Alhamdulillah, kita bersyukur kerana masih ada peluang dan ruang untuk menyelami dan memahami tentang hakikat hidup sebenar, bila tabir disingkap segalanya akan terjawab, saat itu sudah telambat utk memperbaiki keadaan, semoga kita tidak tergolong dikalangan mereka yang dikatakan sedang tidur, terjaga bila nyawa telah berpisah dari badan.
Adakah sama?
20 tahun memandu
20 tahun mndirikan solat
Memandu cepat sampai ke lokasi
Solat lebih pnjang seharusnya, bukan mahu cepat salam diberi
Adakah sama?
Takutkan sesama makhluk
Takutkan Allah pemilik alam ini
Takutkan makhluk
Dia dekat kita lari
Takutkan Allah
Mahu lebih mendekatkan diri
Adakah sama?
Lazatnya makanan
Lazatnya ibadah
Lazatnya makanan perut kenyang tidur pnjang
Lazatnya ibadah ingin berjaga malam
Adakah sama?
Berniaga dengan manusia
Berniaga dengan Allah
Urusniaga dengan manusia ada untung ada rugi
Urusniaga dengan Allah tidak akan rugi kiranya pahala yang dicari
Adakah sama?
Kebahagian didunia
Kebahagian diakhirat
Bahagia dunia ada pnghujungnya
Bahagia akhirat kekal abadi
Renung2kan dan fikir2kan
No comments:
Post a Comment