---- B e r i t a ~~~ S e m a s a ---

Orang yang tak solat akan banyak masalah, tidak tenang, cepat marah, susah nak terima kenyataan dan selalu nampak salah orang lain.

Saturday, December 19, 2009

Perutusan kepada JAKIM/HDC

Perutusan kepada Pegawai JAKIM/HDC.
Assalamualaikum w.b.t
Tuan Hj Zainal HDC, terdapat satu restoran bernama German Deli Imbiss yang terletak di belakang Petronas Ampang Jaya dan Mc Donald, yang mana telah menggantungkan satu perkataan HALAL dipintu premis perniagaan mereka tanpa mendapat Sijil Halal daripada JAKIM/HDC.
Keadaan ini amat menghina sensitiviti orang-orang Islam, seolah-olah mudahnya Halal & Haram ini dipermainkan. Begitu juga dengan Restoran Bukit Indah Food Corner yang terletak di hadapan CALTEX Tmn Bukit Indah. Justeru itu mohon tuan menghantar pegawai tuan bagi membuat lawatan ke premis yang dinyatakan.
Sekian, terima kasih.

Zainal Rashid Zakaria.
Masjid Bukit Indah,

s.k : Imam, Timbalan Nazir dan AJK Masjid.

Selamat Menyambut Maal Hijrah 1431H

Assalamualaikum w.b.t
Sempena Awal Muharram yang baru kita sambut pada hari Jumaat yang lalu 18hb Dis 2009, pihak editor mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Menyambut Maal Hijrah 1431H, semoga kedatangan tahun baru Hijrah ditanam dengan semangat penuh iltizam dan hasrat untuk membawa perubahan dalam apa jua bidang pekerjaan dan kehidupan seharian.
Insyallah, semoga hari ini lebih baik dari semalam, dan esok pula tidak pula berkurang dari hari ni. Sama-samalah kita menyambut Maal Hijrah 1431H.

Monday, November 30, 2009

Kisah Nabi Daud a.s

Allah mengutusnya sebagai nabi dan rasul mengurniainya nikmah, kesempurnaan ilmu, ketelitian amal perbuatan serta kebijaksanaan dalam menyelesaikan perselisihan. Kepadanya diturunkan kitab "Zabur", kitab suci yang menghimpunkan qasidah-qasidah dan sajak serta lagu-lagu yang mengandungi tasbih dan pujian-pujian kepada Allah, kisah umat-umat yang dahulu dan berita nabi-nabi yang akan datang, di antaranya berita tentang datangnya Nabi Muhammad s.a.w. Allah menundukkan gunung-gunung dan memerintahkannya bertasbih mengikuti tasbih Nabi Daud tiap pagi dan senja.

Burung-burung pun turut bertasbih mengikuti tasbih Nabi Daud berulang-ulang. Nabi Daud diberi peringatan tentang maksud suara atau bahasa burung-burung. Allah telah memberinya kekuatan melunakkan besi, sehingga ia dapat membuat baju-baju dan lingkaran-lingkaran besi dengan tangannya tanpa pertolongan api.
Nabi Daud telah diberikannya kesempatan menjadi raja memimpin kerajaan yang kuat yang tidak dapat dikalahkan oleh musuh, bahkan sebaliknya ia selalu memperolehi kemenangan di atas semuamusuhnya.

Nabi Daud dikurniakan suara yang merdu oleh Allah yang enak didengar sehingga kini ia menjadi kiasan bila seseorang bersuara merdu dikatakan bahawa ia memperolehi suara Nabi Daud.

Kisah Nabi Daud dan kisah Sabtunya Bani Isra'il terdapat dalam Al-Quran surah "Saba'" ayat 11, surah "An-Nisa'" ayat 163, surah "Al-Isra'" ayat 55, surah "Shaad" ayat 17 sehingga ayat 26 dan surah"Al-'Aaraaf" ayat 163 sehingga ayat 165.

Beberapa Ibrah Dari Kisah Nabi Daud A.S

Allah telah memberikan contoh bahwa seseorang yang bagaimana pun besar dan perkasanya yang hanya menyandarkan diri kepada kekuatan jasmaninya dapat dikalahkan oleh orang yang lebih lemah denganhanya sesuatu benda yang tidak bererti sebagaimana Daud yang muda usia dan lemah fizikal mengalahkan Jalout yang perkasa itu dengan bersenjatakan batu sahaja.
Seorang yang lemah dan miskin tidak patut berputus asa mencari hasil dan memperoleh kejayaan dalam usaha dan perjuangannya selama ia bersandarkan kepada takwa dan iman kepada Allah yang akan melindunginya.

Kemenangan Daud atas Jalout tidak menjadikan dia berlaku sombong dan takabbur, bahkan sebaliknya ia bersikap rendah hati dan lemah-lembut terhadap kawan mahupun lawan.

Sunday, November 22, 2009

Sempena Idul Adha 1430H

Assalamualaikum w.b.t

Sempena Hari Raya Idul Adha 1430H pada 27hb Nov 2009 nanti, pihak Surau At-Tarbiyyah telah mengatur beberapa program seperti berikut:

  1. Takbir raya dari rumah ke rumah malam raya selepas Isya'
  2. Solat sunat Idul Adha iaitu Jumaat 27hb Nov 2009 jam 8:15 pagi
  3. Ibadah qurban akan dijalankan pada hari Sabtu 28hb Nov 2009 jam 8:00 pagi secara gotong royong
Semoga ahli qariah dapat bersama-sama menjayakan program ini sempena Hari Raya Idul Adha 430H.

Jazakallah.

Tn Syed Salim Syed Abu Bakar
Pengerusi
Surau At-Tarbiyyah
Tmn Bukit Indah.

Friday, November 13, 2009

Mutiara Kata - Renungkanlah


Assalamualaikum w.b.t


Sekadar renungan kata-kata mutiara yang selalu kita dengar dan terdetik dihati nurani kita sebagai insan yang serba kekurangan.


Hari ini sebelum kita mengatakan kata-kata yang tidak baik,
Fikirkan tentang seseorang yang tidak dapat berkata-kata sama sekali.

Sebelum kita mengeluh tentang rasa dari makanan,
Fikirkan tentang seseorang yang tidak punya apapun untuk dimakan.

Sebelum anda mengeluh tidak punya apa-apa,
Fikirkan tentang seseorang yang meminta-minta dijalanan.

Sebelum kita mengeluh bahawa kita buruk,
Fikirkan tentang seseorang yang berada pada keadaan yang terburuk di dalam hidupnya.


Sebelum mengeluh tentang suami atau isteri anda,
Fikirkan tentang seseorang yang memohon kepada Tuhan untuk diberikan teman hidup.


Hari ini sebelum kita mengeluh tentang hidup,
Fikirkan tentang seseorang yang meninggal terlalu cepat.

Sebelum kita mengeluh tentang anak-anak kita,
Fikirkan tentang seseorang yang sangat ingin mempunyai anak tetapi dirinya mandul.

Sebelum kita mengeluh tentang rumah yang kotor kerana pembantu tidak mengerjakan tugasnya,
Fikirkan tentang orang-orang yang tinggal dijalanan.


Dan di saat kita letih dan mengeluh tentang pekerjaan,
Fikirkan tentang pengangguran, orang-orang cacat yang berharap mereka mempunyai pekerjaan seperti kita.

Sebelum kita menunjukkan jari dan menyalahkan orang lain,
Ingatlah bahawa tidak ada seorangpun yang tidak berdosa.

Dan ketika kita sedang bersedih dan hidup dalam kesusahan,
Tersenyum dan berterima kasihlah kepada Tuhan bahawa kita masih hidup dan masih diberi peluang untuk beribadat dan memperbaiki amalan kita!



Insyaallah.

Monday, November 9, 2009

Anak Tn Hj Kamal selamat pembedahan

Assalamualaikum w.b.t
Alhamudulilah. Anak kepada Tn Hj Kamal telah pun selamat pulang ke rumah, setelah menjalani pembedahan tulang belakang pada hari Isnin yang lalu. Insyallah, atas keberkatan dan doa kita semua dan juga izin Allah, semuanya berjalan lancar, semoga cepat sembuh.
Mohon maaf atas kelewatan mengemaskini blog surau akhir-akhir ini.
Jazakallah.

Wednesday, October 28, 2009

Selamat Berangkat ke Tanah Suci

Assalamualaikum w.b.t.
2 orang ahli qariah kita akan berangkat menunaikan Fardu Haji iaitu Sdr Fatul dan Sdr Hj Shaharudin. Insyallah, Sdr Fatul akan berangkat selepas asar petang ini 28hb Okt 2009 manakala Sdr Hj Shaharudin akan berangkat petang esok 29hb Okt 2009 jam 6 petang.

Semoga Allah memberi rahmat, kesihatan yang baik, keselesaan dan kemudahan dalam mengerjakan haji dan seterusnya selamat kembali ke tanah air dengan haji yang mabrur. selamat. Insyallah.

Harap maklum. Terima kasih
.

Friday, October 23, 2009

Pembedahan Anak Hj Kamal

Assalamualaikum w.b.t
Adalah dimaklumkan bahawa anak kedua kepada Tn Hj Kamal akan menjalani pembedahan tulang belakang pada Hari Selasa 27hb Okt 2009 di HUKM. Solat hajat dan kutipan derma kilat telah dilakukan malam tadi di surau dan jika ada ahli qariah yang ingin menyumbang bagi meringankan kos rawatan yang mencecah RM30,000 bolehlah menghubungi Bendahari Surau iaitu Tn Hamzah.
Bersamalah kita membantu.
Sekian, terima kasih.

Wednesday, October 21, 2009

Isteri Sujud Pada Suami

Daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya:
"Jika aku hendak menyuruh seseorang supaya sujud kepada seseorang tentulah aku perintahkan isteri supaya sujud kepada suaminya." (Riwayat at-Tirmidzi, Ibnu Hibban, al-Baihaqi dan al-Wahidi).

Firman Allah SWT di dalam al-Quran, surah al-Furqan ayat 74 yang bermaksud:
"Dan juga mereka (yang diredai Allah itu ialah orang-orang) yang berdoa dengan berkata: Wahai Tuhan kami, jadikanlah kami beroleh dari isteri-isteri serta zuriat keturunan kami, perkara-perkara yang menjadi penyejuk mata (menenangkan hati), serta jadikanlah kami sebagai imam bagi orang-orang yang bertakwa."

Orang yang benar-benar berjaya adalah mereka yang membawa orang lain untuk berjaya bersamanya. Dalam keluarga, suami adalah seperti imam dengan makmum yang merupakan orang yang paling utama untuk memimpin keluarga ke mercu kejayaan.

Bahkan kejayaan hanya akan terbukti apabila dia dapat menjalankan tanggungjawabnya dengan baik terhadap isteri dan anak-anak hingga menjadi isteri dan anak-anak yang baik dan beriman. Suami yang bertanggungjawab seperti inilah yang wajib ditaati hatta boleh sampai ke tahap disembah sebagaimana yang disebutkan di dalam hadis di atas.

MALANGNYA, hari ini mungkin hanya sedikit dalam kalangan lelaki bergelar suami yang layak dikategorikan seperti di dalam hadis di atas lantaran banyak sekali pengabaian tanggungjawab yang dilakukan oleh mereka. Bahkan tidak dinafikan banyak sekali kes-kes 'kaki suami' yang hinggap di pundak isteri mahupun anak-anak tanpa sebarang perasaan belas kasihan.

Selalu benar seorang suami itu cenderung kepada mencari kesalahan isterinya sedangkan hak isteri tidak dipenuhi. Isteri yang solehah dan taatkan suami hanya akan terhasil jika suami juga seorang yang soleh dan bertanggungjawab.

Malah mana mungkin suami mengharapkan 'penyejuk mata' melalui isteri dan anak-anak tanpa terlebih dahulu mereka berikhtiar mendidik isteri dan anak dengan cara yang betul?Inilah punca terjadinya suami mahupun isteri berlaku curang dan sebagainya.

Sesungguhnya di sinilah letaknya soal kepimpinan melalui teladan, mengajar melalui tingkah laku dan bukan dengan konsep 'ketam berjalan' yang menjadi amalan kebanyakan kita.

Dimanakah pula posisi kita?


Renung-renungkanlah.

Monday, October 12, 2009

Ibadah Qurban - Penyertaan dibuka

Assalamu’alaikum Wr. Wb.

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam keatas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, para sahabat, tabi’in, tabi’ tabi’in.

Alhamdulillah, diam tak diam, kita sudah sampai ke penghujung bulan syawal. Namun begitu kemeriahan sambutan ‘aidil fitri masih tetap dirasakan, seolah-olah baru sahaja seminggu kita berhari raya. Masih lagi terdapat banyak rumah-rumah terbuka, lebih-lebih lagi pada hujung begitu. Banyak jemputan diterima dari tengahari sampai ke malam.

Disamping menjamu selera, hendaknya dapat lagi mengeratkan ikatan ukhuwah sesama kita. Inilah dia kejayaan dan kegembiraan setelah sebulan kita berpuasa. Kita berdoa semoga Allah SWT panjangkan umor dan kesihatan agar dapat bertemu kembali ramadhan dan syawal tahun hadapan, InsyaAllah.

Sebulan lagi kita akan meyambut kedatangan satu lagi hari raya, iaitu ‘Aidil Adha. Mulai 20 Oktober ini jemaah haji akan mula berangkat ketanah suci menjadi tetamu Allah. Ramai juga kalangan ahli kariah kita akan menunaikan fardhu haji tahun ini. Semoga mereka telah siap membuat persiapan untuk berangkat.

Sempena dengan sambutan hari raya ‘aidil adha, surau kita insyaAllah akan melaksanakan ibadah qurban, sebaik selesai kita melaksanakan solat hari raya. Ahli-ahli kariah yang berhajat untuk mengambil bahagian qurban, bolehlah memaklumkan kepada pentadbiran surau. Buat masa ini, satu bahagian dianggarkan sebanyak RM380.00. Borang penyertaan akan diedarkan sedikit masa lagi.

Amatlah diharapkan ahli kariah dapat sama-sama hadir menunaikan solat hari raya disurau kita dan turut serta bergotong-royong menyempurnakan ibadah qurban.


Terima Kasih.


Wassalam.
Syed Salim Abu Bakar
Pengerusi Surau At-Tarbiyyah
.

Sunday, October 11, 2009

Majlis Aqiqah Muhammad Akmal Hakim

Assalamualaikum w.b.t

10hb Okt 2009 genaplah 2 bulan usia MUHAMMAD AKMAL HAKIM BIN HERYANTO EFFENDI, cucu kepada Tn Hj Zakaria bin Mohamad atau lebih selesa dengan panggilan Pak Ya. Cucu pertama yang ditunggu-tunggu selama hampir 9 tahun, diraikan semalam dalam Majlis Aqiqah di rumah Pak Ya, No-18, Jalan Bkt Indah 2/16, Tmn Bukit Indah.

Majlis dimulai dengan berzanji, berselawat dan mencukur rambut. Majlis disusuli pula dengan bacaan Yassin dan tahlil serta doa selamat. Ramai saudara mara, sahabat serta rakan taulan dan ahli qariah seluruh Taman Bukit Indah mengunjungi rumah Pak Ya kebetulan kita masih lagi berada dibulan Syawal 1430H.



Kelihatan Pak Ya dan anak lelakinya Heryanto (Abang) sibuk melayani tetamu. Semoga kelahiran cucunda memberi keceriaan dan kebahagian Pak Ya sekeluarga. Amin, Ya Robbal Alamin.


Antara sedutan dari video:








Gambar-gambar lain boleh dilihat disini;

http://picasaweb.google.com/adinor88/AqiqahPakYa#slideshow



Jazakallah.

Friday, October 9, 2009

Gambar Suasana I'dul Fitri 1430H

Assalamualaikum w.b.t
Selamat Hari Raya I'dul Fitri. Kita masih lagi berada dalam bulan Syawal 1430H. Pada hari Ahad yang lalu kita telah pun meraikan Hari Raya I'dul Fitri anjuran Surau At-Tarbiyyah. Untuk tidak menghampakan tuan/puan semua, sila klik laman web dibawah untuk melihat gambar-gambar menarik sekitar majlis tersebut.
Perhatian:
Tuan/Puan tidak digalakkan untuk muat turun gambar-gambar dari laman web ini bagi tujuan percetakan, kerana mutu gambar yang akan di muat turun nanti adalah tersangat rendah kualitinya. Sila hubungi pihak AJK Surau jika inginkan "imej digital" bagi gambar-gambar yang berkenaan.
Nikmatilah :


Jemputan Majlis Aqiqah 10hb Okt 2009 (Sabtu)

Assalamualaikum w.b.t
Adalah dengan sukacitanya, Tn Hj Zakaria Mohamad (Pak Ya Kedah) menjemput tuan-tuan ahli qariah Surau At-Tarbiyyah ke Majlis Aqiqah Cucundanya pada tarikh dan tempat yang tertera dibawah:
Tarikh : 10hb Okt 2009 (Sabtu)
Masa : 10:30 pagi
Tempat : No-18, Jalan Bukit Indah 2/16, Tmn Bukit Indah
Kehadiran tuan-tuan amat dihargai bagi menyerikan lagi majlis tersebut.
Terima kasih.

Monday, October 5, 2009

Sambutan I'dul-Fitri 2009 Meriah

Assalamualaikum w.b.t

Jazakallah. Semalam 4hb Oktober 2009 bersamaan dengan 15hb Syawal 1430H Sambutan I'dul Fitri 1430 telah diadakan diperkarangan Surau At-Tarbiyyah dengan penuh meriah walaupun sederhana. Ahli qariah mula memenuhi khemah seawal jam 10:30 pagi.

Semuanya berjalan lancar dengan kerjasama seluruh ahli qariah baik tua atau muda, kecil atau besar, semua bekerjasama bergotong royong bagi memastikan majlis berjalan dengan baik. Alhamdulillah, semuanya selamat dan amat membanggakan.

Ramai sungguh tetamu yang hadir. Semuanya ceria dengan anak-anak berpakaian baru ditambah pula ada wang raya dan hadiah. Mak dan ayah yang mengiringi anak-anak tak dapat wang raya tetapi tetap ceria, apatah lagi dengan hidangan kambing, lemang, satay, ketupat dan bermacam-macam lagi.

Tengok ni!! Memang ceria. Abang Haji dan puterinya, dah kena kambing 2-3 ketul, nasi entah berapa pinggan senyum pun dah S E N Y U M _ _ _ _ _ _ _!!!!! Isyhhh... tu baru kambing....

Gambar-gambar suasana Majlis Sambutan I'dul Fitri akan dimuat turun sedikit masa lagi. Harap semua boleh bersabar!!!

Jazakallah.

Tuesday, September 29, 2009

Jemputan Majlis Sambutan I'dul Fitri 1430H


Assalamualaikum w.b.t.

Surau At-Tarbiyyah seperti tahun-tahun yang lalu akan mengadakan satu majlis Sambutan Hari Raya I'dul Fitri bagi tahun 1430H. Berbagai juadah seperti Kurma Kambing, Sate, Lemang, Rendang, Mee Hoon, Air Batu Campur (ABC) dan lain-lain disamping duit raya untuk anak-anak disediakan. Aturcara sambutan majlis tersebut adalah seperti berikut:


Hari : Ahad
Tarikh: 15hb Syawal 1430H bersamaan 4hb Okt 2009

Agenda:

10:30 pagi - 2:00 ptg : Jamuan Makan
1:07 tgh : Solat Zuhur
2:00 ptg : Gotong Royong Pembersihan

Semua ahlii qariah dan keluarga dijemout hadir bagi memeriahkan majlis tersebut.

AJK Surau At-Tarbiyyah sekali lagi mengucapkan "Selamat Hari Raya I'dul Fitri dan Maaf Zahir Batin" kepada semua ahli qariah dan keluarga.