---- B e r i t a ~~~ S e m a s a ---

Solatlah diawal waktu, perkara yang disukai Allah. Amalkan solat witir, kerana Allah menyukai witir(tidak berpasangan/ganjil). Banyakkan selawat keatas junjungan Nabi Muhammad SAW.

Wednesday, September 21, 2011

Sambutan Mega Raya 1432H

Alhamdulillah,Majlis Mega Raya telah selamat diadakan pada minggu lalu, Ahad 18hb Sep 2011 di perkarangan Masjid Bukit Indah, Ampang. Kesemua surau-surau dibawah jajahan Masjid Bukit Indah menyertai Mega Raya.

Majlis bermula seawal 11 pagi dengan bergambar kenangan antara surau-surau seperti Surau At-Tarbiyyah, Surau Al-Ikhlas, Surau Ulul-Azmi, Surau Al-Huda dan sebagainya. Seekor lembu telah ditumbangkan bersama 10 ekor kambing untuk dihidangkan kepada para tetamu yang berbilang kaum, budaya dan agama.

Inilah pertama dan julung-julung kali diadakan majlis seperti ini bagi memeriahkan lagi suasana sambutan Idilfiri. Kesemua ahli qariah duduk bersama sambil menikmati hidangan yang enak. Pembahagian wang Idilfitri juga diadakan khas untuk anak-anak yatim bagi meringankan beban.

Gambar-gambar Mega Raya yang sempat dirakam: