---- B e r i t a ~~~ S e m a s a ---

Solatlah diawal waktu, perkara yang disukai Allah. Amalkan solat witir, kerana Allah menyukai witir(tidak berpasangan/ganjil). Banyakkan selawat keatas junjungan Nabi Muhammad SAW.

Friday, July 18, 2008

Air Mata Rasulullah

Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam. "Bolehkah saya masuk?" tanyanya. Tapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk, "Maafkanlah, ayahku sedang demam", kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu.
Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah, "Siapakah itu wahai anakku?""Tak tahulah ayahku, orangnya sepertinya baru sekali ini aku melihatnya," tutur Fatimah lembut. Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan.
Seolah-olah bahagian demi bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang. "Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia. Dialah malaikatul maut," kata Rasulullah, Fatimah pun menahan ledakkan tangisnya. Malaikat maut datang menghampiri, tapi Rasulullah menanyakan kenapa Jibril tidak ikut sama menyertainya.
Kemudian dipanggilah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut ruh kekasih Allah dan penghulu dunia ini. "Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?", tanya Rasululllah dengan suara yang amat lemah. "Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti ruhmu. "Semua syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu," kata Jibril.
Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega, matanya masih penuh kecemasan. "Engkau tidak senang mendengar khabar ini?", tanya Jibril lagi. "Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?" "Jangan khuatir, wahai Rasul Allah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku: "Kuharamkan syurga bagi siapa saja, kecuali umat Muhammad telah berada di dalamnya," kata Jibril. Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan ruh Rasulullah ditarik. Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang.
"Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini."Perlahan Rasulullah mengaduh. Fatimah terpejam, Ali yang disampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka. "Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril? "Tanya Rasulullah pada Malaikat pengantar wahyu itu. "Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal, " kataJibril. Sebentar kemudian terdengar Rasulullah mengaduh, karena sakit yang tidak tertahankan lagi.
"Ya Allah, dahsyat nian maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku. "Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi. Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, Ali segera mendekatkan telinganya. "Uushiikum bis solati, wa maa malakat aimanuku" "Peliharalah solat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu. "Diluar pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan.
Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatka ntelinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan. "Ummatii,ummatii,ummatiii?" - "Umatku, umatku, umatku" Dan, berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu. Kini, mampukah kita mencintai sepertinya?
Selawat dan salam ke atas junjungan Muhammad s.a.w. Betapa cintanya Rasulullah kepada kita. Adakah kita begitu terhadap baginda?? Renungkanlah!!!

Program Khairat


Malam Jumaat semalam, 17hb Julai 2008, kita telah membuat pengumuman tentang program kutipan untuk melaksanakan program membeli keperluan peralatan kenduri dianggarkan berjumlah RM5000.00.
Melalui program ini surau akan mempunyai peralatan yang mencukupi untuk keperluan kenduri-kendara bagi kegunaan ahli qariah dan ahli juga dialu-alukan untuk menyertai gotong royong kerja-kerja memasak dan pengendalian majlis kenduri-kendara tersebut.
Bagi melihat program tersebut terlaksana, setiap ahli perlu memberi sumbangan ikhlas minima sebanyak RM200.00 dan sebagai ahli mereka boleh menggunakan peralatan tersebut secara percuma.
Program pertama kita ialah kenduri kahwin Along anak Pak Leh bulan Ogos ni dan beliau memohon kita bergotong-royong menjayakan majlis tersebut dari kerja masak-memasak sehingalah majlis kenduri-kendara selesai.
Kerjasama ahli qariah sekalian bagi menjayakan program dan hasrat ini dan sumbangan segera dari tuan-tuan yang mulia amatlah diharapkan . Segala sumbangan boleh disalurkan terus kepada Bendahari Sdr Hamzah, Setiausaha Sdr Pok Ya, Sdr Hj Rasali dan Sdr Hj Riduan.

Semoga Allah sentiasa memberi rahmat ke atas hamba-hambaNya.

Hadis Rasulullah S.A.W



Hadis Abu Hurairah r.a:


Nabi Muhammad s.a.w telah bersabda: Apabila seseorang dari kamu bangkit dari tidur, maka hendaklah dia memasukkan air ke dalam hidung dan menghembusnya keluar sebanyak tiga kali kerana sesungguhnya syaitan tidur dalam rongga hidungnya iaitu ketika dia tidur.