---- B e r i t a ~~~ S e m a s a ---

Solatlah diawal waktu, perkara yang disukai Allah. Amalkan solat witir, kerana Allah menyukai witir(tidak berpasangan/ganjil). Banyakkan selawat keatas junjungan Nabi Muhammad SAW.

Saturday, September 29, 2012

Selamat Menunaikan Haji, Abu Hanifah

Selamat Menunaikan Haji Sdra Abu Hanafiah Lan!!! Hari ini 29hb Sep 2012, jam 11:30pagi, Majlis Kesyukuran dan Doa Selamat diadakan di kediaman Abu Hanafiah sempena keberangkatan beliau ke Tanah Suci pada 6hb Okt 2012 nanti, penerbangan KT68.

Bacaan Yassin dan Doa Selamat telah dipimpin oleh Tn Hj Raduan. Ramai ahli qariah yang hadir, alhamdulillah. Semoga mendapat haji yang mabrur, yang membawa kebaikan pada diri, keluarga dan jiran serta masyarakat umumnya, insyallah. Beberapa keping gambar yang sempat dirakam oleh Tn Hj Kamal kita dipaparkan dibawah. Thx again bro...

 
 
 

Friday, September 28, 2012

Mesyuarat Agong Tahunan Kali ke-9

Alhamdulillah, malam semalam telah berlangsungnya Mesyuarat Agong Tahunan Kali ke-9, bagi membentangkan Laporan Tahunan 2011 seperti yang telah dihantar kepada Pejabat Agama Islam Daerah Gombak.

Mesyuarat bermula selepas solat maghrib, jam 7:45 malam, dengan dihadiri oleh lebih kurang 40 ahli jemaah. Pengerusi Surau At-Tarbiyyah, Ir Tn Hj Syed Salim telah mempengerusikan sendiri majlis tersebut dan doa selamat telah dibacakan oleh Imam Hj Raduan.

Mesyuarat dimulakan dengan membentangkan Minit Mesyuarat Agong Kali ke-8 dan telah disahkan oleh Hj Raduan dan disokong oleh Tn Hj Amran Haron. Laporan Kewangan  berakhir Disember 2011 dan Ogos 2012 telah dibentang oleh Bendaharim Tn Hj Hamzah Mohamad.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 9:15 malam. Berikut adalah beberapa keping gambar yang sempat dirakam oleh Tn Hj Kamal.... Thx bro....
 
 
 
 

Tuesday, September 25, 2012

Majlis Mesra Idilfitri 1433H

 

Sabtu, 15hb September 2012 bersamaan 28 Syawal 1433H, Surau At-Tarbiyyah telah pun mengadakan Majlis Mesra Idilfitri 1433H, di perkarangan Surau At-Tarbiyyah, Taman Bukit Indah, Ampang. Alhamdulillah. semuanya berjalan lancar seperti yang dirancang.

Kerja-kerja gotong royong bagi membuat persiapan memasak telah pun dimulakan seawal jam 9:00 malam hari Jumaat malam Sabtu. 3 ekor kambing telah ditumbangkan untuk dihidangkan kepada para tetamu. Seperti biasa hidangan satay, ABC juga disediakan untuk tetamu.

Pada jam 10:30 pagi para tetamu mula mengambil tempat untuk menikmati juadah yang disediakan. Para AJK semua begitu segak dengan baju melayu yang sedondong bertungkus lumus melayan para tetamu. Serba hijau.. sedap mata memandang!!! 

 

Tetapi sayang seribu kali sayang, ku cari, ku hendap, ku intai, tetap tidak ku temui... Setiausaha Surau At-Tarbiyyah rupa-rupanya "off duty". Beliau memohon maaf kerana terpaksa bergegas ke Jerteh kerana membuat persiapan perkahwinan adindanya pada keesokkan harinya 16hb Sep 2012 kebetulan cuti umum Hari Malaysia. Melepaslah kau yob!!! Kambing gulai Pak Usop dan Mak Laily ko!!!! 

Berikut adalah beberapa keping gambar yang sempat dirakam oleh jurukamera pra-profesional kita Tn Hj Kamal.... bravo!! Terima kasih Tn Haji.... Lain kali suruh lagi!!!