---- B e r i t a ~~~ S e m a s a ---

Orang yang tak solat akan banyak masalah, tidak tenang, cepat marah, susah nak terima kenyataan dan selalu nampak salah orang lain.

Tuesday, March 6, 2012

Kerja Ubahsuai selesai

Alhamdulillah. Kerja-kerja naik taraf surau telah pun selesai. Semoga ahli qariah dapat menafaatnya dan terus mengimarahkan surau kita. Dilampirkan bersama ini beberapa gambar yang sempat dirakam ketika dan selepas ubahsuai.









Thursday, February 16, 2012

Rumah Rasulullah SAW

"Diriwayatkan dari Anas ra dia berkata, “saya masuk ke rumah Rasulullah SAW, waktu itu baginda sedang tiduran di ranjang dengan mengenakan selimut. Di atas kepalanya bantal yang terbuat dari kulit yang diisi serabut. Lalu, seorang sahabat masuk ke kamarnya yang diikuti oleh Umar. Rasulullah SAW membalikkan badannya sehingga Umar melihat baju Rasulullah SAW tersingkap antara punggung dan seprei , lantas ia melihat ada bekas-bekas pada punggung Rasulullah SAW. Umar menangis.

Lalu, Rasulullah SAW bertanya kepadanya, “apakah yang membuat kamu menangis?”

Umar menjawab , “demi Allah, saya menangis setelah mengetahui bahawa engkau lebih mulia dari raja-raja dan kaisar. Mereka hidup sesuai dengan kemahuan di dunia (mewah dan kaya). Sementara engkau adalah Rasulullah(utusan Allah). Seperti yang saya lihat, engkau tidur di tempat seperti ini (sangat sederhana).”

Rasulullah SAW lalu bertanya, “bukankah kamu suka kalau mereka mendapat kesenangan dunia sementara kita mendapat kesenangan akhirat?”.

Umar menjawab, “ tentu, wahai Rasul.”. Kemudian Rasulullah SAW berkata lagi, “ Memang demikianlah adanya.” -(HADIS RIWAYAT AHMAD)-

Nabi kita adalah kekasih ALLAH, namun tak pernah punya rumah besar, apa yang ada cuma sebuah rumah yang terbahagi kepada ruang solat, ruang tamu, kamar Saidatina Fatimah Az-Zahra iaitu puteri bongsu baginda dan kamar Rasulullah sendiri.

Sementara rumah itu pula hanya beratap pelepah daun kurma bagi menghalang cahaya matahari daripada menembusi ruang dalam rumah. itu lah gambaran Rasulullah SAW yang dapat "tukanglawan" cari.

Dibawah ini adalah gambar replika binaan semula rumah berkenaan untuk renungan kita.

Diriwayatkan dari Aisyah ra, dia berkata, “Rasulullah SAW menghamparkan sebahagian tikar diwaktu malam dan baginda solat di atasnya. Baginda pun menghamparkan tikar itu disiang hari untuk tempat orang-orang duduk” -(HADIS RIWAYAT AL-BUKHARI DAN AL-BAIHAQI)-

Dibawah ini pula kesan-kesan runtuhan rumah Baginda


Di atas ini gambar sisa runtuhan rumah Nabi Saw & Sayyidah Khadijah as yang dilihat lebih dekat.
.


Gambar di atas ini adalah runtuhan pintu masuk ke kamar Rasul Saw di rumah Sayyidah Khadijah as

.

Di atas ini adalah Gambar runtuhan tempat Sayyidah Fatimah as, puteri kesayangan Rasulullah Saw dilahirkan.
.


Gambar di atas adalah sisa runtuhan kamar Rasul Saw dan Sayyidah Khadijah as.
.


Di atas ini adalah gambar runtuhan mihrab tempat Rasulullah saw bersolat.

Jikalau nak dibandingkan dengan rumah umat2nya sekarang…jauh berbeza sangat, dan kadang-kala rumah yang dibina itu bukan sekadar tempat berteduh, mungkin tidak salah miliki rumah besar yang selesa untuk keluarga, rumah yang besar dijadikan aras tanda kedudukan, lebih malang lagi ia jadi tanda bermegah-megah.

Moga kita hidup dalam kesederhanaa, miliki rumah besar itu tak salah, tapi biar berpada-pada, kerana masih ada insan yang duduk dibawah jambatan, apakah anda pernah terfikir untuk membantu mereka

Artikel ini disiarkan dari ehsan siasahkini.blogspot dan tranungkite.net
Terima kasih kepada penulis asal artikel ini yang menafaatkan seluruh umat Muhammad SAW.

Friday, February 10, 2012

Mesyuarat Pengurusan AJK 2/2012

Assalamualaikum w.b.t

Satu mesyuarat Pengurusan AJK Surau At-Tarbiyyah akan diadakan pada hari Isnin, 13hb Feb 2012 bertempat di Bilik Mesyuarat Surau jam 08:00 malam. Semua AJK diminta hadir. Antara agenda yang akan dibincangkan ialah:

  1. Mengesahkan Minit Mesyuarat 1/2012
  2. Perkara berbangkit
  3. Laporan Kewangan 2011
  4. Laporan Tahunan 2011
  5. Penyusunan semula lajnah
  6. Perancangan Tahunan 2012
  7. Lain-lain hal

Thursday, January 19, 2012

Surau sedang dalam proses pembaikan

Assalamualaikum w.b.t
Bagi memberi keselesaan sebaik mungkin kepada para jemaah, pihak pengurusan Surau At-Tarbiyyah telah meluluskan projek membaiki tandas dan bilik air muslimin dan muslimat, merobohkan kolah dan tempat wuduk sediada, serta menjadikan kawasan tersebut sebagai laluan khas kepada muslimah sahaja.

Kawasan tersebut boleh dijadikan ruang solat dibulan Ramadhan jika keadaan memerlukan. Marmar atau "tiles" akan ditukar ganti dengan yang baru bagi memberi keselesaan dan imej baru surau kita.

Pihak pengurusan memohon maaf diatas kesulitan yang dihadapi oleh para jemaah bagi tempoh 3 minggu ini, lebih-lebih lagi pada malam Jumaat yang kebiasaannya diadakan majlis tahlil dan bacaan yassin.

Insyallah, selepas ini surau kita akan berimej baru dan berharap memberi keselesaan kepada para jemaah. Harap maklum.

Kelas Bimbingan Al-Quran


Assalamualaikum w.b.t.
Pihak pengurusan Surau At-Tarbiyyah mengalu-alukan pendaftaran baru bagi Kelas Bimbingan Al-Quran bagi anak-anak berumur dari 7 - 17 tahun yang akan bermula bulan Febuari'2012 nanti dengan kekerapan 3 hari seminggu.

Kelas bimbingan ini akan dibimbing oleh Ust Shahrolnizam dengan dikenakan yuran sebanyak RM30 sebulan. Pembelajaran Al-Quran ini amatlah penting dan menjadi wajib bagi kita sebagai seorang Islam, apatah lagi anak-anak yang diibaratkan kain putih yang bersih, bergantunglah kepada kita sebagai ibubapa mencorakkan rupa dan gayanya kain putih tersebut.

Gunalah sebaik mungkin peluang yang terhidang ini, semoga anak-anak kita dapat mendalami ilmu asas bacaan Al-Quran dengan betul. Kepada yang berminat bolehlah menghubungi Tn Hj Hamzah ditalian 019-240 2611 atau Sdra Fuad ditalian 019-275 6040.

Wednesday, January 18, 2012

Selamat Pengantin Baru Izzul & Aimi

Alhamdulillah.... Dengan rasa syukur yang tidak terhingga, dengan perancangan Allah yang Maha Agong, kedua-dua mempelai telah selamat disatukan. Izzul Ifwat bin Shahruddin dan Aimi binti Yahya telah selamat disatukan akhir tahun 2011 yang lalu dan telah diraikan dalam Majlis Perkahwinan dari pihak lelaki Sdra Shahruddin bin Hj Abdullah dan Pn Rohaya bt Abd Aziz pada hari Sabtu 7hb Jan 2012 yang lalu.

Kedua mempelai telah diraikan di Tiara Intan Condominium, Tmn Bukit Indah, Ampang yang dihadiri oleh sanak saudara kedua mempelai dan sahabat handai. Berlangsung pada sebelah malamnya yang dingin membolehkan para tetamu menikmati hidangan dan meraikan pengantin dengan lebih selesa.

Antara gambar-gambar yang sempat kami muatkan:


Kami memohon maaf atas kelewatan mengemaskini berita ini.

Sunday, January 1, 2012

Selamat Menyambut Tahun Baru 2012

Assalamualaikum w.b.t. Kita telah pun masuk hari pertama Tahun Baru 2012. Semoga dengan azam yang baru, kita memperbaharui keimanan kita agar lebih teguh dan bertaqwa, menurut segala perintahNya dan menghindari dari segala laranganNya.

Allah tidak akan mengubah nasib seseorang itu melainkan orang itu sendiri yang mengubahnya. Selamat Tahun Baru 2012.

Friday, November 18, 2011

Sekitar Hari Raya Qurban 1432H

Kami memohon maaf atas kelewatan muat turun gambar-gambar di Hari Raya Qurban baru-baru ni.... 2 ekor lembu telah ditumbangkan, manakala peserta selebihnya telah menyertai qurban di Kemboja melalu Al-Ameen Serve Holding Sdn Bhd.

Saturday, November 12, 2011

Majlis Aqiqah Cucu Tn Hj Rahman

Alhamdulillah, Majlis Aqiqah cucu kepada Tn Hj Abd Rahman, telah selamat dijalankan pagi tadi jam 11:15pagi walaupun hujan turun sejak awal pagi. Majlis diadakan dikediaman Tn Hj Abd Rahman, di TTDI, Valley, Tmn Bukit Indah, Ampang.

Diantara gambar-gambar yang sempat dirakam dimajlis tersebut:


Saturday, November 5, 2011

Selamat Idul-Adha

Assalamualaikum w.b.t.
Pihak Pengurusan mengucapkan Selamat Hari Raya Idul-Adha yang jatuhnya pada 6hb Nov 2011 kepada semua ahli qariah. Insyallah, 2 ekor lembu akan ditumbangkan selepas solat sunat Idul-Adha esok pagi.

Allahuakbar! Allahuakbar! Allahuakbar!

Saturday, October 22, 2011

Qurban 1432H

Assalamualaikum wbt.
Hari Raya Idil Adha hampir tiba, penerbangan haji ke Tanah Suci sudah sampai ke penghujungnya. Seperti biasa, bahagian Qurban telah habis ditempah. Pihak pengurusan surau hanya memperuntukkan sebanyak 2 ekor lembu iaitu 14 bahagian kesemuanya.

Kesemua bahagian telah habis sebelum notis dinaikkan lagi. Alhamdulillah. Namun begitu penyertaan masih dibuka kepada ahli qariah yang ingin membuat qurban tetapi penyertaan tersebut tidaklah dibuat di Surau At-Tarbiyyah, tetapi akan dikendalikan oleh Al-Ameen Serve Holding Berhad.

Qurban ini akan dijalankan di Kemboja dimana begitu ramai rakyatnya yang miskin dimana daging lembu ini hanya dapat dijamah setahun sekali sahaja, tidak seperti negara kita, setiap ceruk rantau boleh diperolehi daging lembu, kerbau, arnab, rusa dan sebagainya.

Adalah lebih afdhal jika qurban ini dibuat di Kemboja memandangkan masyarakat disana lebih memerlukan. Oleh itu pihak pengurusan surau masih membuka penyertaan kepada ahli qariah yang berminat iaitu sebanyak RM250 sebahagian.

Ahli qariah bolehlah menghubungi Sdra Setiausaha ditalian 019-2756040 untuk urusan kewangan dan pendaftaran. Al-Ameen akan mengeluarkan Sijil Penyertaan selepas acara Qurban selesai. Pihak surau tidak mengambil sebarang keuntungan atau mengenakan apa-apa bayaran perkhidmatan untuk penyertaan ini.

AllahuAkbar!! AllahuAkbar!! AllahuAkbar!!!

Tuesday, October 4, 2011

Selamat Menjalani Peperiksaan PMR

Pihak Pengurusan Surau At-Tarbiyyah mengucapkan Selamat Menjalani Peperiksaan PMR kepada anak-anak qariah yang berada di Tingkatan 3. Setelah berusaha dan berdoa, maka tibalah hari yang dinanti-nanti.

Jawablah dengan tenang, habiskan semua soalan dan pastikan ulang lihat jawapan yang diberi, jangan sekali-kali keluar awal dari bilik peperiksaan, gunakalah masa sebaik mungkin, peluang hanya datang sekali tidak dua, tidak tiga. Gunalah peluang terhidang dengan baik.

Insyallah.