---- B e r i t a ~~~ S e m a s a ---

Selamat menyambut Maulidul Rasul 1448H.

Sunday, April 11, 2010

Mesyuarat Tahunan Kali Ke-8 Dan Pencalonan AJK Sesi 2010 - 2013

Alhamdulillah, hari ini 11hb April 2010 bersamaan 26 Rabiulakhir 1431H, Mesyuarat Tahunan Kali Ke-8 dan Pencalonan AJK Sesi 2010 - 2013 telah selamat diadakan di Dewan Solat Surau At-Tarbiyyah, Taman Bukit Indah, Ampang.
Pendaftaran bermula seawal jam 9:00 pagi, dimana para ahli qariah dimestikan mendaftarkan diri dan dapatkan nombor ahli sebagai tiket layak mengundi. Nombor ahli adalah berdasarkan susunan abjad yang disediakan dan nombor tersebut tidaklah kekal.

Ahli qariah dihidangkan sarapan pagi oleh pihak surau antaranya Nasi Lemak Pak Leh dan karipap serta minuman.


Mesyuarat bermula tepat jam 9:30 pagi dipengerusikan oleh Tn Hj Riduan. Sebagai pembukaan majlis, doa telah dibacakan oleh Imam 1, Lt Kol Tn Hj Amran Haron dan disusuli ucapan alu-aluan pembuka majlis oleh Tn Pengerusi Surau At-Tarbiyyah Ir Tn Hj Syed Salim Syed Abu Bakar.

Pembentangan Laporan Tahunan Jawatankuasa Surau bermula dengan didahului oleh Setiusaha Surau At-Tarbiyyah Tn Hj Zakaria Mamat. Pembentangan Kewangan pula dibentangkan dengan jelas dan panjang lebar oleh Bendahari Sdr Hamzah Mohamad. Tahniah kepada Setiausaha dan Bendahari atas laporan yang lengkap.

Y.Bhg Dato' Muhammad Nazir telah dilantik sebagai Pengerusi Pencalonan bagi melantik AJK baru bagi sesi 2010 - 2013. Jawatan Pengerusi, Imam, Bilal dan Bendahari adalah dikekalkan sebulat suara. Bagi jawatan Setiausaha ahli sebulat suara bersetuju dipegang oleh Sdr M Fuad Md Nor. Bagi jawatan Pemeriksa Kira-Kira pula jawatan disandang oleh Y.Bhg Dato' Muhammad Nazir dan Sdr Aziz Atan.
Wakil Pemuda disandang oleh Sdr Mohd Zaini Shahril b Salleh atau lebih dikenali sebagai Along manakala wakil wanita disandang oleh Sdr Ustazah Hjh Asiah Husin. AJK pula terdiri daripada Hj Muhammad Fadzil b Bidin, Hj Mohd Rasali b Abd Rahman, Shaharudin b Abdullah, Hj Hairuddin b Jamin, Hj Noor Kamal Azlin b Abu Kassim, Hj Ab Rahim b Abu Hasan, Abu Hanifah b Lan dan Pn Latifah bt Abu Bakar.

Beberapa usul dan cadangan telah dibangkitkan. Mesyuarat telah ditangguhkan tepat jam 12.00 tengahari.
Semoga Allah memberkati majlis kita dan sentiasa dibawah lindunganNya. AMIN.

Antara gambar yang sempat dirakam:

Y.Bhg Dato' Muhammad Nazir sedang menunggu mesyuarat bermula.

Sebahagian muslimah yang hadir untuk mengambil bahagian dalam mesyuarat kali ke-8


Kaum muslimim sedang membaca buku laporan tahunan, kot-kot ada kemusykilan.


Mendengar dengar tekun apa yang diperkatakan dalam mesyuarat.

Sebahagian AJK baru yang dilantik. Isyhhh... Macam team bola je nih... Ada gaya!!!!


Yang ni tak lain tak bukan, hero kita dimana jua berada... Hasan Fathy dan Haziq..sedang melunaskan nasi lemak Pak Leh

Tuesday, April 6, 2010

Ragam Atuk Hari Ini -Cucumu Cucuku Jua

Bak kata pepatah, sayang isteri tinggal-tinggalkan, sayang anak tangan-tangankan, sayang cucu bawak-bawaklah berjalan. Mari kita lihat ragam 3 atuk kita ni... kehulu-kehilir dengan cucu masing-masing.... seronok sungguh.... masa ni cucu kencing pun wangi.... hahahaaa!!!

Pak Ya bersama cucu kesayangan, 8 tahun Pak Ya tunggu cucu ni, mau idoknya... nyamuk pun tak boleh gigit ooiiii.... cute-mute lagi... Tahniah Pak Ya.. bila nak buat kenduri lagi.. hahaha..


Pak Leh, bersama cucu kesayangan.. baju pun dah berpakat nak pakai ...merah yobbb!!!! Jangan lupa train cucu main volleyball Pak Leh.. asyik kurang player je... Along dah pencen.. lutut jemlah, kaki lengohlah.. ambik je STAR punya rel tu... tampal kat lutut... Along, ayah kata dia nak cucu pompuan pulak... cepatttttttttt!!!!
Aikkkkkk!! Ni macamana nih... rasa-rasa tak pernah kenduri besar-besaran kat rumah Pengerusi kita, Tn Syed Salim... isyhh.. dah beranganlah tu... atau ahem!..ahem!..ahem!... boleh..boleh..no problem!!!
Lepas ni Tn Hj Fadzil lah pulak ya!!!! Tuan-tuan sabarlah menunggu untuk kambing berikutnya.. hahahaa... terbatuk pulak Hj Fadzil.... Selamat bercucu bagi semua yang sudah dan bakal bergelar atuk.


Monday, April 5, 2010

Majlis Aqiqah - Haritz dan Hayyan

Amin..Ya Robbal'alamin. Syukur kita kepada Allah s.n.w dengan limpah dan rahmatNya, Majlis Aqiqah dan Tahlil telah selamat diadakan di rumah Sdr Amir di No:18, Jalan Bkt Indah 3/5, Tmn Bkt Indah pada hari Ahad 4hb Apr 2010 tepat jam 11:30 pagi dan berjalan seperti yang dirancang.

Majlis ini adalah majlis aqiqah bagi anakanda Sdr Amir iaitu Muhammad Haritz dan Muhammad Hayyan.
Majlis dimulakan dengan bacaan berzanji/marhaban yang diketuai oleh Tn Hj Salleh, Tn Hj Din, Tn Hj Hussin, Yn Hj Suhaimi dan Tn Hj Zakaria diikuti tahlil ringkas oleh Tn Hj Suhaimi, Imam Masjid Bukit Indah.

Tn Hj Suhaimi sedang mengalunkan bacaan marhaban dengan penuh syahdu, sambil diteliti oleh rakan-rakan yang lain.

Amir memangku anak bongsunya untuk majlis cukur jambul sambil dikelilingi ahli qariah sambil berselawat ke atas Rasulullah s.a.w.
Giliran Tn Hj Mohd Redza mencukur jambul.
Sdr Amir tak tahan gelak melihat karenah anakandanya yang tak mahu jambulnya dipotong...


Kelihatan Tn Hj Rahim membaca serapah bagi menenangkan anakanda, betul ke tu Tn Hj Rahim.

******************************************************************************


Sdr Amir melayan para tetamu ahli qariah sementara menunggu ketibaan imam bagi memulakan majlis.

Sekali-sekala lepak sebegini bagus juga.. Cendol pun ada menunggu tu ... kambing lagi...Umpphhh

Tn Hj Salleh berbual mesra dengan ahli qariah

Lepak... jangan tak lepak

Sdr Amir mengangkat rehal untuk kegunaan Imam bagi memulakan majlis berzanji

Tn Hj Razi bersama rakan kongsi Sdr Hasan. Rumah Sdr Amir ni nampak cantik, luas dan memikat. Siapa lagi orang yang bertanggungjawab sebagai Pereka Hias Dalaman kalau tak Tn Hj Razi sendiri...

Apa yang menggelikan hati tu Tn Hj Bahadum???

Majlis diakhiri dengan jamuan makan tengahari... Apa lagi, kambinglah yob!!!! Cendol ada, kuih apam pun ada, nasi minyak, nasi putih... kira kenyanglah yob!!! Semoga Allah memberkati majlis Aqiqah dan Tahlil yang diadakan ini. AMIN.
Catering disediakan oleh : OLEANDER CATERING
Khemah oleh : OLEANDER CATERING

Saturday, April 3, 2010

Walimatul Urus - Ahmad Hafiz dan Nur Fathin




Alhamdulillah. Syukur kita kehadrat Ilahi, dengan limpah dan rahmatNya, Majlis Walimatul Urus Tn Hj Muhammad Fadzil dan Hajjah Suzana berjalan dengan lancar hari ini 3hb April 2010 yang diadakan di kediaman mereka di No:51 Jalan Bukit Indah 1/15, Taman Bukit Indah, Ampang.

Selamat Pengantin Baru kepada kedua-dua mempelai Ahmad Hafiz Hj Jaafar dan Nur Fathin Hj Muhammad Fadzil yang telah diijabkabulkan di Surau At-Tarbiyyah, tepat jam 10:45 pagi 3hb April 2010 dihadapan Imam Mohd Arif dan dinikahkan sendiri oleh Tn Hj Muhammad Fadzil.
Tn Imam Hj Mohd Arif sedang memberi penerangan ringkas mengenai hukum nikah kahwin kepada semua hadirin yang hadir semoga menjadi pedoman kepada semua.

Pengantin lelaki Ahmad Hafiz menunggu penuh sabar dan debar sebelum majlis akad bermula. Sejuk air-cond lagi, sejuk nak jawab akad lagi.... Isyhhh.. Jangan mikrofon ni buat hal udah ler....


Tn Hj Muhammad Fadzil sedang mengijabkabulkan Pengantin Lelaki Ahmad Hafiz Bin Hj Jaafar dengan puteri tunggal beliau Nur Fathin bt Hj Muhammad Fadzil. Nak tak nak, Tn Hj Fadzil memberanikan diri juga untuk jadi jurunikah. Bila lagi Tn Hj, puteri seorang je tau.... Kira oklah tu!!!!
Pengantin Lelaki Ahmad Hafiz dengan sekali lafaz menerima akad nikah daripada Tn Hj Fadzil dengan mas kahwinnya RM8,888.00 tunai. Tenang sungguh pengantin ni, al-maklumlah saudara Ahmad Hafiz ni bertugas sebagai Ustaz atau Pensyarah di sebuah kolej di Kelantan, Darul Naim. Amin!!! Sah lah Ahmad Hafiz dan Nur Fathin sebagai suami-isteri.

Amin..amin...ya Robbal'alaminn... Ahmad Hafiz sendiri membacakan doa selepas akad nikah. Bagus!! Bagus!! Selamatlah sudah akad nikah.


Antara hantaran Pengantin Perempuan untuk diserahkan kepada pihak Pengantin Lelaki


Lagi gambar hantaran kedua-dua mempelai.

Cincin yang bakal disarungkan ke jari Pengantin Lelaki

Selesai sahaja akad nikah dan solat sunat kesyukuran, pengantin saling menyarungkan cincin kejari pasangan masing-masing. Nur Fathin sedang bersalam dan mencium tangan suami buat kali pertama... Menggigil gak oiiii!! Mau idok nya.... Relaks Fathin.. dah halal tu...


Mmmmm... lama-lama sikit Hafiz.. depa nak ambik gambaq tak dan... masa nilah depa nak dera pengantin... Hang pa semua gelaklah, aku dah ketaq nih....


Antara ahli qariah yang berada diruang dalam Surau At-Tarbiyyah bergambar bersama Tn Hj Muhammad Fadzil setelah selesai akad nikah. Kelihatan Tn Hj Bahadum, Tn Hj Rasali, Tn Hj Osman, Tn Hj Nordin, Tn Hj Salleh dan Tn Hj Rahman.


Rakan-rakan Fathin dari jauh dan dekat yang turut sama meraikan majlis.


Antara rakan-rakan lelaki Nur Fathin dan juga murid kepada Ahmad Hafiz yang datang meraikan majlis perkahwinan mereka. Terima kasih.


Kedua-dua mempelai bergambar bersama-sama ayahanda dan bonda tercinta. Jangan risau!!! Semua dok asal mai dari Kedah... cakap dalam loghat sama.. no problem orang putih kata...


Antara posing yang sempat diberikan oleh kedua-dua mempelai, bagaikan pinang dibelah dua


Fathin : Mak, ampunkan Fathin dari hujung rambut sampai hujung kaki ya. Fathin dah jadi hak Hafiz. Nanti Hari Raya ni Fathin balik raya sini.....

Bonda : Fathin, mak ampunkan, tetapi bab Hari Raya ni lambat lagi, puasa belum lagi nak oiiii... Mak dan Abah dah bincang, raya tahun ni nak ke Sydney tempat abang Farhan kau, nak beraya disana, ambik cuti seminggu. Kau duduklah ngan Hafiz tu!!! Pandai-pandai kaulah masak ketupat ya!!

Fathin : Makkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk!!!!! Hua..hua..hua

(JANGAN MARE HAAAAAAAAA!!!!!!!)
Farhan abang kepada pengantin perempuan, sanggup balik dari Sydney, Australia untuk tidak ketinggalan meraikan perkahwinan adiknya. Apa yang dimenungkan oleh si Farhan ni... dalam hatinya berdetik... "Isyhh... ni kahwin langkah bonggol (BENDUL) ni takkan tak ada apa-apa kot? Aku dah order semalam ... buat tak gheti je.... mana aci!!!!"


Kedua-dua mempelai diarak dengan paluan kompang tepat jam 1:00 tengahari ke ruang utama makan pengantin. Ceria sungguh!!!!


Pengantin sedang menunggu ketibaan tetamu. Lihatlah hiasan khemah yang tersergam indah. Siap lampu "chandelier" lagi. Hidangan, khemah dan hiasan khas ini direkabentuk oleh OLEANDER CATERING.
Tetamu kehormat yang turut hadir menyerikan majlis adalah Kerabat Diraja Perlis - 3 dari kiri - Syed Saffi Bin Syed Alwi Jamalullail 2 dari kanan - Syed Muhd Syukri Bin Syed Alwi Jamalullail . Menjunjung kasih ke atas tuanku berdua.


Lagi tetamu kehormat Dato' Muhammad Nazir dan Datin Nur Jihan serta keluarga turut meraikan majlis di meja VIP. Terima kasih Dato' dan Datin.


Khemah dipenuhi dengan para tetamu. Terdapat 9 khemah utama bagi memberikan keselesaan kepada para tetamu. Alhamdulillah, semua berjalan dengan baik.


Raja sehari sedang menunggu untuk santapan pengantin.

Ahmad Hafiz dan Nur Fathin bersuap-suapan ala-ala sayang gitu.... Jangan cemburu aaaahhh...


Majlis memotong kek dijalankan sebaik sahaja selesai santapan pengantin.

Inilah kek pengantin... sedap nya!!!!

Antara ahli qariah yang menjamu selera sebaik sahaja selesai majlis akad nikah termasuk Imam Hj Mohd Arif.

Tn Hj Fadzil dan isteri Hjh Suzana tenang dan senyum menunggu ketibaan semua tetamu walaupun penat. Kedua-duanya bawak beg, ada apa-apa ke ni!!! Nampak macam penuh je isi beg tu!! Ahem..ahem...

Antara tetamu kehormat yang hadir...

Ni macam biasalah... dah penat jadi penyambut tetamu, ambik kesempatan lepak-lepak sat... Tn Hj Fadzil, jangan risau, kami kerja, kami kerja... tak percaya tanya Tn Syed, dia ada tu... Kadang-kadang macam duduk kat pondok panas merayu undi je!!!

Lihatlah, betapa akrabnya persahabatan qariah Suaru At-Tarbiyyah, semuanya turun padang membuat persiapan memasak untuk jamuan perkahwinan. Berbaldi-baldi, berbesen-besen sayur-sayuran yang perlu dibersihkan dan disiang halus. Terima kasih daun keladi semua ya....
Ini lain pulak ceritanya. Ini bukan ahli qariah, tetapi kenalan rapat Tn Hj Fadzil yang datang jauh dari Muar yang sanggup datang dari jauh semata-mata ingin mengotakan janjinya untuk memasak di hari perkahwinan Nur Fathin. Daging lembu yang tergantung tu dibawak khas dari Muar dan dilapah dalam sekelip mata. Memang pakar betul ni. Terpaku ahli qariah melihat telatah mereka ni.. Tak boleh bersaing!!! Ketuanya Tn Hj Aziz b Mohamad, pernah bertugas sebagai tukang masak kepada Tabung Haji di Mekah sebanyak 13 kali. Jadi keakraban beliau dengan Tn Hj Fadzil tidak boleh dibendung lagi... Dah macam saudaralah ni.. Nasi Beryani Gam yang kita dok makan hingga membasuh pinggan tu, Tn Hj Aziz and "the gang" antaranya Budin, Abu (yang gemuk tu) dan Achiem, ni lah yang masak.. Memang sedap!!! Terima kasih Tn Hj Aziz and gang...


Ha... ni dia... jejaka HANSEM dok mengintai... JOHN MATT HARRIS... hahahaa.. ceria sungguh dia...


Bab ni lah yang susah sikit ni... ni kita panggil JEJAKA PERASAN... hehehe.. nilah adik pengantin.. HASAN FATHY ... orang kuat majlis ni.... tengok tu, sebelum pengantin duduk, baik aku duduk... hehehee.. kau kenal aku siapa... hahahahhaa!!!!!


Hehehee... ni mana punya fesyen ni.. tadi elok jadi pengantin, ni dah berbalut tuala kat leher ni apa pasal... ada partner lagi ni... siap mangkuk bubur kacang kat tangan..... isyhhh.. ni macam nak makan senyap-senyap je nih... hehehhe


Ni siapa pulak.... anak dara dan mak dara... ni bukan mak dara Halimah Jongang tu.... ni mak dara betul... apalah yang digelakkan kan tu...

Ni dia.. mak dara-mak dara 'coming back'. Hehehee.. sempat posing.. Hasya, Yati, Izan dan Nabila.... eh.. salah susun lah..tak sama tinggi... hua..hua..hua



Akhir kata, Selamat Pengantin Baru kepada Ahmad Hafiz dan Nur Fathin, semoga kekal hingga ke akhir hayat dan sentiasa diberkati Allah selalu. AMIN.
############################################
Pihak Tn Hj Fadzil dan keluarga turut mengucapkan jutaan terima kasih yang tak terhingga kepada semua ahli qariah yang terlibat secara langsung atau pun tidak yang telah bertungkus lumus menjayakan Majlis Perkahwinan Nur Fathin dan Ahmad Hafiz dari mula sampai akhir tanpa mengenal erti penat dan lelah. Semoga Allah jua yang dapat membalas jasa baik tuan/puan semua.




Catering disediakan oleh : OLEANDER CATERING
Khemah dan Hiasan : OLEANDER CATERING
Hubungilah : Tn Hj Amirudin ditalian : 019-277 0764 untuk tempahan dan pertanyaan.