---- B e r i t a ~~~ S e m a s a ---

Orang yang tak solat akan banyak masalah, tidak tenang, cepat marah, susah nak terima kenyataan dan selalu nampak salah orang lain.

Thursday, April 6, 2023

Apakah perbezaan antara Maghfirah dan Afuww

 APAKAH PERBEZAAN ANTARA Maghfirah (مغفرة) DAN  'Afuww (عفو)?

Maghfirah: adalah untuk Allah memaafkan kamu atas dosa yang dilakukan, tetapi dosa itu masih didaftarkan pada kitab (buku catatan amal) kamu.  Maghfirah adalah pengampunan Allah atas dosa kamu tetapi pada Hari Penghakiman itu akan dituliskan pada catatan kamu, Allah akan bertanya kepadamu tetapi Dia tidak akan menghukum kamu kerana itu.

'Afuww: adalah untuk Allah memaafkan kamu atas dosa dan menghapusnya dari kitab kamu seolah-olah dosa itu tidak pernah  dilakukan. 'Afuww adalah pengampunan Allah atas dosa kamu, ia akan dihapuskan sepenuhnya dari rekod kamu dan Allah tidak akan bertanya kepadamu tentangnya pada Hari Penghakiman.

Inilah sebabnya mengapa Rasulullah SAW bersabda yg maksudnya, "ini adalah Do'a terbaik untuk dimohon pada Lailatul Qadr".

 "Allahumma innaka 'afuwwun tuhibbul 'afwa fa'fu 'anni"
(اللهم انك عفو كريم تحب العفو فاعف عني)
 (H.R Ahmad, Ibn Majah, dan Tirmizi)

 "Ya Allah, Engkaulah m Maha Pengampun, dan Engkau suka memaafkan, maka ampunilah aku."

Oleh itu pastikan anda membaca do'a ini sepanjang masa dan seberapa banyak yang anda boleh.  Buatlah salah satu rutin harian anda terutama di bulan Ramadhan .
Bayangkan anda berdiri pada hari Penghakiman yang bertanggungjawab untuk perbuatan anda, dan anda tidak dijamin masuk ke Jannah.

Tiba-tiba anda mendapati banyaknya gunung-gunung Hasanat (ganjaran) dalam rekod anda.

Adakah anda tahu dari mana gunung-gunung hadiah ini datang?

Kerana di dunia anda terus berkata: "Subhanallahi wa bihamdihi Subhanallahil 'Azim"

Junjungan Baginda Nabi Muhammad ﷺ bersabda, mafhumnya: "Dua kalimah yg ringan di lidah, berat timbangannya, ia dicintai oleh Ar-Rahman, (Yang Maha Pemurah):
 سبحان الله و بحمده, سبحان الله العظيم
 Subhanallahi wa bihamdihi, Subhanallahil 'azim (Maha Suci Allah, dan Puji, Maha Suci Allah, Yang Agung) "
 (📚Bukhari, Muslim)


Wednesday, April 5, 2023

Puasa, sedekah dan Qiamullai

 
عَنْ مُعَاذٍ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ سَأُنَبِّئُكَ بِأَبْوَابٍ مِنْ الْخَيْرِ الصَّوْمُ جُنَّةٌ وَالصَّدَقَةُ تُطْفِئُ الْخَطِيئَةَ كَمَا يُطْفِئُ الْمَاءُ النَّارَ وَقِيَامُ الْعَبْدِ مِنْ اللَّيْلِ

Daripada Mu'adz bin Jabal bahawa Nabi SAW bersabda; "Aku akan memberitahu kepadamu pintu-pintu kebaikan iaitu; puasa adalah perisai, sedekah meleburkan dosa seperti air memadamkan api, dan seorang hamba yang qiamullail (bangun beribadat) di malam hari."
(HR Ahmad No: 21116)
Status: Isnad Hasan

Pengajaran:

1. Pelbagai pintu kebaikan dianugerahkan kepada orang mukmin khususnya di bulan Ramadan antaranya ibadat puasa, sedekah dan Qiamullail.

2. Ibadah puasa adalah perisai seorang mukmin daripada melakukan perkara-perkara yang dilarang oleh Allah.

3. Ibadah sedekah pula adalah pintu kebaikan seorang  mukmin yang boleh menjadi penghapus daripada dosa. Hadis Nabi SAW:

اِتَّقُوا النَّارَوَلَوبِشِقِّ تَمْرَةٍ

Hindarilah neraka meskipun dengan sebelah biji kurma.  
(HR Bukhari  no 5564)
Status: Hadis Sahih

4. Menghidupkan malam (Qiamullail) dengan melakukan solat sunat, tilawah al-Quran, berzikir, memohon ampun dan berdoa merupakan pintu kebaikan seorang Mukmin untuk membina kekuatan rohani. Daripada Abu Hurairah RA, sabda Rasulullah SAW:

يَنْزِلُ رَبُّنَا تَبَارَكَ وَتَعَالَى كُلَّ لَيْلَةٍ إِلَى السَّمَاءِ الدُّنْيَا حِينَ يَبْقَى ثُلُثُ اللَّيْلِ الآخِرُ يَقُولُ: مَنْ يَدْعُونِي فَأَسْتَجِيبَ لَهُ مَنْ يَسْأَلُنِي فَأُعْطِيَهُ مَنْ يَسْتَغْفِرُنِي فَأَغْفِرَ لَهُ

“Tuhan yang Maha Berkat dan Maha Tinggi turun setiap malam ke langit dunia sewaktu masa berbaki sepertiga malam terakhir dan berfirman: Barangsiapa yang berdoa kepada-Ku, nescaya Aku perkenankan baginya. Barangsiapa yang meminta kepada-Ku nescaya aku akan memberikan (apa yang dipinta) kepadanya. Barangsiapa yang meminta pengampunan daripada-Ku, nescaya Aku akan mengampuninya”.
(HR Bukhari  No:1145).

Ambillah kesempatan Ramadhan ini untuk merebut pintu-pintu kebaikan dengan berpuasa, bersedekah dan qiamullail. Semoga semua ibadah ini menjadi pembina perisai diri, menghapuskan dosa dan menguatkan rohani.

*Kredit: kapsul_tazkirah
~~~

‎"أَشْهَدُ أَنْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ، وَأَسْتَغْفِرُ اللهَ أَسْأَلُكَ الجَنَّةَ، وَأَعُوْذُ بِكَ مِنَ النَّارِ

“Aku bersaksi bahwa tidak ada sembahan yang berhak disembah selain Allah dan aku memohon keampunan pada Allah, aku meminta syurga dan meminta perlindungan dari neraka.”

‎اللَّهُمَّ إِنَّكَ عُفُوٌّ تُحِبُّ الْعَفْوَ فَاعْفُ عَنِّي

"Ya Allah, sesungguhnya Engkau adalah Dzat yang Maha Pemaaf. Engkau suka memaafkan, maka maafkanlah aku."

‎ربنا اٰتنا فى الدنياحسنة وفي الاخرة حسنة وقنا عذاب النار. وصل الله على سيدنا محمد وعلى اله وصحبه اجمعين. والحمد لله رب العالمين.

Friday, March 31, 2023

SIAPAKAH GOLONGAN YANG RUGI SETIAP KALI BERTEMU RAMADHAN


1. Mereka yg Allah panjangkan umurnya sampai ke akhir Ramadhan TETAPI membiarkan hari-hari Ramadhannya berlalu begitu sahaja tanpa amal yg bermanfa'at.


2. Mereka yg menunggu2 waktu berbuka puasa TANPA mengambil kesempatan utk berdoa kpd Allah di saat2 mustajab doa.


3. Mereka yg bangun utk bersahur semata2 TANPA beramal dan mendirikan solat sunat sekurang2nya 2 rakaat.


4. Mereka yg dikurniakan Allah nikmat yg berlebihan TETAPI bakhil utk bersedekah dan menjamu org berbuka puasa.


5. Mereka yg mampu membaca Al Quran dan memiliki masa lapang yg panjang utk mempelajarinya TETAPI membiarkan dirinya jauh dari Al Quran.


6. Mereka yg sering menghadiri majlis ilmu dan memahami agama TETAPI kekal bermusuhan,berbencian dan memutuskan silaturrahim sesama Muslim.


7. Mereka yg mengetahui bahawa Ramadhan adalah Bulan Maghfirah TETAPI tidak mengambil kesempatan memohon keampunan dari Allah.


8. Mereka yg menyedari bahawa sepanjang Ramadhan doa diqabulkan TETAPI membiarkannya berlalu tanpa sebarang munajat.


9. Mereka yg bersungguh2 memelihara puasa dari perkara yg membatalkan TETAPI berterusan mengumpat dan menabur fitnah sesama Muslim. 


10. Mereka yg sampai umurya ke penghujung Ramadhan TETAPI tidak berusaha utk memburu kebaikan malam AL QADAR.


Sabda Rasulullah SAW yg bermaksud;

"Berapa ramai orang yang berpuasa,akan tetapi ia tidak mendapat apa-apa daripada puasanya itu kecuali rasa lapar dan dahaga sahaja. Dan berapa ramai orang yang solat malam, akan tetapi dia tidak mendapat apa-apa daripada solat malamnya itu kecuali hanya terbatas kepada berjaga malam sahaja."

             (HR Ibnu Majah)



Selamat Menyambut Ramadhan Al Mubarak

Tuesday, March 28, 2023

KELEBIHAN MENCINTAI AL QURAN



1. Tidak nyanyuk sampai tua.


2. Orang tua yang mengamalkan Al Quran walau di umpama Al Quran buruk, lunyai, hancur tetap di sayangi, tetap di hargai. Orang masih menghormati dan mencintainya serta meletakkan dia di tempat yang baik2.


3. Orang yang mencintai Al Quran tidak perlu susah hati dengan usia tua, kalau tidak ada anak yang dapat menjaga, tetap akan ada orang yang Allah datangkan untuk menjaganya kerana ini adalah janji Allah kepada hamba2Nya yang menjunjung kemuliaan mukjizat. Golongan ini dalam pengawasan para malaikat.


4. Orang yang junjung Al Quran di dalam dirinya akan di jaga keselamatannya oleh Allah di dunia, di dalam kubur dan pada hari akhirat. Walaupun di dunia dia di benci oleh orang tapi Allah tetap menjanji keselamatan dalam dirinya, sepertimana Al Quran yang Allah sediakan para malaikat untuk menjaga setiap hurufnya.


5. Wajahnya bercahaya cahaya dan mesra untuk di dekati.


6. Orang yang membaca Al Quran tidak di hina. Dia tidak akan menjadi peminta sedekah atau makan sampah di jalanan, misalnya.


7. Pengamal Al Quran hidupnya tampak sederhana tetapi sebenarnya dia kaya dengan sumber rezeki yang tidak diduga. Inilah lambang keberkatan yang Allah hadiahkan padanya.


Teruskan sampai hujung nyawa..in syaa Allah. Aamiin

Monday, March 27, 2023

Ar-Rayyan Pintu Khas Syurga

 PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS


Ar-Rayyan Pintu Khas Syurga Untuk Orang Berpuasa


عَنْ سَهْلٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِنَّ فِي الْجَنَّةِ بَابًا يُقَالُ لَهُ الرَّيَّانُ يَدْخُلُ مِنْهُ الصَّائِمُونَ يَوْمَ الْقِيَامَةِ لَا يَدْخُلُ مِنْهُ أَحَدٌ غَيْرُهُمْ يُقَالُ أَيْنَ الصَّائِمُونَ فَيَقُومُونَ لَا يَدْخُلُ مِنْهُ أَحَدٌ غَيْرُهُمْ فَإِذَا دَخَلُوا أُغْلِقَ فَلَمْ يَدْخُلْ مِنْهُ أَحَدٌ


Daripada Sahl RA, Nabi SAW telah bersabda: "Sesungguhnya dalam syurga ada satu pintu yang disebut dengan Ar-Rayyan, yang pada hari Kiamat tidak akan ada orang yang masuk ke syurga melewati pintu itu kecuali orang-orang yang berpuasa. Tidak akan ada seorangpun yang masuk melewati pintu tersebut selain mereka. Lalu dikatakan kepada mereka; Mana orang yang berpuasa?, maka orang yang berpuasa berdiri menghadap. Tidak akan ada seorang pun yang masuk melewati pintu tersebut selain mereka. Apabila mereka telah masuk semuanya, maka pintu itu ditutup dan tidak akan ada lagi seorang pun yang masuk melewati pintu tersebut". (HR Bukhari No: 1896) Status: Hadis Sahih


Pengajaran:


1.  Sesungguhnya ujian daripada puasa itu amat besar dan kedudukannya di sisi Allah SWT sangat mulia di mana Allah SWT menyediakan pintu khas memasuki syurga yang dinamakan Ar-Rayyan kepada orang yang berpuasa. Malaikat yang menjaga pintu tersebut akan menyeru dan memanggil orang yang berpuasa untuk dimasukkan ke dalam syurga melaluinya dan tiada yang dapat melaluinya melainkan mereka yang layak sahaja.


2.  Imam al-Nawawi dalam Syarah Muslim menyebut: Hadis ini menunjukkan kelebihan puasa dan kemuliaan orang yang berpuasa.


3.  Pintu tersebut dinamakan “Ar-Rayyan” yang berasal dari kalimah “Array” dari segi bahasa membawa maksud titisan air hujan yang pertama. Kiasan kepada orang yang berpuasa apabila  memasukinya akan hilanglah segala kehausannya selama-lamanya sebagaimana apabila kita sesat di padang pasir yang panas dalam keadaan kehausan dan apabila disebutkan air maka akan terasa kehausan itu semakin berkurangan walaupun sebenarnya kita belum meminumnya lagi. Bayangkanlah apabila kita dapat menikmati air tersebut tatkala kehausan. Betapakah nikmatnya tidak dapat diperkatakan.


4.  Al-Rayyan membawa maksud: Orang yang tidak merasa dahaga. Ia kalimah atau sifat yang sangat sesuai kepada orang yang berpuasa.


5.  Berkata Mulla al-Qari: “Maksud al-Rayyan itu sama ada dirinya sendiri tidak merasa dahaga kerana terdapat banyaknya sungai-sungai yang mengalir dan buah-buahan yang berada di sampingnya atau kerana yang sampai kepadanya (memasukinya) akan hilang rasa dahaga pada hari kiamat.”


6.  Syurga itu indah dan terlalu mahal harganya. Sudah pasti untuk memasukinya memerlukan rahmat Allah SWT yang Maha Luas. Di bulan Ramadhan ini, rahmat Allah SWT mencurah-curah untuk hamba-Nya yang berpuasa dan sudah disediakan kepada orang yang berpuasa satu pintu untuk memasukinya. Orang yang berpuasa Ramadan, pada hari kiamat akan memasukki syurga melalui pintu Ar-Rayyan (pintu yang dikhaskan kepada orang yang berpuasa).


Ayuh kita laksanakan ibadah puasa dengah sungguh-sungguh, semoga kita menjadi salah seorang yang akan memasuki syurga melalui pintu ar-Rayyan. 

Saturday, February 26, 2022

Darjat Orang Pemurah dan Pemaaf

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS


Allah Mengangkat Darjat Orang Pemurah dan Pemaaf 


عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ عَنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَا نَقَصَتْ صَدَقَةٌ مِنْ مَالٍ وَمَا زَادَ اللَّهُ عَبْدًا بِعَفْوٍ إِلَّا عِزًّا وَمَا تَوَاضَعَ أَحَدٌ لِلَّهِ إِلَّارَفَعَهُ اللَّهُ


Daripada Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW bersabda: “Sedekah tidak akan mengurangi harta. Allah pasti menambahkan kemuliaan kepada seorang hamba yang memiliki sifat memaafkan. Tidak ada balasan bagi seseorang yang rendah hati kepada Allah, kecuali Allah mengangkat darjatnya” (HR Muslim No: 4689) Status: Hadis Sahih


Pengajaran:


1. Sedekah dalam apa jua bentuk seperti wang ringgit, barangan, makanan tidak sama sekali mengurangkan harta malah menambahkannya. 


عَنْ أَسْمَاءَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ أَنْفِقِي وَلَا تُحْصِي فَيُحْصِيَ اللَّهُ عَلَيْكِ وَلَا تُوعِي فَيُوعِيَ اللَّهُ عَلَيْكِ


Dari Asma RA Rasulullah SAW bersabda: Bersedekahlah, jangan engkau menghitung-hitungnya, agar Allah tidak menghitung-hitung pemberian-Nya kepadamu dan janganlah engkau mengumpul-ngumpulkannya (tidak bersedekah) agar Allah tidak kikir kepadamu” (HR Bukhari No: 2402) Status: Hadis Sahih


2. Orang yang pemaaf, Allah akan menambahkan kemuliaan untuknya di sisi Allah. Ambillah kesempatan untuk saling bermaafan sesama kita.


3. Pemaaf dapat menghilangkan rasa permusuhan dan memperbanyak sahabat


4. Pemaaf akan melahirkan sifat tawaduk, menghilangkan sifat sombong dan angkuh. Firman Allah:


خُذِ الْعَفْوَ وَأْمُرْ بِالْعُرْفِ وَأَعْرِضْ عَنِ الْجَاهِلِينَ (١٩٩)


Jadilah engkau pemaaf dan suruhlah orang mengerjakan yang makruf, serta berpalinglah dari pada orang-orang yang bodoh. (Al-A’raf 7:199)


5. Orang yang rendah hati, Allah mengangkat darjat kepada orang yang tawadukk.

Tawaduk ialah bersikap rendah hati iaitu sifat yang diperintahkan di dalam Islam. Di dalam Al-Quran Allah berfirman:


وَاخْفِضْ جَنَاحَكَ لِمَنِ اتَّبَعَكَ مِنَ الْمُؤْمِنِينَ


“Dan rendahkanlah dirimu kepada kaum mukminin yang mengikutimu.” (Al Hijr: 88)


Marilah kita jadi pemurah, pemaaf dan rendah hati


Negara Rahmah Ummah Sejahtera


Tuesday, December 21, 2021

Mari perbetulkan solat kita

 Semoga klip video ini dapat membantu dan mempersiapkan ilmu tentang solat kita. InsyaAllah









Monday, September 27, 2021

Monday, July 12, 2021

Jangan merendahkan orang lain walaupun dihati

 Jangan merendahkan manusia meskipun dalam hati


Suatu hari di tepi sungai Dajlah, Hasan al-Basri seorang Sufi besar melihat seorang pemuda duduk berdua-duaan dengan seorang perempuan. Di sisi mereka terletak sebotol arak.


Kemudian Hasan berbisik dalam hati, “Alangkah buruk akhlak orang itu dan baiknya kalau dia seperti aku..!”.


Tiba-tiba Hasan melihat sebuah perahu di tepi sungai yang sedang tenggelam. Lelaki yang duduk di tepi sungai tadi terus terjun untuk menolong penumpang perahu yang hampir lemas. Enam dari tujuh penumpang itu berhasil diselamatkan.


Kemudian dia berpaling ke arah Hasan al-Basri dan berkata, “Jika engkau memang lebih mulia daripada saya, maka dengan nama Allah selamatkan lah seorang lagi yang belum sempat saya tolong. Engkau diminta untuk menyelamatkan satu orang saja, sedang saya telah menyelamatkan enam orang”.


Bagaimanapun Hasan al-Basri gagal menyelamatkan yang seorang itu. Maka lelaki itu berkata padanya, “Tuan, sebenarnya perempuan yang duduk di samping saya ini adalah ibu saya sendiri, sedangkan botol itu hanya berisi air biasa, bukan anggur atau arak”.


Hasan al-Basri terpegun lalu berkata, “Kalau begitu, sebagaimana engkau telah menyelamatkan enam orang tadi dari bahaya tenggelam ke dalam sungai, maka selamatkanlah saya dari tenggelam dalam Kebanggaan dan Kesombongan”


Lelaki itu menjawab, “Mudah-mudahan Allah mengabulkan permohonan tuan”


Semenjak itu, Hasan al-Basri semakin dan selalu merendahkan hati bahkan ia menganggap dirinya sebagai makhluk yang tidak lebih daripada orang lain. 


Jika Allah membukakan pintu Solat Tahajud untuk kita, janganlah lantas kita memandang rendah saudara seiman yang sedang tertidur nyenyak.


Jika Allah membukakan pintu Puasa Sunat, janganlah lantas kita memandang rendah saudara seiman yang tidak ikut berpuasa sunat. Boleh jadi orang yang gemar tidur dan jarang melakukan puasa sunat itu lebih dekat dengan Allah, daripada diri kita.


Ilmu Allah sangat amatlah luas.


Jangan pernah Kagum atau Takjub & Sombong pada Amalanmu.


Sahabatku,,, indahnya nasihat ini semoga menjadi Pengubat Jiwa agar kita terhindar dari sifat Mazmumah.


Walau sehebat apapun diri kita jangan pernah berkata “ Aku lebih baik dari pada kalian, Aku lebih bersih dari pada kalian”


_(Imam Al Ghazali)_

Friday, June 11, 2021

Wednesday, May 12, 2021

 Doa dihujung Ramadhan




Tuesday, May 11, 2021

Aku bakal meninggalkan mu

Sebulan sudah aku menyapamu
Namun engkau palingkan mukamu
Sebulan sudah aku bersamamu 
Namun engkau tak menyambutku

Sebulan aku menjadi tamumu
Namun engkau tutup pintu hatimu
Sebulan aku menemuimu
Engkau biarkan aku  sendirian 

Engkau biarkan aku kedinginan
Aku engkau abaikan 
Aku engkau rendahkan 
Aku engkau sisihkan

Mengapa engkau tak gairah menyambutku 
Mengapa engkau tak berlumba berebut  lailatul qadarku
Sebulan  aku menemanimu
Aku tahu engkau berpuasa 

Aku juga tahu engkau masih gemar berselisih dengan tetangga
Lisanmu masih liar membara 
Lisanmu suka ghibah dan  nyebar fitnah 
Sedekahmu tak bertambah 

Kurang bersyukur banyak keluh kesah
Sebulan aku sudah menenuimu
Engkau mengaji sekadar kesenangan  bukan untuk kecintaan
Engkat Tarawih sekedar pergerakan badan bukan untuk ketenangan

Malam lailatul qadar  bertebaran tak kau kejar
Engkau juga biasa saja saat lailatul qadar 
Engkau  sibuk urusi hp dan acara favorite television mu
Engkau  menyesali diri bila sedikit telambat membuka hp-mu

Engkau menghentak marah sumpah serapah bila habis wang
Engkau tak sedih sedikit pun untuk menambah sedekahmu
Engkau tak susah walaupun semalaman tak mengaji 
Engkau sibuk  dengan gemerlap dunia dan angan-anganmu  

Sebulan aku  telah menemuimu 
Aku bertamu tanpa sambutan seperti yang ku mahu
Sebulan aku telah jadi tamumu
Namun engkau tak semangat menyambutku 

Sebulan aku telah jadi temanmu 
Namun engkau tak menyapaku
Aku mesti pulang 
Kembali ke pelukan Ilahi

Bila Allah berkenan
Sebelas bulan lagi kita pasti bertemu
Namun bila Allah tak berkenan 
Engkau tak bisa lagi menemuiku

Mungkin engkau telah jadi tulang belulang 
Sebulan aku menenuimu 
Allah telah menorehkan di kitab amalmu 
Bagaimana perlakuanmu atasku

Gembiralah engkau yang besemangat menyambutku
Syurga pasti jadi tempat huni akhirmu
Celakalah engkau yang lalai menyambutku 
Neraka akan menjadi hunian akhirmu

Ya Ramadlan 
Aku menangisi kepergianmu 
Aku menyesali membiarkanmu 
Aku menyesali tak gairah menyambutmu

Aku saksikan Ramadhan di balik pintu 
Ramadhan telah berkemas pulang
Kini benar-benar telah pulang tanpa 
Aku sesungguhnya meratapi kepulanganmu

Ramadlan telah hilang menembus awan
Tangisku makin tak terhalang
Ramadhan bulan maghfirah kusia-siakan 
Sedihku kini membumbung

Sesalku kini melambung 
Air mataku kini tak terbendung 
Aku mengutuki kebodohanku
Membiarkan Ramadlan yang belum tentu kutemui lagi 

Aku termenung seraya berdoa sambil menguras sedih dan air mata 
Ya Allah pertemukan aku dengan Ramadhan di tahun depan 
Kan ku sambut Ramadhan dengan gempita 
Kan ku kejar lailatul qadarnya di seluruh malam

Aku rindu Ramadhan
Aku cinta Ramadhan
Kembalilah Ramadlan 
Kukan peluk erat hangat hadirmu

Cium mesra dirimu
Ya Allah kabulkan doaku

Friday, May 7, 2021

Doa Akhir Ramadan

Ya Allah, jangan Kau biarkan Ramadhan pergi tanpa meninggalkan kesan keinsafan di hati-hati kami.

Ya Allah, jangan biarkan Ramadhan pergi tanpa membawa himpunan amal dan doa kami.

Ya Allah, jangan biarkan Ramadhan pergi tanpa islah dan kebaikan terhadap keperibadian kami.

Ya Allah, jangan biarkan Ramadhan pergi tanpa keampunan dosa-dosa kami.

Ya Allah, jangan biarkan Ramadhan pergi tanpa meninggalkan jejak-jejak ke syurga untuk kami.

Ya Allah, janganlah Kau biarkan Ramadhan pergi sebelum Kau tutup rapat pintu azab dan neraka Mu daripada tergelinciran kaki kami.

Ya Allah, lindungilah kami dari melakukan dosa dan kemaksiatan semasa dalam Ramadhan maupun selepas Ramadhan.

Ya Allah, sebelum mentari akhir Ramadhan berlalu pergi, Kau ampunilah kami dan Kau terimalah taubat kami.

Ya Allah, lindungilah semua anggota keluarga kami dari tipu daya dan fitnah dunia. Selamatkan setiap seorang dari kami dengan Iman dan taqwa. Jadikan kami calon syurgaMu. Sempurnakan akhlak kami dan lindungi kami dari godaan syaitan dan hawa nafsu.

Ya Mujibbasailin.
Limpahilah kami dengan sifat2 kebaikan dan terpuji.
Jadikan kehidupan kami di dunia ini tenang dan penuh rahmah dan mawaddah.

Ya Allah, Kau sempatkanlah kami bertemu lagi dengan Ramadhan Al Mubarak yang akan datang.

Ya Allah….Janganlah kau jadikan ramadhan ini sebagai yang terakhir buat kami, temukanlah kami dengan Ramadhan yang akan datang

Tapi, Andai ini Ramadhan terakhir buat kami, jadikankanlah puasa kami sebagai puasa yang Kau rahmati, jadikanlah ramadhan ini paling bererti, penuh dengan cahaya iman, menerangi kegelapan hati kami menuju redha serta kasih sayangmu ya Allah…jadikanlah ramadhan ini sebagai penghapus dosa2 kami..

Ya Allah…temukanlah kami dengan lailatul qadr…pilihlah kami dikalangan hambaMu yang dapat  beramal di malam al-Qadr….Ya Allah..terimalah amalan kami..terimalah taubat kami..ampunkanlah segala dosa kami...amankanlah kehidupan kami disana nanti yang kekal abadi… kurniakanlah kpd kami syurgamu yg maha luas nikmatnya… 


AMIN... YA ROBBAL AA LAMINNN

Friday, April 16, 2021