---- B e r i t a ~~~ S e m a s a ---

Orang yang tak solat akan banyak masalah, tidak tenang, cepat marah, susah nak terima kenyataan dan selalu nampak salah orang lain.

Saturday, April 3, 2010

Walimatul Urus - Ahmad Hafiz dan Nur Fathin




Alhamdulillah. Syukur kita kehadrat Ilahi, dengan limpah dan rahmatNya, Majlis Walimatul Urus Tn Hj Muhammad Fadzil dan Hajjah Suzana berjalan dengan lancar hari ini 3hb April 2010 yang diadakan di kediaman mereka di No:51 Jalan Bukit Indah 1/15, Taman Bukit Indah, Ampang.

Selamat Pengantin Baru kepada kedua-dua mempelai Ahmad Hafiz Hj Jaafar dan Nur Fathin Hj Muhammad Fadzil yang telah diijabkabulkan di Surau At-Tarbiyyah, tepat jam 10:45 pagi 3hb April 2010 dihadapan Imam Mohd Arif dan dinikahkan sendiri oleh Tn Hj Muhammad Fadzil.
Tn Imam Hj Mohd Arif sedang memberi penerangan ringkas mengenai hukum nikah kahwin kepada semua hadirin yang hadir semoga menjadi pedoman kepada semua.

Pengantin lelaki Ahmad Hafiz menunggu penuh sabar dan debar sebelum majlis akad bermula. Sejuk air-cond lagi, sejuk nak jawab akad lagi.... Isyhhh.. Jangan mikrofon ni buat hal udah ler....


Tn Hj Muhammad Fadzil sedang mengijabkabulkan Pengantin Lelaki Ahmad Hafiz Bin Hj Jaafar dengan puteri tunggal beliau Nur Fathin bt Hj Muhammad Fadzil. Nak tak nak, Tn Hj Fadzil memberanikan diri juga untuk jadi jurunikah. Bila lagi Tn Hj, puteri seorang je tau.... Kira oklah tu!!!!
Pengantin Lelaki Ahmad Hafiz dengan sekali lafaz menerima akad nikah daripada Tn Hj Fadzil dengan mas kahwinnya RM8,888.00 tunai. Tenang sungguh pengantin ni, al-maklumlah saudara Ahmad Hafiz ni bertugas sebagai Ustaz atau Pensyarah di sebuah kolej di Kelantan, Darul Naim. Amin!!! Sah lah Ahmad Hafiz dan Nur Fathin sebagai suami-isteri.

Amin..amin...ya Robbal'alaminn... Ahmad Hafiz sendiri membacakan doa selepas akad nikah. Bagus!! Bagus!! Selamatlah sudah akad nikah.


Antara hantaran Pengantin Perempuan untuk diserahkan kepada pihak Pengantin Lelaki


Lagi gambar hantaran kedua-dua mempelai.

Cincin yang bakal disarungkan ke jari Pengantin Lelaki

Selesai sahaja akad nikah dan solat sunat kesyukuran, pengantin saling menyarungkan cincin kejari pasangan masing-masing. Nur Fathin sedang bersalam dan mencium tangan suami buat kali pertama... Menggigil gak oiiii!! Mau idok nya.... Relaks Fathin.. dah halal tu...


Mmmmm... lama-lama sikit Hafiz.. depa nak ambik gambaq tak dan... masa nilah depa nak dera pengantin... Hang pa semua gelaklah, aku dah ketaq nih....


Antara ahli qariah yang berada diruang dalam Surau At-Tarbiyyah bergambar bersama Tn Hj Muhammad Fadzil setelah selesai akad nikah. Kelihatan Tn Hj Bahadum, Tn Hj Rasali, Tn Hj Osman, Tn Hj Nordin, Tn Hj Salleh dan Tn Hj Rahman.


Rakan-rakan Fathin dari jauh dan dekat yang turut sama meraikan majlis.


Antara rakan-rakan lelaki Nur Fathin dan juga murid kepada Ahmad Hafiz yang datang meraikan majlis perkahwinan mereka. Terima kasih.


Kedua-dua mempelai bergambar bersama-sama ayahanda dan bonda tercinta. Jangan risau!!! Semua dok asal mai dari Kedah... cakap dalam loghat sama.. no problem orang putih kata...


Antara posing yang sempat diberikan oleh kedua-dua mempelai, bagaikan pinang dibelah dua


Fathin : Mak, ampunkan Fathin dari hujung rambut sampai hujung kaki ya. Fathin dah jadi hak Hafiz. Nanti Hari Raya ni Fathin balik raya sini.....

Bonda : Fathin, mak ampunkan, tetapi bab Hari Raya ni lambat lagi, puasa belum lagi nak oiiii... Mak dan Abah dah bincang, raya tahun ni nak ke Sydney tempat abang Farhan kau, nak beraya disana, ambik cuti seminggu. Kau duduklah ngan Hafiz tu!!! Pandai-pandai kaulah masak ketupat ya!!

Fathin : Makkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk!!!!! Hua..hua..hua

(JANGAN MARE HAAAAAAAAA!!!!!!!)
Farhan abang kepada pengantin perempuan, sanggup balik dari Sydney, Australia untuk tidak ketinggalan meraikan perkahwinan adiknya. Apa yang dimenungkan oleh si Farhan ni... dalam hatinya berdetik... "Isyhh... ni kahwin langkah bonggol (BENDUL) ni takkan tak ada apa-apa kot? Aku dah order semalam ... buat tak gheti je.... mana aci!!!!"


Kedua-dua mempelai diarak dengan paluan kompang tepat jam 1:00 tengahari ke ruang utama makan pengantin. Ceria sungguh!!!!


Pengantin sedang menunggu ketibaan tetamu. Lihatlah hiasan khemah yang tersergam indah. Siap lampu "chandelier" lagi. Hidangan, khemah dan hiasan khas ini direkabentuk oleh OLEANDER CATERING.
Tetamu kehormat yang turut hadir menyerikan majlis adalah Kerabat Diraja Perlis - 3 dari kiri - Syed Saffi Bin Syed Alwi Jamalullail 2 dari kanan - Syed Muhd Syukri Bin Syed Alwi Jamalullail . Menjunjung kasih ke atas tuanku berdua.


Lagi tetamu kehormat Dato' Muhammad Nazir dan Datin Nur Jihan serta keluarga turut meraikan majlis di meja VIP. Terima kasih Dato' dan Datin.


Khemah dipenuhi dengan para tetamu. Terdapat 9 khemah utama bagi memberikan keselesaan kepada para tetamu. Alhamdulillah, semua berjalan dengan baik.


Raja sehari sedang menunggu untuk santapan pengantin.

Ahmad Hafiz dan Nur Fathin bersuap-suapan ala-ala sayang gitu.... Jangan cemburu aaaahhh...


Majlis memotong kek dijalankan sebaik sahaja selesai santapan pengantin.

Inilah kek pengantin... sedap nya!!!!

Antara ahli qariah yang menjamu selera sebaik sahaja selesai majlis akad nikah termasuk Imam Hj Mohd Arif.

Tn Hj Fadzil dan isteri Hjh Suzana tenang dan senyum menunggu ketibaan semua tetamu walaupun penat. Kedua-duanya bawak beg, ada apa-apa ke ni!!! Nampak macam penuh je isi beg tu!! Ahem..ahem...

Antara tetamu kehormat yang hadir...

Ni macam biasalah... dah penat jadi penyambut tetamu, ambik kesempatan lepak-lepak sat... Tn Hj Fadzil, jangan risau, kami kerja, kami kerja... tak percaya tanya Tn Syed, dia ada tu... Kadang-kadang macam duduk kat pondok panas merayu undi je!!!

Lihatlah, betapa akrabnya persahabatan qariah Suaru At-Tarbiyyah, semuanya turun padang membuat persiapan memasak untuk jamuan perkahwinan. Berbaldi-baldi, berbesen-besen sayur-sayuran yang perlu dibersihkan dan disiang halus. Terima kasih daun keladi semua ya....
Ini lain pulak ceritanya. Ini bukan ahli qariah, tetapi kenalan rapat Tn Hj Fadzil yang datang jauh dari Muar yang sanggup datang dari jauh semata-mata ingin mengotakan janjinya untuk memasak di hari perkahwinan Nur Fathin. Daging lembu yang tergantung tu dibawak khas dari Muar dan dilapah dalam sekelip mata. Memang pakar betul ni. Terpaku ahli qariah melihat telatah mereka ni.. Tak boleh bersaing!!! Ketuanya Tn Hj Aziz b Mohamad, pernah bertugas sebagai tukang masak kepada Tabung Haji di Mekah sebanyak 13 kali. Jadi keakraban beliau dengan Tn Hj Fadzil tidak boleh dibendung lagi... Dah macam saudaralah ni.. Nasi Beryani Gam yang kita dok makan hingga membasuh pinggan tu, Tn Hj Aziz and "the gang" antaranya Budin, Abu (yang gemuk tu) dan Achiem, ni lah yang masak.. Memang sedap!!! Terima kasih Tn Hj Aziz and gang...


Ha... ni dia... jejaka HANSEM dok mengintai... JOHN MATT HARRIS... hahahaa.. ceria sungguh dia...


Bab ni lah yang susah sikit ni... ni kita panggil JEJAKA PERASAN... hehehe.. nilah adik pengantin.. HASAN FATHY ... orang kuat majlis ni.... tengok tu, sebelum pengantin duduk, baik aku duduk... hehehee.. kau kenal aku siapa... hahahahhaa!!!!!


Hehehee... ni mana punya fesyen ni.. tadi elok jadi pengantin, ni dah berbalut tuala kat leher ni apa pasal... ada partner lagi ni... siap mangkuk bubur kacang kat tangan..... isyhhh.. ni macam nak makan senyap-senyap je nih... hehehhe


Ni siapa pulak.... anak dara dan mak dara... ni bukan mak dara Halimah Jongang tu.... ni mak dara betul... apalah yang digelakkan kan tu...

Ni dia.. mak dara-mak dara 'coming back'. Hehehee.. sempat posing.. Hasya, Yati, Izan dan Nabila.... eh.. salah susun lah..tak sama tinggi... hua..hua..hua



Akhir kata, Selamat Pengantin Baru kepada Ahmad Hafiz dan Nur Fathin, semoga kekal hingga ke akhir hayat dan sentiasa diberkati Allah selalu. AMIN.
############################################
Pihak Tn Hj Fadzil dan keluarga turut mengucapkan jutaan terima kasih yang tak terhingga kepada semua ahli qariah yang terlibat secara langsung atau pun tidak yang telah bertungkus lumus menjayakan Majlis Perkahwinan Nur Fathin dan Ahmad Hafiz dari mula sampai akhir tanpa mengenal erti penat dan lelah. Semoga Allah jua yang dapat membalas jasa baik tuan/puan semua.




Catering disediakan oleh : OLEANDER CATERING
Khemah dan Hiasan : OLEANDER CATERING
Hubungilah : Tn Hj Amirudin ditalian : 019-277 0764 untuk tempahan dan pertanyaan.

Thursday, March 25, 2010

NOTIS MESYUARAT TAHUNAN SURAU KALI KE 8 DAN PENCALONAN AJK SURAU SESI 2010/2013


Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam keatas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, para sahabat, tabi’in, tabi’ tabi’in.

Adalah dimaklumkan bahawa Surau At-Tarbiyyah akan mengadakan mesyuarat tersebut pada tarikh, masa dan tempat seperti berikut:

Tarikh: 11 April 2010/26 Rabi'ulAkhir 1431H
Hari : Ahad
Masa : 9:00 pagi (Pendaftaran) - 12 tghari
Tempat: Surau At-Tarbiyyah, Taman Bukit Indah

Sehubungan dengan ini, semua anak-anak kariah dijemput hadir untuk mengambil bahagian dalam mesyuarat tersebut. InsyaAllah minuman pagi akan disediakan.

Kehadiran anak-anak kariah amatlah dialu-alukan dan diucapkan ribuan terima kasih.

Sekian, Wassalam.

Syed Salim bin Syed Abu Bakar
Pengerusi,
Surau At-Tarbiyyah.

Monday, March 22, 2010

Pesanan Imam Ghazali

Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?

Murid 1: Orang tua
Murid 2: Guru
Murid 3: Teman
Murid 4: Kaum kerabat

Imam Ghazali: Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita ialah MATI. Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati ( Surah Ali-Imran :185).



Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini ?

Murid 1: Negeri Cina
Murid 2: Bulan
Murid 3: Matahari
Murid 4: Bintang-bintang

Imam Ghazali: Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling benar adalah MASA LALU. Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama.



Apa yang paling besar didunia ini ?

Murid 1: Gunung
Murid 2: Matahari
Murid 3: Bumi

Imam Ghazali: Semua jawaban itu benar, tapi yang besar sekali adalah HAWA NAFSU (Surah Al Araf: 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka.



Apa yang paling berat didunia?

Murid 1: Baja
Murid 2: Besi
Murid 3: Gajah

Imam Ghazali: Semua itu benar, tapi yang paling berat adalah MEMEGANG AMANAH (Surah Al-Azab : 72 ). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi khalifah pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah.



Apa yang paling ringan di dunia ini ?

Murid 1: Kapas
Murid 2: Angin
Murid 3: Debu
Murid 4: Daun-daun

Imam Ghazali: Semua jawaban kamu itu benar, tapi yang paling ringan sekali didunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT. Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat



Apa yang paling tajam sekali di dunia ini?

Murid-Murid dengan serentak menjawab : Pedang

Imam Ghazali: Itu benar, tapi yang paling tajam sekali didunia ! ini adalah LIDAH MANUSIA. Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri






Oleh itu, berpeganglah kepada Al-Quran dan Hadis, semoga kita tidak terlalai dengan dugaan dunia. Dunia adalah medan persinggahan sementara sampai Akhirat. Wassalam.

Monday, March 15, 2010

Walimatulurus - Syima dan Shahriza

Alhamdulillah, syukur kepada Allah s.n.w dengan limpah kurniaNya, telah sempurnalah Majlis Perkahwinan anakanda kepada Tn Hj Mej Mat Tahayat Nadikom dan isterinya Hjh Azimah Hj Zainuddin semalam 14hb Mac 2010 di kediaman mereka di No:31, Jalan Bukit Indah 1/12, Taman Bukit Indah, Ampang.

Tn Hj Mat Tahayat sedang meraikan tetamu, Ah Seng yang sempat meluangkan masa untuk bersama-sama meraikan pengantin.

Tetamu kehormat dari tempat kerja lama , dari MINDEF. Orang lama lah katakan...

Di antara para tetamu sedang menikmati juadah...

Isteri Tn Hj, Hjh Azimah duduk sambil melayan para tetamu.

Mmmm... rasanya kenal ni... yang tengah menyuap tu adalah En Kamarudin, Guru Penolong Kanan Pentadbiran, Sek Men Keb Bukit Indah...

Kedua-dua pengantin telah pun tiba untuk di arak masuk ke rumah pengantin... Tn Hj Mat kata pengantin tak sabar lagi dah.. suruh tunggu bawah khemah pun nak keluar jugak... Ya lah..silalah..

Kedua mempelai dibawa masuk... diikuti paluan kompang dan beduk lagu Marhaban...

Ha.... ni dia.. penanggah kita yang bekerja kuat... Penyambut Tetamu

Ini dia... kumpulan kompang diimpot khas dari Langat... tengok beduk tu... besar ... entah kat surau mana dia pinjam ni... bunyi..poohhhhh... KAU-KAUbunyi dia... Lagu Marhabban.. ingatkan lagu JAWA

Antara keluarga dan rakan pengantin memenuhi ruang khemah bagi meraikan majlis

Selamat Pengantin Baru kepada Syima dan Shahriza semoga berkekalan hingga akhir hayat. Tahniah kepada Tn Hj Mat Tahayat dan isteri Hjh Azimah.


Wassalam.

Monday, March 8, 2010

Perutusan Pengerusi Surau At-Tarbiyyah

Assalamualaikum wr.wb



Alhamdulillah bersyukur kita ke hadrat Allah s.n.w serta selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.
Insyallah, pihak surau bercadang untuk membina Madrasah At-Tarbiyyah seperti pelan yang dipamirkan. Ia apabila siap nanti akan dapat menampung kira-kira 30 jemaah pada satu-satu masa dan akan dilengkapi segala kemudahan untuk dijadikan bilik kuliah, tempat mesyuarat, kelas fardhu ain dan sebagainya demi untuk keselesaan para jemaah semua.


Segala kelulusan dari Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan MPAJ telah pun diperolehi dan anggaran kosnya adalah RM80,000.


Sehubungan dengan itu, muslimin/muslimat yang ingin membuat sumbangan untuk pembinaan Madrasah At-Tarbiyyah tersebut, sila penuhkan borang yang telah diedarkan di surau tempohari dan kembalikan kepada Bendahari, Sdr Hamzah Mohamad atau mana-mana AJK surau.


Semoga sumbangan muslimin/muslimat akan mendapat ganjaran pahala yang tidak terhingga dari Allah s.n.w.





Wassalam.

Ir Hj Syed Salim b Syed Abu Bakar
Pengerusi
Surau At-Tarbiyyah.



Firman Allah mafhumnya:

"Harta yang dinafkahkan ke jalan Allah adalah seumpama sebutir benih yang menumbuhkan tujuh tangkai dan pada tiap-tiap satu tangkai mengandungi seratus biji"
Al-Baqarah : 261

Sunday, March 7, 2010

Majlis Menyambut Menantu - Abg Nan

"Dialah (Allah) yang menciptakan bagi kamu pasangan-pasangan (jodoh) dari mahkluk jenis kamu sendiri agar kamu condong kepadanya dan merasa tenteram dengannya. Kemudian Allah menciptakan rasa sayang diantara kamu" Surah al-Rum : ayat 21.
Hari ini, Abg Nan atau nama sebenar Mohamad Aznan b Abd Mutalib dan isteri Maizon bt Abd Hamid telah mengadakan Majlis Perkahwinan anakandanya Ahmad Azmi dan pasangannya Yussariza bt Hj Isahak di No:1 , Jalan Bukit Indah 1/14, Tmn Bukit Indah, Ampang.
Majlis dimulakan dengan bacaan tahlil dan doa selamat tepat jam 11 pagi diketuai oleh Pengerusi Surau At-Tarbiyyah Tn Hj Ir Syed Salim bersama ahli jemaah yang lain.
Menurut Abg Nan, acara pernikahan telah diadakan pada 14hb Feb 2010 yang lalu dirumah pengantin perempuan di 136 Mukim C, Permatang Pasir, 11010 Balik Pulau, P.Pinang. Macam ni selalulah pekena Nasi Kandaq ....

Beberapa foto telah berjaya dirakamkan pagi tadi untuk kenangan kita bersama:



Majlis Tahlil dan Doa Selamat diketuai oleh Pengerusi Tn Hj Ir Syed Salim bersama ahli jemaah lain.




Tn Hj Rahman, Tn Hj Abd Jabbar dan ahli jemaah lain sedang memerhatikan apa yang diperkatakan oleh Pengerusi Surau.



Hj Rahim, Hj Ibrahim dan lain-lain ..... bila nak makan ni!!!!





Abg Nan bergambar bersama Tn Syed, Tn Hj Riduan, Tn Hj Rasali dan lain-lain sambil menikmati hidangan dari Faris Catering.




Selera sungguh....


Pak Ya, Hj Awang, Hj Jabbar dan Hj Rahman sedang menikmati cendol pulut... balik ukuq meter Pak Ya

Hj Razi dan rakan-rakan.... memang ngammmm

Hj Rahman memang berselera sungguh... dah sihat dah ni...

Hj Man Blues, Abu, Bang Berahim dan Hj Reza... berbual sakan...

Mej Tahayat dan Hj Mazlan...tak nak bangun lagi ke.. Hj Rahim dah bangun tu..


Apa yang digelak sakan oleh Hamzah ni... terpegun Hj Ghani tu hah... kelentong lah Hamzah nihhh... lebih ubat lah tu...

Mak Aiiii... nak balik pun kena beratur.. nak bersalam pun susah oooo... hari ni Abg Nan jadi artis lah pulak... hahahaa... Tn Hj Kamal... jangan lupa hulooqqqqqq!!!!