اللَّهِ قَدْ عَلِمْنَا السَّلَامَ فَكَيْفَ الصَّلَاةُ عَلَيْكَ "قُولُوا: اللَّهُمَّ صِلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ. وَبَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ كَمَا بَارَكْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ. إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ". وَكَانَ عَبْدُ الرَّحْمَنِ بْنُ أَبِي لَيْلَى يَقُولُ: وَعَلَيْنَا مَعَهُمْ.
Daripada Ka'b ibnu Ujrah RA berkata, bahawa ketika diturunkan Firman Allah SWT: Sesungguhnya Allah dan Malaikat-Nya berselawat ke atas Nabi. Wahai orang-orang yang beriman, berselawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya (Surah al-Ahzab: 56) Lalu kami bertanya: "Wahai Rasulullah, sesungguhnya kami telah mengetahui bagaimana cara mengucapkan salam penghormatan kepadamu, tetapi bagaimanakah caranya mengucapkan selawat untukmu?". Rasulullah SAW menjawab: Ucapkanlah: "Ya Allah, limpahkanlah selawat buat Muhammad dan keluarganya, sebagaimana telah Engkau limpahkan selawat buat Ibrahim dan keluarganya. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Mulia. Dan limpahkanlah barakah buat Muhammad dan keluarganya sebagaimana telah Engkau limpahkan berkah buat Ibrahim dan keluarganya. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Mulia.” Dan perawi Abdur Rahman ibnu Abu Laila mengatakan, "Dan semoga dilimpahkan (Rahmat) juga kepada kami bersama dengan mereka." (HR Bukhari No: 2497) Status: Hadis Sahih
Pengajaran:
1. Berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW adalah suatu yang dituntut kepada setiap Mukmin.
2. Menurut Abul Aliyah, yang dimaksudkan selawat dari Allah ialah pujian-Nya kepada Nabi SAW. Selawat dari para malaikat ialah doa daripada para Malaikat untuk Nabi SAW.
3. Sufyan As-Sauri mengatakan bahawa selawat dari Allah adalah rahmat-Nya, dan selawat dari para malaikat adalah permohonan ampun bagi yang bersangkutan.
4. Al-Qurtubi menafsirkan bahawa perintah berselawat dalam al-Quran bukan hanya satu ibadah sunat, bahkan merupakan tanda penghormatan tertinggi kepada Nabi SAW. Selawat kepada Nabi SAW adalah salah satu ibadah yang mendatangkan syafaat daripada baginda di akhirat kelak.
5. Rasulullah SAW mengajarkan cara berselawat ke atas baginda. Selawat yang afdhal adalah selawat yang dibaca semasa tahiyat akhir setiap solat (Mustika Hadis 1/259) atau dipanggil Selawat Ibrahimi:
اللَّهُمَّ صِلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ. وَبَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ كَمَا بَارَكْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ. إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ
6. Muslim dituntut berselawat setiap kali menyebut, mendengar atau menulis nama Nabi Muhammad SAW, ganti namanya atau pangkat kerasulan dan kenabian Baginda SAW. Antaranya dengan lafaz:
– صَلَّي اللهُ عَلَيْهِ وَ سَلَّمَ
Atau
– عَلَيْهِ الصّلاَةُ وَالسَّلاَمُ
7. Ibn Rajab menjelaskan: memperbanyakkan selawat akan menambahkan kecintaan kepada Rasulullah SAW; menghidupkan sunnah; membersihkan hati daripada kelalaian; menguatkan hubungan rohani; dan menjadi sebab memperoleh rahmat Allah SWT.
8. Berselawat untuk Nabi SAW menjadi sebab turunnya rahmat Allah dan memperoleh syafaat Nabi. Rabiul Awal, bulan yang mengingatkan kita kepada kelahiran Nabi Muhammad SAW. Jom banyakkan selawat sebagai satu daripada cara mencintai Nabi kita.
Selamat Menyambut Maulidur Rasul SAW 1448
Wednesday, July 1, 2026
Al-Quran Nilai Yang Besar
عَن عُقبةً بنِ عَامِرٍ رَضيِ اللٌهٌ عَنهٌ قَالَ خَرَجَ عَلَينًا رَسُولٌ اللٌه صَلْي اللٌه عَلَيهِ وَسَلٌمَ وَنخَنُ فيِ الصفٌةِ فَقَالَ اَيٌكُم يُحبٌ اَن يَغدُ وَ كُلٌ يَومٍ اِلي بُطحَانَ اَواَلى الَعقَيقَ فَيَاٌتيِ بِنَاقَتَينِ كَومَاوَينِ فِي غَيِر اِثمٍ وَلآ قَظيعَةِ رَحَمٍ فَقُلنَا يَارَسُولَ اللٌهِ كُلٌنَا نُحِبٌ ذَالِكَ قَالَ اَفَلآ يَغدُو اَحَدُكُمَ اِلَى المسَجِدِ فَيَتَعَلَمَ اَوفَيَقَرٌاَ ايَتَينِ مِن كِتَابِ اللٌه خَيرٌلَه مِن نَاقَتَينِ وَثَلآثُ خَيرُلَه مِن ثَلآثٍ وَاَربَعُ خَيرُلَه من اربع ومن اعدادهن من الأبل
Daripada Uqbah ibn Amir al-Juhani RA, beliau berkata: "Rasulullah SAW datang menemui kami ketika kami berada di Suffah, lalu Baginda bersabda: 'Siapakah antara kamu yang suka pergi setiap hari ke pasar Buthan atau Al-'Aqiq, lalu membawa pulang dua ekor unta yang besar dan gemuk tanpa melakukan dosa atau memutuskan silaturahim?' Kami menjawab: 'Wahai Rasulullah, kami semua menyukai perkara itu.' Baginda bersabda: 'Mengapa salah seorang daripada kamu tidak pergi ke masjid, lalu mempelajari atau membaca dua ayat daripada Kitab Allah? Itu lebih baik baginya daripada memperoleh dua ekor unta. Tiga ayat lebih baik daripada tiga ekor unta, empat ayat lebih baik daripada empat ekor unta, dan demikianlah seterusnya mengikut bilangan ayat yang dipelajari atau dibaca, lebih baik daripada bilangan yang sama dari unta tersebut.' (HR Muslim No: 803) Status Hadis Sahih
Pengajaran:
1. Al-Quran merupakan harta yang paling bernilai. Mempelajari, membaca dan mengamalkan akan memperoleh ganjaran yang lebih besar daripada kekayaan dunia.
2. Menurut Ibn Hajar, unta merupakan antara aset yang sangat berharga di zaman Rasulullah. Baginda menggunakan contoh tersebut supaya para sahabat memahami bahawa ganjaran mempelajari al-Quran jauh mengatasi keuntungan harta dunia yang paling bernilai.
3. Menghadiri majlis ilmu adalah ibadah yang mulia. Setiap langkah menuju masjid untuk belajar al-Quran dikira sebagai amal soleh yang besar pahalanya.
4. Al-Quran adalah hidayah dan panduan untuk manusia. Ia perlu dipelajari, dibaca dan diamalkan sepanjang hayat. Setiap ayat yang dipelajari memberi manfaat kepada kehidupan dunia dan akhirat. Walaupun hanya mempelajari dan membaca beberapa ayat setiap hari, ia tetap mempunyai nilai yang amat besar di sisi Allah SWT.
5. Masjid bukan hanya tempat mendirikan solat, bahkan institusi pendidikan, penyebaran ilmu, pembinaan akhlak dan pembangunan masyarakat. Masjid merupakan pusat pembelajaran al-Quran, hadis, fiqh dan pelbagai ilmu yang membina tamadun Islam.
Wednesday, June 17, 2026
Friday, June 5, 2026
Solat Hari Raya Idil-Adha dan Ibadah Korban
Alhamdulillah, dengan limpah kurniaNya, Solat Idil-Adha telah pun diadakan di Surau At-Tarbiyyah tepat jam 8 pagi 27hb Mei 2026 yang lalu bersamaan 13 Zulhijjah 1447H dan disusuli dengan ibadah korban.
Sebanyak 3 ekor lembu disediakan untuk para jemaah menyertai ibadah korban pada tahun ini. Majlis berjalan lancar bermula jam 9 pagi dengan taklimat ringkas kepada para peserta.

.jpeg)
.jpeg)
.jpeg)
.jpeg)
.jpeg)
.jpeg)
.jpeg)

.jpeg)
.jpeg)

.jpeg)

.jpeg)

.jpeg)







.jpeg)
.jpeg)
.jpeg)

.jpeg)


.jpeg)
.jpeg)
