---- B e r i t a ~~~ S e m a s a ---

Orang yang tak solat akan banyak masalah, tidak tenang, cepat marah, susah nak terima kenyataan dan selalu nampak salah orang lain.

Tuesday, January 12, 2010

PENDAFTARAN ANAK KARIAH SURAU BAGI TAHUN 2010

Anak-anak (ahli-ahli kariah) yang belum membuat pendaftaran sebagai anak kariah surau At-Tarbiyyah diminta untuk mengambil borang di surau atau boleh hubungi Setiausaha Hj. Zakaria bin Mamat.
Untuk keterangan lanjut, sila baca notis dipapan kenyataan surau. Anak-anak kariah yang telah mendaftar pada tahun 2009, tidak perlu mendaftar lagi, kecuali jika ada pertambahan, seperti anak yang telah mencapai umor 18 tahun.
Kerjasama anak kariah untuk berbuat demikian sebelum 21 Januari 2010 adalah dihargai.

Ir Tn Hj Syed Salim Syed Abu Bakar
Pengerusi
Surau At-Tarbiyyah

Thursday, January 7, 2010

Tn Hj Salleh menerima Anugerah 'Datuk'

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi, Allah s.n.w dengan limpah dan nikmatNya, diberikan kesenangan dan rahmat kepada kita semua untuk menikmati kehidupan didunia ini. Semalam salah seorang imam kita, Tn Hj Salleh telah pun menerima anugerah 'Datuk' setelah sekian lama menanti.

Tn Hj Salleh bergelar 'Datuk' setelah anakanda sulungnya yang lebih dikenali sebagai ALONG, telah selamat menimang cahaya mata lelaki seberat 3.27 kg di Hospital Ampang jam 12:43 tghari 6hb Jan 2010.


Semoga kehadiran cucunda, Tn Hj Salleh yang kini bergelar datuk, memberi satu sinar dalam keluarga beliau. Tahniah ATUK!!!!

Ahli qariah dok tanya...kambing bila???

Saturday, January 2, 2010

Selamat Tahun Baru - 2010

Selamat Menyambut Tahun Baru 2010
Selamat Menyambut Tahun Baru kepada semua warga Ampang dan seterusnya Malaysia, semoga tahun ini lebih baik dari tahun-tahun yang lalu dan sentiasa mempunyai azam yang kuat untuk berubah.
Semoga Allah merahmati kita semua dan dibawah lindunganNya.

Monday, December 28, 2009

Selamat Pengantin Baru




Selamat Pengantin Baru kepada Mohd Faiz bin Dato' Hj Mohd Nazir dan pasangannya Filzah yang telah selamat diijabkabulkan pada 19hb Dis lalu di Masjid Wilayah, Kuala Lumpur. Persandingan kedua-dua mempelai telah selamat diadakan di Dewan Perdana Felda, Jalan Semarak pada 26hb Dis lalu.


Sekalung tahniah kepada Y.Bhg Dato' Mohd Nazir Merasalam serta keluarga dengan kehadiran ahli baru.





Sekalung tahniah juga buat Tn Hj Abd Jabbar yang telah melangsungkan perkahwinan anakanda bongsunya Ashraf pada 26hb Dis 2009 yang lalu bertempat di Percint 3, Putrajaya dengan pasangannya Firah.
Walaupun tempat majlis agak jauh, tetapi ahli qariah telah berbesar hati hadir beramai-ramai bagi meraikan mempelai.
Tahniah sekali lagi kepada Y.Bhg Dato' Mohd Nazir dan Tn Hj Abd Jabbar.

Thursday, December 24, 2009

Muflis

Sewaktu kegawatan, ramai yang mengalami kesulitan. Malah, ada yang jatuh muflis atau bankrap. Nabi Muhammad saw pernah bertanya kepada para sahabat: "Tahukah kalian tentang orang yang muflis?" Mereka menjawab: "Wahai Rasulullah, mereka dalam pandangan kami adalah orang yang tak punya satu dirham pun dan tak punya barang atau harta."

Rasulullah saw bersabda: "Al-Muflis atau orang yang bangkrap itu bukan demikian, melainkan orang yang datang pada hari kiamat dengan membawa (pahala amal) kebaikannya sebesar gunung. Tapi dia pernah menganiaya orang dan melanggar kehormatan.
Lalu pihak-pihak yang dizalimi ini mengambil seluruh kebaikannya (untuk menutupi dosa-dosa keburukan mereka), maka dia akan mengambil (dosa-dosa) keburukan mereka (yang telah dizaliminya) untuk ditanggungnya. Lalu, dia benar-benar dihentam dengan keras ke neraka." -- Syakhshiyyah Islamiyyah juz II/294, karya An-Nabhani.

Kezaliman yang berlangsung di dunia fana ini sangat beragam jenisnya, tetapi intinya sama: merebut atau menganiaya hak orang lain. Penganiayaan itu boleh berupa caci-maki, cubitan, tipuan, ghibah, membunuh dan segala gangguan terhadap badan, kekayaan dan kehormatan.

Dari Abu Hurairah r.a, Nabi saw bersabda: "Siapa yang merasa pernah berbuat aniaya kepada saudaranya, baik berupa kehormatan badan atau harta atau lain-lainnya, hendaknya segera meminta halal (maaf)-nya kini juga sebelum datang suatu hari yang tiada harta dan dinar atau dirham, jika ia punya amal saleh, maka akan diambil menurut penganiayaannya, dan jika tidak mempunyai hasanah (kebaikan), maka diambilkan dari kejahatan orang yang dianiaya untuk ditanggungkan kepadanya." - Muttafakun 'alaih (H.R. Bukhari-Muslim)

Ayatul Qursi

Dari Abu Hurairah, dia berkata, Aku ditugaskan Rasulullah saw. untuk menjaga hasil zakat pada bulan Ramadhan. Tiba-tiba datanglah seseorang kepadaku, dan mengambil sedikit dari zakat itu. Maka aku menangkapnya seraya berkata, 'Kamu akan ku adukan kepada Rasulullah.'

Orang itu berkata, 'Biarkan aku, sesungguhnya aku orang miskin, punya banyak anak.' Maka aku pun melepaskannya. Pada keesokan harinya, Rasulullah saw. bertanya kepadaku, 'Hai Abu Hurairah, apa yang dilakukan oleh tawanan mu kelmarin?' Aku menjawab, 'Ya Rasulullah, dia mengadukan kemiskinannya dan keluarganya yang banyak, maka aku kasihan dan aku membebaskannya. '


Nabi bersabda, 'Sesungguhnya orang itu berdusta kepadamu, dan dia akan kembali.' Saya sedar bahawa orang itu akan kembali kerana Rasulullah saw. mengatakannya. Maka aku pun mengintipnya. Ternyata dia datang untuk mengambil makanan. Maka aku menangkapnya lagi seraya berkata, 'Sungguh aku akan mengadukan mu kepada Rasulullah saw.'


Dia berkata, 'Lepaskanlah aku, sesungguhnya aku sangat susah dan punya keluarga yang banyak, saya tidak akan kembali.' Maka aku pun merasa kasihan dan membebaskannya lagi.

Keesokan harinya, Rasulullah saw. bertanya kepadaku, 'Hai Abu Hurairah, apa yang telah dilakukan tawananmu kelmarin?' Saya menjawab, 'Wahai Rasulullah, dia mengadukan kemiskinan dan jumlah keluarganya yang banyak, maka aku pun jatuh kasihan dan membebaskannya lagi.'

Nabi bersabda, 'Sesungguhnya dia berdusta kepadamu, dan dia akan kembali.' Maka pada yang ketiga kalinya aku mengintipnya. Dia datang mengambil makanan. Segera aku menangkapnya seraya berkata: 'Sungguh aku akan mengadukan mu kepada Rasulullah saw. Ini adalah yang ketiga kalinya. Kamu mengatakan bahwa kamu tidak akan kembali, namun nyatanya kembali lagi.'

Dia berkata, 'Biarkan aku mengajarimu beberapa kalimat yang dengannya kamu akan beroleh manfaat dari Allah.' Saya bertanya: 'Kalimat apakah itu?' Dia berkata: 'Apabila kamu hendak tidur, maka bacalah ayat Qursi. 'Maka Allah akan senantiasa menurunkan pelindung bagimu dan syaitan tidak akan mendekatimu hingga pagi.'

Maka akupun membebaskannya. Keesokan hari, Rasulullah saw. bertanya kepadaku, 'Apa yang telah dilakukan oleh tawanan mu kelmarin?' Saya menjawab, 'Wahai Rasulullah, dia telah mengajariku beberapa kalimat yang dengannya Allah akan memberiku manfaat, maka aku pun melepaskannya. ' Beliau bertanya, 'Kalimat apakah itu?' Saya menjawab,'Dia berkata kepadaku, 'Apabila kamu akan tidur, maka bacalah ayat Qursi.'

Dia berkata kepadaku, 'Allah akan sentiasa menurunkan pelindung bagimu dan syaitan tidak akan mendekati mu hingga pagi.' Maka Nabi saw. bersabda, 'Dia telah berkata benar kepadamu, walaupun sebenarnya dia adalah pendusta. Hai Abu Hurairah, tahukah dengan siapa kamu berbicara selama tiga malam itu?' Saya menjawab tidak. Nabi bersabda, 'Dia adalah syaitan.'" - HR Bukhari

Rasulullah s.a.w. bersabda "Apabila engkau duduk di tempat tidurmu maka bacalah ayat Qursi hingga akhir. Sesungguhnya atas dirimu akan sentiasa ada pengawal daripada Allah dan syaitan tidak akan mendekatimu sehingga pagi." - Sahih Muslim.

Saturday, December 19, 2009

Perutusan kepada JAKIM/HDC

Perutusan kepada Pegawai JAKIM/HDC.
Assalamualaikum w.b.t
Tuan Hj Zainal HDC, terdapat satu restoran bernama German Deli Imbiss yang terletak di belakang Petronas Ampang Jaya dan Mc Donald, yang mana telah menggantungkan satu perkataan HALAL dipintu premis perniagaan mereka tanpa mendapat Sijil Halal daripada JAKIM/HDC.
Keadaan ini amat menghina sensitiviti orang-orang Islam, seolah-olah mudahnya Halal & Haram ini dipermainkan. Begitu juga dengan Restoran Bukit Indah Food Corner yang terletak di hadapan CALTEX Tmn Bukit Indah. Justeru itu mohon tuan menghantar pegawai tuan bagi membuat lawatan ke premis yang dinyatakan.
Sekian, terima kasih.

Zainal Rashid Zakaria.
Masjid Bukit Indah,

s.k : Imam, Timbalan Nazir dan AJK Masjid.

Selamat Menyambut Maal Hijrah 1431H

Assalamualaikum w.b.t
Sempena Awal Muharram yang baru kita sambut pada hari Jumaat yang lalu 18hb Dis 2009, pihak editor mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Menyambut Maal Hijrah 1431H, semoga kedatangan tahun baru Hijrah ditanam dengan semangat penuh iltizam dan hasrat untuk membawa perubahan dalam apa jua bidang pekerjaan dan kehidupan seharian.
Insyallah, semoga hari ini lebih baik dari semalam, dan esok pula tidak pula berkurang dari hari ni. Sama-samalah kita menyambut Maal Hijrah 1431H.

Monday, November 30, 2009

Kisah Nabi Daud a.s

Allah mengutusnya sebagai nabi dan rasul mengurniainya nikmah, kesempurnaan ilmu, ketelitian amal perbuatan serta kebijaksanaan dalam menyelesaikan perselisihan. Kepadanya diturunkan kitab "Zabur", kitab suci yang menghimpunkan qasidah-qasidah dan sajak serta lagu-lagu yang mengandungi tasbih dan pujian-pujian kepada Allah, kisah umat-umat yang dahulu dan berita nabi-nabi yang akan datang, di antaranya berita tentang datangnya Nabi Muhammad s.a.w. Allah menundukkan gunung-gunung dan memerintahkannya bertasbih mengikuti tasbih Nabi Daud tiap pagi dan senja.

Burung-burung pun turut bertasbih mengikuti tasbih Nabi Daud berulang-ulang. Nabi Daud diberi peringatan tentang maksud suara atau bahasa burung-burung. Allah telah memberinya kekuatan melunakkan besi, sehingga ia dapat membuat baju-baju dan lingkaran-lingkaran besi dengan tangannya tanpa pertolongan api.
Nabi Daud telah diberikannya kesempatan menjadi raja memimpin kerajaan yang kuat yang tidak dapat dikalahkan oleh musuh, bahkan sebaliknya ia selalu memperolehi kemenangan di atas semuamusuhnya.

Nabi Daud dikurniakan suara yang merdu oleh Allah yang enak didengar sehingga kini ia menjadi kiasan bila seseorang bersuara merdu dikatakan bahawa ia memperolehi suara Nabi Daud.

Kisah Nabi Daud dan kisah Sabtunya Bani Isra'il terdapat dalam Al-Quran surah "Saba'" ayat 11, surah "An-Nisa'" ayat 163, surah "Al-Isra'" ayat 55, surah "Shaad" ayat 17 sehingga ayat 26 dan surah"Al-'Aaraaf" ayat 163 sehingga ayat 165.

Beberapa Ibrah Dari Kisah Nabi Daud A.S

Allah telah memberikan contoh bahwa seseorang yang bagaimana pun besar dan perkasanya yang hanya menyandarkan diri kepada kekuatan jasmaninya dapat dikalahkan oleh orang yang lebih lemah denganhanya sesuatu benda yang tidak bererti sebagaimana Daud yang muda usia dan lemah fizikal mengalahkan Jalout yang perkasa itu dengan bersenjatakan batu sahaja.
Seorang yang lemah dan miskin tidak patut berputus asa mencari hasil dan memperoleh kejayaan dalam usaha dan perjuangannya selama ia bersandarkan kepada takwa dan iman kepada Allah yang akan melindunginya.

Kemenangan Daud atas Jalout tidak menjadikan dia berlaku sombong dan takabbur, bahkan sebaliknya ia bersikap rendah hati dan lemah-lembut terhadap kawan mahupun lawan.

Sunday, November 22, 2009

Sempena Idul Adha 1430H

Assalamualaikum w.b.t

Sempena Hari Raya Idul Adha 1430H pada 27hb Nov 2009 nanti, pihak Surau At-Tarbiyyah telah mengatur beberapa program seperti berikut:

  1. Takbir raya dari rumah ke rumah malam raya selepas Isya'
  2. Solat sunat Idul Adha iaitu Jumaat 27hb Nov 2009 jam 8:15 pagi
  3. Ibadah qurban akan dijalankan pada hari Sabtu 28hb Nov 2009 jam 8:00 pagi secara gotong royong
Semoga ahli qariah dapat bersama-sama menjayakan program ini sempena Hari Raya Idul Adha 430H.

Jazakallah.

Tn Syed Salim Syed Abu Bakar
Pengerusi
Surau At-Tarbiyyah
Tmn Bukit Indah.

Friday, November 13, 2009

Mutiara Kata - Renungkanlah


Assalamualaikum w.b.t


Sekadar renungan kata-kata mutiara yang selalu kita dengar dan terdetik dihati nurani kita sebagai insan yang serba kekurangan.


Hari ini sebelum kita mengatakan kata-kata yang tidak baik,
Fikirkan tentang seseorang yang tidak dapat berkata-kata sama sekali.

Sebelum kita mengeluh tentang rasa dari makanan,
Fikirkan tentang seseorang yang tidak punya apapun untuk dimakan.

Sebelum anda mengeluh tidak punya apa-apa,
Fikirkan tentang seseorang yang meminta-minta dijalanan.

Sebelum kita mengeluh bahawa kita buruk,
Fikirkan tentang seseorang yang berada pada keadaan yang terburuk di dalam hidupnya.


Sebelum mengeluh tentang suami atau isteri anda,
Fikirkan tentang seseorang yang memohon kepada Tuhan untuk diberikan teman hidup.


Hari ini sebelum kita mengeluh tentang hidup,
Fikirkan tentang seseorang yang meninggal terlalu cepat.

Sebelum kita mengeluh tentang anak-anak kita,
Fikirkan tentang seseorang yang sangat ingin mempunyai anak tetapi dirinya mandul.

Sebelum kita mengeluh tentang rumah yang kotor kerana pembantu tidak mengerjakan tugasnya,
Fikirkan tentang orang-orang yang tinggal dijalanan.


Dan di saat kita letih dan mengeluh tentang pekerjaan,
Fikirkan tentang pengangguran, orang-orang cacat yang berharap mereka mempunyai pekerjaan seperti kita.

Sebelum kita menunjukkan jari dan menyalahkan orang lain,
Ingatlah bahawa tidak ada seorangpun yang tidak berdosa.

Dan ketika kita sedang bersedih dan hidup dalam kesusahan,
Tersenyum dan berterima kasihlah kepada Tuhan bahawa kita masih hidup dan masih diberi peluang untuk beribadat dan memperbaiki amalan kita!



Insyaallah.

Monday, November 9, 2009

Anak Tn Hj Kamal selamat pembedahan

Assalamualaikum w.b.t
Alhamudulilah. Anak kepada Tn Hj Kamal telah pun selamat pulang ke rumah, setelah menjalani pembedahan tulang belakang pada hari Isnin yang lalu. Insyallah, atas keberkatan dan doa kita semua dan juga izin Allah, semuanya berjalan lancar, semoga cepat sembuh.
Mohon maaf atas kelewatan mengemaskini blog surau akhir-akhir ini.
Jazakallah.

Wednesday, October 28, 2009

Selamat Berangkat ke Tanah Suci

Assalamualaikum w.b.t.
2 orang ahli qariah kita akan berangkat menunaikan Fardu Haji iaitu Sdr Fatul dan Sdr Hj Shaharudin. Insyallah, Sdr Fatul akan berangkat selepas asar petang ini 28hb Okt 2009 manakala Sdr Hj Shaharudin akan berangkat petang esok 29hb Okt 2009 jam 6 petang.

Semoga Allah memberi rahmat, kesihatan yang baik, keselesaan dan kemudahan dalam mengerjakan haji dan seterusnya selamat kembali ke tanah air dengan haji yang mabrur. selamat. Insyallah.

Harap maklum. Terima kasih
.

Friday, October 23, 2009

Pembedahan Anak Hj Kamal

Assalamualaikum w.b.t
Adalah dimaklumkan bahawa anak kedua kepada Tn Hj Kamal akan menjalani pembedahan tulang belakang pada Hari Selasa 27hb Okt 2009 di HUKM. Solat hajat dan kutipan derma kilat telah dilakukan malam tadi di surau dan jika ada ahli qariah yang ingin menyumbang bagi meringankan kos rawatan yang mencecah RM30,000 bolehlah menghubungi Bendahari Surau iaitu Tn Hamzah.
Bersamalah kita membantu.
Sekian, terima kasih.

Wednesday, October 21, 2009

Isteri Sujud Pada Suami

Daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya:
"Jika aku hendak menyuruh seseorang supaya sujud kepada seseorang tentulah aku perintahkan isteri supaya sujud kepada suaminya." (Riwayat at-Tirmidzi, Ibnu Hibban, al-Baihaqi dan al-Wahidi).

Firman Allah SWT di dalam al-Quran, surah al-Furqan ayat 74 yang bermaksud:
"Dan juga mereka (yang diredai Allah itu ialah orang-orang) yang berdoa dengan berkata: Wahai Tuhan kami, jadikanlah kami beroleh dari isteri-isteri serta zuriat keturunan kami, perkara-perkara yang menjadi penyejuk mata (menenangkan hati), serta jadikanlah kami sebagai imam bagi orang-orang yang bertakwa."

Orang yang benar-benar berjaya adalah mereka yang membawa orang lain untuk berjaya bersamanya. Dalam keluarga, suami adalah seperti imam dengan makmum yang merupakan orang yang paling utama untuk memimpin keluarga ke mercu kejayaan.

Bahkan kejayaan hanya akan terbukti apabila dia dapat menjalankan tanggungjawabnya dengan baik terhadap isteri dan anak-anak hingga menjadi isteri dan anak-anak yang baik dan beriman. Suami yang bertanggungjawab seperti inilah yang wajib ditaati hatta boleh sampai ke tahap disembah sebagaimana yang disebutkan di dalam hadis di atas.

MALANGNYA, hari ini mungkin hanya sedikit dalam kalangan lelaki bergelar suami yang layak dikategorikan seperti di dalam hadis di atas lantaran banyak sekali pengabaian tanggungjawab yang dilakukan oleh mereka. Bahkan tidak dinafikan banyak sekali kes-kes 'kaki suami' yang hinggap di pundak isteri mahupun anak-anak tanpa sebarang perasaan belas kasihan.

Selalu benar seorang suami itu cenderung kepada mencari kesalahan isterinya sedangkan hak isteri tidak dipenuhi. Isteri yang solehah dan taatkan suami hanya akan terhasil jika suami juga seorang yang soleh dan bertanggungjawab.

Malah mana mungkin suami mengharapkan 'penyejuk mata' melalui isteri dan anak-anak tanpa terlebih dahulu mereka berikhtiar mendidik isteri dan anak dengan cara yang betul?Inilah punca terjadinya suami mahupun isteri berlaku curang dan sebagainya.

Sesungguhnya di sinilah letaknya soal kepimpinan melalui teladan, mengajar melalui tingkah laku dan bukan dengan konsep 'ketam berjalan' yang menjadi amalan kebanyakan kita.

Dimanakah pula posisi kita?


Renung-renungkanlah.