---- B e r i t a ~~~ S e m a s a ---

Selamat menyambut Maal Hijrah 1448H.

Thursday, September 30, 2010

Tn Hj Rahman - Jamuan Idilfitri di Restoran Al-Rawsha

Alhamdulillah, bersyukur kehadrat Allah s.n.w dengan izin dan limpah rahmatNya, Majlis Hari Raya Idilfitri anjuran Tn Hj Abd Rahman telah selesai diadakan di Restoran Al-Rawsha, Jalan Damai Off Jalan Ampang pada hari Rabu, 29hb Sep 2010.

Seramai 40 orang ahli qariah Surau At-Tarbiyyah telah meluangkan masa ke majlis tersebut selepas solat Isyak. Tempahan meja yang dibuat lebih awal menjadikan majlis lebih "privacy" tanpa gangguan tetamu lain yang berkunjung ke Al-Rawsha.

Antara menu yang dihidangkan adalah Chicken Mandy, Lamb Mandy, Kebab, Mango Juice, Pudina Tea, Salad dan banyak lagi. Amboi...sedap sungguh....

Kalau macam nilah, setiap bulan pun boleh nih..... cepat siapa nak sponsore!!!! Agaknya surau nak sponsore kot.... Amacam Bendahari.. ada boleh ka??? Menjeling pulak Pengerusi ni karang.....

Kepada Tn Hj Abd Rahman, ucapan jutaan terima kasih yang tak terhingga kerana dapat meluangkan masa dan belanja kami makan sempena Hari Raya Idilfitri. Kami doakan agar Tn Hj sentiasa sihat dan dirahmati Allah selalu. Insyallah.

ALLAHUAKBAR!


Antara ahli qariah yang hadir. Anak-anak yang kat bawah tu siap bawak kad raya gergasi lagi... mana dia orang ambik ni hah.... Al-Rawsha sediakan ke? hehehehehhee.... Pengerusi mesti tau ni...

Takkan pinggan kosong je....

Ini dia.. our main sponsore.. Tn Hj Abd Rahman disamping tetamu Tn Hj Rasali dan Tn Hj Zack.. tu gosok-gosok bahu tu, ada apa-apa ke? Gosok-gosok ada makna tu!!!!!

Tn Hj Zack tu cakap ARAB ke? Main tunjuk-tunjuk je.....

Tetamu khas pun ada... Dato' Muhammad Nazir Meraslam bersama Pengerusi...

Masing-masing nampak lapar ya!!!..... Sabar!!!!

Nilah dewan tu.... Tak ada tetamu luar dah..... kita je...

Tengok Pak Din kita... apa menung tu .. kambing sat lagi datanglah tu....

Bendahari tu sama gaya pulak dengan Dato'.... ada apa-apa ke?

Tn Hj Rasali...sibuk layan tetamu

Tengok Tn Hj Amran.... ada gangguan SMS lah pulak.... agaknya orang rumah panggil balik kot!!!

Mana MANDY tak mai lagi nihhhh..... Isyhhhh

Sembang-sembang lah dulu ya!!!!

Sabar..... sat lagi mai lah tu... Hj Zack.. nyanyilah nasyid tu selagu....

Ha.... ni Mat Liverpool... janganlah ada bola EPL masa ni... lebih-lebih lagi Liverpool tengah berentap.... kambing pun tinggal.... janji dia melopong dengan TV.... Baju original Liverpool tu yob!!!!!

Nak bagi syarahan pulak Tn Hj Rasali ni...sejuk ke panas tu....

Ustaz Syukri pun ada.... senanglah nak order...boleh cakap ARAB ooiii.... tadi minta cili hijau, depa tak faham.... kena lah ustaz ni cakap.. apa tu..FIL-FIL...betul ke tu?

Ni, kita punya camera man..... mana pergi dia akan pikul teropong dia...

Tn Hj Rahman dengan tetamu....

Wah.... pinggan dah penuh..apa lagi... sapu ler...

Perghhhh.... Chicken Mandy + Lamb Mandy.... memang balik ni kena MANDI....

Tn Hj Rahman siap round meja ke meja lagi...kot-kotlah malu nak pesan extra lagi...sila-sila... saya bayaq!!!
Tak leh nak berhenti dah ni....

Tambah lagi... isyhhh... kalau kat surau ada kan best.... ORDER je.... Call Al-Rawsha....

Eh...berapa banyak mau makan daaa......

Teh tarik pun ada....

Pinggan dah kosong.... masing-masing dok citer apa lagi.... balik yob!!!!!

Semua dah kenyang... Dato' mengambil peluang beramah mesra....

Inilah meja yang paling hebat... Meja ALAM FLORA... semua yang tak habis disapunya... berbaloi bawak depa ni....

Licin yob!!! Tak jealous ke sapa-sapa yang tak pergi tu!!!! Tn Hj Rahman.... nak lagi....

Dah habis dah tu.... tengah tunggu Tn Hj Rahman settle kan BILL.... hehehee... tak apa..bendahari surau ada....

Monday, September 20, 2010

Majlis Kemanisan Idilfitri, 1431H

Dengan penuh keberkatan Syawal yang mulia, Majlis Kemanisan Idilfitri akan diadakan di Surau At-Tarbiyyah pada 3hb Oktober 2010 bersamaan 24 Syawal 1431H bermula jam 10:30 pagi hingga 2 petang.

Datanglah beramai-ramai bersama keluarga bagi mengeratkan silatulrahim sesama kita disamping bermaaf-maafan dan menjamu selera yang disediakan. Antara juadah yang telah tersenarai adalah lemang, ketupat, nasi himpit, rendang, satay, nasi minyak gulai kambing, buah-buahan antarabangsa dan banyak lagi menanti.

Marilah kita meluangkan masa ke Surau At-Tarbiyyah hari Ahad 3hb Oktober 2010 di Majlis Kemanisan Idilfitri, 1431H.

Monday, September 6, 2010

Selamat Menyambut IdilFitri 1431H


Majlis Khatam Quran - 1431H

Alhamdulillah, syukur kita ke hadhrat Ilahi, dengan izin dan limpahNya, kita telah pun menghampiri dihujung Ramadhan. Setelah 27 hari berada dibulan Ramadhan, terasa bagaikan begitu cepat Ramadhan akan melabuhkan tirainya.

25 Ramadhan lalu, kita telah mengadakan Majlis Khatam Quran yang dibimbing oleh Imam 2 Tn Hj Salleh b Abdullah. Majlis dimulakan dengan membaca Surah Ad-Dhuha dan diakhiri dengan An-Nas.
Peserta Tadarus pada kali ini seperti biasa disertai oleh berbagai peringkat dari anak-anak qariah, para bapa dan ibu-ibu. Program Tadarus bermula seawal 1 Ramadhan lagi.
Bacaan doa pula dibacakan oleh Imam 3, Tn Hj Radzuan b Ahmad. Ramai yang tersentuh dengan doa yang panjang lebar apatah lagi menyentuh soal-soal kehidupan seharian kita. Amin ya rabbal'alamin.
Majlis penyampaian cenderahati telah disampaikan oleh Y Bhg Dato' Muhammad Nazir b Meraslam yang sudi bersama-sama dalam khatam Quran. Cenderahati kali ini seperti tahun-tahun yang lalu merupakan sehelai kain pelikat dan sedikit kuih raya.

Nampak gayanya Bendahari kita kena cari hadiah lain lah pulak untuk Tadarus akan datang, paling tidak pun baju Melayu sepasang atau sekurang-kurangnya lengkap samping, songkok dan capal. Amacam?


Majlis diakhiri dengan jamuan satay dan mee hoon goreng, sungguh ceria ahli qariah semua, maklumlah perut dah keroncong, majlis pun ambik masa jugak tu...

Semoga Allah memberkati majlis kita dengan dilimpahi rahmat dan ganjaran yang berlipat ganda. Peluang sudah dihidangkan oleh Allah SNW, terpulanglah kepada kita semua untuk mengambilnya atau pun tidak. Insyallah

Thursday, September 2, 2010

Majlis Berbuka Puasa Bersama Anak-Anak Yatim

Alhamdulillah, bertepatan 31hb Ogos 2010 iaitu cuti umum Sambutan Hari Kebangsaan, bersamaan 21 Ramadhan 1431H, pihak pengurusan Surau At-Tarbiyyah telah mengadakan Majlis Berbuka Puasa Bersama Anak-Anak Yatim Darul Hayah, Kg Melayu , Ampang, Selangor.
Initiatif yang dimulakan oleh Lajnah Muslimah telah membuahkan hasil, apabila cadangan tersebut diterima sebulat suara AJK dan memang dialu-alukan. Seramai 20 orang anak-anak yatim telah diraikan dari berbagai peringkat umur, 15 lelaki dan 5 perempuan.

Darul Hayah ini adalah satu badan yang bergerak atas nama individu pada peringkat awalnya dan dimulakan oleh Tn Hj Khalil sejak tahun 2005 beralamat di 220, Jalan Jati, Kg Melayu, Ampang bermula dengan 5 orang anak yatim.

Dengan kapasiti kewangan dan tenaga yang terhad, bantuan demi bantuan diterima sehinggalah bilangan anak-anak yatim sudah pun bertambah seramai 20 orang. Menurut Tn Hj Khalil, sememangnya telah dirancang agar kewujudan Darul Hayah ini tidak diperhebahkan atas sebab-sebab kapasiti dan kemampuan.

Bukan mudah untuk menguruskan sebuah pusat anak-anak yatim tanpa bantuan dari berbagai pihak termasuk masyarakat. Tahniah kepada Tn Hj Khalil atas usaha murni yang tak terhingga dan hanya Allah s.n.w yang mampu membalasnya.

Acara bermula seawal jam 6 petang dengan dihadiri lebih kurang 130 ahli qariah. Pengerusi majlis Tn Hj Radzuan mengalu-alukan kehadiran tetamu istimewa yang dirai Anak-anak Yatim Darul Hayah, Kg Melayu yang diketuai oleh Tn Hj Khalil, tetamu kehormat Y Bhg Dato' Muhammad Nazir b Meraslam, Timbalan Nazir Masjid Bukit Indah dan ahli-ahli qariah.



Tazkirah pendek telah disampaikan Ust Tn Hj Zamri dengan memetik beberapa hadis dan ayat-ayat Al-Quran bagaimana kita dituntut untuk mengambil berat hal-hal anak-anak yatim dan mencari jalan bagaimana dapat kita bersama-sama memberi keselesaan dan hak yang sama dengan ahli masyarakat yang lain umumnya.












Dalam ucapan Tn Pengerusi Surau At-Tarbiyyah pula, Tn Hj Syed Salim mengucapkan jutaan terima kasih kepada Lajnah Muslimah atas dorongan cetusan idea berbuka puasa bersama anak-anak yatim.

Pengerusi Surau juga mengucapkan terima kasih kepada arkitek dan jurutera yang telah bertungkus lumus melukis pelan dan bangunan Madrasah Surau At-Tarbiyyah yang telah pun siap sekitar awal Ogos yang lalu.

Ucapan terima kasih juga disampaikan kepada MNM Teambuilders atas kerjasama dan komitmen mereka bagi menyiapkan bangunan baru ini tepat pada masanya.
Majlis tidak ketinggalan memberi peluang kepada Tn Hj Khalil selaku penaung Darul Hayah bagi menyampaikan sepatah dua kata. Tn Hj Khalil mengucapkan berbanyak terima kasih kepada Pihak Pengurusan Surau At-Tarbiyyah dan semua ahli qariah yang terlibat bagi meraikan anak-anak yatim Darul Hayah.

Majlis penyampaian sumbangan telah disempurnakan oleh Y Bhg Dato' Muhammad Nazir diikuti oleh sumbangan peribadi oleh Ust Tn Hj Zamri dan juga Tn Hj Abd Rahman. Anak-anak yatim qariah juga diraikan dan diberi sumbangan. Tidak lupa juga para arkitek dan jurutera yang terlibat dalam pembangunan madrasah surau.

Tepat jam 7 petang, satu tahlil ringkas diadakan sementara menunggu waktu berbuka puasa dan telah diketuai oleh Imam 1, Lt Kol Tn Hj Amran b Haron. Waktu berbuka telah pun tiba, anak-anak yang diraikan telah hidangkan nasi putih, kari kambing, ayam goreng dan berbagai kuih muih.

Selesai solat maghrib berjemaah, satu majlis solat hajat bagi anak-anak mengambil peperiksaan UPSR, PMR dan SPM diadakan dan diimamkan oleh Imam 3, Tn Hj Radzuan Ahmad.

Antara gambar-gambar yang sempat dirakam:

Ustaz Tn Hj Zamri menyampaikan tazkirah ringkas mengenai tanggungjawab masyarakat membantu anak-anak yatim.
Tn Hj Khalil penaung Darul Hayah, dengan tenang memberi ucapan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam meraikan anak-anak dibawah jagaannya.

Inilah sebahagian anak-anak yatim yang rata-rata berumur bawah 12 tahun, menunggu penuh sabar.
Anak-anak ibarat kain putih, terpulanglah kepada kita mencorakkannya.

Pengerusi Surau Ir Tn Hj Syed Salim, Penaung Darul Hayah Tn Hj Khalil dan Y Bhg Dato' Muhammad Nazir b Meraslam, dengan tekun mendengar tazkirah dari Ust Hj Zamri.

Apa yang menggelikan hati Tn Imam kita ni ya!!!!

Para AJK mengambil tempat yang "terbaik" bagi meluruskan mana-mana yang bengkok....

Sebahagian anak-anak yatim yang diraikan....


Majlis penyampaian sumbangan disampaikan oleh Y Bhg Dato' dan sumbangan peribadi disampaikan oleh Tn Hj Abd Rahman dan Ustaz Tn Hj Zamri

Lagi penyampaian sumbangan...

Apa lagi... perut dah keroncong, azan akan dilaungkan....ambik je lah kambing...kuih...

Para VIP yang hadir sedang menunggu azan berkumandang...

Anak-anak yatim sedang mengambil tempat untuk berbuka

Monday, August 23, 2010

Majlis Berbuka Puasa Bersama Anak-Anak Yatim

Alhamdulillah, sudah hampir separuh Ramadhan meninggalkan kita, semoga kita semua menggandakan usaha kita yang murni bagi mencari keredhaan Allah s.n.w.

Bertepatan dengan bulan Ramadhan yang mulia ini juga, Surau At-Tarbiyyah dengan sukacita memaklumkan bahawa satu Majlis Berbuka Puasa Bersama Anak-Anak Yatim akan diadakan pada 31hb Ogos 2010 bertepatan Cuti Umum Hari Kebangsaan, iaitu hari Selasa.

Anak-anak yatim yang akan diraikan adalah dari Kg Melayu, Ampang seramai 20 orang. Majlis dijangka bermula seawal jam 6 petang sehinggalah solat taraweh berjemaah. Meraikan anak-anak yatim adalah amat dituntut oleh agama apatah lagi di bulan Ramadhan A-Mubaraq yang penuh rahmat Allah s.n.w

Majlis ini juga akan dihadiri oleh Y Bhg Dato' Muhammad Nazir b Meraslam, Timbalan Nazir, Masjid Bukit Indah, Ampang dan akan menyampaikan cenderahati untuk anak-anak yatim.

Semoga kita semua dapat meluangkan masa pada hari tersebut bagi meraikan anak-anak yatim ini. Semoga Allah memberkati majlis kita ini. Insyallah.

Wednesday, August 11, 2010

Selamat Menyambut Ramadhan 1431H

Selamat Menjalani Ibadah Puasa. Umat Islam diseluruh dunia telah pun mula berpuasa pada hari ini 11 Ogos 2010 bersamaan 1 Ramadhan 1413H. Pihak Pengurusan Surau At-Tarbiyyah tidak ketinggalan mengucapkan Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubaraq kepada semua ahli qariah semoga Ramadhan kali ini memberi ganjaran dan rahmat Allah yang tidak terhingga kepada kita semua.

Malam tadi, sembahyang tarawih 8 rakaat telah bermula dan penuh sesak dengan ahli qariah. Semoga ianya berterusan hingga akhir Ramadhan dan seterusnya pada hari-hari selain Ramadhan.
Majlis tahlil juga akan diadakan selepas solat witir dan borang telah pun diedarkan.

Sudah menjadi kelaziman, Tadarrus juga diadakan selepas selesai jamuan MORE, terdapat lebih kurang 6 kumpulan tadarrus. Kemeriahan Ramadhan tidak akan wujud tanpa Tadarrus.

Tazkirah sebagai Santapan Rohani juga disediakan, dan jadual telah pun ditampal pada papan putih surau untuk rujukan ahli. Pada 31hb Ogos 2010 pula, satu majlis meraikan anak-anak yatim akan diadakan di Surau At-Tarbiyyah dimulai dengan Majlis Berbuka Puasa dan solat tarawih serta penyampaian cenderahati untuk anak-anak yatim.

Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubaraq semoga kita semua diberi ganjaran, kemaafan dan rahmat Allah.