---- B e r i t a ~~~ S e m a s a ---

Solatlah diawal waktu, perkara yang disukai Allah. Amalkan solat witir, kerana Allah menyukai witir(tidak berpasangan/ganjil). Banyakkan selawat keatas junjungan Nabi Muhammad SAW.

Monday, November 30, 2015

Titian Sirat sangat gelap

 Image result for neraka jahanam
Dengar huraian kitab tentang Syurga & Neraka... Rupa-rupanya titian Sirat tu sangat gelap.
Sahabat bertanyakan Nabi SAW kalau gelap macamana kita nak melintasinya. Kata Nabi SAW, dengan cahaya yang keluar daripada anggota tubuh badan kita. Terang atau malap cahaya kita itu bergantung kepada amalan kita ketika di dunia.

Ada orang anggotanya bercahaya terang benderang, maka senanglah dia melintasi titian sirat. Ada orang cahayanya hanya terdapat pada ibu jari kakinya sahaja, maka melintaslah dia dengan cahaya yang terbatas itu.

Ada orang pula cahayanya kejap ada dan kejap padam, ketika keluar cahaya dia pun berjalan dan ketika cahaya hilang dia berhenti seketika, begitulah dia sepanjang perjalanannya. Ya Allah, dengar macam ni kita rasa kita adalah orang yang mempunyai cahaya yang gilang gemilang, yang sekejap ada sekejap tak ada atau yang bercahaya pada hujung kakinya sahaja??

Takutnya, Doa Rasulullah memohon cahaya:

Ya Allah,
Jadikanlah cahaya di dalam penglihatanku,
Jadikan cahaya di pendengaranku,
Jadikan cahaya di lisanku,
Jadikan cahaya di dalam hatiku,
Jadikan cahaya di kananku,
Jadikan cahaya di kiriku,
Jadikan cahaya di depanku,
Jadikan cahaya di belakangku,
Jadikan cahaya di atasku,
Jadikan cahaya di bawahku,
Jadikan untukku cahaya di hari Kiamat,
dan anugerahkanlah kepadaku cahaya yang gilang gemilang.

Aamiin Ya Rabbal'alamiin..
Ahli-ahli syurga adalah orang-orang yang tidak akan bercakap perkara-perkara yang lagho..
Ahli-ahli syurga adalah orang yang bila bercakap tidak akan mengeluarkan kata-kata yang menyakitkan hati orang lain.
Ahli-ahli syurga adalah orang-orang yang waktu lapangnya hanya dihabiskan dengan membaca Quran dan melafazkan zikir memuji Allah.
Kata Nabi SAW, ahli Neraka itu dia tidak mati dan tidak hidup, maknanya dia kejap mati, kejap hidup, begitulah hingga tamat tempohnya di Neraka itu.
Tubuh badan anak Adam dilebarkan oleh Allah di dalam neraka beberapa hasta supaya kesakitan yang dirasai itu lebih banyak... 😭😭😭

Neraka itu terlalu gelap kerana apinya terlalu panas. Bayangkan berapa lama di Neraka kerana kerana dosa-dosa? Seseorang yang hidup sentiasa dalam ketaatan kepada Allah, doa para ulamak agar orang ini juga akan mati dalam ketaatan kepada Allah.

Ada yang dibakar hingga tamat tempoh, kemudian bila dah habis, dia diam di dalam Neraka menjadi arang, hinggalah tiba masa semuanya keluar masuk ke Syurga. Bayangkanlah orang bukan Islam, berapa lama dia akan tinggal di Neraka Allah. Sebab itu kadang-kadang mengalir air mata kita bila kita lihat lalu nya jenazah orang-orang yang bukan Islam.

Nabi SAW akan tunggu semua umatnya masuk ke Syurga barulah nabi melangkah masuk ke Syurga.
Diriwayatkan Nabi SAW tunggu sampai orang yang terakhir melintas titian Sirat, dia berjalan dengan lambatnya. Nabi tetap tunggu.

Titian sirat itu gelap sebab ia dibentangkan di atas Neraka Jahannam.

Di hadapan titian Sirat itulah Syurga. Ada yg berjalan selaju angin, orang-orang ini yang tidak pernah menyakitkan hati orang lain, sentiasa memberi daripada menerima. Orang yang terakhir, adalah orang yang lemah imannya.

Diriwayatkan Syurga, pinggirnya saja sudah terlalu indah, belum lagi masuk ke dalamnya, suara ahli Syurga teramat merdu suaranya. Selepas dia melintas titian Sirat, dia melihat sebatang pokok besar yang di bawahnya ada air yg mngalir. Dia minta pada Allah untuk duduk di situ, Allah kata duduk lah!!

Kemudian di hadapan lagi dia tengok ada pokok lain yang lagi indah, dia mintak nak berada di bawah pokok tu, Allah pun izin!!

Kemudian dia tengok lagi di hadapannya pokok yang lagi indah,  yang ada banyak lagi kenikmatan,  dia pun mintak lagi nak duduk di situ, Allah pun benarkan juga!!

Dari situ dia dengar suara-suara orang di dalam Syurga, suara-suara itu begitu merdu, dia minta dengan Allah untuk masuk dalam Syurga. Allah pun benarkan!!

Bila masuk, dia keluar semula, dia tanya Allah, adakah tempat utk dia?

Allah berfirman, pernah tak dengar masa di dunia dulu org yang paling kaya? Dia kata pernah! Allah kata sesungguhnya untuk mu akan ku anugerahkan 10x ganda malah lebih-lebih lagi berbanding kekayaan orang yang paling kaya tu.

Masya Allah betapa pemurahnya Allah. Orang yang paling akhir pun diberi nikmat sebegitu besar apatah lagi orang-orang yang taat pada Allah.