---- B e r i t a ~~~ S e m a s a ---
Monday, March 18, 2024
Kisah tragis Rasulullah SAW
Saturday, March 9, 2024
Gotong Royong SAT Sabtu 9 Mac 2024
Antara gambar-gambar jemaah sedang bergotong royong yang sempat dirakamkan, semoga Allah memberikan kita kekuatan ukhwah dan mengeratkan silatulrahim sesama jemaah. Pihak pengurusan mengucapkan berbanyak terima kasih kepada jemaah yang melapangkan masa bergotong royong.
Tuesday, March 5, 2024
Gotong Royong Sempena Persiapan Ramadhan
Sempena Bulan Ramadan Al-Mubarak 2024, seperti biasa,SAT akan mengadakan Majlis Gotong Royong pada 09hb.dan 10hb Mac 2024(Hari Sabtu Dan Ahad) bermula Jam 9.00 pagi.Makanan Dan minuman pagi disediakan.Sila bawa peralatan yang bersesuaian seperti kain pengelap,sarung tangan dan lain-lain .Semoga tidak diuzurkan menghadiri program ini.Terima kasih.
Kelas FIQH Ustaz Masran
Sebahagian daripada jemaah yang berkelapangan hadir Kelas Fiqh Solat oleh Ustaz Masran pada pagi Sabtu.
Thursday, February 22, 2024
اللهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِي رَجَبٍ وَشَعْبَانَ، وَبَارِكْ (وَبَلِّغْنَا) لَنَا فِي رَمَضَانَ
Maksudnya: “Ya Allah, Kau berkatilah kepada kami pada bulan Rejab dan Sya’ban dan Kau berkatikanlah (pertemukan kami dengan bulan Ramadhan)”.
2 MANFAAT MENGAKUI DOSA DI HADAPAN ALLAH.
Orang yang mengira dirinya tidak salah dan tidak berdosa, maka itu menjadi awal mula kebinasaannya dan awal mula dari tanda-tanda kesalahannya.
Oleh sebab itu, salah satu rahmat Allah 'Azza wa Jalla bagi hamba-Nya adalah jika dia melakukan dosa, dia mengakui dosanya (di hadapan Allah).
Seseorang yang mengakui dosanya akan mendapat dua manfaat:
✅ Pertama, memperbaiki dosa itu dengan taubat, insaf dan istighfar.
✅ Kedua, menganggap dirinya hina dan tidak mengagung-agungkan dirinya, serta bersikap rendah di hadapan Allah Jalla wa 'Ala.
Sesungguhnya setiap orang pasti mempunyai dosa. Namun, terkadang seseorang yang munafik jika mengetahui dosanya, dia meremehkan dosa itu. Sedangkan orang beriman jika tahu dosanya, dia menganggapnya besar.
👤 Abdullah bin Mas’ud رضي الله عنه berkata:
إِنَّ المُؤْمِنَ يَرَى ذُنُوبَهُ كَأَنَّهُ قَاعِدٌ تَحْتَ جَبَلٍ يَخَافُ أَنْ يَقَعَ عَلَيْهِ، وَإِنَّ الفَاجِرَ يَرَى ذُنُوبَهُ كَذُبَابٍ مَرَّ عَلَى أَنْفِهِ
“Seorang yang beriman melihat dosa-dosanya bagai dia sedang duduk di bawah gunung yang akan runtuh, dia khuatir tertimpa.
Sedangkan orang fajir (ahli maksiat), melihat dosa-dosanya bagaikan lalat yang melewati hidungnya”
(HR. Bukhari 630)
Dosa maksudnya bukan hanya mengerjakan hal haram secara jelas, tapi juga berupa kelalaian terhadap suatu perkara yang baik, dengan meninggalkan perintah atau melanggar larangan.
Friday, January 19, 2024
Tuesday, January 16, 2024
Program Tadarus Pre-Ramadhan 2024/1445H
Sempena 1 Rejab 1445H bersamaan Sabtu 13hb Jan 2024, kita telah mengadakan Program Tadarus Pre-Ramadan dimana terdapat 8 kumpulan telah dibentuk masing-masing mempunyai 6 orang ahli, seorang ketua dan seorang penolong ketua.
Tadarus Pre-Ramadan ini kita mulakan seawal bulan Rejab sehingga akhir Ramadhan bagi memudahkan para jemaah membaca Al-Quran dengan tenang tanpa terburu-buru mengejar khatam 30 juzuk dalam bulan Ramadhan.
Alhamdulillah, sambutan kali ini amat baik dari semua kategori usia dan InsyaAllah program sebegini akan berterusan
Mengikuti tadarus Al-Quran atau membacanya setiap hari akan mendatangkan pahala dan kebaikan. Hadis riwayat Al-Tirmizi pernah menegaskan; “Barangsiapa yang membaca satu huruf saja dari kitabullah, maka seseorang akan mendapatkan kebaikan satu kali. Tetapi, setiap kebaikan akan dibalas dengan sepuluh kalinya.”
Sunday, December 31, 2023
Dosa Besar Menderhaka Kepada Ibu bapa
عَنْ أَنَسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ سُئِلَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَنْ الْكَبَائِرِ قَالَ الْإِشْرَاكُ بِاللَّهِ وَعُقُوقُ الْوَالِدَيْنِ وَقَتْلُ النَّفْسِ وَشَهَادَةُ الزُّورِ
Daripada Anas radliallahu 'anhu berkata; Nabi SAW ditanya tentang dosa-dosa besar. Maka baginda bersabda: "Menyekutukan Allah, derhaka kepada kedua orang tua, membunuh orang dan bersumpah palsu". (HR Bukhari No: 2459) Status: Hadis Sahih
Pengajaran:
1. Dosa besar ialah kesalahan yang dijanjikan azab yang pedih jika pelakunya tidak melakukan taubat nasuhah hingga diampunkan dosanya oleh Allah.
2. Antara dosa besar tersebut:
a. Syirik kepada Allah
b. Derhaka kepada kedua ibu bapa
c. Membunuh
d. Bersumpah dengan sumpah palsu
3. Setiap anak tidak boleh menyakiti kedua ibu bapanya, baik dengan perkataan, tindakan mahupun perbuatan, sama ada secara langsung mahupun tidak langsung.
4. Berbuat baiklah kepada kedua ibubapa. Firman Allah SWT:
وَاخْفِضْ لَهُمَا جَنَاحَ الذُّلِّ مِنَ الرَّحْمَةِ وَقُل رَّبِّ ارْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانِي صَغِيرًا
“Dan hendaklah kamu merendahkan diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu, dan doakanlah (untuk mereka, dengan berkata): “Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil.” al-Isra’:24
Derhaka kepada ibu bapa merupakan dosa besar kedua selepas dosa perbuatan syirik. Semoga kita menjauhi dosa-dosa besar ini.
Satu hari satu ayat
اعوذبالله من الشيطان الرجيم
بِسْمِ اللّٰهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ
قُلۡ اَؤُنَبِّئُكُمۡ بِخَيۡرٍ مِّنۡ ذٰ لِكُمۡؕ لِلَّذِيۡنَ اتَّقَوۡا عِنۡدَ رَبِّهِمۡ جَنّٰتٌ تَجۡرِىۡ مِنۡ تَحۡتِهَا الۡاَنۡهٰرُ خٰلِدِيۡنَ فِيۡهَا وَاَزۡوَاجٌ مُّطَهَّرَةٌ وَّرِضۡوَانٌ مِّنَ اللّٰهِؕ وَاللّٰهُ بَصِيۡرٌۢ بِالۡعِبَادِۚ
15. Katakanlah (wahai Muhammad): "Mahukah supaya aku khabarkan kepada kamu akan yang lebih baik daripada semuanya itu? Iaitu bagi orang-orang yang bertaqwa disediakan di sisi Tuhan mereka beberapa Syurga, yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, mereka kekal di dalamnya. Disediakan juga pasangan-pasangan/ isteri-isteri yang suci bersih, serta (beroleh pula) keredaan dari Allah". …
Monday, December 18, 2023
Surah Al-Hujarat ayat 11dan 12
Allah melarang mencemuh antara satu sama lain samada lelaki atau perempuan dan mengumpat mencari aib sesama lelaki atau perempuan, seumpama memakan bangkai saudaranya sendiri.
Thursday, December 7, 2023
Membaca Istirja dan doa ketika musibah
Membaca Istirja' dan Doa Ketika Musibah
أُمَّ سَلَمَةَ زَوْجَ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ تَقُولُ سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ مَا مِنْ عَبْدٍ تُصِيبُهُ مُصِيبَةٌ فَيَقُولُ إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ اللهُمَّ أْجُرْنِي فِي مُصِيبَتِي وَأَخْلِفْ لِي خَيْرًا مِنْهَا إِلَّا أَجَرَهُ اللهُ فِي مُصِيبَتِهِ وَأَخْلَفَ لَهُ خَيْرًا مِنْهَا
Daripada Ummul Mukminin, Ummu Salamah isteri Nabi SAW bahawa Rasulullah SAW bersabda: Tiada daripada kalangan hamba (Allah) yang ditimpa suatu musibah, kemudian mengucapkan: “Innā lillāhi wa innā ilaihi rājiʿun (Sesungguhnya kami milik Allah dan pastinya kami akan kembali kepada-Nya), Ya Allah! Aku mohon agar kurniakanlah ganjaran pada musibahku ini, dan berikanlah ganti yang lebih baik daripada musibah ini,” melainkan Allah akan memberikan pahala kepadanya kerana musibah itu dan menggantikan yang lebih baik.” (HR Muslim No: 918) Status: Hadis Sahih
Pengajaran:
1. Musibah adalah ujian yang didatangkan oleh Allah kepada kita dalam bentuk kesusahan, kesakitan, dukacita seperti kematian, banjir dan sebagainya.
2. Bersabar terhadap segala musibah yang menimpa adalah tuntutan kepada setiap Muslim.
3. Musibah yang menimpa seorang mukmin mempunyai banyak hikmahnya antaranya bertujuan untuk menghapuskan dosa dan meningkatkan pahala.
4. Muslim yang menerima musibah seperti banjir, kemalangan, kesakitan dan sebagainya, disunatkan agar mengucapkan kalimah istirja dan doa yang diajar oleh Rasulullah SAW:
إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ . اللَّهُمَّ أْجُرْنِي فِي مُصِيبَتِي وَأَخْلِفْ لِي خَيْرًا مِنْهَا
“Sesungguhnya kami milik Allah dan pastinya kami akan kembali kepada-Nya, Ya Allah! Aku mohon agar kurniakanlah ganjaran pada musibahku ini, dan berikanlah ganti yang lebih baik daripada musibah ini”.
5. Orang yang membaca kalimah istirja dan doa diatas apabila menerima musibah akan diberi gantian yang lebih baik antaranya pahala di sisi Allah diatas kesabarannya serta pengampunan dosa.
6. Sebagai Muslim, kita perlu meyakini bahawa setiap yang berlaku terdapat didalamnya hikmah tertentu.
Satu hari satu ayat
اعوذبالله من الشيطان الرجيم
بِسْمِ اللّٰهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ
يٰٓاَيُّهَا الَّذِيۡنَ اٰمَنُوا اسۡتَعِيۡنُوۡا بِالصَّبۡرِ وَالصَّلٰوةِ ؕ اِنَّ اللّٰهَ مَعَ الصّٰبِرِيۡنَ
153. Wahai sekalian orang-orang yang beriman! Mintalah pertolongan (untuk menghadapi susah payah dalam menyempurnakan sesuatu perintah Tuhan) dengan bersabar dan dengan (mengerjakan) sembahyang; kerana sesungguhnya Allah menyertai (menolong) orang-orang yang sabar
(2:153) Al Baqarah (Lembu Betina) : 153
Thursday, November 30, 2023
Mutiara kata Imam Al-Ghazali
Yang singkat itu "WAKTU"
Yang menipu itu "DUNIA"
Yang dekat itu "KEMATIAN"
Yang besar itu "NAFSU"
Yang berat itu "AMANAH"
Yang sulit itu "IKHLAS"
Yang susah itu "SABAR"
Yang mudah itu "MEMBUAT DOSA"
Yang lupa itu "BERSYUKUR"
Yang membakar amal itu "MENGUMPAT"
Yang mendorong ke neraka itu "LIDAH"
Yang berharga itu "IMAN"
Yang ditunggu Allah SWT itu "TAUBAT"












