KITA BERTANYA : KENAPA AKU DIUJI?---- B e r i t a ~~~ S e m a s a ---
Thursday, April 2, 2009
Kita Bertanya, Al-Quran Menjawab
KITA BERTANYA : KENAPA AKU DIUJI?Wednesday, April 1, 2009
Ciumlah anak-anak kita
Keistimewaan yang bakal diperoleh apabila anak-anak anda boleh digelar kanak-kanak atau kupu-kupu syurga. Barangsiapa yang mengembirakan anakperempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah. Tuesday, March 31, 2009
Sirah Rasulullah - Siri 6
Adapun tempoh penangguhan wahyu, mengikut riwayat Ibn Saad daripada Ibn Abbas yang bermaksud bahawa penangguhan itu adalah beberapa hari, pendapat yang rajih (berat) malah itulah pendapat yang tepat, iaitu setelah dilihat dari beberapa aspek. Manakala pendapat yang masyhur mengatakan yang ianya berlarutan hingga tiga tahun atau dua tahun setengah, ini bukan pendapat yang sahih dari mana-mana sudut pun.
Friday, March 27, 2009
Surau sudah ada ruangan FORUM
Thursday, March 26, 2009
Sirah Rasulullah - Siri 5
Diri Rasulullah merupakan jambangan yang tersusun padanya seluruh keistimewaan dan kebaikan yang terdapat pada manusia, Baginda adalah contoh pemikiran unggul lagi jitu, dengan pandangan yang waras, kecerdikan dan kebijaksanaan tersendiri, ketepatan mencari jalan dan sasaran, urusan Baginda digarapkan melalui sifat berdiam yang panjang disokong dengan pengamatan dan keseriusan berfikir serta sentiasa berpihakkan kebenaran.
Kesuburan berfikir dan keheningan naluri semulajadi memampukan Baginda membaca dan mencerakinkan pita-pita hidup, pergolakan manusia dan arus-arus perjalanan jamaah-jamaah. Baginda menolak segala bentuk khurafat dan menghindar diri darinya, namun Baginda tetap berinteraksi dengan manusia ramai dengan kewaspadaan dan basirah terhadap sebarang tindakan Baginda dan tindakan mereka.
Sekiranya didapati kebaikan tanpa teragak-agak Baginda menyertai mereka, kalau tidak Baginda akan menyusur suasana uzlahnya. Tidak pernah Baginda menjamah khamar, tidak pernah memakan sembelihan berhala. Tidak pernah menyertai perayaan-perayaan berhala atau eksponya, sejak awal-awal lagi Baginda memang membencikan penyembahanpenyembahan yang karut dan batil ini, hingga tidak ada suatu pun yang paling dibenci Baginda selain dari berhala-berhala.
Baginda tidak dapat menahan kesabarannya untuk mendengar orang bersumpah dengan berhala al-Lata dan al-Uzza. Tidak syak lagi kuasa takdir Allah memagar Rasulullah dengan inayah jagaanNya, diketika mana naluri keinginan kemanusiaan Baginda merangsang Baginda dari dalam untuk mengambil habuannya dari kelazatan duniawi.
Jika perasaan Baginda senang menerima sebahagian dari resam-resam yang tercela, di ketika itu pula penjagaan Ilahi akan berperanan menghalang perasaan tadi, mengikut riwayat Ibn al-Athir "Sabda Baginda: Aku tidak pernah berhasrat dengan apa yang dilakukan oleh orang jahiliah selain dua kali sahaja, namun kesemuanya Allah s.w.t menghalang daku dari meneruskannya, lepas itu tidak pernah aku idam-idamkan lagi, hinggalah Allah mengurniakan daku dengan risalahNya.
Di suatu malam ku telah berkata kepada budak suruhan yang mengembala ternakan bersama ku di pinggir Makkah: Boleh tak kalau kamu tolong menjaga kambing-kambingku ini, sehingga dapat ku masuk ke kota Makkah dan berjaga malam seperti pemuda-pemuda lain. Jawab budak itu, Ya! kau boleh pergi. Daku pun keluar sehingga apabila aku sampai ke rumah pertama ku pun mendengar alunan alat permainan, ku bertanya orang di situ: Apa keramaian semua itu? Jawab mereka itulah keramaian majlis perkahwinan Si Fulan dengan perempuan Fulan.
Daku pun duduk mendengarnya, tetapi Allah telah menutupkan telingaku dan daku pun terlena. Kepanasan matahari telah mengejutkan ku dari tidur tadi. Bila ku pulang menemui teman ku, di mana beliau bertanya apa ceritanya, ku pun mencerita segala-galanya, hal yang sama ku cuba di suatu malam yang lain, namun setelah ku sampai ke Kota Makkah hal yang sama terjadi pada ku selepas itu daku tidak pernah mencuba lagi.
Al-Bukhari telah meriwayatkan dari Jabir bin Abdullah dengan katanya: Ketika pembinaan semula Kaabah, Rasulullah telah turut serta bersama al-Abbas, kerja mereka mengangkut batubatu. Al-Abbas berkata kepada Rasulullah: Sangkutkan kain kau itu ke tengkok supaya dapat menghindar dari terkena batu-batu, bila Baginda berbuat demikian Baginda terus pengsan dan jatuh ke tanah, dua matanya terjegil ke langit, setelah sedar terus Baginda melaung, kain ku! kain ku! lalu dipakaikan kainnya ke badannya, dalam satu riwayat lain mengatakan: Selepas kejadian itu tidak lagi dilihat aurat Baginda.
Rasulullah mempunyai keistimewaan di kalangan kaumnya, dengan akhlak-akhlak terpuji, pekerti-pekerti mulia dan sifat-sifat terpuji. Baginda tokoh termulia di kalangan bangsanya, elok perangai, tinggi sikap kejiranan, lapang kesabarannya, benar percakapan, lemah lembut pergaulan, bersih jiwa, murah pemberian, mulia pekerjaan, menepati janji, beramanah dan bertanggungjawab hingga mereka menggelarnya sebagai "al-Amin " kerana Baginda memiliki pekerti dan sifat-sifat yang disenangi.
Baginda adalah sepertimana yang disifatkan oleh Khadijah sebagai: "Seorang yang sentiasa menanggung beban, membantu orang yang kesempitan, member makan kepada tetamu dan menolong menegak kebenaran ". SEMASA KERASULAN Turunnya wahyu pertama merupakan detik paling bersejarah dalam kehidupan Muhammad S.A.W, bermulanya tugas mencabar sebagai Rasul Allah yang bertanggungjawab menyelamatkan manusia dari kesesatan.
Ia lebih mencabar apabila wahyu yang diterimanya itu menjadi bahan pertikaian di kalangan Quraisy Mekah yang selama ini memuji-muji keperibadian Muhammad bin Abdullah.
DIBAWAH NAUNGAN AL- NUBUWAH DAN AL-RISALAH DI GUA HIRA
Bila usia Baginda meningkat empat puluh tahun, renungan dan pengamatan Baginda di masanya yang silam, membawa Baginda semakin jauh lagi jurang dan cara pemikiran Baginda dari kaumnya, membawa Baginda gemar untuk mengasingkan diri berikhtila', untuk itu Baginda membawa bekalan dan air untuk maksud ke gua Hira di bukit al-Nur dengan jarak dua batu ke bandar Makkah, ianya adalah sebuah gua yang selesa (panjangnya empat hasta).
Turut bersama, keluarga Baginda, di sana Baginda tinggal selama sebulan Ramadhan. Baginda memberi jamuan kepada fakir miskin yang menziarahinya, di samping Baginda menghabiskan masanya di sana untuk beribadat dan berfikir mengenai alam semesta sekelilingnya, kudrat disebalik penciptaannya, Baginda tidak senang dengan akidah pegangan syirik kaumnya, yang terlalu rapuh dan reput itu, serta tasawurnya yang tidak bertunjang.
Baginda mempunyai satujalan keluar yang jelas, atau satu program yang padu dan haluan arah-tuju yang boleh Baginda berpuas hati dengannya. Pemilihan Baginda untuk beruzlah itu merupakan sebahagian dan berinteraksi dengan alam ghaib itu, iaitu pada ketika yang dikehendaki Allah. persoalan agung. Malah ianya suatu yang tidak dapat tidak bagi mana-manajiwa agung untuk berperanan membentuk perjalanan hidup manusia.
Jiwa seperti ini hams berikhtila' dan beruzlah untuk beberapa ketika memutus hubungan dari kesibukan bumi, kebisingan hidup dan kegawatan manusia yang memilih perjalanan hidup duniawi. Demikian Allah menyusun program untuk Muhammad sebagai persiapan untuk memikul amanah agung di muka bumi ini, dalam rangka untuk merombak dan merubah sistem yang sedemikian lama bermaharaja di bumi ini dan demi untuk membetulkan landasan sejarah yang diselewengkan.
Allah menyusun program al-Uzlah ini, tiga tahun sebelum Baginda memikul amanah dan risalah Ilahi ini, di dalam beruzlah ini Baginda mengambil masa selama beberapa bulan, menghayati kehadiran bayu maya pada yang serba bebas dan merdeka. Di sampingnya Baginda mengamati alam di sebalik maya pada ini, sehingga tiba masanya untuk bermuamalah dari program yang disusun oleh Allah s.w.t untuk Baginda sebagai persiapan untuk menangani persoalan agung.
Wednesday, March 25, 2009
Pernahkah Anda Menangis
Jika menangis, apakah punca dan sebabnya? Menangis adalah fitrah manusia tetapi sebab tangisan akan memberikan harga dan nilai tersendiri. Allah yang menciptakan ketawa dan tangis, malah menciptakan sebab tercetusnya tangisan.- Menangis kerana kasih sayang dan kelembutan hati.
- Menangis kerana rasa takut.
- Menangis kerana cinta.
- Menangis kerana gembira.
- Menangis kerana menghadapi penderitaan.
- Menangis kerana terlalu sedih.
- Menangis kerana terasa hina dan lemah.
- Menangis untuk mendapat belas kasihan orang.
- Menangis kerana mengikut-ikut orang menangis.
- Menangis orang munafik - pura-pura menangis.
- Berpisah dengan Rasulullah dan kalangan sahabat.
- Ketakutan seorang yang perkasa ketika melihat malaikat Israil datang mencabut nyawanya.
- Aku tidak tahu sama ada aku akan diperintahkan untuk ke syurga atau neraka.
- Apabila dahinya berpeluh.
- Air matanya berlinang.
- Hidungnya keluar cecair.
Monday, March 23, 2009
Sirah Rasulullah - Siri 4
Dalam usia Baginda tiga puluh lima tahun (35) Quraisy telah bertindak mendirikan semula Kaabah, kerana berlaku keruntuhan pada strukturnya, Kaabah ini sebenarnya satu bangunan tinggi sembilan hasta, sejak zaman Ismail (a.s) tidak berbumbung, pencuri-pencuri telah melarikan harta khazanah di dalamnya.
Thursday, March 19, 2009
Kisah 3 fakir miskin diuji
Hadis riwayat Abu Hurairah r.a: Bahawa dia mendengar Nabi s.a.w bersabda: Sungguhnya ada tiga orang Bani Israel, seorang berkulit belang, seorang berkepala botak dan yang lain matanya buta. Allah ingin menguji mereka, maka Dia mengirim malaikat. Monday, March 16, 2009
Sirah Rasulullah - Siri 3
Semasa usia Baginda lima belas tahun, berlaku satu peperangan, terkenal sebagai peperangan al-Fujjar, (peperangan penjahat) kerana jenayah perlanggaran di bulan-bulan haram. Pihak pertama ialah Quraisy dan Kinanah, yang kedua ialah Qais bin Ilan.
PERJANJIAN AL-FUDUL
Ekoran kepada peperangan al-Fujjar, telah diadakan satu perjanjian di dalam bulan Zulkaedah. Salah satu bulan Haram, padanya dijemput qabilah-qabilah Quraisy seperti Banu Hashim, Abu Abdul Mutalib, Asad bin Abdul al-Uzza, Zuhrah bin Kilab, Taiyim bin Murrah. Kesemua mereka berlaimpul di kediaman Abdullah bin Jadaan al-Taiyimi kerana faktor kedudukan yang disanjung dan juga faktor umur, memandangkan beliau tertua di antara.
Di dalam perjanjian ini semua mereka bersetuju dan berjanji untuk memihak kepada sesiapa sahaja yang dianiayai, dan bertindak terhadap penganiaya, hingga dapat dikembalikan hak kepada tuannya, Rasulullah telah ulrut serta di dalam perjanjian ini setelah Baginda diutuskan dan memuji perjanjian berkenaan, dengan sabdanya: Daku telah menyertai satu perjanjian yang dilangsungkan di rumah Abdullah bin al-Jadaan. Perjanjian yang menyenangkan hatiku, lebih dari kesenanganku kepada unta-unta gemuk, sekiranya aku dijemput semasa di dalam Islam nescaya daku beri persetujuan segera.
HIDUP PENUH KEPERITAN
Rasulullah (s.a.w) tidak mempunyai satu pekerjaan yang tetap dipermulaan mudanya, namun demikian beberapa riwayat sering mengaitkan kerja Rasulullah di permulaan usia remajanya, sebagai penternak, mengembala kambing keluarga Banu Sa'd, dan di Makkah pula mengambil upah dari penduduk Makkah dengan beberapa qirat, bila Baginda meningkat dua puluh lima tahun, Baginda keluar ke negeri Syam sebagai peniaga dengan modal Khadijah (r.a).
Ibn Ishak menceritakan: Khadijah binti Khuwailid, adalah seorang wanita peniaga, mempunyai kedudukan termulia dan pelbagai harta, biasanya beliau menawar peniaga-peniaga untuk berniaga dengan hartanya, dengan berkongsi keuntungan, terutamanya orang-orang Quraisy memang terkenal sebagai ahli perniagaan.
PERKAHWINAN BAGINDA DENGAN KHADIJAH (R.A)
Sekembalinya Rasulullah ke Makkah dari perjalanannya, Khadijah mendapati hartanya terjaga dengan penuh amanah dan berkat, yang hingga kini belum pernah dilihatnya, tambahan dengan cerita-cerita yang dilaporkan oleh budak suruhannya Maisarah, mengenai segala sesuatu yang diperhatinya di s'epanjang pergaulannya dengan Rasulullah di sana, dengan perangai-perangai yang lemah lembut, pekerti-pekerti yang mulia, fikiran waras, minda penuh kepintaran dan perwatakan yang lurus, kini beliau sudah berjumpa dengan mutiara kehilangannya.
Kesemua anak-anak Baginda adalah dari Khadijah (r.a) kecuali Ibrahim dari Mariah al-Qibtiyah, anak pertamanya bernama Qasim, dengannya Rasulullah digelar Abu al-Qasim, kemudian Zainab, Rukiah, Umi Kalthum, Fatimah dan Abdullah, beliau bergelar sebagai al-Tayyib dan al- Tahir, anak lelakinya kesemuanya meninggal semasa kecil, manakala anak-anak perempuannya kesemuanya sempat dengan kebangkitan Baginda sebagai Rasul utusan Allah, kesemua mereka memeluk Islam dan kesemua mereka berhijrah, semua mereka ini wafat semasa hayat Baginda kecuali Fatimah seorang sahaja yang wafat selepas kewafatan Baginda enam bulan kemudian.
Friday, March 13, 2009
Sirah Rasulullah - Siri 2
Halimah al-Sa'diah terasa takut dengan peristiwa tersebut, dengan itu beliau memulangkan Rasulullah kepangkuan ibunya, Baginda tinggal bersama ibunya hingga meningkat usia enam tahun. Aminah teringat untuk ke Yathrib menziarahi kubur suaminya, sebagai mengenang dan mengingati kematian itu.
Untuk itu beliau keluar dari Makkah, merentas lima ratus kilometer menuju ke destinasi bersama-sama anak lelakinya yang keyatiman itu, di iringi khadamnya Ummu Aiman dan ayah mertuanya Abdul Mutalib, di sana beliau tinggal untuk selama sebulan, setelah itu beliau berpatah balik, semasa perjalanannya dari sana, beliau telah diserang penyakit dan semakin berat, sejak di awal perjalanan lagi, berakhir dengan hembusan nafas terakhir di tempat bernama "al-Abwa' " yang terletak di antara Makkah dan Madinah.
KE PANGKUAN DATUK PEMBELAS KASIHAN
Abdul Mutalib membawa Baginda pulang ke Makkah, dengan perasaan kasih sayang menepu didadanya terhadap cucundanya yang kini yatim piatu, duka lamanya kembali menusuk perasaan, membawa beliau mengasihani cucunya melebihi kasih sayangnya ke atas anak-anak cucunya yang lain. Beliau tidak pernah tinggalkan Baginda keseorangan, meskipun yang dalam keadaan terpaksa, sebaliknya beliau sentiasa mendampinginya dan mengutamakan Baginda lebih dari cucunya yang lain.
Ibnu Hashim menceritakan: Biasanya dihampar di lindungan Kaabah sebidang tikar khusus untuk Abdul Mutalib, anak-anak dan cucunya akan bersila disekeliling tikar itu, tak seorang pun akan duduk di atas tikar itu hanya Abdul Mutalib seorang,k erana menghormati beliau, namun bila Rasulullah datang ketika itu Baginda masih kanak-kanak, Baginda akan duduk di atas hamparan itu, di masa itu bapa-bapa saudaranya akan menarik Rasulullah ke tepi untuk memberi tempat kepada Abdul Mutalib, bila beliau melihat Rasulullah di situ Abdul Mutalib pun menyeru: Biarkan anakku itu demi Allah dia mempunyai kedudukannya, kemudian beliau duduk disampingnya di atas hamparan itu, dengan menyapu-nyapu di belakang Baginda dan beliau sentiasa senang dengan segala perilaku Baginda.
Pada usia lapan tahun dua bulan sepuluh hari datuknya Abdul Mutalib pun meninggal dunia di Makkah, walau bagaimanapun sebelum wafat, beliau telah sempat berwasiat dan menyerah pemeliharaan Rasulullah kepada bapa saudaranya Abu Talib saudara kandung ayahnya. Ke Pangkuan Bapa Saudara Yang Mengasihani Abu Talib selaku bapa saudara, telah memikul tanggungjawab menjaga anak saudaranya dengan sebaik-baiknya, beliau meletakkan Baginda bersama-sama dengan anak-anaknya malah memberi keutamaan ke atas anak-anaknya dengan keistimewaan, penghormatan dan sanjungan, dalam tempoh empat puluh tahun beliau menyokong Baginda, melindungi,membenarkan Baginda malah sanggup berkelahi untuk Baginda.
Bertemu Pendeta Buhaira
Setelah usia Rasulullah meningkat dua belas tahun, ada yang mengatakan dua belas tahun dua bulan sepuluh hari, Baginda keluar belayar bersama Abu Talib untuk berniaga di negeri Syam, sehingga apabila sampai ke Basrah, yang merupakan sebahagian dari Syam di dalam daerah Hawran, namun pada ketika itu Basrah adalah salah sebuah negeri, di daerah negeri Arab dibawah taklukan Rom, di sana terdapat seorang paderi bernama Jarjis yang dikenali sebagai Buhaira.
Setibanya rombongan ke sana, "Buhaira" keluar untuk menemui mereka, dan memuliakan mereka sebagai tetamu, tapi ini bukan satu kebiasaannya, kerana sebelum ini beliau tidak pernah keluar untuk menemui sesiapa, beliau mengenali Rasulullah dengan segala sifat-sifatnya. Semasa beliau memegang tangan Baginda, terus beliau berkata: Inilah penghulu dunia sejagat, inilah orang yang diutuskan Allah sebagai rahmat untuk sekelian alam. Kata AbuTalib: Dari mana maklumat ini tuan perolehi?
Jawab beliau: Tahukah kamu, bahawa semasa kamu mendekati "al-Aqabah" tidak ada batu dan pokok-pokok pun yang tidak tunduk sujud kepadanya, sujud seperti ini hanya berlaku kepada seorang nabi sahaja, dan aku kenali pada Baginda "Khatam al-Nubuwah" penutup kenabian, ianya terletak di belakang Baginda di bawah tulang dayung bentuknya seperti epal, semua sifat-sifat Baginda tersebut di dalam kitab-kitab kami, seterusnya beliau meminta supaya Abu Talib membawa Muhammad (s.a.w) pulang ke Makkah, dan jangan dibawanya ke negeri Syam kerana ditakuti tindakan jahat Yahudi, oleh itu Abu Talib mengirim Rasulullah untuk berpatah balik ke Makkah bersama-sama dengan beberapa orang suruhannya.
Thursday, March 12, 2009
Sirah Rasulullah - Siri 1
Ibn Sa'd meriwayatkan bahawa ibu Rasulullah (s.a.w) menceritakan: " Ketika ku melahirkannya, satu cahaya telah keluar dari farajku, menerangi mahligai-mahligai di negeri Syam" , periwayatannya hampir sama dengan apa yang diriwayatkan oleh al-Irbadh bin Sariah. Beberapa irhasat (petanda-petanda) kebangkitan seorang rasul telah berlaku beberapa ketika, sebelum kelahiran Rasulullah, di antaranya runtuhan empat belas anjung dewan Kisra Parsi, terpadamnya api yang disembah penganut agama majusi, robohnya gereja-gereja di sekitar Tasik Sawah yang sebelum ini penuh sesak dengan para pengunjung.
Wednesday, March 11, 2009
Jagalah 7 Sunnah Rasulullah
- Tahajjud - kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya.
- Membaca Al-Qur'an sebelum terbit matahari - Alangkah baiknya sebelum
mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur'an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman. - Jangan tinggalkan masjid terutama di waktu subuh. Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke masjid, kerana masjid merupakan pusat keberkahan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan rumah Allah.
- Jaga solat dhuha - kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha.
- Jaga sedekah setiap hari - Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari.
- Jaga wudhu terus menerus - Allah menyayangi hamba yang berwudhu. Kata Khalifah Ali bin Abu Thalib, "Orang yang selalu berwudhu sentiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah".
- Amalkan istighfar setiap saat - Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.
ibadah ritual dan ibadah ajaran Islam lainnya.
Tuesday, March 10, 2009
Monday, March 9, 2009
Majlis Maulidur Rasul
- Kelahiran junjungan besar kita, Muhammad Rasulullah s.a.w. Mengikut sumber-sumber mengatakan bahawa Nabi lahir pada 12 Rabiul Awwal tahun gajah bersamaan 23 April 571M. Ini adalah sumber yang masyhur dan menjadi amalan umat Islam di Malaysia mengadakan sambutan Maulidurrasul pada 12 Rabiul Awwal di setiap tahun sehinggalah sekarang.
- Perlantikan Nabi menjadi Rasul. Dibulan Rabiulawal inilah Nabi s.a.w diangkat menjadi Rasul. Ketika ini Nabi s.a.w berumur 40 tahun. Maka dengan ini bermulalah dakwah baginda secara rasmi di Makkah al-Mukarramah.
- Wafatnya junjungan besar kita, Nabi Muhammad Rasulullah s.a.w. Rasulullah telah wafat pada hari Isnin 12 Rabiulawal 11H bersamaan 7 Jun 632M. Baginda wafat di rumah isterinya Aisyah r.a dan dikebumikan di Madinah al-Munawwarah.
Pada hari ini 9hb Mac 2009 bersamaan 12 Rabiulawal 1430H, bertempat di Perkarangan Masjid Bukit Indah, telah berlangsung perarakan Maulidurrasul dengan meriah sekali. Seawal 7:30 pagi, program ini disertai oleh qariah Surau Insaniah, Surau Al-Huda, Surau Ulul Azmi, Surau Tiara, murid-murid dan guru Sek Men Bukit Indah, Sek Ren Bukit Indah, Sek Seri Ilmi dan sudah semestinya Surau At-Tarbiyyah.
Taklimat ringkas disampaikan oleh Pegawai-pegawai Masjid Bukit Indah. Perbarisan dimulakan tepat jam 8:15 pagi. Lihatlah betapa segaknya Pasukan Surau At-Tarbiyyah berarak sambil berselawat.
Lebih kurang jam 9:00 pagi, semua peserta telah memenuhi ruang dalam Masjid Bukit Indah untuk acara berzanji dan berselawat bagi Majlis Bercukur Rambut bayi anak qariah masjid. Pegawai Masjid telah mengambil kesempatan mengumumkan Juara Pearakan tahun ini adalah Surau Insaniah, tempat kedua Sek Seri Ilmi dan tempat ketiga Persatuan Silat, Sek men Bukit Indah.
Tepat jam 10:00 pagi seperti yang dijanjikan, Y Bhg Dato' Ismail Kamus tiba bagi menyampaikan ceramah yang bertajuk "Ketaatan Kepada Rasulullah s.a.w.". Dengan gaya yang tersendiri, Dato' Ismail Kamus berjaya memukau para jemaah dengan ceramahnya sambil menyelitkan unsur-unsur jenaka.
Di antara gambar-gambar yang sempat difokus :
Thursday, March 5, 2009
Pertandingan Hafazan - Tahniah Fathy Nabila Najla
Mula menghafal Quran sejak Tahun 1, di Sekolah Rendah Islam Al-Amin, Kuala Lumpur. Menceburi hafazan Quran secara bertasmiq dengan ustaz yang bertauliah secara intensif mulai Tingkatan 3 di Sekolah Menengah Islam Al-Amin, Gombak sehingga berjaya menghafal 11 Juz dalam Tingkatan 5.