---- B e r i t a ~~~ S e m a s a ---

Solatlah diawal waktu, perkara yang disukai Allah. Amalkan solat witir, kerana Allah menyukai witir(tidak berpasangan/ganjil). Banyakkan selawat keatas junjungan Nabi Muhammad SAW.

Wednesday, April 5, 2023

Puasa, sedekah dan Qiamullai

 
عَنْ مُعَاذٍ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ سَأُنَبِّئُكَ بِأَبْوَابٍ مِنْ الْخَيْرِ الصَّوْمُ جُنَّةٌ وَالصَّدَقَةُ تُطْفِئُ الْخَطِيئَةَ كَمَا يُطْفِئُ الْمَاءُ النَّارَ وَقِيَامُ الْعَبْدِ مِنْ اللَّيْلِ

Daripada Mu'adz bin Jabal bahawa Nabi SAW bersabda; "Aku akan memberitahu kepadamu pintu-pintu kebaikan iaitu; puasa adalah perisai, sedekah meleburkan dosa seperti air memadamkan api, dan seorang hamba yang qiamullail (bangun beribadat) di malam hari."
(HR Ahmad No: 21116)
Status: Isnad Hasan

Pengajaran:

1. Pelbagai pintu kebaikan dianugerahkan kepada orang mukmin khususnya di bulan Ramadan antaranya ibadat puasa, sedekah dan Qiamullail.

2. Ibadah puasa adalah perisai seorang mukmin daripada melakukan perkara-perkara yang dilarang oleh Allah.

3. Ibadah sedekah pula adalah pintu kebaikan seorang  mukmin yang boleh menjadi penghapus daripada dosa. Hadis Nabi SAW:

اِتَّقُوا النَّارَوَلَوبِشِقِّ تَمْرَةٍ

Hindarilah neraka meskipun dengan sebelah biji kurma.  
(HR Bukhari  no 5564)
Status: Hadis Sahih

4. Menghidupkan malam (Qiamullail) dengan melakukan solat sunat, tilawah al-Quran, berzikir, memohon ampun dan berdoa merupakan pintu kebaikan seorang Mukmin untuk membina kekuatan rohani. Daripada Abu Hurairah RA, sabda Rasulullah SAW:

يَنْزِلُ رَبُّنَا تَبَارَكَ وَتَعَالَى كُلَّ لَيْلَةٍ إِلَى السَّمَاءِ الدُّنْيَا حِينَ يَبْقَى ثُلُثُ اللَّيْلِ الآخِرُ يَقُولُ: مَنْ يَدْعُونِي فَأَسْتَجِيبَ لَهُ مَنْ يَسْأَلُنِي فَأُعْطِيَهُ مَنْ يَسْتَغْفِرُنِي فَأَغْفِرَ لَهُ

“Tuhan yang Maha Berkat dan Maha Tinggi turun setiap malam ke langit dunia sewaktu masa berbaki sepertiga malam terakhir dan berfirman: Barangsiapa yang berdoa kepada-Ku, nescaya Aku perkenankan baginya. Barangsiapa yang meminta kepada-Ku nescaya aku akan memberikan (apa yang dipinta) kepadanya. Barangsiapa yang meminta pengampunan daripada-Ku, nescaya Aku akan mengampuninya”.
(HR Bukhari  No:1145).

Ambillah kesempatan Ramadhan ini untuk merebut pintu-pintu kebaikan dengan berpuasa, bersedekah dan qiamullail. Semoga semua ibadah ini menjadi pembina perisai diri, menghapuskan dosa dan menguatkan rohani.

*Kredit: kapsul_tazkirah
~~~

‎"أَشْهَدُ أَنْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ، وَأَسْتَغْفِرُ اللهَ أَسْأَلُكَ الجَنَّةَ، وَأَعُوْذُ بِكَ مِنَ النَّارِ

“Aku bersaksi bahwa tidak ada sembahan yang berhak disembah selain Allah dan aku memohon keampunan pada Allah, aku meminta syurga dan meminta perlindungan dari neraka.”

‎اللَّهُمَّ إِنَّكَ عُفُوٌّ تُحِبُّ الْعَفْوَ فَاعْفُ عَنِّي

"Ya Allah, sesungguhnya Engkau adalah Dzat yang Maha Pemaaf. Engkau suka memaafkan, maka maafkanlah aku."

‎ربنا اٰتنا فى الدنياحسنة وفي الاخرة حسنة وقنا عذاب النار. وصل الله على سيدنا محمد وعلى اله وصحبه اجمعين. والحمد لله رب العالمين.

No comments:

Post a Comment