---- B e r i t a ~~~ S e m a s a ---

Selamat menyambut Hari Raya Idul-Fitri 1447H.

Thursday, April 2, 2026

Malaikat Mendoakan Kepada Pendoa

عَنْ أَبِي الدَّرْدَاءِ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَا مِنْ عَبْدٍ مُسْلِمٍ يَدْعُو لِأَخِيهِ بِظَهْرِ الْغَيْبِ إِلَّا قَالَ الْمَلَكُ وَلَكَ بِمِثْلٍ

Daripada Abi Darda RA, beliau berkata, Rasulullah SAW bersabda: 'Tidak ada seorang Muslim pun yang mendoakan kebaikan untuk saudaranya (sesama muslim) dibelkakangnya (tanpa pengetahuannya), melainkan malaikat akan mendoakannya pula: 'Dan bagimu kebaikan yang sama.' (HR Muslim No: 4912) Dar Ihya Kutub Arabiyyah. Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1.  Antara adab persaudaraan dan menjaga ukhuwah sesama Muslim ialah mendoakan kebaikan kepada sahabat kita walaupun mereka tidak tahu.

2.  Mereka yang mendoakan sahabatnya dibelakangnya (tanpa pengetahuannya) lebih dekat kepada keikhlasan kerana tidak mengharap balasannya, malaikat juga akan mendoakan kebaikan yang sama untuknya.

3.  Berdoa untuk orang lain dengan penuh keikhlasan tanpa mengharapkan balasan atau pujian adalah amalan yang disukai oleh Allah. Ia menunjukkan niat yang tulus dan murni untuk kesejahteraan dan kebaikan orang lain.

4.  Doa seseorang kepada sahabatnya ketika berjauhan tidak akan tertolak. Sepertimana hadis Rasulullah SAW:

دُعَاءُ الأخِ لِأَخِيهِ بِظَهْرِ الغَيبِ لايُرَدُّ
"Doa seseorang kepada saudaranya yang tidak ada disisinya, tidak akan tertolak" (HR Al-Bazzar: 500)

5.  Berdoa sesama Muslim dapat mengeratkan hubungan persaudaraan dan menunjukkan rasa kasih sayang serta kepedulian terhadap sesama umat. Ia memperkuatkan ikatan ukhuwah di kalangan umat Islam dan membawa kepada masyarakat yang lebih harmoni.

6.  Dengan berdoa untuk orang lain, kita dapat menghindari sikap ego dan mementingkan diri sendiri. Kita diajar untuk tidak hanya memikirkan kebaikan untuk diri kita, tetapi juga untuk orang lain di sekeliling kita.

7.  Hadis ini mengajar bahawa doa yang ikhlas untuk orang lain adalah amalan yang sangat mulia dan tinggi nilainya di sisi Allah SWT. Ia bukan sahaja mencerminkan kasih sayang sesama Muslim, tetapi juga menjadi sebab turunnya rahmat dan kebaikan kepada diri sendiri melalui doa malaikat.

Marilah kita mendoakan sahabat kita dengan kebaikan. Moga malaikat juga mendoakan yang sama untuk kita

Thursday, March 12, 2026

Sakit sebagai asbab keampunan


✦ DOA PILIHAN ✦

Doa Taubat Ramadan 22

Allahummaghfir lii warhamnii wa alhiqnii bir-rafiiqil a'laa.

"Ya Allah, ampunilah aku, rahmatilah aku, dan temukanlah aku dengan Teman Yang Tertinggi (Allah)." (Riwayat al-Bukhari: 5648)

 

Sakit Sebagai Asbab Keampunan 

Apabila doktor mengesahkan kita atau ahli keluarga yang disayangi menghidap penyakit kritikal seperti kanser, strok, atau kegagalan buah pinggang, dunia terasa gelap sekelip mata. 

Hati mula berbisik, "Kenapa aku? Apa salah aku sampai diuji seberat ini?" 

Ketakutan dan air mata itu sangat normal. Kita ini manusia biasa. 

Namun, perhatikan nota hikmah di sebalik doa ini. 

Ia mengajar kita satu sudut pandang yang akan memberikan kelegaan dan ketenangan yang luar biasa kepada jiwa yang sedang derita.

Doa ini bukanlah lafaz taubat biasa. Ia adalah kalimah terakhir yang terpacul dari bibir mulia Rasulullah SAW sebelum Baginda menghembuskan nafasnya yang terakhir. 

Dalam menanggung kesakitan sakaratul maut yang sangat hebat, Baginda sama sekali tidak mengeluh. 

Sebaliknya, Baginda memohon keampunan, merayu rahmat, dan meluahkan rasa cinta tertinggi untuk 'pulang' bertemu Ar-Rafiq Al-A'la(Teman Yang Tertinggi, iaitu Allah SWT).

Bagi kita hamba yang banyak salah dan silap ini, kita perlu pasakkan dalam hati bahawa sakit yang memenatkan tubuh badan sama ada gugurnya rambut akibat ubat-ubatan, atau sebahagian badan yang lumpuh tidak mampu bergerak bukanlah satu hukuman atau balasan kifarah semata-mata.

Ia adalah proses penyucian. Sakit adalah 'mesin basuh' dosa. 

Allah terlalu sayangkan kita, dan Dia mahu menggugurkan segala dosa kita di dunia ini, supaya kelak kita dapat kembali kepada-Nya dalam keadaan bersih tanpa noda. 

Apabila kita menukar cara kita berfikir tentang kesakitan, penderitaan di katil hospital itu tidak lagi dilihat sebagai pengakhiran yang kejam, tetapi sebagai tiket ekspres ke syurga.

 

Bagaimana Kita Beramal Dengan Doa Ini?

  1. Zikir Di Kala Lemah. Jika tubuh kita terlalu lemah untuk bangun solat, atau mulut tidak mampu lagi melontar suara dengan jelas, sebutlah doa ini di dalam hati. Minta Allah ampunkan dan rahmatilah diri kita dalam setiap hela nafas yang berbaki.
     
  2. Hadirkan Rasa Rindu. Apabila membaca doa ini, niatkan di dalam hati bahawa matlamat akhir hidup kita bukanlah untuk kekal selamanya di dunia, tetapi untuk kembali ke pangkuan Allah dengan hati yang tenang dan reda.
     
  3. Doa Buat Yang Tersayang. Jika anda adalah penjaga (caregiver) kepada pesakit kronik, bisikkan doa ini di telinga mereka. Usap dahi mereka dan doakan agar segala kesakitan yang mereka tanggung hari ini menjadi asbab mereka diangkat ke darjat yang paling tinggi di akhirat kelak.

 Semoga setiap doa dan peringatan dalam tulisan ini menjadi penyubur hati dan penenang jiwa sepanjang bulan yang mulia ini.

وَقُل رَّبِّ اغْفِرْ وَارْحَمْ وَأَنتَ خَيْرُ الرَّاحِمِينَ

Wa qul rabbighfir warham wa anta khayrur raahimiin.

"Dan berdoalah: Wahai Tuhanku, berilah ampun dan kurniakan rahmat, dan sememangnya Engkaulah sahaja sebaik-baik Pemberi rahmat." (Surah Al-Mu'minun ayat 118)

Semoga Allah SWT menerima setiap usaha kita dalam bulan Ramadan ini dan menganugerahkan kita rahmat-Nya yang tiada penghujung.

Wednesday, March 11, 2026

Tuesday, March 10, 2026

Iftar dan solat maghrib bersama YB Altimet

Alhamdulillah, pada 4hb Mac 2026, YB Altimet DUN Lembah Jaya telah pun sudi meluangkan masa bersama jemaah di Majlis Iftar dan bersolat maghrib secara berjemaah. Disamping itu YB juga meninjau keadaan surau yang telah siap naik taraf. YB berpuas hati dengan kerja-kerja yang telah dijalankan.











Wednesday, March 4, 2026

Bertaraweh bersama YB Rodziah Parlimen Ampang

Alhamdulillah, pada 3hb Mac bersamaan dengan 13 Ramadhan 1447H, surau kami telah dikunjungi YB Rodziah Ismail, Parlimen Ampang bagi menunaikan solat Isyak dan bertaraweh bersama jemaah Surau At-Tarbiyyah.

Sempat lah kami bergambar dengan YB, dan beliau sangat kagum dengan perubahan ruang solat surau yang telah dinaik taraf pada bulan Sep 2025 yang lalu, YB juga telah meluluskan peruntukan bagi membantu beban kewangan bagi naik taraf tersebut. Terima kasih banyak-banyak YB, terima kasih daun keladi, tahun ni nak mintak lagi.

Diantara gambar-gambar yang sempat dirakamkan malam tadi:









 

 

Monday, February 16, 2026

Ramadhan Al-Mubaraq 1447H

Bulan Ramadhan datang lagi, semoga kita diberi kesempatan, kesihatan yang baik untuk sama-sama kita menjalani ibadah puasa dibulan Ramadhan yang penuh barakah. Semoga Allah menerima ibadah kita. Selamat berpuasa, bertaraweh, berwitir dan bertadarus.