---- B e r i t a ~~~ S e m a s a ---

Solatlah diawal waktu, perkara yang disukai Allah. Amalkan solat witir, kerana Allah menyukai witir(tidak berpasangan/ganjil). Banyakkan selawat keatas junjungan Nabi Muhammad SAW.

Monday, November 30, 2015

Titian Sirat sangat gelap

 Image result for neraka jahanam
Dengar huraian kitab tentang Syurga & Neraka... Rupa-rupanya titian Sirat tu sangat gelap.
Sahabat bertanyakan Nabi SAW kalau gelap macamana kita nak melintasinya. Kata Nabi SAW, dengan cahaya yang keluar daripada anggota tubuh badan kita. Terang atau malap cahaya kita itu bergantung kepada amalan kita ketika di dunia.

Ada orang anggotanya bercahaya terang benderang, maka senanglah dia melintasi titian sirat. Ada orang cahayanya hanya terdapat pada ibu jari kakinya sahaja, maka melintaslah dia dengan cahaya yang terbatas itu.

Ada orang pula cahayanya kejap ada dan kejap padam, ketika keluar cahaya dia pun berjalan dan ketika cahaya hilang dia berhenti seketika, begitulah dia sepanjang perjalanannya. Ya Allah, dengar macam ni kita rasa kita adalah orang yang mempunyai cahaya yang gilang gemilang, yang sekejap ada sekejap tak ada atau yang bercahaya pada hujung kakinya sahaja??

Takutnya, Doa Rasulullah memohon cahaya:

Ya Allah,
Jadikanlah cahaya di dalam penglihatanku,
Jadikan cahaya di pendengaranku,
Jadikan cahaya di lisanku,
Jadikan cahaya di dalam hatiku,
Jadikan cahaya di kananku,
Jadikan cahaya di kiriku,
Jadikan cahaya di depanku,
Jadikan cahaya di belakangku,
Jadikan cahaya di atasku,
Jadikan cahaya di bawahku,
Jadikan untukku cahaya di hari Kiamat,
dan anugerahkanlah kepadaku cahaya yang gilang gemilang.

Aamiin Ya Rabbal'alamiin..
Ahli-ahli syurga adalah orang-orang yang tidak akan bercakap perkara-perkara yang lagho..
Ahli-ahli syurga adalah orang yang bila bercakap tidak akan mengeluarkan kata-kata yang menyakitkan hati orang lain.
Ahli-ahli syurga adalah orang-orang yang waktu lapangnya hanya dihabiskan dengan membaca Quran dan melafazkan zikir memuji Allah.
Kata Nabi SAW, ahli Neraka itu dia tidak mati dan tidak hidup, maknanya dia kejap mati, kejap hidup, begitulah hingga tamat tempohnya di Neraka itu.
Tubuh badan anak Adam dilebarkan oleh Allah di dalam neraka beberapa hasta supaya kesakitan yang dirasai itu lebih banyak... 😭😭😭

Neraka itu terlalu gelap kerana apinya terlalu panas. Bayangkan berapa lama di Neraka kerana kerana dosa-dosa? Seseorang yang hidup sentiasa dalam ketaatan kepada Allah, doa para ulamak agar orang ini juga akan mati dalam ketaatan kepada Allah.

Ada yang dibakar hingga tamat tempoh, kemudian bila dah habis, dia diam di dalam Neraka menjadi arang, hinggalah tiba masa semuanya keluar masuk ke Syurga. Bayangkanlah orang bukan Islam, berapa lama dia akan tinggal di Neraka Allah. Sebab itu kadang-kadang mengalir air mata kita bila kita lihat lalu nya jenazah orang-orang yang bukan Islam.

Nabi SAW akan tunggu semua umatnya masuk ke Syurga barulah nabi melangkah masuk ke Syurga.
Diriwayatkan Nabi SAW tunggu sampai orang yang terakhir melintas titian Sirat, dia berjalan dengan lambatnya. Nabi tetap tunggu.

Titian sirat itu gelap sebab ia dibentangkan di atas Neraka Jahannam.

Di hadapan titian Sirat itulah Syurga. Ada yg berjalan selaju angin, orang-orang ini yang tidak pernah menyakitkan hati orang lain, sentiasa memberi daripada menerima. Orang yang terakhir, adalah orang yang lemah imannya.

Diriwayatkan Syurga, pinggirnya saja sudah terlalu indah, belum lagi masuk ke dalamnya, suara ahli Syurga teramat merdu suaranya. Selepas dia melintas titian Sirat, dia melihat sebatang pokok besar yang di bawahnya ada air yg mngalir. Dia minta pada Allah untuk duduk di situ, Allah kata duduk lah!!

Kemudian di hadapan lagi dia tengok ada pokok lain yang lagi indah, dia mintak nak berada di bawah pokok tu, Allah pun izin!!

Kemudian dia tengok lagi di hadapannya pokok yang lagi indah,  yang ada banyak lagi kenikmatan,  dia pun mintak lagi nak duduk di situ, Allah pun benarkan juga!!

Dari situ dia dengar suara-suara orang di dalam Syurga, suara-suara itu begitu merdu, dia minta dengan Allah untuk masuk dalam Syurga. Allah pun benarkan!!

Bila masuk, dia keluar semula, dia tanya Allah, adakah tempat utk dia?

Allah berfirman, pernah tak dengar masa di dunia dulu org yang paling kaya? Dia kata pernah! Allah kata sesungguhnya untuk mu akan ku anugerahkan 10x ganda malah lebih-lebih lagi berbanding kekayaan orang yang paling kaya tu.

Masya Allah betapa pemurahnya Allah. Orang yang paling akhir pun diberi nikmat sebegitu besar apatah lagi orang-orang yang taat pada Allah.

Wednesday, October 21, 2015

Puasa sunat 9 Muharram


 Image result for puasa

 Tasu’a (تاسوعا) bermaksud “Hari Kesembilan” Muharram iaitu hari sebelum Asyura yang disarankan berpuasa oleh Rasulullah . Berpuasa pada Bulan Muharam adalah suatu amalan mulia dan amat digalakkan terutama pada Hari Tasu’a dan Hari Asyura iaitu pada hari ke 9 & 10 Muharram yang sudah pasti menjanjikan ganjaran pahala yang besar kepada sesiapa yang beribadah pada bulan ini sepertimana terdapat dalam satu hadis.


Dari Abu Hurairah r.a. katanya Rasulullah bersabda:
أَفْضَلُ الصِّيَامِ بَعْدَ رَمَضَانَ شَهْرُ اللَّهِ الْمُحَرَّمُ وَأَفْضَلُ الصَّلَاةِ بَعْدَ الْفَرِيضَةِ صَلَاةُ اللَّيْلِ.
Seafdal-afdal puasa selepas puasa Ramadhan ialah puasa pada bulan Syahrullah (bulan Allah) Muharram dan seutama-utama solat sesudah solat fardu ialah solat  malam.”   (Hadis Riwayat Muslim r.a.)
.
Sewaktu Rasulullah berhijrah ke Madinah, Baginda melihat orang-orang Yahudi berpuasa pada hari Asyura.

Rasulullah bertanya: “Berpuasa apakah kamu  ini ?” Jawab mereka, “Hari ini hari besar, pada hari ini Allah menyelamatkan Nabi Musa dan Bani Israil serta menenggelamkan Firaun dengan askar-askarnya. Maka Nabi Musa telah berpuasa sebagai tanda bersyukur kepada Allah kerana itu kami pun berpuasa.” Sabda Nabi : “Kamilah yang lebih berhak mengikut jejak Nabi Musa daripada kamu.” Dari itu Nabi berpuasa dan menyuruh sahabat-sahabatnya berpuasa pada hari itu.”    (Hadis Riwayat Muslim dan Ibnu Abbas r.a)
 .
Rasulullah bersabda: Para Nabi berpuasa pada hari Asyura, maka berpuasalah kamu.” (Musnad Baqi ibn Makhlad)
.
.

Berpuasa Hari Tasu’a Perlu Diiringi

.
Berpuasa sebaiknya didahului dengan berpuasa pada Hari Tasu’a (9 hb. Muharam) agar tidak menyerupai amalan orang Yahudi, yang hanya berpuasa pada hari Asyura sahaja.

Paling afdhal ialah berpuasa tiga hari berturut-turut iaitu pada hari ke 9, 10 dan 11 Muharram. Jika tidak berupaya, maka berpuasalah pada hari ke 9 dan 10 Muharram. Jika tidak mampu juga, maka daripada tidak beramal, bolehlah berpuasa sunat pada hari ke 10 Muharram sahaja. Tetapi sebaiknya ikutilah nasihat Baginda :
Rasulullah bersabda: “Berpuasalah kamu pada hari ke sembilan dan sepuluh Muharam dan jangan meniru cara orang-orang Yahudi.”  (Hadis Riwayat Al Baihaqi).

Sabda Rasulullah “Puasalah kamu pada Hari ‘Asyura dan selisihilah orang-orang Yahudi padanya (maka) puasalah sehari sebelumnya dan sehari selepasnya.”  (Hadis Riwayat Ahmad dan Al Baihaqy r.a.)

Saturday, July 4, 2015

Syaitan disekeliling kita

Terdapat banyak ayat al-Qur’an dan hadis sahih yang menerangkan ciri-ciri syaitan. Semua ini didedahkan oleh Allah Subhanahu wa Ta'ala dan Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam untuk kebaikan kita kerana dengan pengetahuan akan ciri-ciri syaitan, kita akan dapat mengetahui apa sifat mereka, sekadar mana kemampuan mereka dan bagaimana mereka bertindak.
 
Sebelum kita mendalami nama-nama syaitan dinasihatkan para pembaca yang budiman sekalian agar:
 
  1. Tidak berpaling atau membantah ayat-ayat al-Qur’an dan hadis-hadis Rasulullah yang dikemukakan.
  2. Tidak menilainya dengan akal atau cuba menselarikannya kepada akal dengan alasan “ciri-ciri tersebut ialah kiasan (majaz) semata-mata.”
  3. Tidak bertanya, berfikir dan menokok tambah dari apa yang sedia dijelaskan oleh al-Qur’an dan hadis.


Inilah 16 Nama Syaitan Dan Tugasnya Yang Perlu Kita Tahu | Berikut adalah 16 nama syaitan serta tugasnya untuk menyesatkan manusia terutamanya umat Islam:

1. Zalitun – Tugasnya menyuruh manusia gemar boros brbelanja tanpa had dan fikiran hanya ingat pada makanan dan minuman.

2. Watin – Tugasnya mendekati orang yang sedang ditimpa musibah agar bersangka buruk kepada Allah.

3. A’awar – Tugasnya menggoda raja dan orang besar agar zalim, rasa takbur dengan jawatan, membiarkan rakyat tanpa dibela dan tidak suka mendengar nasihat ulama. Menghias perempuan agar lelaki segera tergoda dan menggoda wanita agar mendekati lelaki yang dilihat menarik.

4. Hafaf – Tugasnya mengajak manusia berbuat maksiat, suka minum khamar dan berfoya-foya.

5. Murrah – Tugasnya mendekati ahli muzik agar selalu lalai dan leka dan melekakan pula para pengikut mereka. Juga menganggu ahli ibadat semasa sedang berwuduk agar membaziri, yakin menggunakan banyak air untuk berwuduk.

6. Masud – Tugasnya menyuruh manusia supaya selalu mengumpat, memfitnah dan adu bomba, suka berdendam sesama manusia.

7. Dasim – Tugasnya memecahkan suami agar isteri suka bergaduh dan akhirnya membuat penyelasaian dengan cara bercerai. Menyuruh manusia marah bukan pada tempatnya dan kepada marah yang membawa dosa. Juga menampakkan cela adik-beradik sehinggah mudah bertengkar dan bermasam muka.

8. Walahan – Tugasnya menimbulkan rasa was-was dalam beribadat, khasnya ketika seseorang itu mengambil wuduk.

9. Lakhus -Tugasnya mengajak manusia agar menyembah selain daripada Allah.

10. Sabrum – Tugasnya mengajak manusia ke jalan yang jahat dan tidak sabar dengan ujian yang diterima.

11. Miswat/Maswat – Tugasnya mempercepatkan manusia untuk membuat maksiat dan suka kepada setiap perkara maksiat, disamping melengah-lengahkan berbuat amal soleh. Ia gemar membawa berita dusta dan gosip liar.

12. Zaktabur/Zaknabur/Zalanbur – Tugasnya menimbulakn raja ujub dan taksub dengan segala kelebihan yang ada pada dirinya.

13. Khinzab – Tugasnya mengganggu orang yang beribadat, khasnya yang bersembahyang dengan membuatkan menusia berasa was-was dengan amalan baik yang dilakukannya dan sentiasa cuba meruntuhkan keyakinan terhadap agama Islam yang dianutinya.

14. Laqnis – Tugasnya mengganggu orang yang bersuci dan berwuduk sehinggah jadi ragu dan tidak sempurna.

15. Abyadh – Syaitan yang Inilah 16 Nama Syaitan Dan Tugasnya Yang Perlu Kita Tahu | Berikut adalah 16 nama syaitan serta tugasnya untuk menyesatkan manusia terutamanya umat Islam:

1. Zalitun – Tugasnya menyuruh manusia gemar boros brbelanja tanpa had dan fikiran hanya ingat pada makanan dan minuman.

2. Watin – Tugasnya mendekati orang yang sedang ditimpa musibah agar bersangka buruk kepada Allah.

3. A’awar – Tugasnya menggoda raja dan orang besar agar zalim, rasa takbur dengan jawatan, membiarkan rakyat tanpa dibela dan tidak suka mendengar nasihat ulama. Menghias perempuan agar lelaki segera tergoda dan menggoda wanita agar mendekati lelki yang dilihat menarik.

4. Hafaf – Tugasnya mengajak manusia berbuat maksit, suka minum khamar dan berfoya-foya.

5. Murrah – Tugasnya mendekati ahli muzik agar selalu lalai dan leka dan melekakan pula para pengikut mereka. Juga menganggu ahli ibadat semasa sedang berwuduk agar membaziri, yakin menggunakan banyak air untuk berwuduk.

6. Masud – Tugasnya menyuruh manusia supaya selalu mengumpat, memfitnah dan adu bomba, suka berdendam sesama manusia.

7. Dasim – Tugasnya memecahkan suami agar isteri suka bergaduh dan akhirnya membuat penyelasaian dengan cara bercerai. Menyuruh manusia marah bukan pada tempatnya dan kepada marah yang membawa dosa. Juga menampakkan cela adik-beradik sehinggah mudah bertengkar dan bermasam muka.

8. Walahan – Tugasnya menimbulkan rasa was-was dalam beribadat, khasnya ketika seseorang itu mengambil wuduk.

9. Lakhus -Tugasnya mengajak manusia agar menyembah selain daripada Allah.

10. Sabrum – Tugasnya mengajak manusia ke jalan yang jahat dan tidak sabar dengan ujian yang diterima.

11. Miswat/Maswat – Tugasnya mempercepatkan manusia untuk membuat maksiat dan suka kepada setiap perkara maksiat, disamping melengah-lengahkan berbuat amal soleh. Ia gemar membawa berita dusta dan gosip liar.

12. Zaktabur/Zaknabur/Zalanbur – Tugasnya menimbulakn raja ujub dan taksub dengan segala kelebihan yang ada pada dirinya.

13. Khinzab – Tugasnya mengganggu orang yang beribadat, khasnya yang bersembahyang dengan membuatkan menusia berasa was-was dengan amalan baik yang dilakukannya dan sentiasa cuba meruntuhkan keyakinan terhadap agama Islam yang dianutinya.

14. Laqnis – Tugasnya mengganggu orang yang bersuci dan berwuduk sehinggah jadi ragu dan tidak sempurna.

15. Abyadh – Syaitan yang paling berat godaannya, paling buruk sikapnya kerana tugasnya ialah menggoda para nabi dan rasul yang diutuskan kepada manusia.

16. Khannas – Syaitan yang menimbulkan was-was hati terhadap adanya Allah, Adanya perkara-perkara sam’iyat dan melahirkan hati manusia daripada mengkhianati Allah sepanjang masa. berat godaannya, paling buruk sikapnya kerana tugasnya ialah menggoda para nabi dan rasul yang diutuskan kepada manusia.

16. Khannas – Syaitan yang menimbulkan was-was hati terhadap adanya Allah, Adanya perkara-perkara sam’iyat dan melahirkan hati manusia daripada mengkhianati Allah sepanjang masa.

Akan bersambung untuk sesi akan datang..............