---- B e r i t a ~~~ S e m a s a ---

Selamat menyambut Maulidul Rasul 1448H.

Tuesday, July 13, 2010

BESARNYA makna DOA YANG KITA LUPAKAN- semasa duduk antara dua sujud

Setiap hari kita memohon didalam solat kita..tetapi sayangnya, kita hanya memohon tanpa memahami.. sekadar tersebut dibibir, tetapi tidak tersentuh dari hati kita selama ini.. Marilah kita mula menghayati ketika kita duduk di antara dua sujud semasa solat.

Dengan rendah hati nyatakanlah permohonan ampun kepada Allah Rabbighfirli (Tuhanku, ampuni aku) Diamlah sejenak, Bukalah dada dan diri kita untuk menerima ampunan dari Allah seperti membuka diri ketika merasakan hembusan angin sepoi-sepoi atau menerima curahan air hujan ketika kita masih kecil .

Tetaplah membuka diri kita untuk menerima ampunan Allah
Ulangi permintaan itu beberapa kali hingga kita merasakan ketenangan, kemudian sampaikanlah permintaan kedua, Warhamni (sayangi aku).

Diam dan tundukkanlah diri kita untuk menerima kasih-sayang Allah yang tak terhitung besarnya Bukalah dada kita seluas-luasnya agar semakin banyak kasih-sayang Allah yang kita terima Ulanglah beberapa kali hingga kita merasa cukup. Berturut-turut sampaikanlah permintaan2 berikut dengan cara sebagaimana tersebut di atas, satu persatu.

Wajburnii (tutuplah aib-aibku)
Warfa'nii (angkatlah darjatku)
Warzuqnii (berilah aku rezeki)
Wahdinii (berilah aku petunjuk)

Wa'Aafinii (sihatkan aku)
Wa'fuannii (maafkan aku)

Setelah selsai, diamlah sejenaklalu sampaikan rasa syukur kita. Betapa besarnya nilai sebuah doa ini..sebuah doa yang kita hanya lewatkan begitu sahaja. Dalam tidak kita sedar selama ini kita seperti sedang berpura-pura memohon sesuatu tetapi hati antara tidak dan mahu pantaslah Allah perlakukan kita begitu. -Wallahua'lam- Ya Allah! Hanya keredhaanMu kami pinta Kurniakanlah hidayahMu kepada kami Rahmatilah kami Amin Yaa Rabbal aa'lamin

Sumbangan: Hj Bahadum b Yusof

Bangunan Tambahan Surau At-Tarbiyyah

Alhamdulillah. Seperti yang kita harapkan, kerja-kerja pembinaan bangunan tambahan Surau At-Tarbiyyah berjalan dengan lancar. Gambar terbaru dibawah menunjukkan kerja-kerja "plaster" telah pun dibuat.

Atap pun telah dipasang sebahagiannya, insyallah, berkat doa semua, bulan Ramadhan nanti dapatlah kita sama-sama menafaatkan bangunan tambahan ini.

Thursday, July 8, 2010

Mesyuarat AJK Kali Ke-2

Assalamualaikum w.b.t.

Mesyuarat AJK Surau At-Tarbiyyah Kali ke-2 akan diadakan seperti berikut:

Tarikh: 13hb Jul 2010 (Selasa)
Tempat: Dewan Solat, Surau At-Tarbiyyah
Masa: Selepas Solat Isyak

Antara agenda yang akan dibincangkan adalah:

  1. Pengesahan Minit Mesyuarat Lepas
  2. Perancangan Ramadhan
  3. Laporan Kewangan
  4. Laporan Lajnah
  5. Perkembangan Ubahsuai Bangunan Baru
  6. Perkara berbangkit

Semua AJK diminta dapat meluangkan masa untuk hadir pada hari tersebut.

Terima kasih.

Setiausaha,
Surau At-Tarbiyyah

Hukum Mengangkat Tangan Ketika Doa Khutbah

Berdoa sambil mengangkat tangan merupakan sunnah Nabi s.a.w.. Akan tetapi, diriwayatkan bahawa khatib apabila berdoa di mimbar hendaklah menggunakan jari telunjuknya dan bukannya mengangkat tangan. Malah salah seorang sahabat ('Umranaarah ibn Ru'aibah) telah mengutuk seorang khatib (Bishr ibn Marwan) yang berdo'a sambil mengangkat tangan dan berkata:

قَبَّحَ اللَّهُ هَاتَيْنِ الْيَدَيْنِ لَقَدْ رَأَيْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَا يَزِيدُ عَلَى أَنْ يَقُولَ بِيَدِهِ هَكَذَا وَأَشَارَ بِإِصْبَعِهِ الْمُسَبِّحَةِ

"Moga Allah memburukkan kedua-dua tangannya. Aku melihat Rasulullah s.a.w. melainkan tidak lebih dari ini dengan tangannya: dan di mengisyaratkan jari telunjuknya" (Hadith Riwayat Muslim, no. 874 dan Abu Daud, no. 1104)

Berkata Imam al-Nawawi rh didalam mensyarah hadith ini: ini menunjukkan adalah sunnah tidak mengangkat tangan ketika khutbah. Ini pandangan Malik dan sahabatnya dan lain-lain. Didalam kitab Tuhfat al-Ahwadhi menyebut bahawa hadith ini menunjukkan bahawa makruh mengangkat tangan, dan begitulah kepada jemaah yang berimamkan dia.

Berkata Syiekh Abdul Aziz bin Baaz rh:

رفع اليدين غير مشروع في خطبة الجمعة ولا في خطبة العيد لا للإمام ولا للمأمومين ، وإنما المشروع الإنصات للخطيب والتأمين على دعائه بينه وبين نفسه من دون رفع صوت

"Mengangkat tangan tidak disyara'kan semasa khutbah Jumaat atau khutbah Eid, samada Imam atau makmum jemaah tersebut. Malah apa yang disuruh adalah mendengar khutbah dengan baik dan menyebut AMIN semasa Imam berdo'a, tanpa meninggikan suara (cukup untuk diri sendiri mendengar AMIN)." (Majmu' Fataawa wa Maqaalaat Mutanawwi'ah Li Samaahah al-Syeikh Ibn Baaz, 12/339)

Kesimpulannya pandangan yang benar
adalah, seseorang itu dibolehkan mengaminkan do'a tanpa meninggikan suara,cukup untuk didengari oleh diri sendiri, dan tidak mengangkat kedua-dua tangan.

Kita rujuk kembali dalil yang menjelaskan larangan kepada Khatib yang sedang berkhutbah mengangkat kedua2 tangannya ketika berdo'a:- dari Imam Muslim (874) dan Abu Daud (1104) telah meriwayatkan:

عَنْ عُمَارَةَ بْنِ رُؤَيْبَةَ أنه رَأَى بِشْرَ بْنَ مَرْوَانَ عَلَى الْمِنْبَرِ رَافِعًا يَدَيْهِ (زاد أبو داود : وَهُوَ يَدْعُو فِي يَوْمِ جُمُعَةٍ) فَقَالَ: ( قَبَّحَ اللَّهُ هَاتَيْنِ الْيَدَيْنِ لَقَدْ رَأَيْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَا يَزِيدُ عَلَى أَنْ يَقُولَ بِيَدِهِ هَكَذَا وَأَشَارَ بِإِصْبَعِهِ الْمُسَبِّحَةِ

"dari 'Umaarah ibn Ru'aibah melihat Bishr ibn Marwaan ketika diatas mimbar mengangkat tangan (Abu Daud menambah: apabila melakukan do'a pada hari Jumaat), dan berkata: 'Semoga Allah menjadikan hodoh kedua-dua tangan. Aku melihat Rasulullah saw tidak menambah apa-apa melainkan seperti ini dengan tangannya' dan mengisyaratkan dengan jari telunjuknya."

Imam Al-Nawawi rh ketika mengulas hadith ini didalam Sharh Muslim menyatakan bahawa ini menunjukkan bahawa bukanlah menjadi sunnah mengangkat tangan bagi khatib ketika sedang membaca doa didalam khutbah jumaat.

Maksud amalan mengisyaratkan jari telunjuk itu adalah kepada khatib yang sedang membaca do'a ketika menyampaikan khutbah; dimana khatib cuma perlu mengisyaratkan sahaja jarinya tanpa mengangkat kedua2 tangannya. Makmum tidak perlu melakukannya, sekadar meng'Amin'kan dengan suara perlahan.

Syiekh Ibn Utsaimin rh mengatakan bahawa dibolehkan mengangkat tangan jika khatib sedang mendo'akan agar diturunkan hujan (istisqaa') dimana Rasulullah pernah mengangkat tangannya ketika berdo'a kepada Allah meminta hujan semasa khutbah Jumaat, dan dilaporkan bahawa makmum juga turut mengangkat tangan. Menurut beliau, didalam situasi lain tidak disunatkan mengangkat tangan semasa khatib menyampaikan khutbah. [Fataawa Arkaan al-Islam, ms 392].

Umumnya, tidak banyak tempat amalan berdo'a yang disyariatkan beramai2 kecuali didalam beberapa keadaan; semasa Imam membaca Do'a Qunut (Nazilah), didalam do'a istisqaa'.

Wallahuwaklam.


Sumbangan: Hj Raduan b Ahmad

Dengan Ihsan: Sdra Nawawi b Subandi

Fiqh-Sunnah Blog


Tuesday, June 29, 2010

Perkembangan Naiktaraf Surau

Alhamdulillah, nampaknya kerja-kerja menaikkan bangunan tambahan surau kita berjalan lancar seperti yang dirancang. Cuaca yang agak baik pada sebelah pagi walaupun mendung merancakkan lagi kerja-kerja pembaikan.

Gambar dibawah diambil pada 29hb Mei lalu ketika bahagian asas tingkat atas baru saja dikonkrit.


Gambar ini pula diambil pada 4hb Jun 2010, dimana tiang-tiang cerucuk telah pun dinaikkan menampakkan bentuk bangunan tambahan ini.

Gambar ini diambil dari sudut yang lain menunjukkan dengan jelas kepada kita bangunan baru ini adalah terdiri daripada tingkat bawah dan atas.


Pada 29hb Jun, batu bata telah pun berdiri megah memenuhi ruang atas, menjelaskan kepada kita rupa sebenar bangunan baru yang diperkatakan. Mengikut Tuan Pengerusi kita, kerja-kerja ini sudah hampir 40%, bermakna 60% lagi sebelum kita menyambut Ramadhan Al-Mubaraq. Insyallah, berkat doa semua, kita sempat menggunakan bangunan baru ni.



Thursday, June 24, 2010

Luasnya Neraka

YA ALLAH YA RAHMAN YA RAHIM, lindunglilah dan peliharakanlah kami, kedua ibubapa kami, isteri kami, anak-anak kami, kaum keluarga kami & semua orang Islam dari azab seksa api nerakaMu YA ALLAH.

Sesungguhnya kami tidak layak untuk menduduki syurgaMu YA ALLAH, namun tidak pula kami sanggup untuk ke nerakaMu YA ALLAH. Ampunilah dosa-dosa kami, terimalah taubat kami dan terimalah segala ibadah dan amalan kami dengan RAHMATMU YA ALLAH......AMIN. .....:

Yazid Arraqqasyi dari Anas bin Malik ra. berkata: Jibrail datang kepada Nabi saw pada waktu yg ia tidak biasa datang dalam keadaan berubah mukanya,maka ditanya oleh nabi s.a.w.: 'Mengapa aku melihat kau berubah muka?'

Jawabnya: 'Ya Muhammad, aku datang kepadamu di saat Allah menyuruh supaya dikobarkan penyalaan api neraka, maka tidak layak bagi orang yg mengetahui bahaw neraka Jahannam itu benar, dan siksa kubur itu benar, dan siksa Allah itu terbesar untuk bersuka-suka sebelum ia merasaaman dari padanya.

'Lalu nabi s.a.w. bersabda: 'Ya Jibrail, jelaskan padaku sifat Jahannam.

'Jawabnya: 'Ya. Ketika Allah menjadikan Jahannam, maka dinyalakan selama seribu tahun, sehingga merah, kemudian dilanjutkan seribu tahun sehingga putih, kemudian seribu tahun sehingga hitam, maka ia hitam gelap, tidak pernah padam nyala dan baranya.

Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan terbuka sebesar lubang jarum nescaya akan dapat membakar penduduk dunia semuanya kerana panasnya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu baju ahli neraka itu digantung di antara langit dan bumi nescaya akan mati penduduk bumi kerana panas besinya.

Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu pergelangan dari rantai yg disebut dalam Al-Quran itu diletakkan di atas bukit, nescaya akan cair sampai ke bawah bumi yg ke tujuh.

Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan seorang di hujung barat tersiksa, nescaya akan terbakar orang-orang yang di hujung timur kerana sangat panasnya, Jahannam itu sangat dalam dan perhiasannya besi dan minumannya air panas campur nanah dan pakaiannya potongan-potongan api. Api neraka itu ada tujuh pintu, tiap-tiap pintu ada bahagiannya yang tertentu dari orang laki-laki dan perempuan.

'Nabi s.a.w. bertanya: 'Apakah pintu-pintunya bagaikan pintu-pintu rumah kami?

'Jawabnya: 'Tidak, tetapi selalu terbuka, setengahnya dibawah dari lainnya, dari pintu ke pintu jarak perjalanan 70,000 tahun, tiap pintu lebih panas dari yang lain 70 kali ganda.' (nota kefahaman: iaitu yg lebih bawah lebih panas) Tanya Rasulullah s.a.w.: 'Siapakah penduduk masing-masing pintu?

'Jawab Jibrail:'Pintu yg terbawah untuk orang-orang munafik, dan orang-orang yg kafir setelah diturunkan hidangan mukjizat nabi Isa a.s. serta keluarga Fir'aun sedang namanya Al-Hawiyah.

Pintu kedua tempat orang-orang musyrikin bernama Jahim. Pintu ketiga tempat orang shobi'in bernama Saqar. Pintu ke empat tempat Iblis dan pengikutnya dari kaum majusi bernama Ladha. Pintu kelima orang yahudi bernama Huthomah. Pintu ke enam tempat orang nasara bernama Sa'eir.

'Kemudian Jibrail diam segan pada Rasulullah s.a.w. sehingga ditanya: 'Mengapa tidak kau terangkan penduduk pintu ke tujuh? 'Jawabnya: 'Di dalamnya orang-orang yg berdosa besar dari ummatmu yg sampai mati belum sempat bertaubat.

'Maka nabi s.a.w. jatuh pingsan ketika mendengar keterangan itu, sehingga Jibrail meletakkan kepala nabi s.a.w. di pangkuannya sehingga sedar kembali dansesudah sadar nabi saw bersabda: 'Ya Jibrail, sungguh besar kerisauanku dan sangat sedihku, apakah ada seorang dari ummat ku yang akan masuk ke dalam neraka?

'Jawabnya: 'Ya, iaitu orang yg berdosa besar dari ummatmu. 'Kemudian nabi s.a.w. menangis, Jibrail juga menangis, kemudian nabi s.a.w. masuk ke dalam rumahnya dan tidak keluar kecuali untuk sembahyang kemudian kembali dan tidak berbicara dengan orang dan bila sembahyangselalu menangis dan minta kepada Allah.(dipetik dari kitab 'Peringatan Bagi Yg Lalai') Dari Hadith Qudsi: Bagaimana kamu masih boleh melakukan maksiat sedangkan kamu tak dapat bertahan dengan panasnya terik matahari Ku.

Tahukah kamu bahawa neraka jahanamKu itu:

1. Neraka Jahanam itu mempunyai 7 tingkat
2. Setiap tingkat mempunyai 70,000 daerah
3. Setiap daerah mempunyai 70,000 kampung
4. Setiap kampung mempunyai 70,000 rumah
5. Setiap rumah mempunyai 70,000 bilik
6. Setiap bilik mempunyai 70,000 kotak
7. Setiap kotak mempunyai 70,000 batang pokok zarqum
8. Di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 ekor ular
9. Di dalam mulut setiap ular yang panjang 70 hastamengandungi lautan racun yang hitam pekat.
10. Juga di bawah setiap pokok zarqum mempunyai70,000 rantai
11. Setiap rantai diseret oleh 70,000 malaikat.

Mudah-mudahan ini dapat menimbulkan keinsafan kepada kita semua.

Al-Quran Surah Al- Baqarah Ayat 159-Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan dari keterangan-keterang an dan petunjuk hidayat, sesudah Kami terangkannya kepada manusia di dalam Kitab Suci, mereka itu dilaknat oleh Allah dan dilaknat oleh sekalian makhluk.

Dari Abdullah bin 'Amr R.A,Rasulullah S.A.W bersabda:

'Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..SEPULUH ORANG YANG MAYATNYA TIDAK BUSUK DAN TIDAK REPUT DI HARI QIAMAT KELAK!!!

Disebutkan di dalam satu riwayat, bahawasanya apabila para makhluk dibangkitkan dari kubur, mereka semuanya berdiri tegak di kubur masing-masing selama 44 tahun UMUR AKHIRAT dalam keadaan TIDAK MAKAN dan TIDAK MINUM , TIDAK DUDUK dan TIDAK BERCAKAP.

Bertanya orang kepada Rasulullah saw : 'Bagaimana kita dapat mengenali ORANG-ORANG MUKMIN kelak di hari qiamat?' Maka jawabnya Rasulullah saw: 'Umatku dikenali kerana WAJAH mereka putih disebabkan oleh WUDHU'.

Bila qiamat datang maka malaikat datang ke kubur orang mukmin sambil membersihkan debu di badan mereka KECUALI pada tempat sujud. Bekas SUJUD tidak dihilangkan.Maka memanggillah dari zat yang memanggil.

Bukanlah debu 'itu dari debu kubur mereka, akan tetapi debu itu ialah debu KEIMANAN' mereka. Oleh itu tinggallah debu itu sehingga mereka melalui titian' Siratul Mustaqim dan memasuki Alam SYURGA, sehingga setiap orang melihat para mukmin itu mengetahui bahawa mereka adalah pelayan Ku dan hamba-hamba Ku.

Disebutkan oleh hadith Rasulullah saw bahawa sepuluh orang yang mayatnya TIDAK BUSUK dan TIDAK REPUT dan akan bangkit dalam tubuh asal diwaktu mati :-

1. Para Nabi
2. Para Ahli Jihad
3. Para Alim Ulama
4. Para Syuhada
5. Para Penghafal Al Quran
6. Imam atau Pemimpin yang Adil
7. Tukang Azan
8. Wanita yang mati kelahiran/beranak
9. Orang mati dibunuh atau dianiaya
10. Orang yang mati di siang hari atau di malam Jumaat jika mereka itu dari kalangan orang yang beriman.

Didalam satu riwayat yang lain dari Jabir bin Abdullah ra sabda Rasulullah saw: Apabila datang hari QIAMAT dan orang-orang yang berada di dalam kubur dibangkitkan maka Allah swt memberi wahyu kepada Malaikat Ridhwan:

'Wahai Ridhwan, sesungguhnya Aku telah mengeluarkan hamba-hamba Ku berpuasa ( Ahli Puasa ) dari kubur mereka di dalam keadaan letih dan dahaga. Maka ambillah dan berikan mereka segala makanan yang digoreng dan buah-buahan SYURGA. '

Maka Malaikat Ridhwan menyeru, wahai sekelian kawan-kawan dan semua anak-anak yang belum baligh, lalu mereka semua datang dengan membawa dulang dari nur dan berhimpun dekat Malaikat Ridhwan bersama dulang yang penuh dengan buahan dan minuman yang lazat dari syurga dengan sangat banyak melebihi daun-daun kayu di bumi.

Jika Malaikat Ridhwan berjumpa mukmin maka dia memberi makanan itu kepada mereka sambil mengucap sebagaimana yang difirman oleh Allah swt di dalam Surah Al-Haqqah bermaksud :

'Makan dan minumlah dengan sedap disebabkan AMAL yang telah kamu kerjakan pada HARI yang telah LALU itu.'

Tuesday, June 22, 2010

Tafsir Surah Al-Falaq

Firman Allah dalam Surah Al-Falaq yang bermaksud: "Katakanlah wahai Muhammad, Aku berlindung kepada Allah yang mmenciptakan sekalian makhluk. Daripada bencana makhluk-makhluk yang Dia ciptakan. Dan daripada bahaya malam apabila gelap. Dan daripada kejahatan tukang sihir yang menghembus pada simpulan, tangkal. Serta daripada kejahatan pendengki apabila dia berdengki."

Seorang Yahudi bernama Labid b Al-A'sam daripada Bani Zuraiq, salah seorang munafik telah mengenakan ilmu hitam (sihir) terhadap Nabi Muhammad s.a.w.

Dia telah mengambil rambut Nabi Muhammad dan membuat sebelas ikatan (simpulan) dan meletakkannya di bawah sebuah batu berhampiran dengan telaga bernama Zarwan. Akibatnya, Nabi Muhammad s.a.w telah mengalami kekeliruan dan waswas tentang perkara yang telah dilakukan atau yang belum dilakukan Baginda (walaupun perkara itu tidak mempengaruhi ajaran atau sifat kenabian Baginda s.a.w).

Dalam keadaan itu, malaikat Jibril turun menghadap Baginda dan memberitahu perkara yang sebenar dan menyampaikan dua surah iaitu Surah Al-Falaq dan Surah Al-Nas. Baginda bersama-sama para sahabat pergi ke telaga tersebut dan mengalihkan simpulan rambut tersebut.

Ketika setiap kali surah dibaca, simpulan itu terurai dengan sendirinya dan setelah simpulan ke-11 terurai, maka bebaslah Baginda daripada pengaruh ilmu hitam tersebut.

(Tafsir Ibn Kathir dan Ma'arif Al-Quran)

Monday, June 21, 2010

Muflis di Akhirat

"Adakah kamu semua mengetahui siapakah orang yang muflis?" Sebagaimana biasa, salah satu teknik didikan Rasulullah s.a.w adalah dengan cara komunikasi dua hala iaitu dengan mengemukakan persoalan, diikuti penjelasan Baginda kepada persoalan tersebut.

Para sahabat menjawab, "Muflis dalam kalangan kami ialah orang yang tidak berduit dan tidak memiliki sebarang harta". Jawapan tersebut adalah berdasarkan kefahaman umum masyarakat ketika itu dengan kalimah muflis.

Bahkan pada zaman sekarang, apabila disebut kalimah muflis, maka yang terlintas di dalam fikiran kita ialah seseorang yang tiada duit dan harta serta memiliki liabiliti (hutang) yang tidak mampu dibayar.

Lantas Rasulullah s.a.w menerangkan apakah pengertian muflis yang dimaksudkan. Baginda bersabda yang bermaksud: "Orang yang muflis dalam kalangan umatku ialah seseorang yang dibangkitkan di akhirat kelak bersama-sama dengan pahala solat, puasa dan zakat yang pernah dilakukan semasa didunia.

Namun pada masa yang sama, dia juga membawa dosa memaki hamun orang lain, memfitnah, memakan harta orang, menumpahkan darah dan memukul orang. Waktu perbicaraan, diambil pahalnya (simuflis) dan dibayar kepada mangsa-mangsa tersebut.

Dan sekiranya telah habis pahalanya, diambil pula dosa-dosa mangsanya, lalu dibebankan kepada simuflis. Kemudian dia dihumbankan ke neraka!" (Riwayat ABu Hurairah). Penjelasan Baginda ini cukup menggerunkan hati-hati orang yang tersemai iman di dasarnya, mereka bimbang sekiranya terjerumus ke kancah muflis.

Saturday, June 12, 2010

Selamat Pengantin Baru Mohd Azhar & Nor Sabrina

Amin...Amin...Amin... Ya Robbal'alamin!!! Syukur Alhamdulillah, kehadhrat Allah jua kita panjangkan rasa kesyukuran dan kenikmatan yang telah dikurniakan kepada kita semua. Hari ini terciptalah satu sejarah dalam keluarga Tn Hj Roslan dan Hjh Hasnah sekeluarga atau lebih senang dikenali dengan panggilan Cikgu Roslan dan Kak Hasnah.

Tanggal 5hb Jun 2010 yang lalu, rombongan mereka sekeluarga telah selamat ke Kuala Krai , Kelantan untuk upacara akad nikah anakanda mereka Mohd Azhar b Hj Roselan dan pasangannya Nor Sabrina bt Mohd Nor.

Hari ini, 12hb Jun 2010, tibalah pula giliran Cikgu Roslan sekeluarga mengadakan majlis sambut menantu. Majlis dimulakan dengan Majlis Khatam Quran oleh ahli qariah Surau At-Tarbiyyah dirumah beliau tepat jam 10 pagi.

Majlis Khatam dikemudikan oleh Imam 3 Tn Hj Radzuan b Ahmad. Beberapa hli qariah dan keluarga Cikgu Roslan mengambil bahagian dalam majlis ini. Bermula Surah Ad-Dhuha hinggalah An-Nas disusuli dengan doa khatam Quran.


Pakaian Cikgu Roslan sekeluarga yang sedondong menceriakan lagi majlis sejak pagi lagi. Lihatlah gaya Cikgu Roslan dan isteri Hjh Hasnah secara sepontan sebelum ketibaan tetamu.

Tepat jam 12 tgh para tetamu telah mula tiba dan menjamu selera dengan hidangan yang disediakan oleh FARIS CATERING. Kelihatan tetamu istimewa Tn Hj Zainal dengan penuh semangat mengambil juadah yang disediakan....baik-baik Tn Hj!!!!

Namun kusangka panas hingga ke petang, rupanya hujan ditengahari!! Hari yang terang benderang dari pagi tiba-tiba hujan rahmat mencurah turun walaupun tidak selebat mana tetapi cukup untuk membasahkan tetamu yang hadir.

Apa lagi, penyambut tetamu yang tidak asing lagi Tuan Pengerusi Surau At-Tarbiyyah, Tn Hj Syed Salim b Syed Abu Bakar dan Tn Hj Rasali b Abd Rahman basah kuyup lah... namun beliau cukup tabah macam dah biasa je main hujan!!!! Tengoklah ni sempat lagi ber"posing". Baju dah melekat kat badan tu hah!!

Inilah pelamin untuk pengantin yang tersergam indah menunggu kedua-dua mempelai untuk disandingkan.

Hujan reda tepat jam 1:30 petang, seolah-olah tau itulah masa yang ditunggu-tunggu oleh para tetamu. Kedua-dua mempelai telah tiba untuk diarak masuk ke perkarangan rumah dan dibawa ke pelamin yang tersergam indah.

Lihatlah kedua-dua pengantin, sama padan, sama elok, bagai pinang dibelah dua, di arak masuk ke pelamin

Inilah kelainannya, pengantin diarak sambil kompang dipalu oleh Persatuan Anak-anak Yatim Malaysia Cawangan Hulu Langat. Panjang berbaris tu hah... bunyi pun bergegar jantung ni hah.... tahniah anak-anak semua..

Ini pula barisan rombongan dari Kuala Krai, Kelantan... keluarga pihak pengantin perempuan...

Rombongan lelaki ahli keluarga pengantin perempuan turut sama berarak bersama pengantin

Sebaik pengantin masuk dan bertakhta disinggahsana pelamin, anak-anak ini terus bernasyid diiringi oleh paluan alat muzik yang dibawa khas. Doa selamat ke atas pengantin dibacakan oleh Tn Hj Ahmad b Kholidiyah.

Gong, gendang besar, kompang dan macam-macam lagi... nasyid dialun, lagu disusun, pakaian yang santun, gaya ditonton... memang hebat anak-anak ni...

Dah penat bernasyid kan.... sorruuu lah pulak.... tekak pun dah kering ni.... makan dik..makan!! jangan malu-malu....

Berselera sungguh anak-anak ni.. maklumlah ada makcik yang jaga ni hah... siap tambahkan lagi... macam kenal je ni...

Memang tak kusangka, anak-anak ni beratur panjang dihadapan khemah menunggu pengantin keluar rupanya... untuk apa??? Hanya untuk mengucapkan tahniah dan selamat tinggal kepada kedua-dua mempelai... aduhhhh..tersentuh hati rasanya...

Para tetamu pun dah ramai yang balik, apa lagi... kedua-dua pengantin sempat bergambar dengan ayah dan mak..Cikgu Roslan dan Hjh Hasnah..

Ni macam biasalah... nak tak nak mesti spare sikit kamera ni... Pengerusi kita tak sabar nak bergambar dengan pengantin.... tak apa... no problem... bisa diaturrrrr!!!

Majlis telah berakhir, tetamu dah beransur, khemah telah dikemas, meja dah pun dah dilipat, kerusi dah disusun tinggi, pengantin pun dah penat, apa lagi?? Jomlah kita balik... SELAMAT PENGANTIN BARU KEPADA MOHD AZHAR DAN NOR SABRINA, semoga kekal hingga ke akhir hayat, bahagia buat selama-lamanya.

Kepada semua yang telah bertungkus lumus menjayakan majlis ini, Tn Hj Roslan dan keluarga merakamkan setinggi-tinggi terima kasih yang tak terhingga, jasa dan budi anda semua, Allah jualah yang membalasnya... AMIN...

Thursday, June 10, 2010

Kenduri durian di Kebun Bao Seng, Balik Pulau

Alhamdulillah, percutian ke Pulau Mutiara berjalan seperti yang dirancang. Tiada kesesakan sepanjang Lebuhraya Utara-Selatan. Bertolak jam 10 pagi Isnin sampai ke Jambatan Pulau Pinang tepat jam 2 petang.

Check-in tempat biasa Stallion Apartment di Bukit Dumbar, memang dari dulu inilah tempat kami sekeluarga melepak, bukannya apa, murah dan mudah untuk keluar sana sini, betul-betul tepi Lebuhraya Gelugur-Jambatan Pulau Pinang, ke Tesco pun mudah.

Malam apa lagi, Nasi Kandaq Sharif ler... bila kroni surau nak sampai ni.... mmm.. pergi pun dah lewat gak, nasib baik ada lagi lauk... rezekilah tu...


Esoknya, dah rancang, ingat nak ke Kebun Durian Balik Pulau Bao Seng.Dah lama tak kena ni, paling lama dulu kena masa belajar, dah hampir 20 tahun ooooo.... apa lagi.. kul 11 pagi terus menuju ke Balik Pulau melalui Bayan Lepas, jalan sedang diperbaiki.. gagahkan jugaklah... janji dapat durian kao punya...

BAO SENG Durian Farm ni terletak di Sungai Pinang, Balik Pulau seluas 7 ekar. Kebun ni asalnya milik atuk kepada Ah Seng ni, atau nama penuhnya Chang Teik Seng. Harta pusaka biasalah turun temurun.

Ah Seng, pemilik kebun durian bergambar bersama dengan durian terhebatnya

Kebun ni dah cantik, siap diturap simen untuk kereta turun ke bawah bagi mengelakkan kesesakan jalan Balik Pulau, maklumlah jalan yang sempit ditepi lurah dan bukit. Bermacam-macam jenis durian ada, Udang Merah, Labu Air dan Isi Merah.


Tawaran pakej yang diberikan boleh tahan jugak, satu kepala RM25 dan boleh makan seberapa banyak selagi tak bangun dari kerusi.... hahahaa.. mahu pecah perut.. atau sebiji durian isi merah harganya RM15 - RM20 sebiji. Pilihan ditangan anda, rasa larat makan, ambillah pakej satu kepala, rasa semput makan kira biji je lah... hahahhaaa

Perut tengah kosong, apa lagi ngap durian isi merah, kami berlima termasuk mak bonda, memang kami bawak khusus ke Pulau Pinang untuk jalan-jalan, dah lama tak berjalan katanya... eloklah tu...Kami makan punya makan, tak sedar dah 7 biji habis dimakan.

Ah Seng angkat tangan tanya kami, mau lagi ke? Mak bonda kata udah-udah ler yobb.... karang kereta entah kemana, hotel entah kemana.... hahahaa.. bimbang juga kot-kot pening dan panas badan

Mak bonda tersayang sedang menunjukajar cucu-cucunya cara minum air dikulit durian

Tapi tak risau, sebab mak bonda bagi petua, minum dalam kulit durian yang kita makan tu... mujarab...Di kebun Ah Seng ni ada chalet sekali, satu malam RM180 siap swimming pool.. tapi air bukit ler.. sejuk giler... kira sapa-sapa nak dengar macamana bunyi buah durian jatuh boleh ler... syokkkkk!!!!!
Chalet yang dibina dengan kayu bak rumah Melayu siap dengan kolam renang.

Kami sedang menikmati kedinginan angin bukit dan durian Isi Merah

Petua sejukkan badan.... hirup je ler.... air mineral dalam kulit durian.. sruppppp!!!!

Ahli qariah yang rasa nak hubungi Ah Seng, sila lawati http://www.durian.com.my atau email kepada beliau bsfarm@durian.com.my atau telefon beliau 012-401 0800

Friday, June 4, 2010

Perkembangan Naiktaraf Surau

Hari ini Jumaat 4hb Jun 2010, bahagian atas bangunan baru surau telah dinaikkan tiang cerucuk. Alhamdulillah syukur kehadrat Ilahi, kerja-kerja pembinaan berjalan lancar dengan cuaca pun terang benderang.

Insyallah, sebelum bulan Ramadhan kita boleh gunakan bangunan tambahan ini. Terima kasih sekali lagi kepada para dermawan dan pihak pengurusan Surau At-Tarbiyyah yang telah memainkan peranan yang tidak terhitung bagi menjayakan projek murni ini.

Allah jualah yang membalasnya. Insyallah.

Gambar ini diambil jam 12:30 tgh tadi sebelum solat Jumaat, tiang-tiang telah pun dinaikkan

Saturday, May 29, 2010

Kerja Menaikkan Bangunan Tambahan Berjalan Lancar

Alhamdulillah. Syukur kita kehadrat Ilahi, dengan keizinanNya, surau kita telah pun memulakan kerja-kerja pengubahsuaian penambahan bangunan baru seperti yang diwar-warkan dalam Mesyuarat Agong Kali Ke-8 dahulu.

Kerja-kerja penambahbaikan bangunan ini menelan belanja hampir RM105,000 dan MNM Teambuilder Sdn Bhd telah dilantik sebagai kontraktor. Alhamdulillah, hasil usaha dan derma ahli qariah semua, kita berjaya mengumpul dana yang diperlukan.

Dalam perkiraan, bangunan tersebut akan siap akhir bulan Ogos nanti, tetapi pihak kontraktor yang dilantik akan cuba sedaya upaya untuk menyiapkannya sebelum bulan Ramadhan, Insyallah.

Insyallah, dalam bulan Ogos nanti surau kita akan berubah wajah , semoga bangunan tambahan serba moden ini akan dimunafaatkan oleh ahli qariah sekelian.

Pagi ini, kita sempat merakamkan kerja-kerja ubahsuai berjalan lancar.

Salah seorang pekerja sedang melakukan kerja-kerja ubahsuai. Bangunan tambahan ini terletak dibahagian belakang surau iaitu tempat penyediaan memasak.

Ini adalah pandangan sisi, kawasan sekitar dipenuhi kayu-kayan dan besi cerucuk. Anak-anak diminta lebih berhati-hati melalui kawasan ini bagi mengelak kejadian yang tidak diingini.

Lagi pandangan lebih jelas, kedudukan bangunan tambahan yang sedang diubahsuai.

Kawasan parkir surau dipenuhi mesin pengisar simen, batu-batu dan pasir.

Monday, May 24, 2010

Walimatulurus - Tn Hj Roslan

Alhamdulillah. Pada hari Sabtu yang lalu, 22hb Mei 2010, satu mesyuarat Walimatulurus bagi menyambut menantu Tn Hj Cikgu Roslan dan keluarga telah berlangsung dirumah beliau selepas Isyak.

Perbincangan dipengerusikan sendiri oleh Tn Hj Syed Salim selaku Pengerusi Surau. Antara yang dibincangkan ialah:

  1. Tarikh majlis walimatulurus
  2. Kedudukan khemah untuk tetamu
  3. Perlantikan penyambut tetamu
  4. Penempatan anggota RELA pada hari majlis
  5. Penyediaan bena, papan tanda dan bunga rampai
  6. Majlis Khatam Quran oleh anak-anak yatim
  7. Kedudukan letak kereta bagi tetamu
  8. Pemantauan hidangan
  9. Menentukan lokasi bagi menempatkan lauk pauk.
  10. Keselamatan rumah ketika majlis berlangsung
Majlis akad nikah akan diadakan di Kg Guchil, Kuala Krai, Kelantan pada 5hb Jun 2010 selepas Isyak. Rombongan akan bertolak dari Bukit Indah pada 5hb Jun 2010 jam 9 pagi. Ahli qariah yang berkelapangan bolehlah ikut serta.

Tn Hj Roslan sedang memberi taklimat bagi memulakan mesyuarat Walimatulurus anakanda beliau.
Tn Pengerusi dengan khusyuk mencatit butir-butir yang diperlukan bagi dibincang bersama ahli qariah.

Antara ahli qariah yang hadir dalam mesyuarat tersebut. Hj Fathul tersenyum lebar, sedang berkira-kira apa aku nak buat nanti, sebab bulan Julai adalah hari Walimatulurus anakanda beliau pula. Mana-mana yang elok kita copyright ler Tn Hj....

Tn Hj Amran memohon maaf kerana pada tarikh tersebut beliau berada di Kedah atas urusan Walimatulurus Ketua Unit beliau.

Majlis berakhir jam 10:30 malam dengan jamuan meehoon sup dan berbagai kuih muih. Apa lagi, perut dah keroncong, sapu!!!!! Terima kasih Tn Hj Roslan dan keluarga.

Thursday, May 6, 2010

Mesyuarat AJK 1/2010

Untuk kali pertama tahun 2010, pihak pengurusan Surau At-Tarbiyyah telah berjaya mengadakan Mesyuarat Kali Pertama bersama AJK-AJK baru bagi memperkemaskan barisan pengurusan.

Diantara agenda yang dibincangkan adalah Penubuhan Lajnah yang dianggotai oleh AJK-AJK yang dilantik, Perlantikan Imam dan Bilal tambahan, Perancangan Kerja 2010 dan Hal-Hal Lain.

Kehadiran AJK adalah 90% dan mesyuarat telah berlangsung tepat jam 9 malam seperti yang ditetapkan. Sedikit perubahan bagi jawatan Bilal dimana Mej(B) Tn Hj Mat Tahayat b Nadikom telah menyuarakan untuk menarik diri dari memegang jawatan Bilal kerana masalah peribadi dan diterima sebulat suara oleh AJK.
Tempat beliau diambilalih oleh Tn Hj Noor Kamal Azlin b Abu Kassim dan dipersetujui sebulat suara oleh AJK. Perkara ini akan dibawa ke pengetahuan MAIS seperti yang dikehendaki dalam Borang Pencalonan Mesyuarat Agong terdahulu.

Di antara lajnah yang dibentuk adalah Lajnah Pengurusan, Lajnah Kebajikan, Lajnah Pendidikan dan Dakwah, Lajnah Amal Ma'aruf dan Nahi Mungkar, Lajnah Muslimat dan Lajnah Pemuda. Perlantikan ketua dan ahli setiap lanjah telah diminitkan.

Antara gambar-gambar yang sempat diambil dalam mesyuarat tersebut:

Tn Pengerusi sedang mempengerusikan Mesyuarat AJK


Antara AJK yang hadir termasuk 2 AJK muslimah


Barisan AJK yang tekun mendengar penerangan dari Tn Pengerusi


Yang paling tekun ..... hingga lupa bawa pen...