---- B e r i t a ~~~ S e m a s a ---

Orang yang tak solat akan banyak masalah, tidak tenang, cepat marah, susah nak terima kenyataan dan selalu nampak salah orang lain.

Sunday, January 27, 2013

Sambutan Maulidul Rasul 1434H

Selawat dan salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW. Alhamdulillah, bersyukur kehadrat Allah SWT dengan limpah kurniaNya, sambutan MaulidulRasul peringkat Masjid Bukit Indah telah selamat diadakan pada 24hb Jan 2013 yang lalu bertempat di Masjid Bukit Indah, Ampang.

Berbagai acara telah dijadualkan termasuk berselawat, berzanji, marhaban, pertandingan melukis peringkat kanak-kanak dan juga gerai-gerai jualan. Memang meriah sungguh dengan cuaca yang terang benderang. Tidak ketinggalan juga disampaikan Anugerah Tokoh Guru dan Murid bagi tahun 1434H.

Berikut adalah sedikit gambar yang sempat dirakam pada hari tersebut.





























Monday, January 14, 2013

Tahniah Tn Hj Radzuan dan Hjh Azirah

Tahniah kepada pasangan Tn Hj Radzuan bin Ahmad dan Pn Hjh Azirah bt Ibrahim, yang telah selamat melangsungkan perkahwinan puteri kesayangan mereka Ramizah binti Radzuan dan pasangannya Mohd Zulhimi bin Ujang.

Kedua-dua mempelai telah selamat diijabqabulkan pada hari Ahad 13hb Jan 2013 pada jam 11:15 pagi di Masjid Bukit Indah, Ampang. Sebelum itu Majlis Doa Selamat telah diselamat diadakan pada hari yang sama jam 9:30 pagi di rumah beliau, diiringi hujan rahmat yang gerimis.

Para tetamu telah diraikan pada jam 12:00 tengahari dengan dijamukan nasi minyak Faris Catering, dengan dibantu oleh semua AJK Surau At-Tarbiyyah. Para AJK bertungkus lumus memastikan semua aturcara berjalan lancar. Ada yang jadi penyambut tetamu, menyelia lauk pauk, menjaga lalulintas, membasuh pinggan mangkuk dan sebagainya.

Pendek kata, tuan rumah tak perlu risau, semuanya ditanggung beres. Cuaca yang redup selepas hujan, menyenangkan para petugas dan tetamu. Dianggarkan lebih daripada 2000 tetamu yang hadir. Sekali lagi tahniah Tn Hj Raduan dan Hjh Azirah.

Berikut adalah gambar-gambar yang sempat dirakam untuk ingatan ahli qariah sekalian.

 
 
 
 
 
 
 
 



Saturday, January 5, 2013

Wednesday, January 2, 2013

Kenapa aku malas sembahyang






Kenapa aku malas sembahyang,
Allah bagi aku jasad siap bayang-bayang,
Bukan ke lebih beruntung daripada sebatang tiang,
Berdiri tanpa roh malam siang,

Kenapa aku malas sembahyang,
Kerja dah ada hidup pun dah senang,
Makan minum mudah, sapu saja apa terhidang,
Takkan 5 minit 5 waktu pun aku tak boleh luang,

Kenapa aku malas sembahyang,
Allah bagi aku otak supaya tak bangang,
Allah bagi aku ilmu boleh fikir susah senang,
Allah bagi nikmat kenapa aku tak kenang,

Kenapa aku malas sembahyang,
Main bola aku sanggup main sampai petang,
Beli tiket konsert aku sanggup beratur panjang,
Syurga itu bukan boleh dimasuk tanpa perhitungan,

Kenapa aku malas sembahyang,
Kena ingat umur kita bukannya panjang,
Pagi kita sihat petang boleh kejang,
Nanti dalam kubur kena seksa sorang-sorang,

Kenapa aku malas sembahyang,
Sedut asap rokok panjang-panjang,
Katanya boleh memberi ilham,
Nikmat Allah tak terlintas untuk di bilang,

Kenapa aku malas sembahyang,
Siksa neraka cubalah kita bayang,
Perjalanan akhirat memang terlalu panjang,
Janji Allah SWT akan tertunai tiada siapa boleh halang,

Kenapa aku malas sembahyang,
Bukannya kena pergi berperang,
Bayangkan jika kita sudah terlentang,
Kawan sekeliling belum tentu datang.

Kenapa aku malas sembahyang,
Tahun 2013 sudah pun datang,
Ubahlah sikap ubahlah fikiran,
Supaya Allah bertambah sayang.

Bila jasad sudah di kafan,
Walau kita malas sembahyang,
Kita tetap akan DI SEMBAHYANG,
Tunggu lah saja azab dan balasan.


Selamat tahun baru 2013.

Selamat Tahun Baru 2013

Assalamualaikum w.b.t. Pihak pengrusan At-Tarbiyyah mengucapan Selamat Tahun Baru Masihi 2013 kepada semua ahli qariah, semoga dengan kehadiran Tahun Baru ini, membawa seribu azam baru bagi membentuk generasi yang lebih berwawasan berlandaskan Islam yang syumul. Wallahuwaklam.

Wednesday, November 14, 2012

Sambutan Maal Hijrah 1434H

Selamat Maal Hijrah 1434H. Hari ini adalah hari terakhir bagi tahun 1433H. Sempena sambutan Maal Hijrah, seperti biasa kita disunatkan membaca doa akhir tahun dan doa awal tahun. Surau At-Tarbiyyah juga akan mengadakan program yang sama pada petang ini bermula jam 6:45 petang.

Semua jemaah diminta berkumpul di Ruang Solat pada jam 6:45 petang untuk persiapan bacaan doa akhir tahun 1433H dan doa awal tahun 1434H. Semoga kita semua diberi keberkatan oleh Allah SWT. Insyallah.

Monday, November 5, 2012

Selamat Menghadapi SPM 2012

Pihak Pengurusan mengucapkan Selamat Menghadapi Peperiksaan SPM kepada semua anak qariah di Tingkatan 5, semoga tabah menghadapi dugaan, ditenangkan fikiran dan minda, dipermudahkan segala cabaran, ingat apa-apa yang lupa dan mendapat keputusan yang cemerlang hendaknya.

Persediaan telah pun dibuat, kepada Allah jualah kita berserah. Semoga Allah memberkati usaha kita dan menggapai kejayaan yang diidamkan. Insyallah.


Thursday, October 25, 2012

Selamat Idil-Adha 1433H

Selamat Hari Raya Idil-Adha 1433H. Pihak pengurusan surau menjemput semua ahli qariah bersama-sama mengerjakan solat sunat Idil-Adha pagi esok bermula jam 8:15 pagi dan melakukan ibadah kurban pada jam 9 pagi. Sebanyak 4 ekor lembu akan dikorbankan esok.

Marilah kita bersama-sama bertakbir, bertahmid dan bertasbih kehadrat Allah SWT. Bersama ini dilampirkan takbir untuk ingatan kita semua. Insyallah

Sunday, October 21, 2012

Gotong Royong Persediaan Korban

Ahad, 21hb Oktober 2012, satu gotong royong sempena persediaan Korban telah berlangsung pagi tadi tepat jam 9 pagi. Gotong royong dimulakan dengan membuat lubang bagi penyembelihan dan pembuangan sisa sembelihan dan lapah nanti.

Ramai ahli qariah yang hadir dan bersama-sama menyiapkan kerja-kerja membuat lubang dan menebang pokok nangka. Gambar-gambar dibawah akan menjawab segala yang berlaku ketika gotong royong.

Wan Askar sedang menggali lubang
Lain macam Hj Hamzah ni
Hj Awang tu turut sama
Masing-masing stand-by nak bantu ke nak tengok..hheee
Ni lah dia... Hj Hamzah king of the king
Ingat lembu je tali leher, pokok pun kena jugak
Acara tarik tali lawan pokok nangka-Acara Utama
Amacam, ada boleh ke nak lawan pokok nangka
Wan askar takik pokok nangka

1-2-3.....tarik!!!!!!!!
Amboi----dah tumbang yob
Pokok nangka dah terbujur

Adat Berkampong Cik Gu Hj Roselan

Alhamdulillah, malam tadi berlangsungnya Majlis Berkampong di kediaman Cik Gu Hj Roselan bagi membuat persiapan kenduri kahwin anak perempuannya pada 11hb Nov 2012 nanti. Majlis dimulakan dengan bacaan Yasin dan doa selamat diketuai oleh Imam Tn Hj Salleh.

Malam tadi juga bertembung dengan Perlawanan Badminton Terbuka Denmark dimana Datuk Lee Chong Wei melawan Jorgensen dari Denmark dan juga Final Bola Piala Malaysia antara Kelantan dan ATM, namun ahli qariah yang hadir tetap meneruskan majlis berkampong sehingga selesai.

Istiadat berkampong diketuai oleh Tn Hj Rasali kerana beliau berpengalaman dengan hal nikah kahwin ni, almaklumlah pernah bermenantu dan bercucu pun... dah naik pangkat jadi Datok Rasali daaahhh......

Majlis merumuskan :

1. Majlis berlangsung: 11hb Nov 2012 (AHAD)
2. Majlis Khatam Quran dan akad nikah: 11hb Nov 2012 (AHAD) jam 10 pagi. Majlis ini akan diketuai oleh muslimah.
3. Majlis jemputan akan bermula jam 11:30 pagi hingga 5 petang.
4. Seperti biasa untuk keselamatan dan juga tempat letak kereta, anggota RELA telah ditempah.
5. Khemah akan didirikan dihadapan rumah dan juga di atas padang bersebelahan rumah Abg Nan
6. Ahli qariah samada mempunyai uniform atau tidak diminta memberi khidmat pada hari tersebut samada sebagai penyambut tetamu atau sebagainya seperti menjaga lauk pauk.
7. Oleh kerana sekarang adalah musim hujan, maka persediaan sepepagi hari Ahad 11hb Nov 2012 dengan mengambil besi longkang surau.
8. Katering telah pun ditempah.
9. Cenderahati tetamu akan diletakkan dibawah khemah yang akan dipasang nanti.
10. Rumah persinggahan pengantin lelaki adalah di Homestay Kg Melayu, Ampang.
11. Persiapan papan tanda arah akan dibuat secara gotong royong pada hari Khamis malam Jumaat di surau dan mula pasang pada hari Sabtu malam Ahad, diketuai oleh Tn Hj Hairuddin,

Majlis disudahi dengan jamuan makan malam dan tidak lupa siaran secara langsung badminton terbuka Denmark. Datuk Lee Chong Wei ke final. Syabas Datuk!!

Antara gambar sempat dirakam: