---- B e r i t a ~~~ S e m a s a ---

Orang yang tak solat akan banyak masalah, tidak tenang, cepat marah, susah nak terima kenyataan dan selalu nampak salah orang lain.

Wednesday, January 2, 2013

Kenapa aku malas sembahyang






Kenapa aku malas sembahyang,
Allah bagi aku jasad siap bayang-bayang,
Bukan ke lebih beruntung daripada sebatang tiang,
Berdiri tanpa roh malam siang,

Kenapa aku malas sembahyang,
Kerja dah ada hidup pun dah senang,
Makan minum mudah, sapu saja apa terhidang,
Takkan 5 minit 5 waktu pun aku tak boleh luang,

Kenapa aku malas sembahyang,
Allah bagi aku otak supaya tak bangang,
Allah bagi aku ilmu boleh fikir susah senang,
Allah bagi nikmat kenapa aku tak kenang,

Kenapa aku malas sembahyang,
Main bola aku sanggup main sampai petang,
Beli tiket konsert aku sanggup beratur panjang,
Syurga itu bukan boleh dimasuk tanpa perhitungan,

Kenapa aku malas sembahyang,
Kena ingat umur kita bukannya panjang,
Pagi kita sihat petang boleh kejang,
Nanti dalam kubur kena seksa sorang-sorang,

Kenapa aku malas sembahyang,
Sedut asap rokok panjang-panjang,
Katanya boleh memberi ilham,
Nikmat Allah tak terlintas untuk di bilang,

Kenapa aku malas sembahyang,
Siksa neraka cubalah kita bayang,
Perjalanan akhirat memang terlalu panjang,
Janji Allah SWT akan tertunai tiada siapa boleh halang,

Kenapa aku malas sembahyang,
Bukannya kena pergi berperang,
Bayangkan jika kita sudah terlentang,
Kawan sekeliling belum tentu datang.

Kenapa aku malas sembahyang,
Tahun 2013 sudah pun datang,
Ubahlah sikap ubahlah fikiran,
Supaya Allah bertambah sayang.

Bila jasad sudah di kafan,
Walau kita malas sembahyang,
Kita tetap akan DI SEMBAHYANG,
Tunggu lah saja azab dan balasan.


Selamat tahun baru 2013.

Selamat Tahun Baru 2013

Assalamualaikum w.b.t. Pihak pengrusan At-Tarbiyyah mengucapan Selamat Tahun Baru Masihi 2013 kepada semua ahli qariah, semoga dengan kehadiran Tahun Baru ini, membawa seribu azam baru bagi membentuk generasi yang lebih berwawasan berlandaskan Islam yang syumul. Wallahuwaklam.

Wednesday, November 14, 2012

Sambutan Maal Hijrah 1434H

Selamat Maal Hijrah 1434H. Hari ini adalah hari terakhir bagi tahun 1433H. Sempena sambutan Maal Hijrah, seperti biasa kita disunatkan membaca doa akhir tahun dan doa awal tahun. Surau At-Tarbiyyah juga akan mengadakan program yang sama pada petang ini bermula jam 6:45 petang.

Semua jemaah diminta berkumpul di Ruang Solat pada jam 6:45 petang untuk persiapan bacaan doa akhir tahun 1433H dan doa awal tahun 1434H. Semoga kita semua diberi keberkatan oleh Allah SWT. Insyallah.

Monday, November 5, 2012

Selamat Menghadapi SPM 2012

Pihak Pengurusan mengucapkan Selamat Menghadapi Peperiksaan SPM kepada semua anak qariah di Tingkatan 5, semoga tabah menghadapi dugaan, ditenangkan fikiran dan minda, dipermudahkan segala cabaran, ingat apa-apa yang lupa dan mendapat keputusan yang cemerlang hendaknya.

Persediaan telah pun dibuat, kepada Allah jualah kita berserah. Semoga Allah memberkati usaha kita dan menggapai kejayaan yang diidamkan. Insyallah.


Thursday, October 25, 2012

Selamat Idil-Adha 1433H

Selamat Hari Raya Idil-Adha 1433H. Pihak pengurusan surau menjemput semua ahli qariah bersama-sama mengerjakan solat sunat Idil-Adha pagi esok bermula jam 8:15 pagi dan melakukan ibadah kurban pada jam 9 pagi. Sebanyak 4 ekor lembu akan dikorbankan esok.

Marilah kita bersama-sama bertakbir, bertahmid dan bertasbih kehadrat Allah SWT. Bersama ini dilampirkan takbir untuk ingatan kita semua. Insyallah

Sunday, October 21, 2012

Gotong Royong Persediaan Korban

Ahad, 21hb Oktober 2012, satu gotong royong sempena persediaan Korban telah berlangsung pagi tadi tepat jam 9 pagi. Gotong royong dimulakan dengan membuat lubang bagi penyembelihan dan pembuangan sisa sembelihan dan lapah nanti.

Ramai ahli qariah yang hadir dan bersama-sama menyiapkan kerja-kerja membuat lubang dan menebang pokok nangka. Gambar-gambar dibawah akan menjawab segala yang berlaku ketika gotong royong.

Wan Askar sedang menggali lubang
Lain macam Hj Hamzah ni
Hj Awang tu turut sama
Masing-masing stand-by nak bantu ke nak tengok..hheee
Ni lah dia... Hj Hamzah king of the king
Ingat lembu je tali leher, pokok pun kena jugak
Acara tarik tali lawan pokok nangka-Acara Utama
Amacam, ada boleh ke nak lawan pokok nangka
Wan askar takik pokok nangka

1-2-3.....tarik!!!!!!!!
Amboi----dah tumbang yob
Pokok nangka dah terbujur

Adat Berkampong Cik Gu Hj Roselan

Alhamdulillah, malam tadi berlangsungnya Majlis Berkampong di kediaman Cik Gu Hj Roselan bagi membuat persiapan kenduri kahwin anak perempuannya pada 11hb Nov 2012 nanti. Majlis dimulakan dengan bacaan Yasin dan doa selamat diketuai oleh Imam Tn Hj Salleh.

Malam tadi juga bertembung dengan Perlawanan Badminton Terbuka Denmark dimana Datuk Lee Chong Wei melawan Jorgensen dari Denmark dan juga Final Bola Piala Malaysia antara Kelantan dan ATM, namun ahli qariah yang hadir tetap meneruskan majlis berkampong sehingga selesai.

Istiadat berkampong diketuai oleh Tn Hj Rasali kerana beliau berpengalaman dengan hal nikah kahwin ni, almaklumlah pernah bermenantu dan bercucu pun... dah naik pangkat jadi Datok Rasali daaahhh......

Majlis merumuskan :

1. Majlis berlangsung: 11hb Nov 2012 (AHAD)
2. Majlis Khatam Quran dan akad nikah: 11hb Nov 2012 (AHAD) jam 10 pagi. Majlis ini akan diketuai oleh muslimah.
3. Majlis jemputan akan bermula jam 11:30 pagi hingga 5 petang.
4. Seperti biasa untuk keselamatan dan juga tempat letak kereta, anggota RELA telah ditempah.
5. Khemah akan didirikan dihadapan rumah dan juga di atas padang bersebelahan rumah Abg Nan
6. Ahli qariah samada mempunyai uniform atau tidak diminta memberi khidmat pada hari tersebut samada sebagai penyambut tetamu atau sebagainya seperti menjaga lauk pauk.
7. Oleh kerana sekarang adalah musim hujan, maka persediaan sepepagi hari Ahad 11hb Nov 2012 dengan mengambil besi longkang surau.
8. Katering telah pun ditempah.
9. Cenderahati tetamu akan diletakkan dibawah khemah yang akan dipasang nanti.
10. Rumah persinggahan pengantin lelaki adalah di Homestay Kg Melayu, Ampang.
11. Persiapan papan tanda arah akan dibuat secara gotong royong pada hari Khamis malam Jumaat di surau dan mula pasang pada hari Sabtu malam Ahad, diketuai oleh Tn Hj Hairuddin,

Majlis disudahi dengan jamuan makan malam dan tidak lupa siaran secara langsung badminton terbuka Denmark. Datuk Lee Chong Wei ke final. Syabas Datuk!!

Antara gambar sempat dirakam:





Saturday, October 20, 2012

Zul Arkitek kembali kerahmatullah

Innalillahiwainnailaihirojiun.. Dari Allah kita datang, kepada Allah kita kembali. Dengan duacitanya dimaklumkan, Allahyarham Zulkifli bin Mohamad atau lebih senang dikenali sebagai Zul Arkitek, 45 tahun, telah kembali kerahmatullah kerana sakit pnuemonia (paru-paru berair) pada hari Rabu 17hb Oktober 2012, jam 10 malam.

Beliau telah selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Bukit Teratai, Cheras pada hari Khamis 18hb Oktober 2012, jam 10:30 pagi. Beliau meninggalkan seorang balu dan 6 orang anak. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang soleh. Amin!!!!!

Friday, October 12, 2012

Kelebihan Menghafaz Al-Quran



Ganjaran di dunia
Selain ganjaran-ganjaran di akhirat yang dijanjikan dalam Hadis Nabi S.A.W terhadap golongan Hamlatul Quran, terdapat juga ganjaran di dunia yang diberikan terhadap mereka. Rakan saya Ustaz Asraff menyatakan bahawa :
  • Penghafaz al-Quran merupakan VVIP Allah S.W.T di dunia.
“Sesungguhnya Allah memiliki kerabat-kerabatnya di kalangan manusia. Lalu mereka bertanya : Siapakah mereka ya Rasulullah S.A.W? Jawab baginda : Mereka adalah ahli al-Quran, merekalah kerabat Allah (Ahlullah) dan dan orang-orang pilihannya.” (Riwayat Ibnu Majah)
  • Penghafaz al-Quran juga diangkat sebagai pemimpin.
“Yang menjadi imam suatu kaum adalah yang paling banyak hafalannya.” (Riwayat Muslim)
  • Penghafaz al-Quran mendapat certificate (pengiktirafan) dari Nabi S.A.W.
“Adalah nabi mengumpulkan di antara dua orang syuhada Uhud kemudian beliau bersabda, “Manakah di antara keduanya yang lebih banyak hafal al-Quran, ketika ditunjuk kepada salah satunya, maka beliau mendahulukan pemakamannya di liang lahat.” (Riwayat Bukhari)
  • Al-Quran menjanjikan kebaikan.
“Sebaik-baik kamu adalah yang mempelajari Al Qur’an dan yang mengajarkannya” (Riwayat Bukhari dan Muslim)


Ganjaran di akhirat
  • Ibu bapa penghafaz al-Quran mendapat kemuliaan.
Sesiapa membaca Al Quran dan beramal dengan apa yang terkandung dalamnya maka kedua dua ibu bapanya akan dipakaikan mahkota pada hari kiamat yang sinaran mahkota itu akan melebihi daripada cahaya matahari , sungguhpun matahari itu berada di dalam rumah rumah kamu di dunia ini. (Riwayat Imam Ahmad , Abu Daud)
  • Penghafaz al-Quran akan mendapat syafaat (penolong)
Dari Abi Umamah ra. ia berkata, “Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda, “Bacalah olehmu al- Quran, sesungguhnya ia akan menjadi pemberi syafaat pada hari kiamat kepada para pembacanya (penghafalnya).”(Riwayat Muslim)
  • Penghafaz al-Quran mendapat bonus berlipat kali ganda.
Sesiapa yang membaca satu huruf daripada kitab Allah (al-Quran) maka baginya (pembaca) dengannya (al-Quran) pahala dan pahala digandakan sepuluh sebagaimananya. Aku tidak kata bahawa “alif laam mim” itu satu huruf tetapi alif satu huruf, lam satu huruf dan mim itu satu huruf (Riwayat Tarmizi)

Oleh itu tidak hairanlah ramai ibu bapa berlumba-lumba mengimpikan anak-anaknya menjadi penghafaz al-Quran. Marilah kita berdoa agar dalam keluarga kita mempunyai sekurang-kurangnya seorang penghafaz al-Quran.

Thursday, October 11, 2012

28 bahagian korban habis ditempah

Assalamualaikum wbt. 
Pihak pengurusan surau telah bermesyuarat pada 8hb Okt 2012 yang lalu bersamaan 22 Zulkaedah 1433H mengambil keputusan sebanyak 4 ekor lembu akan dikorbankan sempena Hari Raya IdilAdha 1433H yang jatuhnya pada 26hb Oktober 2012 hari Jumaat dengan harga RM430 sebahagian.

Namun 28 bahagian korban tersebut telah pun habis ditempah. Oleh yang demikian, ahli qariah yang masih ingin melakukan korban, bolehlah membuat tempahan untuk menyertai Skim Korban di Kemboja anjuran Al-Ameen Serve Holding Sdn Bhd.

Bayaran yangf dikenakan untuk satu bahagian adalah sebanyak RM270.00 sahaja. Kepada yang berminat sila berikan nama penuh, no kad pengenalan dan alamat rumah serta wang sebanyak RM270 kepada Setiausaha surau , Sdra M Fuad Md Nor untuk urusan pendaftaran, 

Semoga Allah menerima korban kita, insyallah.

Wednesday, October 10, 2012

Penderitaan Adam telah 2 kali disiarkan dalam MHI TV3

AHMAD ADAM SYUKRI dilahirkan pada 4hb Mac 2012 dan telah mengalami BRAIN DAMAGED Severe HIE (Hypoxic Ischemic  Encephalopathy) atau lebih dikenali sebagai KEROSAKAN PADA SARAF OTAK. Lahir secara vacuum pada 04-03-2012 dan sewaktu kelahirannya Adam keluar dalam keadaan flat dan  kekurangan oksigen. Scan MRI menunjukkan otak Adam mengalami kerosakan yang amat teruk. Adam tidak pandai menelan airliur dan bergantung pada mesin oksigen untuk terus hidup. Juga perlu bergantung kepada mesin suction kerana tidak pandai menelan air liur untuk sedut air liur dalam rongga hidung dan mulutnya. Mata kanan mengalami injured, telinga kanan tidak dapat mendengar kerana kerosakan. Doktor pakar otak mengesahkan Adam akan terlantar seumur hidup dan peluang untuk berjalan dan hidup seperti kanak-kanak normal  amat tipis. Doktor pakar otak mengklasifikasikan kerosakan otak Adam sebagai kematian saraf otak.






Yang sayu, bila mendengar sendiri si ibu Noraisah begitu sabar dan tabah. Tidur cuma sejam sehari kerana menjaga Adam seperti menatang minyak yang penuh.


Terlalu sebak apabila siibu berkata:
“Jika saya pergi dulu, saya harap suami saya akan terus jaga Adam sepertimana saya menjaga Adam sekarang.”
“Jika ini yang dianugerahkan Tuhan kepada saya, saya terima Adam. Saya doa semoga Adam akan sihat, kan Adam?” sambil bercakap sambil melihat Adam. Dicium Adam.
“Saya ingin nak lihat Adam sihat dan membesar dan memanggil saya, ‘Mama’”.
“Adam tidak pernah membebankan saya, kan Adam?” kembali melihat wajah Adam.

Dan andai ada sesiapa ingin menyumbang bolehlah terus akaun dibawah:

Noraisah Mohamad Malena (ibu Adam)
CIMB 02040007292201

Tuesday, October 9, 2012

Selamat Menduduki PMR anak-anak qariah

Assalamualaikum w.b.t. Hari ini adalah hari pertama anak-anak qariah menduduki peperiksaan PMR, yang menentukan arah tuju haluan mereka sebelum memasuki bidang akaun, sains dan sebagainya. Usaha telah digandakan, solat hajat dan doa munajat telah pun diamalkan, kepada Allah lah kita berserah segalanya. 

Semoga anak-anak kita dapat menduduki peperiksaan dengan tenang, yakin diri dan sentiasa bertawakkal kepada Allah. Insyallah, kita sebagai ibubapa hanya berharap dan berdoa agar segala usaha anak-anak kita membuahkan hasil. Namun, takdir Allah jangan pula kita abaikan, berprasangka baiklah dengan Allah SWT.

Aminn!!!!!!