---- B e r i t a ~~~ S e m a s a ---

Orang yang tak solat akan banyak masalah, tidak tenang, cepat marah, susah nak terima kenyataan dan selalu nampak salah orang lain.

Saturday, September 29, 2012

Selamat Menunaikan Haji, Abu Hanifah

Selamat Menunaikan Haji Sdra Abu Hanafiah Lan!!! Hari ini 29hb Sep 2012, jam 11:30pagi, Majlis Kesyukuran dan Doa Selamat diadakan di kediaman Abu Hanafiah sempena keberangkatan beliau ke Tanah Suci pada 6hb Okt 2012 nanti, penerbangan KT68.

Bacaan Yassin dan Doa Selamat telah dipimpin oleh Tn Hj Raduan. Ramai ahli qariah yang hadir, alhamdulillah. Semoga mendapat haji yang mabrur, yang membawa kebaikan pada diri, keluarga dan jiran serta masyarakat umumnya, insyallah. Beberapa keping gambar yang sempat dirakam oleh Tn Hj Kamal kita dipaparkan dibawah. Thx again bro...

 
 
 

Friday, September 28, 2012

Mesyuarat Agong Tahunan Kali ke-9

Alhamdulillah, malam semalam telah berlangsungnya Mesyuarat Agong Tahunan Kali ke-9, bagi membentangkan Laporan Tahunan 2011 seperti yang telah dihantar kepada Pejabat Agama Islam Daerah Gombak.

Mesyuarat bermula selepas solat maghrib, jam 7:45 malam, dengan dihadiri oleh lebih kurang 40 ahli jemaah. Pengerusi Surau At-Tarbiyyah, Ir Tn Hj Syed Salim telah mempengerusikan sendiri majlis tersebut dan doa selamat telah dibacakan oleh Imam Hj Raduan.

Mesyuarat dimulakan dengan membentangkan Minit Mesyuarat Agong Kali ke-8 dan telah disahkan oleh Hj Raduan dan disokong oleh Tn Hj Amran Haron. Laporan Kewangan  berakhir Disember 2011 dan Ogos 2012 telah dibentang oleh Bendaharim Tn Hj Hamzah Mohamad.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 9:15 malam. Berikut adalah beberapa keping gambar yang sempat dirakam oleh Tn Hj Kamal.... Thx bro....
 
 
 
 

Tuesday, September 25, 2012

Majlis Mesra Idilfitri 1433H

 

Sabtu, 15hb September 2012 bersamaan 28 Syawal 1433H, Surau At-Tarbiyyah telah pun mengadakan Majlis Mesra Idilfitri 1433H, di perkarangan Surau At-Tarbiyyah, Taman Bukit Indah, Ampang. Alhamdulillah. semuanya berjalan lancar seperti yang dirancang.

Kerja-kerja gotong royong bagi membuat persiapan memasak telah pun dimulakan seawal jam 9:00 malam hari Jumaat malam Sabtu. 3 ekor kambing telah ditumbangkan untuk dihidangkan kepada para tetamu. Seperti biasa hidangan satay, ABC juga disediakan untuk tetamu.

Pada jam 10:30 pagi para tetamu mula mengambil tempat untuk menikmati juadah yang disediakan. Para AJK semua begitu segak dengan baju melayu yang sedondong bertungkus lumus melayan para tetamu. Serba hijau.. sedap mata memandang!!! 

 

Tetapi sayang seribu kali sayang, ku cari, ku hendap, ku intai, tetap tidak ku temui... Setiausaha Surau At-Tarbiyyah rupa-rupanya "off duty". Beliau memohon maaf kerana terpaksa bergegas ke Jerteh kerana membuat persiapan perkahwinan adindanya pada keesokkan harinya 16hb Sep 2012 kebetulan cuti umum Hari Malaysia. Melepaslah kau yob!!! Kambing gulai Pak Usop dan Mak Laily ko!!!! 

Berikut adalah beberapa keping gambar yang sempat dirakam oleh jurukamera pra-profesional kita Tn Hj Kamal.... bravo!! Terima kasih Tn Haji.... Lain kali suruh lagi!!!





























 



Sunday, September 9, 2012

Majlis Doa Selamat Sdra Wan Abdullah

Alhamdulillah. Majlis Tahlil & Doa Selamat Sdra Wan Abdullah, telah selamat diadakan di kediaman beliau pagi tadi jam 10:30 pagi yang rata-rata dihadiri oleh ahli qariah Surau At-Tarbiyyah.Beliau sekeluarga akan berangkat ke Tanah Suci  Mekah dengan penerbangan KT-3, penerbangan awal melalui Tabung Haji.

Dalam ucapan ringkas, beliau memohon agar semua ahli qariah turut memaafkan beliau sekiranya ada salah dan silap selama bergurau senda. Beliau akan berlepas pada 17hb Sept 2012. Sama-samalah kita mendoakan agar Sdra Wan memperolehi haji yang mabrur yang akan membawa kebaikan dan rahmat kepada seluruh ahli qariah dan keluarga beliau. Insyallah.

Berikut gambar yang sempat dirakam sepanjang majlis doa selamat:



Wednesday, August 15, 2012

Majlis Khatam Al-Quran 1433H

Syukur kehadrat Allah SWT dengan izinNya, malam tadi 14hb Ogos 2012 bersamaan 25 Ramadhan 1433H, berlangsungnya Majlis Khatam Quran Surau At-Tarbiyyah, Taman Bukit Indah. Majlis bermula setelah selesai solat sunat Taraweh yang dipimpin oleh Imam Tn Hj Raduan dan Tn Hj Salleh.

Tn Hj Raduan pada ucapan aluannya, mengalu-alukan lebih banyak penyertaan pada masa akan datang memandangkan betapa pentingnya Al-Quran bagi umat Islam yang mengaku dirinya seorang Islam. Tiada rahmat yang diperolehi selain daripada membaca dan memahami qalam Allah, apa juga yang ada didunia ini telah diterjemahkan oleh Al-Quran sejak azali lagi, malah ia dikaji oleh orang-orang bukan Islam kerana mengetahui kebenaranNya meskipun mereka tidak beriman.

Majlis Khatam dimulakan dengan bacaan Surah Ad-Dhuha dan diakhiri dengan Surah An-Nas. Pada tahun ini penyertaan kaum ibu atau muslimah paling ramai iaitu hampir 36 orang. Syabas kita ucapkan pada kaum ibu yang begitu komited dalam bulan Ramadhan Al-Mubaraq ini.

Tidak  kurang juga penyertaan dari anak-anak, saban tahun peningkatan penyertaan mereka amatlah membanggakan. Bagi kaum bapa, seperti biasa penyertaan masih lagi ditakuk lama iaitu terhad kepada penyertaan tahun-tahun sebelumnya. Insyallah, adalah diharapkan, penyertaan tahun hadapan lebih memberangsangkan. 

Sumbangan kain pelikat dan wang raya telah disampaikan oleh Tn Hj Hamzah, Bendahari kita. Tidak ketinggalan saban tahun, sumbangan ikhlas oleh Tn Hj Abd Rahman kepada anak-anak yang menyertai Tadarus Al-Quran. Tahniah kepada semua yang mengambil bahagian, semoga amalan ikhlas kita diterima Allah dan mendapat ganjaran yang berlipat ganda. Insyallah.

Berikut adalah beberapa gambar yang sempat dirakam buat kenang-kenangan. Jazakallah