---- B e r i t a ~~~ S e m a s a ---

Orang yang tak solat akan banyak masalah, tidak tenang, cepat marah, susah nak terima kenyataan dan selalu nampak salah orang lain.

Saturday, June 12, 2010

Selamat Pengantin Baru Mohd Azhar & Nor Sabrina

Amin...Amin...Amin... Ya Robbal'alamin!!! Syukur Alhamdulillah, kehadhrat Allah jua kita panjangkan rasa kesyukuran dan kenikmatan yang telah dikurniakan kepada kita semua. Hari ini terciptalah satu sejarah dalam keluarga Tn Hj Roslan dan Hjh Hasnah sekeluarga atau lebih senang dikenali dengan panggilan Cikgu Roslan dan Kak Hasnah.

Tanggal 5hb Jun 2010 yang lalu, rombongan mereka sekeluarga telah selamat ke Kuala Krai , Kelantan untuk upacara akad nikah anakanda mereka Mohd Azhar b Hj Roselan dan pasangannya Nor Sabrina bt Mohd Nor.

Hari ini, 12hb Jun 2010, tibalah pula giliran Cikgu Roslan sekeluarga mengadakan majlis sambut menantu. Majlis dimulakan dengan Majlis Khatam Quran oleh ahli qariah Surau At-Tarbiyyah dirumah beliau tepat jam 10 pagi.

Majlis Khatam dikemudikan oleh Imam 3 Tn Hj Radzuan b Ahmad. Beberapa hli qariah dan keluarga Cikgu Roslan mengambil bahagian dalam majlis ini. Bermula Surah Ad-Dhuha hinggalah An-Nas disusuli dengan doa khatam Quran.


Pakaian Cikgu Roslan sekeluarga yang sedondong menceriakan lagi majlis sejak pagi lagi. Lihatlah gaya Cikgu Roslan dan isteri Hjh Hasnah secara sepontan sebelum ketibaan tetamu.

Tepat jam 12 tgh para tetamu telah mula tiba dan menjamu selera dengan hidangan yang disediakan oleh FARIS CATERING. Kelihatan tetamu istimewa Tn Hj Zainal dengan penuh semangat mengambil juadah yang disediakan....baik-baik Tn Hj!!!!

Namun kusangka panas hingga ke petang, rupanya hujan ditengahari!! Hari yang terang benderang dari pagi tiba-tiba hujan rahmat mencurah turun walaupun tidak selebat mana tetapi cukup untuk membasahkan tetamu yang hadir.

Apa lagi, penyambut tetamu yang tidak asing lagi Tuan Pengerusi Surau At-Tarbiyyah, Tn Hj Syed Salim b Syed Abu Bakar dan Tn Hj Rasali b Abd Rahman basah kuyup lah... namun beliau cukup tabah macam dah biasa je main hujan!!!! Tengoklah ni sempat lagi ber"posing". Baju dah melekat kat badan tu hah!!

Inilah pelamin untuk pengantin yang tersergam indah menunggu kedua-dua mempelai untuk disandingkan.

Hujan reda tepat jam 1:30 petang, seolah-olah tau itulah masa yang ditunggu-tunggu oleh para tetamu. Kedua-dua mempelai telah tiba untuk diarak masuk ke perkarangan rumah dan dibawa ke pelamin yang tersergam indah.

Lihatlah kedua-dua pengantin, sama padan, sama elok, bagai pinang dibelah dua, di arak masuk ke pelamin

Inilah kelainannya, pengantin diarak sambil kompang dipalu oleh Persatuan Anak-anak Yatim Malaysia Cawangan Hulu Langat. Panjang berbaris tu hah... bunyi pun bergegar jantung ni hah.... tahniah anak-anak semua..

Ini pula barisan rombongan dari Kuala Krai, Kelantan... keluarga pihak pengantin perempuan...

Rombongan lelaki ahli keluarga pengantin perempuan turut sama berarak bersama pengantin

Sebaik pengantin masuk dan bertakhta disinggahsana pelamin, anak-anak ini terus bernasyid diiringi oleh paluan alat muzik yang dibawa khas. Doa selamat ke atas pengantin dibacakan oleh Tn Hj Ahmad b Kholidiyah.

Gong, gendang besar, kompang dan macam-macam lagi... nasyid dialun, lagu disusun, pakaian yang santun, gaya ditonton... memang hebat anak-anak ni...

Dah penat bernasyid kan.... sorruuu lah pulak.... tekak pun dah kering ni.... makan dik..makan!! jangan malu-malu....

Berselera sungguh anak-anak ni.. maklumlah ada makcik yang jaga ni hah... siap tambahkan lagi... macam kenal je ni...

Memang tak kusangka, anak-anak ni beratur panjang dihadapan khemah menunggu pengantin keluar rupanya... untuk apa??? Hanya untuk mengucapkan tahniah dan selamat tinggal kepada kedua-dua mempelai... aduhhhh..tersentuh hati rasanya...

Para tetamu pun dah ramai yang balik, apa lagi... kedua-dua pengantin sempat bergambar dengan ayah dan mak..Cikgu Roslan dan Hjh Hasnah..

Ni macam biasalah... nak tak nak mesti spare sikit kamera ni... Pengerusi kita tak sabar nak bergambar dengan pengantin.... tak apa... no problem... bisa diaturrrrr!!!

Majlis telah berakhir, tetamu dah beransur, khemah telah dikemas, meja dah pun dah dilipat, kerusi dah disusun tinggi, pengantin pun dah penat, apa lagi?? Jomlah kita balik... SELAMAT PENGANTIN BARU KEPADA MOHD AZHAR DAN NOR SABRINA, semoga kekal hingga ke akhir hayat, bahagia buat selama-lamanya.

Kepada semua yang telah bertungkus lumus menjayakan majlis ini, Tn Hj Roslan dan keluarga merakamkan setinggi-tinggi terima kasih yang tak terhingga, jasa dan budi anda semua, Allah jualah yang membalasnya... AMIN...

Thursday, June 10, 2010

Kenduri durian di Kebun Bao Seng, Balik Pulau

Alhamdulillah, percutian ke Pulau Mutiara berjalan seperti yang dirancang. Tiada kesesakan sepanjang Lebuhraya Utara-Selatan. Bertolak jam 10 pagi Isnin sampai ke Jambatan Pulau Pinang tepat jam 2 petang.

Check-in tempat biasa Stallion Apartment di Bukit Dumbar, memang dari dulu inilah tempat kami sekeluarga melepak, bukannya apa, murah dan mudah untuk keluar sana sini, betul-betul tepi Lebuhraya Gelugur-Jambatan Pulau Pinang, ke Tesco pun mudah.

Malam apa lagi, Nasi Kandaq Sharif ler... bila kroni surau nak sampai ni.... mmm.. pergi pun dah lewat gak, nasib baik ada lagi lauk... rezekilah tu...


Esoknya, dah rancang, ingat nak ke Kebun Durian Balik Pulau Bao Seng.Dah lama tak kena ni, paling lama dulu kena masa belajar, dah hampir 20 tahun ooooo.... apa lagi.. kul 11 pagi terus menuju ke Balik Pulau melalui Bayan Lepas, jalan sedang diperbaiki.. gagahkan jugaklah... janji dapat durian kao punya...

BAO SENG Durian Farm ni terletak di Sungai Pinang, Balik Pulau seluas 7 ekar. Kebun ni asalnya milik atuk kepada Ah Seng ni, atau nama penuhnya Chang Teik Seng. Harta pusaka biasalah turun temurun.

Ah Seng, pemilik kebun durian bergambar bersama dengan durian terhebatnya

Kebun ni dah cantik, siap diturap simen untuk kereta turun ke bawah bagi mengelakkan kesesakan jalan Balik Pulau, maklumlah jalan yang sempit ditepi lurah dan bukit. Bermacam-macam jenis durian ada, Udang Merah, Labu Air dan Isi Merah.


Tawaran pakej yang diberikan boleh tahan jugak, satu kepala RM25 dan boleh makan seberapa banyak selagi tak bangun dari kerusi.... hahahaa.. mahu pecah perut.. atau sebiji durian isi merah harganya RM15 - RM20 sebiji. Pilihan ditangan anda, rasa larat makan, ambillah pakej satu kepala, rasa semput makan kira biji je lah... hahahhaaa

Perut tengah kosong, apa lagi ngap durian isi merah, kami berlima termasuk mak bonda, memang kami bawak khusus ke Pulau Pinang untuk jalan-jalan, dah lama tak berjalan katanya... eloklah tu...Kami makan punya makan, tak sedar dah 7 biji habis dimakan.

Ah Seng angkat tangan tanya kami, mau lagi ke? Mak bonda kata udah-udah ler yobb.... karang kereta entah kemana, hotel entah kemana.... hahahaa.. bimbang juga kot-kot pening dan panas badan

Mak bonda tersayang sedang menunjukajar cucu-cucunya cara minum air dikulit durian

Tapi tak risau, sebab mak bonda bagi petua, minum dalam kulit durian yang kita makan tu... mujarab...Di kebun Ah Seng ni ada chalet sekali, satu malam RM180 siap swimming pool.. tapi air bukit ler.. sejuk giler... kira sapa-sapa nak dengar macamana bunyi buah durian jatuh boleh ler... syokkkkk!!!!!
Chalet yang dibina dengan kayu bak rumah Melayu siap dengan kolam renang.

Kami sedang menikmati kedinginan angin bukit dan durian Isi Merah

Petua sejukkan badan.... hirup je ler.... air mineral dalam kulit durian.. sruppppp!!!!

Ahli qariah yang rasa nak hubungi Ah Seng, sila lawati http://www.durian.com.my atau email kepada beliau bsfarm@durian.com.my atau telefon beliau 012-401 0800

Friday, June 4, 2010

Perkembangan Naiktaraf Surau

Hari ini Jumaat 4hb Jun 2010, bahagian atas bangunan baru surau telah dinaikkan tiang cerucuk. Alhamdulillah syukur kehadrat Ilahi, kerja-kerja pembinaan berjalan lancar dengan cuaca pun terang benderang.

Insyallah, sebelum bulan Ramadhan kita boleh gunakan bangunan tambahan ini. Terima kasih sekali lagi kepada para dermawan dan pihak pengurusan Surau At-Tarbiyyah yang telah memainkan peranan yang tidak terhitung bagi menjayakan projek murni ini.

Allah jualah yang membalasnya. Insyallah.

Gambar ini diambil jam 12:30 tgh tadi sebelum solat Jumaat, tiang-tiang telah pun dinaikkan

Saturday, May 29, 2010

Kerja Menaikkan Bangunan Tambahan Berjalan Lancar

Alhamdulillah. Syukur kita kehadrat Ilahi, dengan keizinanNya, surau kita telah pun memulakan kerja-kerja pengubahsuaian penambahan bangunan baru seperti yang diwar-warkan dalam Mesyuarat Agong Kali Ke-8 dahulu.

Kerja-kerja penambahbaikan bangunan ini menelan belanja hampir RM105,000 dan MNM Teambuilder Sdn Bhd telah dilantik sebagai kontraktor. Alhamdulillah, hasil usaha dan derma ahli qariah semua, kita berjaya mengumpul dana yang diperlukan.

Dalam perkiraan, bangunan tersebut akan siap akhir bulan Ogos nanti, tetapi pihak kontraktor yang dilantik akan cuba sedaya upaya untuk menyiapkannya sebelum bulan Ramadhan, Insyallah.

Insyallah, dalam bulan Ogos nanti surau kita akan berubah wajah , semoga bangunan tambahan serba moden ini akan dimunafaatkan oleh ahli qariah sekelian.

Pagi ini, kita sempat merakamkan kerja-kerja ubahsuai berjalan lancar.

Salah seorang pekerja sedang melakukan kerja-kerja ubahsuai. Bangunan tambahan ini terletak dibahagian belakang surau iaitu tempat penyediaan memasak.

Ini adalah pandangan sisi, kawasan sekitar dipenuhi kayu-kayan dan besi cerucuk. Anak-anak diminta lebih berhati-hati melalui kawasan ini bagi mengelak kejadian yang tidak diingini.

Lagi pandangan lebih jelas, kedudukan bangunan tambahan yang sedang diubahsuai.

Kawasan parkir surau dipenuhi mesin pengisar simen, batu-batu dan pasir.

Monday, May 24, 2010

Walimatulurus - Tn Hj Roslan

Alhamdulillah. Pada hari Sabtu yang lalu, 22hb Mei 2010, satu mesyuarat Walimatulurus bagi menyambut menantu Tn Hj Cikgu Roslan dan keluarga telah berlangsung dirumah beliau selepas Isyak.

Perbincangan dipengerusikan sendiri oleh Tn Hj Syed Salim selaku Pengerusi Surau. Antara yang dibincangkan ialah:

  1. Tarikh majlis walimatulurus
  2. Kedudukan khemah untuk tetamu
  3. Perlantikan penyambut tetamu
  4. Penempatan anggota RELA pada hari majlis
  5. Penyediaan bena, papan tanda dan bunga rampai
  6. Majlis Khatam Quran oleh anak-anak yatim
  7. Kedudukan letak kereta bagi tetamu
  8. Pemantauan hidangan
  9. Menentukan lokasi bagi menempatkan lauk pauk.
  10. Keselamatan rumah ketika majlis berlangsung
Majlis akad nikah akan diadakan di Kg Guchil, Kuala Krai, Kelantan pada 5hb Jun 2010 selepas Isyak. Rombongan akan bertolak dari Bukit Indah pada 5hb Jun 2010 jam 9 pagi. Ahli qariah yang berkelapangan bolehlah ikut serta.

Tn Hj Roslan sedang memberi taklimat bagi memulakan mesyuarat Walimatulurus anakanda beliau.
Tn Pengerusi dengan khusyuk mencatit butir-butir yang diperlukan bagi dibincang bersama ahli qariah.

Antara ahli qariah yang hadir dalam mesyuarat tersebut. Hj Fathul tersenyum lebar, sedang berkira-kira apa aku nak buat nanti, sebab bulan Julai adalah hari Walimatulurus anakanda beliau pula. Mana-mana yang elok kita copyright ler Tn Hj....

Tn Hj Amran memohon maaf kerana pada tarikh tersebut beliau berada di Kedah atas urusan Walimatulurus Ketua Unit beliau.

Majlis berakhir jam 10:30 malam dengan jamuan meehoon sup dan berbagai kuih muih. Apa lagi, perut dah keroncong, sapu!!!!! Terima kasih Tn Hj Roslan dan keluarga.

Thursday, May 6, 2010

Mesyuarat AJK 1/2010

Untuk kali pertama tahun 2010, pihak pengurusan Surau At-Tarbiyyah telah berjaya mengadakan Mesyuarat Kali Pertama bersama AJK-AJK baru bagi memperkemaskan barisan pengurusan.

Diantara agenda yang dibincangkan adalah Penubuhan Lajnah yang dianggotai oleh AJK-AJK yang dilantik, Perlantikan Imam dan Bilal tambahan, Perancangan Kerja 2010 dan Hal-Hal Lain.

Kehadiran AJK adalah 90% dan mesyuarat telah berlangsung tepat jam 9 malam seperti yang ditetapkan. Sedikit perubahan bagi jawatan Bilal dimana Mej(B) Tn Hj Mat Tahayat b Nadikom telah menyuarakan untuk menarik diri dari memegang jawatan Bilal kerana masalah peribadi dan diterima sebulat suara oleh AJK.
Tempat beliau diambilalih oleh Tn Hj Noor Kamal Azlin b Abu Kassim dan dipersetujui sebulat suara oleh AJK. Perkara ini akan dibawa ke pengetahuan MAIS seperti yang dikehendaki dalam Borang Pencalonan Mesyuarat Agong terdahulu.

Di antara lajnah yang dibentuk adalah Lajnah Pengurusan, Lajnah Kebajikan, Lajnah Pendidikan dan Dakwah, Lajnah Amal Ma'aruf dan Nahi Mungkar, Lajnah Muslimat dan Lajnah Pemuda. Perlantikan ketua dan ahli setiap lanjah telah diminitkan.

Antara gambar-gambar yang sempat diambil dalam mesyuarat tersebut:

Tn Pengerusi sedang mempengerusikan Mesyuarat AJK


Antara AJK yang hadir termasuk 2 AJK muslimah


Barisan AJK yang tekun mendengar penerangan dari Tn Pengerusi


Yang paling tekun ..... hingga lupa bawa pen...

Saturday, May 1, 2010

Mesyuarat AJK kali pertama

Mesyuarat AJK SUrau At-Tarbiyyah akan diadakan pada 4hb Mei 2010, selepas solat Isyak bertempat di Dewan Solat, Surau At-Tarbiyyah. Semua AJK diminta dapat meluangkan masa bersama-sama menghadiri mesyuarat AJK kali pertama tahun 2010.

Sunday, April 11, 2010

Mesyuarat Tahunan Kali Ke-8 Dan Pencalonan AJK Sesi 2010 - 2013

Alhamdulillah, hari ini 11hb April 2010 bersamaan 26 Rabiulakhir 1431H, Mesyuarat Tahunan Kali Ke-8 dan Pencalonan AJK Sesi 2010 - 2013 telah selamat diadakan di Dewan Solat Surau At-Tarbiyyah, Taman Bukit Indah, Ampang.
Pendaftaran bermula seawal jam 9:00 pagi, dimana para ahli qariah dimestikan mendaftarkan diri dan dapatkan nombor ahli sebagai tiket layak mengundi. Nombor ahli adalah berdasarkan susunan abjad yang disediakan dan nombor tersebut tidaklah kekal.

Ahli qariah dihidangkan sarapan pagi oleh pihak surau antaranya Nasi Lemak Pak Leh dan karipap serta minuman.


Mesyuarat bermula tepat jam 9:30 pagi dipengerusikan oleh Tn Hj Riduan. Sebagai pembukaan majlis, doa telah dibacakan oleh Imam 1, Lt Kol Tn Hj Amran Haron dan disusuli ucapan alu-aluan pembuka majlis oleh Tn Pengerusi Surau At-Tarbiyyah Ir Tn Hj Syed Salim Syed Abu Bakar.

Pembentangan Laporan Tahunan Jawatankuasa Surau bermula dengan didahului oleh Setiusaha Surau At-Tarbiyyah Tn Hj Zakaria Mamat. Pembentangan Kewangan pula dibentangkan dengan jelas dan panjang lebar oleh Bendahari Sdr Hamzah Mohamad. Tahniah kepada Setiausaha dan Bendahari atas laporan yang lengkap.

Y.Bhg Dato' Muhammad Nazir telah dilantik sebagai Pengerusi Pencalonan bagi melantik AJK baru bagi sesi 2010 - 2013. Jawatan Pengerusi, Imam, Bilal dan Bendahari adalah dikekalkan sebulat suara. Bagi jawatan Setiausaha ahli sebulat suara bersetuju dipegang oleh Sdr M Fuad Md Nor. Bagi jawatan Pemeriksa Kira-Kira pula jawatan disandang oleh Y.Bhg Dato' Muhammad Nazir dan Sdr Aziz Atan.
Wakil Pemuda disandang oleh Sdr Mohd Zaini Shahril b Salleh atau lebih dikenali sebagai Along manakala wakil wanita disandang oleh Sdr Ustazah Hjh Asiah Husin. AJK pula terdiri daripada Hj Muhammad Fadzil b Bidin, Hj Mohd Rasali b Abd Rahman, Shaharudin b Abdullah, Hj Hairuddin b Jamin, Hj Noor Kamal Azlin b Abu Kassim, Hj Ab Rahim b Abu Hasan, Abu Hanifah b Lan dan Pn Latifah bt Abu Bakar.

Beberapa usul dan cadangan telah dibangkitkan. Mesyuarat telah ditangguhkan tepat jam 12.00 tengahari.
Semoga Allah memberkati majlis kita dan sentiasa dibawah lindunganNya. AMIN.

Antara gambar yang sempat dirakam:

Y.Bhg Dato' Muhammad Nazir sedang menunggu mesyuarat bermula.

Sebahagian muslimah yang hadir untuk mengambil bahagian dalam mesyuarat kali ke-8


Kaum muslimim sedang membaca buku laporan tahunan, kot-kot ada kemusykilan.


Mendengar dengar tekun apa yang diperkatakan dalam mesyuarat.

Sebahagian AJK baru yang dilantik. Isyhhh... Macam team bola je nih... Ada gaya!!!!


Yang ni tak lain tak bukan, hero kita dimana jua berada... Hasan Fathy dan Haziq..sedang melunaskan nasi lemak Pak Leh

Tuesday, April 6, 2010

Ragam Atuk Hari Ini -Cucumu Cucuku Jua

Bak kata pepatah, sayang isteri tinggal-tinggalkan, sayang anak tangan-tangankan, sayang cucu bawak-bawaklah berjalan. Mari kita lihat ragam 3 atuk kita ni... kehulu-kehilir dengan cucu masing-masing.... seronok sungguh.... masa ni cucu kencing pun wangi.... hahahaaa!!!

Pak Ya bersama cucu kesayangan, 8 tahun Pak Ya tunggu cucu ni, mau idoknya... nyamuk pun tak boleh gigit ooiiii.... cute-mute lagi... Tahniah Pak Ya.. bila nak buat kenduri lagi.. hahaha..


Pak Leh, bersama cucu kesayangan.. baju pun dah berpakat nak pakai ...merah yobbb!!!! Jangan lupa train cucu main volleyball Pak Leh.. asyik kurang player je... Along dah pencen.. lutut jemlah, kaki lengohlah.. ambik je STAR punya rel tu... tampal kat lutut... Along, ayah kata dia nak cucu pompuan pulak... cepatttttttttt!!!!
Aikkkkkk!! Ni macamana nih... rasa-rasa tak pernah kenduri besar-besaran kat rumah Pengerusi kita, Tn Syed Salim... isyhh.. dah beranganlah tu... atau ahem!..ahem!..ahem!... boleh..boleh..no problem!!!
Lepas ni Tn Hj Fadzil lah pulak ya!!!! Tuan-tuan sabarlah menunggu untuk kambing berikutnya.. hahahaa... terbatuk pulak Hj Fadzil.... Selamat bercucu bagi semua yang sudah dan bakal bergelar atuk.


Monday, April 5, 2010

Majlis Aqiqah - Haritz dan Hayyan

Amin..Ya Robbal'alamin. Syukur kita kepada Allah s.n.w dengan limpah dan rahmatNya, Majlis Aqiqah dan Tahlil telah selamat diadakan di rumah Sdr Amir di No:18, Jalan Bkt Indah 3/5, Tmn Bkt Indah pada hari Ahad 4hb Apr 2010 tepat jam 11:30 pagi dan berjalan seperti yang dirancang.

Majlis ini adalah majlis aqiqah bagi anakanda Sdr Amir iaitu Muhammad Haritz dan Muhammad Hayyan.
Majlis dimulakan dengan bacaan berzanji/marhaban yang diketuai oleh Tn Hj Salleh, Tn Hj Din, Tn Hj Hussin, Yn Hj Suhaimi dan Tn Hj Zakaria diikuti tahlil ringkas oleh Tn Hj Suhaimi, Imam Masjid Bukit Indah.

Tn Hj Suhaimi sedang mengalunkan bacaan marhaban dengan penuh syahdu, sambil diteliti oleh rakan-rakan yang lain.

Amir memangku anak bongsunya untuk majlis cukur jambul sambil dikelilingi ahli qariah sambil berselawat ke atas Rasulullah s.a.w.
Giliran Tn Hj Mohd Redza mencukur jambul.
Sdr Amir tak tahan gelak melihat karenah anakandanya yang tak mahu jambulnya dipotong...


Kelihatan Tn Hj Rahim membaca serapah bagi menenangkan anakanda, betul ke tu Tn Hj Rahim.

******************************************************************************


Sdr Amir melayan para tetamu ahli qariah sementara menunggu ketibaan imam bagi memulakan majlis.

Sekali-sekala lepak sebegini bagus juga.. Cendol pun ada menunggu tu ... kambing lagi...Umpphhh

Tn Hj Salleh berbual mesra dengan ahli qariah

Lepak... jangan tak lepak

Sdr Amir mengangkat rehal untuk kegunaan Imam bagi memulakan majlis berzanji

Tn Hj Razi bersama rakan kongsi Sdr Hasan. Rumah Sdr Amir ni nampak cantik, luas dan memikat. Siapa lagi orang yang bertanggungjawab sebagai Pereka Hias Dalaman kalau tak Tn Hj Razi sendiri...

Apa yang menggelikan hati tu Tn Hj Bahadum???

Majlis diakhiri dengan jamuan makan tengahari... Apa lagi, kambinglah yob!!!! Cendol ada, kuih apam pun ada, nasi minyak, nasi putih... kira kenyanglah yob!!! Semoga Allah memberkati majlis Aqiqah dan Tahlil yang diadakan ini. AMIN.
Catering disediakan oleh : OLEANDER CATERING
Khemah oleh : OLEANDER CATERING