---- B e r i t a ~~~ S e m a s a ---

Selamat menyambut Maal Hijrah 1448H.

Wednesday, January 22, 2025

Berhutang penyebab berbohong dan berdusta

عَنْ عُرْوَةَ أَنَّ عَائِشَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا أَخْبَرَتْهُ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ يَدْعُو فِي الصَّلَاةِ وَيَقُولُ اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ الْمَأْثَمِ وَالْمَغْرَمِ فَقَالَ لَهُ قَائِلٌ مَا أَكْثَرَ مَا تَسْتَعِيذُ يَا رَسُولَ اللَّهِ مِنْ الْمَغْرَمِ قَالَ إِنَّ الرَّجُلَ إِذَا غَرِمَ حَدَّثَ فَكَذَبَ وَوَعَدَ فَأَخْلَفَ

Daripada 'Urwah bahawa 'Aisyah radliallahu 'anha mengkhabarkan kepadanya bahawa Rasulullah SAW sering berdoa dalam solat: "Allahumma innii a'uudzu bika minal ma'tsami wal maghram" (Ya Allah aku berlindung kepadamu dari berbuat dosa dan terlilit hutang). Lalu ada seseorang yang bertanya: "Mengapa anda banyak meminta perlindungan dari hutang, wahai Rasulullah?" Baginda menjawab: "Sesungguhnya seseorang apabila berhutang ketika dia berbicara biasanya dia berdusta dan bila berjanji sering mengingkarinya". (HR Bukhari No: 2222) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1. Rasulullah SAW sering berdoa agar dijauhi dari dosa dan terbeban dengan hutang

اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ الْمَأْثَمِ وَالْمَغْرَمِ

(Ya Allah aku berlindung kepadamu dari berbuat dosa dan terlilit hutang)

2. Hutang bukan hanya menjejaskan kedudukan kewangan tetapi juga akhlak seseorang. Ia boleh menyebabkan seseorang mengabaikan sifat jujur dan amanah.

3. Hutang menjadi penyebab seseorang bercakap bohong dan berdusta. Orang yang terlibat dengan hutang, akan sanggup mencari pelbagai alasan yang direka sehingga menyebabkan orang lain bersimpati untuk meminjamkan kepadanya.

4. Hutang juga menyebabkan seseorang itu mengingkari janjinya dan mencari pelbagai alasan agar dapat menangguhkan pembayaran hutangnya.

5. Banyakkan doa agar kita terhindar daripada berhutang atau suka berhutang kerana mereka yang berhutang mudah terlibat dengan sifat orang munafik iaitu berbohong dan memungkiri janji.

6. Hadis ini memberi amaran kepada kita tentang bahaya hutang yang boleh membawa kepada dosa besar seperti berdusta dan memungkiri janji. Rasulullah SAW menunjukkan contoh agar kita sentiasa meminta perlindungan daripada Allah supaya terhindar daripada sifat-sifat yang merosakkan. Oleh itu, setiap Muslim harus berusaha untuk mengurus kewangan dengan bijak, mengelakkan hutang yang tidak perlu, dan jika berhutang, bersungguh-sungguh untuk melunaskannya dengan segera. Keikhlasan, kejujuran, dan tanggungjawab adalah kunci dalam menangani urusan hutang menurut Islam.

Wednesday, January 15, 2025

Amalan Yang Tidak Ditinggalkan

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ أَوْصَانِي خَلِيلِي صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِثَلَاثٍ صِيَامِ ثَلَاثَةِ أَيَّامٍ مِنْ كُلِّ شَهْرٍ وَرَكْعَتَيْ الضُّحَى وَأَنْ أُوتِرَ قَبْلَ أَنْ أَنَامَ

Daripada Abu Hurairah RA berkata: "Kekasihku Rasulullah SAW memberi wasiat kepadaku agar aku berpuasa tiga hari dalam setiap bulan, mendirikan solat Dhuha dua rakaat dan solat witir sebelum aku tidur". (HR Bukhari: No 1845) Status Hadis Sahih

Pengajaran:

1. Rasulullah SAW mewasiatkan agar tidak meninggalkan tiga amalan sunat yang ringan namun memberi manfaat yang besar untuk roh dan jasmani:

a.  Puasa sunat tiga hari sebulan

b.  Menunaikan solat sunat dhuha dua rakaat setiap hari

c.  Solat witir setiap malam sebagai penutup malam 

2. Puasa sunat tiga hari setiap bulan seperti puasa pada hari puteh (13, 14 dan 15hb) atau puasa hari isnin dan khamis mampu mendidik jiwa untuk sabar, ikhlas, dan bersyukur atas nikmat Allah SWT. Ia juga menjadi latihan spiritual yang menambah ketakwaan.

3. Solat Dhuha dilaksanakan selepas terbit matahari hingga sebelum waktu Zuhur. Ia adalah solat sunat yang sangat digalakkan kerana ia menjadi sebab keberkatan rezeki dan penghapusan dosa kecil.

4. Solat Witir adalah penutup bagi ibadah solat malam. Bagi yang tidak mampu bangun malam, disarankan agar melaksanakannya sebelum tidur supaya tidak terlepas amalan ini. Solat Witir menjadi penyempurna bagi ibadah solat seharian.

Sempena kita berada di bulan Rejab yang mulia serta sebagai persiapan menemui Ramadan, marilah kita laksanakan ketiga-tiga wasiat Rasulullah ini. Usahakanlah untuk berpuasa sunat, solat sunat dhuha juga solat sunat witir setiap hari.

Tuesday, January 7, 2025

Doa Mohon Keampunan dan Keselamatan

عن ابن عمر رضي الله عنهما قَالَ: لَمْ يَكُنْ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم يدع هؤلاء الكلمات إذا أصبح وَإذا أَمْسَى: اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ الْعَافِيَةَ فِي الدُّنْيَا وَالآخِرَةِ اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ الْعَفْوَ وَالْعَافِيَةَ فِي دِينِي وَدُنْيَايَ وَأَهْلِي وَمَالِي اللَّهُمَّ اسْتُرْ عَوْرَاتِي وَآمِنْ رَوْعَاتِي اللَّهُمَّ احْفَظْنِي مِنْ بَيْنَ يَدَيَّ وَمِنْ خَلْفِي وَعَنْ يَمِينِي وَعَنْ شِمَالِي وَمِنْ فَوْقِي وَأَعُوذُ بِعَظَمَتِكَ أَنْ أُغْتَالَ مِنْ تَحْتِي

Daripada Ibn Umar RA berkata: Nabi SAW tidak pernah meninggalkan doa-doa ini pada waktu petang dan pagi: “Ya Allah! Sesungguhnya aku memohon kepada-Mu keampunan dan keselamatan (‘afiah) di dunia dan akhirat. Ya Allah! Sesungguhnya aku memohon pada-Mu keampunan dan keselamatan (‘afiah) pada agamaku, duniaku, keluargaku dan hartaku. Ya Allah! Tutupilah aibku dan berilah ketenteraman di dalam hatiku. Ya Allah! Peliharalah aku dari hadapan, belakang, kanan, kiri, dan atasku, serta aku memohon perlindungan dengan keagungan-Mu daripada ancaman yang datang (dalam keadaan tidak sedar) dari bawahku.” (HR Abu Daud No: 5074) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1.  Setiap Muslim dituntut sentiasa berdoa memohon kepada Allah kerana ia adalah sebahagian daripada ibadah.

2.  Keselamatan di dunia dan akhirat adalah nikmat terbesar yang sering dilupakan manusia. Doa ini mengingatkan agar kita sentiasa mensyukuri nikmat tersebut.

3. Antara doa seorang Muslim adalah memohon keampunan iaitu  pelepasan daripada melakukan dosa dan memohon afiyah iaitu keselamatan di dunia dan akhirat.

3.  Syarah Sunan Ibn Majah menjelaskan: memohon ‘afiyah adalah memohon  keselamatan daripada sebarang kerosakan dan juga kesusahan. Menutup aib bermaksud menutup apa-apa yang memalukannya dan tidak disukai apabila ia dilihat oleh orang lain. Adapun, berilah ketenteraman di dalam hatiku bermaksud ketenangan hati daripada perasan takut, berbangga dan sebagainya. [Lihat: Syarah Sunan Ibn Majah, 1/276]

4.  Menurut Imam al-Nawawi: makna ‘afiyah di dalam doa di atas, adalah satu lafaz umum yang mana terkandung di dalamnya menolak segala perkara yang tidak baik pada badan dan batin serta agama sama ada di dunia dan juga di akhirat. [Lihat: al-Minhaj Syarah Sahih Muslim, 46/12]

5.  Syeikh al-Munawi menjelaskan: ‘afiyah bermaksud keselamatan (kesejahteraan) daripada penyakit-penyakit dan bala. Ia juga menghimpunkan di antara dua kesejahteraan iaitu di dunia dan agama. Selain itu, ‘afiyah akan menolak penyakit-penyakit dunia yang ada di hati dan juga yang berada di badan. [Lihat: Faidh al-Qadir, 107/4]

6.  Doa ini memohon keselamatan dan kesejahteraan pada agama daripada segala bentuk fitnah, pada tubuh badan daripada segala penyakit sama ada penyakit hati atau sebagainya dan kepada ahli keluarga dan harta daripada segala bala dan musibah. Hal ini termasuklah perlindungan daripada pelbagai wabak penyakit.

اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ الْعَافِيَةَ فِي الدُّنْيَا وَالآخِرَةِ اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ الْعَفْوَ وَالْعَافِيَةَ فِي دِينِي وَدُنْيَايَ وَأَهْلِي وَمَالِي اللَّهُمَّ اسْتُرْ عَوْرَاتِي وَآمِنْ رَوْعَاتِي اللَّهُمَّ احْفَظْنِي مِنْ بَيْنَ يَدَيَّ وَمِنْ خَلْفِي وَعَنْ يَمِينِي وَعَنْ شِمَالِي وَمِنْ فَوْقِي وَأَعُوذُ بِعَظَمَتِكَ أَنْ أُغْتَالَ مِنْ تَحْتِي

Doa ini mengandungi permohonan keampunan juga keselamatan hidup di dunia dan akhirat.  Semoga Allah SWT mengurniakan kita semua kesejahteraan yang berpanjangan serta melindungi kita daripada segala perkara yang tidak baik yang mungkin datang dari segala penjuru dan arah. Semoga kita selamat di dunia mahupun di hari akhirat.

Saturday, January 4, 2025

Tadarus Pre-Ramadan bermula

Alhamdulillah, tadarus berkumpulan telah pun bermula pada 1 Rejab 1446H bersamaan 1hb Jan 2025. Terdapat 9 kumpulan yang telah didaftarkan. Semoga tadarus kali ini lebih meriah dan dapat menarik lebih ramai jemaah mengulangkaji bacaan Al-Quran.

Matlamat utama bukanlah khatam tetapi lebih kepada mengajak para jemaah bersama-sama membaca Al-Quran sambil dipantau dan dikesan kesalahan tajwid dan sebutan makhraj.

InsyaAllah, semoga Allah memberi kita taufik dan hidayah Nya kepada kita.

Rejab bulan haram

عن أبي بكرة نفيع بن الحارث رضي الله عنه عن النبي صلى الله عليه وسلم قال‏:‏   الزَّمَانُ قَدْ اسْتَدَارَ كَهَيْئَتِهِ يَوْمَ خَلَقَ اللَّهُ السَّمَوَاتِ وَالأَرْضَ، السَّنَةُ اثْنَا عَشَرَ شَهْرًا، مِنْهَا أَرْبَعَةٌ حُرُمٌ، ثَلاَثَةٌ مُتَوَالِيَاتٌ: ذُو القَعْدَةِ وَذُو الحِجَّةِ وَالمُحَرَّمُ، وَرَجَبُ مُضَرَ، الَّذِي بَيْنَ جُمَادَى وَشَعْبَانَ

Daripada Abi Bakrah Nafi’ bin al Harith RA, dari Nabi SAW bersabda: “Waktu berputar sebagaimana keadaannya ketika Allah SWT menciptakan langit dan bumi. Satu tahun terdiri daripada dua belas bulan, daripadanya terdapat empat bulan yang haram (suci) iaitu tiga daripadanya mengikut turutan (Zulkaedah, Zulhijjah dan Muharram) dan yang keempat adalah Rejab Mudhor terletak antara Jamadi al-Akhir dan Sya’ban.” (HR Bukhari No: 4054) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1.  Bulan Haram (Zulkaedah, Zulhijjah, Muharram dan Rejab) bermaksud bulan ini diharamkan berperang dan juga ia adalah bulan yang suci, di mana Allah SWT mengharamkan sebarang kezaliman dan setiap kezaliman yang dilakukan dosanya adalah lebih besar berbanding bulan-bulan yang lain.

2.  Mengikut Syeikh Mustafa al-Bugho, perkataan Mudhor pada Rejab ini dinisbahkan kepada satu kabilah yang dinamakan Bani Mudhor kerana kabilah ini amat menjaga akan pengharaman bulan tersebut berbanding bulan-bulan lain. 

3.  Imam al-Hafiz Ibn Kathir di dalam tafsirnya telah menukilkan pendapat Ibn Abbas RA yang menyatakan bahawa setiap kezaliman yang dilakukan di dalam bulan-bulan Haram ini, dosanya adalah lebih besar berbanding bulan-bulan lain. Begitu juga, amal soleh yang dilakukan juga adalah lebih besar (pahala) berbanding bulan-bulan yang lain. (Lihat: Tafsir Ibn Kathir, 130/4)

4.  Imam Ibnu Rajab al-Hanbali menjelaskan, maksud Rejab ialah agung (Lata’if al-ma’arif, hlm. 117). Oleh sebab itu, bulan Rejab adalah bulan yang agung dan mulia. Antara keistimewaan bulan Rejab ialah berlakunya peristiwa Isra’ dan Mikraj yang menurut majoriti ulama’ ia berlaku pada 27 Rejab.

5.  Bulan Rejab antara empat bulan Haram dimana kita digalak  menggandakan setiap amalan yang kita lakukan dalam bulan-bulan tersebut. 

6.  Kita telah memasuki bulan Rejab, Abu Bakr Al-Balkhi berkata:

شَهْرُ رَجَبٍ شَهْرُ الزَّرْعِ  وَشَهْرُ شَعْبَانَ شَهْرُ سَقْيِ الزَّرْعِ وَشَهْرُ رَمَضَانَ شَهْرُ حِصَادِ الزَّرْعِ

Maksudnya: Bulan Rejab waktu menanam, bulan Syaaban waktu menyiram tanaman dan bulan Ramadhan waktu menuai hasil.

Untuk itu, marilah sama-sama kita mempertingkatkan amalan kita seperti solat sunat, puasa sunat, bersedeqah dan lain-lain lagi sebagai persiapan bertemu Ramadan nanti.

Sunday, September 22, 2024

Thursday, September 5, 2024

Amalan yang baik

 Orang yang suka berbuat baik kepada orang lain, tidak akan susah hidupnya,

kerana semua kebaikan itu akan kembali kepadanya. Tetaplah jadi orang baik

Tuesday, August 27, 2024

Menunaikan Tangungjawab Ke atas Muslim

عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنَ عُمَرَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا: أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: الْمُسْلِمُ أَخُو الْمُسْلِمِ لَا يَظْلِمُهُ وَلَا يُسْلِمُهُ وَمَنْ كَانَ فِي حَاجَةِ أَخِيهِ كَانَ اللَّهُ فِي حَاجَتِهِ وَمَنْ فَرَّجَ عَنْ مُسْلِمٍ كُرْبَةً فَرَّجَ اللَّهُ عَنْهُ كُرْبَةً مِنْ كُرُبَاتِ يَوْمِ الْقِيَامَةِ وَمَنْ سَتَرَ مُسْلِمًا سَتَرَهُ اللَّهُ يَوْمَ الْقِيَامَة

Daripada Abdullah bin 'Umar RA,  bahawa Rasulullah SAW bersabda: Seorang muslim saudara terhadap sesama muslim, tidak boleh menganiaya dan tidak akan dibiarkan dianiaya orang lain. Dan siapa yang menyampaikan hajat saudaranya, maka Allah akan menyampaikan hajatnya. Dan siapa yang melapangkan kesusahan seorang muslim, maka Allah akan melapangkan kesukarannya di hari kiamat, dan siapa yang menutupi aib seorang muslim maka Allah akan menutup aibnya di hari kiamat. (Sahih Bukhari No: 2310) Dar Ibn Kathir.  Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1.Setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain

2.Sebagai orang Islam, kita perlu menjaga hak orang Islam yang lain antaranya:

        a.Tidak boleh berlaku zalim atau menganiaya ke atas orang Islam yang lain
        b.Tidak boleh membiarkan orang Islam yang lain di zalimi

3.Menjadi tanggungjawab kita membantu saudara kita yang memerlukan bantuan atau hajat. Orang yang berbuat demikian, Allah akan memperkenan hajatnya.

4.Orang Islam yang melapangkan kesempitan orang Islam yang lain semasa di dunia, Allah akan melapangkan dan mempermudah kehidupannya di hari kiamat

5.Menjadi tanggungjawab seorang Muslim menutup aib atau keburukan saudara Muslim yang lain.

6.Orang yang menutup kekurangan, aib atau keburukan sahabatnya semasa di dunia, nescaya Allah akan menutup aib dan kekurangannya semasa di akhirat kelak.

7.Menurut Al-Qadhi Iyadh dalam Al-Minhaj Syarh Sahih Muslim (16/360): “Ditutupnya aib si hamba pada hari kiamat berkemungkinan dua keadaan:

        a.Allah akan menutup maksiat dan aibnya dengan cara tidak mengumumkannya kepada manusia di padang mahsyar.

        b.Allah Taala tidak akan menghisab aibnya dan tidak akan menyebut aib tersebut.”

Dalam kehidupan bermasyarakat dan bernegara, berusahalah kita memelihara hak saudara Islam kita yang lain serta miliki sifat cakna dan prihatin membantu kepada yang memerlukan.

Wednesday, August 14, 2024

Rahmah Terhadap Orang Jahil

Rahmah Terhadap Orang Jahil

عن أنس بن مالك بَيْنَمَا نَحْنُ فِي الْمَسْجِدِ مَعَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذْ جَاءَ أَعْرَابِيٌّ فَقَامَ يَبُولُ فِي الْمَسْجِدِ فَقَالَ أَصْحَابُ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَهْ مَهْ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَا تُزْرِمُوهُ دَعُوهُ فَتَرَكُوهُ حَتَّى بَالَ ثُمَّ إِنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ دَعَاهُ فَقَالَ لَهُ إِنَّ هَذِهِ الْمَسَاجِدَ لَا تَصْلُحُ لِشَيْءٍ مِنْ هَذَا الْبَوْلِ وَلَا الْقَذَرِ إِنَّمَا هِيَ لِذِكْرِ اللَّهِ عَزَّ وَجَلَّ وَالصَّلَاةِ وَقِرَاءَةِ الْقُرْآنِ أَوْ كَمَا قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ فَأَمَرَ رَجُلًا مِنْ الْقَوْمِ فَجَاءَ بِدَلْوٍ مِنْ مَاءٍ فَشَنَّهُ عَلَيْهِ

Daripada Anas B. Malik RA. Beliau berkata: “Ketika kami berada di masjid bersama Rasulullah SAW, tiba-tiba datang seorang Arab Badwi lalu berdiri untuk kencing didalam masjid. Para sahabat Rasulullah SAW ingin mengertaknya, tetapi Rasulullah SAW bersabda, “Janganlah kamu memutuskannya, biarkan dia selesai kencing terlebih dahulu.” Maka mereka (para sahabat) membiarkan orang tersebut sehingga dia selesai kencing. Setelah itu, Rasulullah SAW memanggil dan menasihatinya, “Sesungguhnya masjid ini tidak boleh digunakan untuk kencing dan membuat kotor, masjid adalah tempat untuk zikir, solat, dan membaca al-Quran.” Atau sebagaimana sabda Nabi SAW yang sesuai. Setelah itu, Nabi SAW memerintahkan seorang sahabat untuk mengambil satu baldi air dan menyiram keatas kencingnya.” (HR Muslim, 2/133, no. 429). Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1.Masjid merupakan tempat suci yang perlu dijaga kebersihan dan kesuciannya.

2.Masjid adalah tempat untuk berzikir (mengingati Allah), melaksanakan solat, membaca al-Quran, dan majlis ilmu.

3.Rasulullah SAW menunjukkan akhlak dan kebijaksanaan dalam menangani orang yang jahil iaitu dengan cara lemah-lembut dan tidak berlaku kasar. Walaupun kencing di masjid adalah suatu kesalahan dan termasuk perbuatan mengotorkan masjid, tetapi Rasulullah SAW tidak segera memarahi pelakunya atas beberapa kemaslahatan.

4.Sikap lemah-lembut dan kesantunan lebih memberi kesan dalam penyampaian dakwah kerana ianya boleh menarik dan mendekatkan sasaran kepada kebenaran. Sebaliknya kekasaran akan menyebabkan sasaran menjauhkan diri.

5.Islam mengajar kaedah menolak kemudaratan yang lebih besar dengan memilih yang lebih ringan di antara keduanya. Jika orang yang sedang kencing tersebut dicegah dengan tiba-tiba, mungkin ia akan mengakibatkan mudarat yang lebih besar. Mungkin ia akan terkejut lalu lari ke tempat yang lain dalam keadaan kencingnya bersepah-sepah. Akhirnya najis tersebut akan tersebar ke serata masjid, mengenai pakaiannya, serta terpalit ke tubuh-badannya pula.

6.Kebijaksanaan Rasulullah SAW, dengan  tidak diperlakukan orang jahil itu dengan kasar yang mungkin hanya akan menjadikannya malu atau marah. Rasulullah berjaya menasihati dengan lemah-lembut dan penuh hikmah kepada Badwi tersebut.

7.Kita tidak boleh mencegah sesuatu kemungkaran dengan cara yang salah serta terburu-buru. Juga tidak boleh mencegah sesuatu keburukan dengan cara yang buruk juga.

8.Kita hendaklah meneliti di antara maslahah (kebaikan) dan mafsadahnya (keburukan) dengan pertimbangan yang tepat. Kita tidak boleh mengingkari sesuatu kemungkaran dengan suatu kemungkaran yang lain. Kita juga tidak boleh mengingkari kemungkaran sehingga menyebabkan berlaku kemungkaran yang lebih besar lagi.

Dalam hidup bermasyarakat dan bernegara, kita menghadapi pelbagai jenis dan karenah manusia. Ada yang melakukan tindakan seperti orang jahil. Berlaku hikmahlah dalam menghadapi mereka.

Tuesday, July 9, 2024

Al-Fatihah

 As-Salam. Seluruh warga SAT mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham Hj Fathul Rahman bin Saari atas pemergiannya pada 21hb Mei 2024 yang lalu jam 4:15 pagi. Allahyarham merupakan seorang AJK yang telah berkhidmat dengan cemerlang dalam berbagai biro SAT. Al-Fatihah.

Seluruh warga SAT juga mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham Rohaizat Safie(Izzat) yang telah kembali kerahmatullah pada 22hb Jun 2024. Beliau merupakan seorang sukarelawan yang sentiasa membantu kerja-kerja amal SAT. Al-Fatihah

Sambutan Maal Hijrah

 Selamat menyambut tahun baru Hijrah 1446H. Majlis bacaan doa akhir tahun 1445H dan doa awal tahun 1446H telah diadakan di Surau At-Tarbiyyah pada petang Sabtu 6hb Julai 2024

.

Sambutan Hari Raya Korban SAT 1445H

 Sambutan Hari Raya Korban disambut sederhana dengan menumbangkan 3 ekor lembu. Para jemaah baik kecil mahupun dewasa turut menyambut kedatangan Hari Raya Korban. Berikut adalah beberapa gambar sepanjang Program Korban SAT

Friday, March 22, 2024

Sedekah banyak kelebihan

 *20 KEBAIKAN BERSEDEKAH*

1️⃣ *SEDEKAH* adalah salah satu pintu utk menuju ke Syurga Allah SWT.

2️⃣ *SEDEKAH* ialah perbuatan yg paling mulia antara semua perbuatan kebaikan dan sedekah yg paling baik adalah dgn memberi makanan kpd orang.

3️⃣ *SEDEKAH* akan dihisab pada hari Kiamat dan sedekah akan InshaAllah menjauhi api neraka jahanam.

4️⃣ *SEDEKAH* mampu memadamkan kemurkaan Allah SWT dan mampu memadamkan kepanasan di alam kubur.

5️⃣ Perkara yg paling memberi keuntungan kpd orang yg telah meninggal dunia adalah *SEDEKAH* dan Allah SWT akan sentiasa memanjangkan pahala dari *SEDEKAH* tsb.

6️⃣ *SEDEKAH* mampu mensucikan ruh dan menambah pahala kebaikan.

7️⃣ *SEDEKAH* adalah salah satu cara untuk mendapat kebahagiaan di hari Kiamat di hadapan Allah SWT.

8️⃣ *SEDEKAH* boleh menyelamatkan diri dari celaka di hari Kiamat dan tidak akan membuat kita sengsara disebabkan masa lampau kita.

9️⃣ *SEDEKAH* mampu menghapuskan dan diampunkan dari dosa yg telah dibuat.

🔟 *SEDEKAH* adalah kepastian utk meninggal dunia dlm keimanan serta ketakwaan terhadap Allah SWT dan malaikat akan mendoakan kebaikan kpd kita.

1️⃣1️⃣. Orang yg memberi *SEDEKAH* ialah orang yg baik dan siapapun yg terlibat dlm melakukan kebaikan tsb akan diberi ganjaran oleh Allah SWT.

1️⃣2️⃣ Orang yg memberi *SEDEKAH* dijanjikan akan mendapat ganjaran yg hebat dari Allah SWT InshaAllah.

1️⃣3️⃣ Orang yg memberi *SEDEKAH* adalah tergolong dari golongan orang yg disayang oleh masyarakat.

1️⃣4️⃣ Memberi *SEDEKAH* adalah perbuatan yg mulia.

1️⃣5️⃣. *SEDEKAH* mampu melepaskan kita drpd kesusahan dan doa² akan dimakbulkan Allah SWT InshaAllah.

1️⃣6️⃣ *SEDEKAH* mampu menghapuskan kesulitan hidup dan ditutup 70 pintu kecelakaan di dunia,

1️⃣7️⃣ *SEDEKAH* mampu memanjangkan umur seseorang dan bisa memberi kejayaan hidup.

1️⃣8️⃣ *SEDEKAH* adalah ubat.

1️⃣9️⃣ *SEDEKAH* mampu menolong anda dari kecurian, kematian yg dahsyat dan hina, kebakaran dan lemas.

2️⃣0️⃣ *SEDEKAH* ialah ganjaran yg baik meskipun anda memberi kpd binatang atau burung-burung.

Monday, March 18, 2024

Kisah tragis Rasulullah SAW

Kisah ini terjadi pada diri Rasulullah SAW sebelum wafat.
Rasulullah SAW telah jatuh sakit agak lama, sehingga keadaan baginda sangat lemah.

Pada suatu hari, Rasulullah SAW meminta Bilal memanggil semua Sahabat datang ke Masjid. Tidak lama kemudian, penuhlah Masjid dgn para Sahabat.
Semuanya merasa rindu setelah agak lama tidak mendpt Taushiyah dari Rasulullah SAW.

Baginda duduk dgn lemah di atas mimbar. Wajahnya terlihat pucat,
menahan sakit yg tengah dideritanya.

Kemudian Rasulullah SAW bersabda: "Wahai sahabat2ku semua. Aku ingin bertanya, apakah telah aku sampaikan semua kpdmu,
bahwa sesungguhnya Allah SWT itu adalah satu2nya Tuhan yg layak disembah?"

Semua Sahabat menjwb dgn suara bersemangat,
"Benar wahai Rasulullah,
Engkau telah sampaikan kpd kami bahwa sesungguhnya Allah SWT adalah satu2nya Tuhan yg layak disembah."

Kemudian Rasulullah SAW bersabda:
"Persaksikanlah ya Allah. Sesungguhnya aku telah menyampaikan amanah ini kepada mereka."

Kemudian Rasulullah SAW bersabda lagi,
dan setiap apa yg Rasulullah sabdakan selalu dibenarkan oleh para sahabat.

Akhirnya sampailah pada satu pertanyaan yg menjadikan para Sahabat sedih dan terharu. 

Rasulullah SAW bersabda:
"Sesungguhnya,
aku akan pergi menemui Allah SWT,
Dan sblm aku pergi,
aku ingin menyelesaikan segala urusan dgn manusia.
Maka aku ingin bertanya kepada kalian semua.
Adakah aku berhutang kepada kalian?
Aku ingin menyelesaikan hutang tersebut.
Karena aku tidak mau bertemu dgn Allah SWT dalam keadaan berhutang dgn manusia."

Ketika itu semua para Sahabat diam,
dan dalam hati masing2 berkata "Mana ada Rasullullah SAW berhutang dengan kita? Kamilah yg banyak berhutang kepada Rasulullah".

Rasulullah SAW mengulangi pertanyaan itu sebanyak 3 kali.

Tiba2 bangun seorang lelaki yg bernama UKASYAH,
seorg sahabat, bekas samseng sblm masuk Islam, dan
dia berkata:

"Ya Rasulullah...
Aku ingin sampaikan masalah ini.
Seandainya ini dianggap hutang,
Maka aku minta engkau selesaikan. Seandainya bukan hutang, maka tidak perlulah engkau berbuat apa2".

Rasulullah SAW berkata: "Sampaikanlah wahai Ukasyah".

Maka Ukasyah pun mulai bercerita:
"Aku masih ingat ketika perang Uhud dulu, suatu ketika engkau menunggang kuda, lalu engkau pukulkan cemeti ke belakang kuda.
Tetapi cemeti tsb tidak kena pada belakang kuda,
Tapi terkena pada dadaku,
Kerana ketika itu aku berdiri di belakang kuda yg engkau tunggangi wahai Rasulullah".

Mendengar itu,
Rasulullah SAW berkata: "Sesungguhnya itu adalah hutang wahai Ukasyah. Kalau dulu aku pukul engkau,
Maka hari ini aku akan terima hal yg sama."

Dengan suara yang agak tinggi,
Ukasyah berkata: "Kalau begitu aku ingin segera melakukannya wahai Rasulullah."

Ukasyah se akan2 tidak merasa bersalah mengatakan demikian. 

Sedangkan ketika itu sebahagian sahabat berteriak marah kepada Ukasyah. 
"Sungguh engkau tidak berperasaan Ukasyah. Bukankah Baginda sedang sakit..!!?

Ukasyah tidak menghiraukan semua itu.
Rasulullah SAW meminta Bilal mengambil cemeti di rumah Fatimah, anaknya.

Bilal meminta cemeti itu dari Fatimah,
Kemudian Fatimah bertanya: "Untuk apa Rasulullah meminta cemeti ini wahai Bilal?"

Bilal menjwb dengan nada sedih: "Cemeti ini akan digunakan Ukasyah untuk memukul Rasulullah."

Terperanjat dan menangislah Fatimah, seraya berkata:
"Kenapa Ukasyah hendak memukul Ayahku Rasulullah?
Ayahku sedang sakit,
kalau mau memukul,
pukullah aku anaknya".

Bilal menjawab: "Sesungguhnya ini adalah urusan antara mereka berdua".

Bilal membawa cemeti tersebut ke Masjid lalu diberikannya kepada Ukasyah.
Setelah mengambil cemeti itu,
Ukasyah menuju ke hadapan Rasulullah. 

Tiba2, Abu Bakar berdiri menghalangi Ukasyah sambil
berkata: "Ukasyah... kalau kamu hendak memukul,
pukullah aku..!!
Aku adalah orang yang pertama beriman dgn apa yg Rasulullah SAW sampaikan.
Akulah sahabatnya di kala suka dan duka.
Kalau engkau hendak memukul,
maka pukullah aku".

Rasulullah SAW bersabda: "Duduklah wahai Abu Bakar.
Ini urusan antara aku dgn Ukasyah".

Ukasyah menuju ke hadapan Rasulullah SAW. Kemudian Umar bin Khattab berdiri menghalangi Ukasyah sambil berkata:

"Ukasyah...
kalau engkau mau mukul, pukullah aku.
Dulu memang aku tidak suka mendengar nama Muhammad,
bahkan aku pernah berniat untuk menyakitinya.
Itu dulu. Sekarang, tidak boleh ada seorang pun yg boleh menyakiti Rasulullah Muhammad SAW.
Kalau engkau berani menyakiti Rasulullah,
maka langkahi dulu mayatku..!!"

Lalu dijawab oleh Rasulullah SAW:
"Duduklah wahai Umar. Ini urusan antara aku dengan Ukasyah".

Ukasyah menuju ke hadapan Rasulullah, dan tiba2 berdirilah Ali bin Abu Talib, sepupu sekaligus menantu Rasulullah SAW.

Dia menghalangi Ukasyah sambil berkata: "Ukasyah, pukullah aku saja.
Darah yang sama mengalir pada tubuhku ini wahai Ukasyah".

Lalu dijawab oleh Rasulullah SAW:
"Duduklah wahai Ali,
ini urusan antara aku dengan Ukasyah".

Ukasyah semakin dekat dgn Rasulullah SAW. Tiba2 tanpa disangka, bangkitlah kedua cucu kesayangan Rasulullah SAW yaitu Hasan dan Husen. 

Mereka berdua memegangi tangan Ukasyah sambil memohon...
"Wahai Pak cik,
pukullah kami Pak cik, nenda kami sedang sakit,
Pukullah kami saja wahai Pak cik,
sesungguhnya kami ini cucu kesayangan Rasulullah SAW.
Dengan memukul kami, sesungguhnya itu sama dengan menyakiti nenda kami,, wahai Pak cik."

Lalu Rasulullah SAW berkata: "Wahai Cucu2 kesayanganku, duduklah kalian.
Ini urusan nenda dengan Pak cik Ukasyah".

Begitu sampai di tangga mimbar,
dengan lantang Ukasyah berkata:

"Bagaimana aku mau memukul engkau ya Rasulullah. Engkau duduk di atas dan aku di bawah. Kalau engkau mau aku pukul, maka turunlah ke bawah sini..!!"

Rasulullah SAW memang manusia terbaik. Kekasih Allah itu meminta beberapa sahabat memapahnya ke bawah. Rasulullah SAW didudukkan pada sebuah kursi,
lalu dengan suara tegas Ukasyah berkata lagi:

"Dulu waktu engkau memukul aku, aku tidak memakai baju,
Ya Rasulullah."

Para sahabat sangat geram mendengar perkataan Ukasyah.
Tanpa berlengah2 dalam keadaan lemah, Rasulullah SAW membuka bajunya. Kemudian terlihatlah tubuh Rasulullah yg sangat indah; tetapi ada beberapa ketul batu terikat di perut Rasulullah, pertanda Rasulullah sedang menahan lapar...

Kemudian Rasulullah SAW berkata:
"Kisah ini terjadi pada diri Rasulullah SAW sebelum wafat.

"Wahai Ukasyah,
Segeralah dan janganlah kamu berlebih2an.
Nanti Allah SWT akan murka padamu."

Ukasyah langsung menghambur menuju Rasulullah SAW,, Cemeti di tangannya di buangnya jauh2. Kemudian ia peluk tubuh Rasulullah SAW seerat2nya,, sambil menangis se mahu2nya...lalu ia berkata:
"Ya Rasulullah, Ampunilah aku,
Maafkanlah aku;
Mana ada manusia yg sanggup menyakiti engkau ya Rasulullah. Sengaja aku melakukan ini, agar aku dapat merapatkan tubuhku dengan tubuhmu...
Karena Engkau pernah mengatakan "Barang siapa yang kulitnya pernah bersentuhan denganku, maka diharamkan api neraka atasnya."

Seumur hidupku aku bercita2 dapat memelukmu.
Karena sesungguhnya aku tahu bahwa tubuhmu tidak akan dimakan oleh api neraka. 

Dan sungguhnya aku amat takut dengan api neraka.
Maafkan aku ya Rasulullah..."

Rasulullah SAW dgn senyum berkata:

"Wahai sahabat2ku semua, kalau kalian ingin melihat Ahli Syurga, maka lihatlah Ukasyah..!!"

 sahabat menitikkan air mata. Kemudian para sahabat berganti ganti memeluk Rasulullah SAW.Wahai Ukasyah,
Segeralah dan janganlah kamu berlebih2an.
Nanti Allah SWT akan murka padamu."

Ukasyah langsung menghambur menuju Rasulullah SAW,, Cemeti di tangannya di buangnya jauh2. Kemudian ia peluk tubuh Rasulullah SAW seerat2nya,, sambil menangis se mahu2nya...lalu ia berkata:
"Ya Rasulullah, Ampunilah aku,
Maafkanlah aku;
Mana ada manusia yg sanggup menyakiti engkau ya Rasulullah. Sengaja aku melakukan ini, agar aku dapat merapatkan tubuhku dengan tubuhmu...
Karena Engkau pernah mengatakan "Barang siapa yang kulitnya pernah bersentuhan denganku, maka diharamkan api neraka atasnya."

Seumur hidupku aku bercita2 dapat memelukmu.
Karena sesungguhnya aku tahu bahwa tubuhmu tidak akan dimakan oleh api neraka

Dan sungguhnya aku amat takut dengan api neraka.
Maafkan aku ya Rasulullah..."

Rasulullah SAW dgn senyum berkata:

"Wahai sahabat2ku semua, kalau kalian ingin melihat Ahli Syurga, maka lihatlah Ukasyah..!!"

Semua sahabat menitikkan air mata. Kemudian para sahabat berganti ganti memeluk Rasulullah SAW.