---- B e r i t a ~~~ S e m a s a ---

Solatlah diawal waktu, perkara yang disukai Allah. Amalkan solat witir, kerana Allah menyukai witir(tidak berpasangan/ganjil). Banyakkan selawat keatas junjungan Nabi Muhammad SAW.

Thursday, April 13, 2023

Mengapa dinamakan Lailatul Qadar



Barangkali ada yang tertanya-tanya, mengapa dipanggil malam tersebut sebagai malam Lailatul Qadar?

Dalam tafsir, Sheikh Dr. Sayyid al-Tantawi, menjelaskan bahawa perkataan al-Qadar membawa maksud kemuliaan. Kata Sheihk al-Azhar ini:

والقدر الذي أضيفت إليه الليلة، بمعنى الشرف والعظمة، مأخوذ من قولهم: لفلان قدر عند فلان، أى: له منزلة رفيعة

“Dan perkataan al-Qadar apabila disandarkan kepada perkataan Malam ia membawa maksud malam yang penuh kemuliaan dan keagungan. Seseorang itu dipanggil sebagai “memiliki Qadar” iaitu memiliki kemuliaan.

Manakala sebahagian sarjana yang lain pula berpandangan bahawa al-Qadar membawa maksud sempit. Ini selari dengan penggunaanya di dalam al-Quran apabila Allah berfirman:

وَأَمَّا إِذَا مَا ابْتَلاهُ فَقَدَرَ عَلَيْهِ رِزْقَهُ

“dan apabila dia diuji dan rezekinya telah disempitkan.”
(Surah al-Fajr 89:16)

Seakan-akan bumi pada malam tersebut menjadi sempit kerana dipenuhi dengan malaikat yang turun mengaminkan doa hamba-hambaNya yang berdoa pada malam tersebut. Oleh yang demikian kita hendaklah memperbanyakkan berdoa seperti yang dianjurkan oleh Baginda Nabi ﷺ sendiri.

Manakala menurut Sheikh al-Syanqiti pula, dinamakan Lailatul Qadar kerana pada malam tersebut ditentukan qadar atau ketetapan Qada Qadar manusia. Kata beliau:

أَنَّهَا سُمِّيَتْ لَيْلَةَ الْقَدْرِ ; لِأَنَّ اللَّهَ تَعَالَى يُقَدِّرُ فِيهَا وَقَائِعَ السَّنَةِ،

“Dinamakan sebagai Lailatul Qadar kerana Allah menentukan ketentuan qadar yang akan berlaku pada tahun tersebut.”

Apa pun hikmah penamaan malam ini, kita hendaklah memperbanyakkan ibadah, pada malam yang penuh dengan kemuliaan, yang dihadiri oleh para malaikat dalam keadaan ketentuan manusia sedang ditentukan oleh Allah.

Semoga Allah membimbing kita.

Dr. Ahmad Sanusi Azmi

*Kredit: Nutrisi Quran Daily Al-Muttaqin
~~~    

‎أَشْهَدُ أَنْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ، وَأَسْتَغْفِرُ اللهَ أَسْأَلُكَ الجَنَّةَ، وَأَعُوْذُ بِكَ مِنَ النَّارِ

“Aku bersaksi bahwa tidak ada sesembahan yang berhak disembah selain Allah dan aku memohon keampunan pada Allah, aku meminta syurga dan meminta perlindungan dari neraka.”

‎اللَّهُمَّ إِنَّكَ عُفُوٌّ تُحِبُّ الْعَفْوَ فَاعْفُ عَنِّي

"Ya Allah, sesungguhnya Engkau adalah Dzat yang Maha Pemaaf. Engkau suka memaafkan, maka maafkanlah aku."

‎اَللّٰهُمَّ ارْ زُقْنَا لَيْلَةَ الْقَدْرِ
‎فِي هٰذِ السّنَةِ وفِي كُلِّ سَنَةِ

“Ya Allah, Ya Tuhan kami, Rezekikanlah kami Lailatul Qadar pada tahun ini dan pada setiap tahun akan datang.”



Tuesday, April 11, 2023

Keajaiban Doa



Firman Allah SWT

وَاِذَا سَاَلَكَ عِبَادِيْ عَنِّيْ فَاِنِّيْ قَرِيْبٌ ۗ اُجِيْبُ دَعْوَةَ الدَّاعِ اِذَا دَعَانِۙ فَلْيَسْتَجِيْبُوْا لِيْ وَلْيُؤْمِنُوْا بِيْ لَعَلَّهُمْ يَرْشُدُوْنَ

Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu (Muhammad) tentang Aku, maka sesungguhnya Aku dekat. Aku Kabulkan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepada-Ku. Hendaklah mereka itu memenuhi (perintah)-Ku dan beriman kepada-Ku, agar mereka memperoleh kebenaran.
(Surah al-Baqarah 2: 186)

Pengajaran:-

1. Doa adalah ibadah, kita dianjurkan untuk sentiasa berdoa memohon keampunan dan perlindungan dari Allah SWT.

2. Ayat ini mengisyaratkan pada Nabi SAW, agar memerintahkan umatnya selalu berdoa hanya kepada Allah, kerana Allah SWT Maha dekat dan Dia akan mengabulkan doa bagi sesiapa sahaja yang berdoa kepada-Nya.

3. Berdoa adalah pembuktian bahawa kita bergantung kuat pada Allah. Dalam al-Quran dan hadith membuktikan bahawa para Nabi dan Rasul sentiasa berdoa pada Allah. Contohnya doa Nabi Ayyub, Nabi Yunus, Nabi Ibrahim dan Nabi Muhammad sendiri.

4. Keengganan berdoa pada Allah SWT seolah-olah kita sombong pada Allah yang Maha Sempurna. Dia sentiasa menunggu hamba-Nya berdoa untuk dimakbulkan.

وَقَالَ رَبُّكُمُ ادْعُوْنِيْٓ اَسْتَجِبْ لَكُمْ ۗاِنَّ الَّذِيْنَ يَسْتَكْبِرُوْنَ عَنْ عِبَادَتِيْ سَيَدْخُلُوْنَ جَهَنَّمَ دَاخِرِيْنَ ࣖ ٦٠

Dan Tuhanmu berfirman, “Berdoalah kepada-Ku, niscaya akan Aku perkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong tidak mahu menyembah-Ku akan masuk neraka Jahanam dalam keadaan hina dina.”
(Surah Ghafir : 60).

5. Pada bulan Ramadhan hendaklah kita perbanyakkan berdoa untuk memohon keampunan serta dibebaskan dari azab api neraka terutama pada sepuluh malam terakhir. Sebagaimana yang diriwayatkan dalam hadis:

عَنْ عَائِشَةَ قَالَتْ قُلْتُ يَا رَسُولَ اللَّهِ أَرَأَيْتَ إِنْ عَلِمْتُ أَيُّ لَيْلَةٍ لَيْلَةُ الْقَدْرِ مَا أَقُولُ فِيهَا قَالَ قُولِي اللَّهُمَّ إِنَّكَ عُفُوٌّ تُحِبُّ الْعَفْوَ فَاعْفُ عَنِّي

Daripada Aisyah radhiyallahu ‘anha, ia berkata, “Aku pernah bertanya pada Rasulullah SAW, iaitu jika ada suatu hari yang aku tahu bahawa malam tersebut adalah lailatul qadar, apakah doa yang mesti aku ucapkan?” Jawab Rasululullah SAW: “Berdoalah: Allahumma innaka ‘afuwwun tuhibbul ‘afwa fa’fu’anni (Ya Allah, sesungguhnya Engkaulah yang maha pengampun dan sentiasa memberi pengampunan atas kesalahan hambamu, maafkanlah segala kesalahanku.”
(Sunan Tirmizi No: 3513)
Dar Kutub Ilmiyyah.
Status: Hadis Sahih

*Kredit: kapsul_tazkirah
~~~    

‎أَشْهَدُ أَنْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ، وَأَسْتَغْفِرُ اللهَ أَسْأَلُكَ الجَنَّةَ، وَأَعُوْذُ بِكَ مِنَ النَّارِ

“Aku bersaksi bahwa tidak ada sesembahan yang berhak disembah selain Allah dan aku memohon keampunan pada Allah, aku meminta syurga dan meminta perlindungan dari neraka.”

‎اللَّهُمَّ إِنَّكَ عُفُوٌّ تُحِبُّ الْعَفْوَ فَاعْفُ عَنِّي

"Ya Allah, sesungguhnya Engkau adalah Dzat yang Maha Pemaaf. Engkau suka memaafkan, maka maafkanlah aku."

اَللّٰهُمَّ ارْ زُقْنَا لَيْلَةَ الْقَدْرِ
فِي هٰذِ السّنَةِ وفِي كُلِّ سَنَةِ

“Ya Allah, Ya Tuhan kami, Rezekikanlah kami Lailatul Qadar pada tahun ini dan pada setiap tahun akan datang.”