---- B e r i t a ~~~ S e m a s a ---

Solatlah diawal waktu, perkara yang disukai Allah. Amalkan solat witir, kerana Allah menyukai witir(tidak berpasangan/ganjil). Banyakkan selawat keatas junjungan Nabi Muhammad SAW.

Saturday, June 12, 2010

Selamat Pengantin Baru Mohd Azhar & Nor Sabrina

Amin...Amin...Amin... Ya Robbal'alamin!!! Syukur Alhamdulillah, kehadhrat Allah jua kita panjangkan rasa kesyukuran dan kenikmatan yang telah dikurniakan kepada kita semua. Hari ini terciptalah satu sejarah dalam keluarga Tn Hj Roslan dan Hjh Hasnah sekeluarga atau lebih senang dikenali dengan panggilan Cikgu Roslan dan Kak Hasnah.

Tanggal 5hb Jun 2010 yang lalu, rombongan mereka sekeluarga telah selamat ke Kuala Krai , Kelantan untuk upacara akad nikah anakanda mereka Mohd Azhar b Hj Roselan dan pasangannya Nor Sabrina bt Mohd Nor.

Hari ini, 12hb Jun 2010, tibalah pula giliran Cikgu Roslan sekeluarga mengadakan majlis sambut menantu. Majlis dimulakan dengan Majlis Khatam Quran oleh ahli qariah Surau At-Tarbiyyah dirumah beliau tepat jam 10 pagi.

Majlis Khatam dikemudikan oleh Imam 3 Tn Hj Radzuan b Ahmad. Beberapa hli qariah dan keluarga Cikgu Roslan mengambil bahagian dalam majlis ini. Bermula Surah Ad-Dhuha hinggalah An-Nas disusuli dengan doa khatam Quran.


Pakaian Cikgu Roslan sekeluarga yang sedondong menceriakan lagi majlis sejak pagi lagi. Lihatlah gaya Cikgu Roslan dan isteri Hjh Hasnah secara sepontan sebelum ketibaan tetamu.

Tepat jam 12 tgh para tetamu telah mula tiba dan menjamu selera dengan hidangan yang disediakan oleh FARIS CATERING. Kelihatan tetamu istimewa Tn Hj Zainal dengan penuh semangat mengambil juadah yang disediakan....baik-baik Tn Hj!!!!

Namun kusangka panas hingga ke petang, rupanya hujan ditengahari!! Hari yang terang benderang dari pagi tiba-tiba hujan rahmat mencurah turun walaupun tidak selebat mana tetapi cukup untuk membasahkan tetamu yang hadir.

Apa lagi, penyambut tetamu yang tidak asing lagi Tuan Pengerusi Surau At-Tarbiyyah, Tn Hj Syed Salim b Syed Abu Bakar dan Tn Hj Rasali b Abd Rahman basah kuyup lah... namun beliau cukup tabah macam dah biasa je main hujan!!!! Tengoklah ni sempat lagi ber"posing". Baju dah melekat kat badan tu hah!!

Inilah pelamin untuk pengantin yang tersergam indah menunggu kedua-dua mempelai untuk disandingkan.

Hujan reda tepat jam 1:30 petang, seolah-olah tau itulah masa yang ditunggu-tunggu oleh para tetamu. Kedua-dua mempelai telah tiba untuk diarak masuk ke perkarangan rumah dan dibawa ke pelamin yang tersergam indah.

Lihatlah kedua-dua pengantin, sama padan, sama elok, bagai pinang dibelah dua, di arak masuk ke pelamin

Inilah kelainannya, pengantin diarak sambil kompang dipalu oleh Persatuan Anak-anak Yatim Malaysia Cawangan Hulu Langat. Panjang berbaris tu hah... bunyi pun bergegar jantung ni hah.... tahniah anak-anak semua..

Ini pula barisan rombongan dari Kuala Krai, Kelantan... keluarga pihak pengantin perempuan...

Rombongan lelaki ahli keluarga pengantin perempuan turut sama berarak bersama pengantin

Sebaik pengantin masuk dan bertakhta disinggahsana pelamin, anak-anak ini terus bernasyid diiringi oleh paluan alat muzik yang dibawa khas. Doa selamat ke atas pengantin dibacakan oleh Tn Hj Ahmad b Kholidiyah.

Gong, gendang besar, kompang dan macam-macam lagi... nasyid dialun, lagu disusun, pakaian yang santun, gaya ditonton... memang hebat anak-anak ni...

Dah penat bernasyid kan.... sorruuu lah pulak.... tekak pun dah kering ni.... makan dik..makan!! jangan malu-malu....

Berselera sungguh anak-anak ni.. maklumlah ada makcik yang jaga ni hah... siap tambahkan lagi... macam kenal je ni...

Memang tak kusangka, anak-anak ni beratur panjang dihadapan khemah menunggu pengantin keluar rupanya... untuk apa??? Hanya untuk mengucapkan tahniah dan selamat tinggal kepada kedua-dua mempelai... aduhhhh..tersentuh hati rasanya...

Para tetamu pun dah ramai yang balik, apa lagi... kedua-dua pengantin sempat bergambar dengan ayah dan mak..Cikgu Roslan dan Hjh Hasnah..

Ni macam biasalah... nak tak nak mesti spare sikit kamera ni... Pengerusi kita tak sabar nak bergambar dengan pengantin.... tak apa... no problem... bisa diaturrrrr!!!

Majlis telah berakhir, tetamu dah beransur, khemah telah dikemas, meja dah pun dah dilipat, kerusi dah disusun tinggi, pengantin pun dah penat, apa lagi?? Jomlah kita balik... SELAMAT PENGANTIN BARU KEPADA MOHD AZHAR DAN NOR SABRINA, semoga kekal hingga ke akhir hayat, bahagia buat selama-lamanya.

Kepada semua yang telah bertungkus lumus menjayakan majlis ini, Tn Hj Roslan dan keluarga merakamkan setinggi-tinggi terima kasih yang tak terhingga, jasa dan budi anda semua, Allah jualah yang membalasnya... AMIN...

Thursday, June 10, 2010

Kenduri durian di Kebun Bao Seng, Balik Pulau

Alhamdulillah, percutian ke Pulau Mutiara berjalan seperti yang dirancang. Tiada kesesakan sepanjang Lebuhraya Utara-Selatan. Bertolak jam 10 pagi Isnin sampai ke Jambatan Pulau Pinang tepat jam 2 petang.

Check-in tempat biasa Stallion Apartment di Bukit Dumbar, memang dari dulu inilah tempat kami sekeluarga melepak, bukannya apa, murah dan mudah untuk keluar sana sini, betul-betul tepi Lebuhraya Gelugur-Jambatan Pulau Pinang, ke Tesco pun mudah.

Malam apa lagi, Nasi Kandaq Sharif ler... bila kroni surau nak sampai ni.... mmm.. pergi pun dah lewat gak, nasib baik ada lagi lauk... rezekilah tu...


Esoknya, dah rancang, ingat nak ke Kebun Durian Balik Pulau Bao Seng.Dah lama tak kena ni, paling lama dulu kena masa belajar, dah hampir 20 tahun ooooo.... apa lagi.. kul 11 pagi terus menuju ke Balik Pulau melalui Bayan Lepas, jalan sedang diperbaiki.. gagahkan jugaklah... janji dapat durian kao punya...

BAO SENG Durian Farm ni terletak di Sungai Pinang, Balik Pulau seluas 7 ekar. Kebun ni asalnya milik atuk kepada Ah Seng ni, atau nama penuhnya Chang Teik Seng. Harta pusaka biasalah turun temurun.

Ah Seng, pemilik kebun durian bergambar bersama dengan durian terhebatnya

Kebun ni dah cantik, siap diturap simen untuk kereta turun ke bawah bagi mengelakkan kesesakan jalan Balik Pulau, maklumlah jalan yang sempit ditepi lurah dan bukit. Bermacam-macam jenis durian ada, Udang Merah, Labu Air dan Isi Merah.


Tawaran pakej yang diberikan boleh tahan jugak, satu kepala RM25 dan boleh makan seberapa banyak selagi tak bangun dari kerusi.... hahahaa.. mahu pecah perut.. atau sebiji durian isi merah harganya RM15 - RM20 sebiji. Pilihan ditangan anda, rasa larat makan, ambillah pakej satu kepala, rasa semput makan kira biji je lah... hahahhaaa

Perut tengah kosong, apa lagi ngap durian isi merah, kami berlima termasuk mak bonda, memang kami bawak khusus ke Pulau Pinang untuk jalan-jalan, dah lama tak berjalan katanya... eloklah tu...Kami makan punya makan, tak sedar dah 7 biji habis dimakan.

Ah Seng angkat tangan tanya kami, mau lagi ke? Mak bonda kata udah-udah ler yobb.... karang kereta entah kemana, hotel entah kemana.... hahahaa.. bimbang juga kot-kot pening dan panas badan

Mak bonda tersayang sedang menunjukajar cucu-cucunya cara minum air dikulit durian

Tapi tak risau, sebab mak bonda bagi petua, minum dalam kulit durian yang kita makan tu... mujarab...Di kebun Ah Seng ni ada chalet sekali, satu malam RM180 siap swimming pool.. tapi air bukit ler.. sejuk giler... kira sapa-sapa nak dengar macamana bunyi buah durian jatuh boleh ler... syokkkkk!!!!!
Chalet yang dibina dengan kayu bak rumah Melayu siap dengan kolam renang.

Kami sedang menikmati kedinginan angin bukit dan durian Isi Merah

Petua sejukkan badan.... hirup je ler.... air mineral dalam kulit durian.. sruppppp!!!!

Ahli qariah yang rasa nak hubungi Ah Seng, sila lawati http://www.durian.com.my atau email kepada beliau bsfarm@durian.com.my atau telefon beliau 012-401 0800