---- B e r i t a ~~~ S e m a s a ---

Orang yang tak solat akan banyak masalah, tidak tenang, cepat marah, susah nak terima kenyataan dan selalu nampak salah orang lain.

Wednesday, August 16, 2023

Wednesday, August 9, 2023

Ampunilah Dosaku

 Cara Untuk Menyucikan Diri Dari Dosa

Imam al-Nawawi dalam Riyadh al-Salihin menyatakan: “Para ulama berkata, bertaubat dari setiap dosa hukumnya adalah wajib. Jika dosa itu antara hamba dengan Allah SWT, yang tidak ada sangkut pautnya dengan hak manusia, maka syaratnya ada tiga:

•  Menjauhi dan meninggalkan maksiat

•  Menyesal kerana telah melakukan maksiat tersebut.

•  Berazam dan bertekad untuk tidak mengulangi perbuatan maksiat itu selama-lamanya.

Jika salah satu syarat tidak dipenuhi, maka taubatnya tidak sah.

Namun, sekiranya maksiat itu berkaitan dengan hak manusia yang lain, maka syaratnya ada empat. Iaitu ketiga-tiga syarat di atas (dan ditambah satu syarat lagi, iaitu):

•  Hendaklah dia meminta dibebaskan daripada hak orang yang dizaliminya. Jika berbentuk harta maka dia harus mengembalikannya kepada tuannya. Jika dalam bentuk umpatan, tuduhan atau seumpamanya, maka hendaklah dia meminta maaf kepadanya.
(Lihat Riyadh al-Salihin, hlm. 41-42)

Diriwayatkan oleh Saidina Abu Bakr Al-Siddiq RA beliau berkata: Aku mendengar Rasulullah ﷺ bersabda:
"Tidak ada seorang hamba yang melakukan satu dosa, lalu dia memperelokkan dalam bersuci dan dia kemudiannya bangun lalu mengerjakan solat dua rakaat dan memohon keampunan kepada Allah melainkan Allah akan mengampunkan dosanya."
Kemudian dia membaca ayat ini:

‏ وَالَّذِينَ إِذَا فَعَلُوا فَاحِشَةً أَوْ ظَلَمُوا أَنْفُسَهُمْ ذَكَرُوا اللَّهَ

Dan mereka yang apabila melakukan satu dosa atau menzalimi diri mereka kemudian mereka mengingati Allah.(Q2:135)

[HR Abu Dawud No: 1521]

Berdasarkan hadis di atas, baginda Nabi ﷺ memberikan suatu cara untuk seseorang yang telah melakukan dosa itu membersihkan diri mereka dari perbuatan tersebut. Iaitu dengan cara mengambil wuduk dengan sempurna, kemudian menunaikan solat dua rakaat dan dituruti dengan istighfar kepada Allah SWT.

Moga kita sentiasa memohon keampunan dan bertaubat daripada dosa dan maksiat.

*Kredit: Nutrisi Hati Quran Daily Al-Muttaqin
~~~
Sesungguhnya, bagi tiap-tiap suatu yang kotor itu ada pencuci khas masing-masing. Justru, ada syampu pencuci rambut, ubat gigi, sabun mandi, sabun cuci pakaian dan sebagainya.
Seterusnya, bagi hati manusia yang kotor juga ada pencucinya, iaitu taubat dan istighfar.

#Taubat bermaksud kembali daripada mengingkari perintah Allah SWT kepada mematuhi perintah-Nya.

# Taubat merupakan penyebab untuk memperoleh kecintaan Allah SWT. Firman Allah:  Al-Baqarah 2:222)

#Taubat merupakan penyebab untuk dimasukkan ke dalam syurga dan diselamatkan daripada neraka. (QS 19:59-60)

# Taubat merupakan penyebab untuk memperoleh keampunan Allah SWT dan rahmat-Nya.

# Taubat adalah penyebab untuk memperoleh doa daripada Malaikat.
(QS 40:7)

‎أَشْهَدُ أَنْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ، وَأَسْتَغْفِرُ اللهَ أَسْأَلُكَ الجَنَّةَ، وَأَعُوْذُ بِكَ مِنَ النَّارِ

“Aku bersaksi bahwa tidak ada sesembahan yang berhak disembah selain Allah dan aku memohon keampunan pada Allah, aku meminta syurga dan meminta perlindungan dari neraka.”

‎اللَّهُمَّ إِنَّكَ عُفُوٌّ تُحِبُّ الْعَفْوَ فَاعْفُ عَنِّي

"Ya Allah, sesungguhnya Engkau adalah Dzat yang Maha Pemaaf. Engkau suka memaafkan, maka maafkanlah aku."

Wednesday, May 24, 2023

Bahagiakan orang tua mu



Bahagiakan Orang Tuamu

🌿Turutilah perintah orang tuamu.

‘Atha’ pernah ditanya oleh seseorang yang ibunya meminta kepadanya untuk solat wajib dan puasa Ramadhan sahaja (tidak ada amalan sunnah), apakah perlu dituruti. ‘Atha’ mengatakan, “Ya tetap dituruti perintahnya tersebut.”
(Al-Birr li Ibnil Jauzi, hlm. 67. Dinukil dari Kitab Min Akhbar As-Salaf Ash-Shalih, hlm. 398)

Usamah bin Zaid, seorang sahabat yang dirinya dan orang tuanya disayangi oleh Rasulullah ﷺ menyatakan bahawa dia memiliki seribu pohon kurma. Dia memang sentiasa mempercantik atau merapikannya. Lalu ada yang berkata pada Usamah, kenapa boleh sampai lakukan seperti itu. Usamah menjawab bahawa ibunya sangat suka jika melihat keadaan kebun kurma itu indah, maka dia melakukannya. Apa sahaja hal dunia yang diminta oleh ibunya, dia pasti memenuhinya.  
(Al-Birr li Ibnil Jauzi, hlm. 225. Dinukil dari Kitab Min Akhbar As-Salaf Ash-Shalih, hlm. 396)

 🌿Jangan disakiti hati orang tuamu.

Imam Nawawi RH menerangkan bahwa ‘uququl walidain(durhaka kepada orang tua) adalah segala bentuk menyakiti keduanya. Taat kepada orang tua itu wajib dalam segala hal selain pada perkara   maksiat. Menyelisihi perintah keduanya juga termasuk durhaka.
(Syarh Shahih Muslim, 2:77.)

 ’Abdullah bin ’Umar RA berkata,

إِبْكَاءُ الوَالِدَيْنِ مِنَ العُقُوْقِ

“Membuat orang tua menangis termasuk bentuk durhaka pada orang tua.”
(Birr Al-Walidain, hlm. 8, Ibnul Jauziy)

🌿 Berakhlak mulialah di hadapan keduanya.

‘Abdullah bin ‘Amr bin Al-‘Ash RH berkata,

“Ada seseorang yang mendatangi Nabi ﷺ, dia ingin meminta izin untuk berjihad. Nabi ﷺ lantas bertanya, ‘Apakah kedua orang tuamu masih hidup?’ Dia jawab, ‘Ya masih hidup.’ Nabi ﷺ pun bersabda, ‘Berjihadlah dengan berbakti kepada keduanya.’”
(HR. Muslim, no. 2549)

*Kredit: Nutrisi Hati Quran Daily Al-Muttaqin
~~~    

‎أَشْهَدُ أَنْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ، وَأَسْتَغْفِرُ اللهَ أَسْأَلُكَ الجَنَّةَ، وَأَعُوْذُ بِكَ مِنَ النَّارِ

“Aku bersaksi bahwa tidak ada sesembahan yang berhak disembah selain Allah dan aku memohon keampunan pada Allah, aku meminta syurga dan meminta perlindungan dari neraka.”

‎اللَّهُمَّ إِنَّكَ عُفُوٌّ تُحِبُّ الْعَفْوَ فَاعْفُ عَنِّي

"Ya Allah, sesungguhnya Engkau adalah Dzat yang Maha Pemaaf. Engkau suka memaafkan, maka maafkanlah aku."

”Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik pada ibu bapamu dengan sebaik-baiknya…”
(QS al-Israa’ 17:23)
~~~

‎ربنا اٰتنا فى الدنياحسنة وفي الاخرة حسنة وقنا عذاب النار. وصل الله على سيدنا محمد وعلى اله وصحبه اجمعين. والحمد لله رب العالمين.

Tuesday, April 25, 2023

Solat sunat Idilfitri 1 Syawal 1444H tanggal 22hb April 2023 (Sabtu)

 Solat sunat Idilfitri telah diadakan di Surau At-Tarbiyyah dipimpin oleh Imam Tn Hj Razi dan khutbah dibacakan oleh Tn Hj Ir Syed Salim. Hari kemenangan bagi semua umat islam.


































Monday, April 17, 2023

Majlis Khatam Quran 1444H

 Majlis Khatam Quran SAT berjalan dengan lancar dan meriah sekali. Masing-masing begitu teruja dengan cenderahati yang disediakan. Cenderahati telah disampaikan oleh Dato Seri Mohammad Nazir Meraslam dan Tn Hj And Rahman.