---- B e r i t a ~~~ S e m a s a ---

Solatlah diawal waktu, perkara yang disukai Allah. Amalkan solat witir, kerana Allah menyukai witir(tidak berpasangan/ganjil). Banyakkan selawat keatas junjungan Nabi Muhammad SAW.

Monday, June 22, 2009

Rejab telah tiba

Wahai Saudara-saudaraku yang budiman, Hari ini Rabu, 24hb Jun 2009 kita memasuki bulan Rejab. Bulan Rejab adalah bulan Allah s.n.w. Mari kita semak ada apa di balik bulan Rejab itu. Diriwayatkan bahawa Rasulullah s.aaw telah bersabda, “Ketahuilah bahwa bulan Rejab itu adalah bulan ALLAH s.n.w, maka:
* Barang siapa yang berpuasa satu hari dalam bulan ini dengan ikhlas, maka pasti ia mendapat keredhaan yang besar dari ALLAH s.n.w
* Dan barang siapa berpuasa pada tanggal 27 Rejab 1430H/Isra Mi’raj (Isnin, 20hb Julai 2009) akan mendapat pahala seperti 5 tahun berpuasa
* Barang siapa yang berpuasa dua hari di bulan Rejab akan mendapat kemuliaan di sisi ALLAH s.n.w
* Barang siapa yang berpuasa tiga hari iaitu pada tanggal 1, 2, dan 3 Rejab (24,25,26 Jun 2009) maka ALLAH s.n.w akan memberikan pahala seperti 900 tahun berpuasa dan menyelamatkannya dari bahaya dunia dan siksa akhirat
* Barang siapa berpuasa lima hari dalam bulan ini, insyaallah permintaannya akan dikabulkan Allah s.n.w
* Barang siapa berpuasa tujuh hari dalam bulan ini, maka ditutupkan tujuh pintu neraka Jahanam dan barang siapa berpuasa lapan hari maka akan dibukakan lapan pintu syurga
* Barang siapa berpuasa lima belas hari dalam bulan ini, maka ALLAH s.n.w akan mengampuni dosa-dosanya yang telah lalu dan menggantikan kesemua kejahatannya dengan kebaikan, dan barang siapa yang menambah (hari-hari puasa) maka ALLAH s.n.w akan menambahkan pahalanya.”

Sabda Rasulullah s.a.w lagi : ”Pada malam Mi’raj, aku melihat sebuah sungai yang airnya lebih manis daripada madu, lebih sejuk daripada air batu dan lebih harum daripada minyak wangi, lalu aku bertanya pada Jibril a.s “Wahai Jibril untuk siapakah sungai ini?” Maka berkata Jibril a.s “Ya Muhammad sungai ini adalah untuk orang yang membaca salawat untuk engkau di bulan Rejab ini.”

Dalam sebuah riwayat Tsauban bercerita : ”Ketika kami berjalan bersama-sama Rasulullah s.a.w ke sebuah kubur, lalu Rasulullah s.a.w berhenti dan beliau menangis dengan amat sedih, kemudian beliau berdoa kepada ALLAH s.n.w.
Lalu saya bertanya kepada beliau “Ya Rasulullah, mengapakah engkau menangis?” Lalu baginda bersabda “Wahai Tsauban, mereka itu sedang diseksa dalam kuburnya dan aku berdoa kepada ALLAH s.n.w, lalu ALLAH s.n.w meringankan atas mereka.”
Sabda beliau lagi “Wahai Tsauban, kalaulah sekiranya mereka ini mau berpuasa satu hari dan beribadah satu malam saja di bulan Rejab niscaya mereka tidak akan diseksa di dalam kubur.” Tsauban bertanya “Ya Rasulullah, apakah hanya berpuasa satu hari dan beribadah satu malam dalam bulan Rejab sudah dapat mengelakkan dari seksa kubur?”

Sabda beliau “Wahai Tsauban, demi ALLAH Zat yang telah mengutus aku sebagai nabi, tiada seorang muslim lelaki dan perempuan yang berpuasa satu hari dan mengerjakan solat malam sekali dalam bulan Rejab dengan niat kerana ALLAH s.n.w, kecuali ALLAH s.n.w mencatatkan baginya seperti berpuasa satu tahun dan mengerjakan solat malam satu tahun.”

Sabda baginda lagi “Sesungguhnya Rejab adalah bulan ALLAH, Sya’ban adalah bulan aku dan bulan Ramadhan adalah bulan umatku.” “Semua manusia akan berada dalam keadaan lapar pada hari kiamat, kecuali para nabi, keluarga nabi dan orang-orang yang berpuasa pada bulan Rejab, Sya’ban dan bulan Ramadhan. Maka sesungguhnya mereka kenyang, serta tidak akan merasa lapar dan haus bagi mereka.”

2 comments:

  1. Yob...teman cilok artikel mike ye! Jangan mara...

    ReplyDelete
  2. ilmu itu anugerah Allah... sebarkanlah demii kebaikkan ummah. AMIN. Teruskan

    ReplyDelete