---- B e r i t a ~~~ S e m a s a ---

Selamat Menyambut Tahun Baru 2016 semoga kita sentiasa mendapat keberkatan Allah.

Wednesday, October 6, 2010

Majlis Sambutan Idilfitri 1431H


Alhamdulillah, syukor kita kehadrat Allah SWT, sepertimana yang dirancangkan, Majlis Sambutan Jamuan Eidul Fitri Surau At-Tarbiyyah bagi tahun 1431H telah berjaya diadakan pada 3hb Okt 2010. Keadaan cuaca yang terang benderang turut meraikan para tetamu yang berkunjung.




Majlis yang bermula pada jam 10.30 pagi hingga jam 2.00 ptg telah menerima kedatangan anak-anak kariah dan para jemputan dalam suasana yang meriah sekali.

Turut hadir sama ialah YB Hj. Khassim b. Abdul Aziz dan isteri serta AJK Masjid Bukit Indah dan surau-surau berdekatan. Turut hadir juga tetamu istimewa iaitu anak-anak yatim dari Darul Hayah, Kg. Melayu, Ampang yang dikelolakan oleh Tn Hj Khalil.

Walaubagaimanapun, pihak pengurusan Surau At-Tarbiyyah memohon maaf kerana ada sebahagian jemputan yang tidak dapat menikmati beberapa menu jamuan yang disediakan kerana habis lebih awal waktu. Kekurangan yang berlaku ini amatlah dikesali dan diharap tidak berulang lagi dimasa akan datang, InsyaAllah.

Terima kasih diucapkan kepada semua AJK dan juga ahli qariah yang terlibat bagi memastikan majlis jamuan hari raya tahun ini berjalan dengan lancar.

Berikut adalah beberapa keping gambar yang sempat dirakam pada majlis tersebut. Gambar-gambar lain akan ditampal dipapan kenyataan surau dalam masa terdekat ini. Semoga majlis ini dapat merapatkan lagi ukhwah sesama kita dan memartabatkan Islam secara amnya.



Atau anda boleh terus ke laman web dibawah: Sila klik:

http://picasaweb.google.com/adinor88/Raya2010#slideshow



Selamat Berangkat ke Mekah

Bulan Syawal sudah hampir ke penghujungnya, bagaikan baru semalam kita berpuasa. Dunia berputar begitu cepat sekali. Bulan haji pula kunjung tiba. Ada antara ahli qariah kita yang akan berangkat ke Tanah Suci seawal penerbangan pertama.

Perasaan berkobar-kobar tak terkira bagi setiap insan yang menjadi tetamu Allah, terbayang Baitullah, Mina, Wukuf di Arafah dan sebagainya. Maklum sajalah, menjadi tetamu istimewa Allah SWT. Berbagai dugaan dan rintangan harus ditempuhi.

Bagi pihak AJK Surau, kita mendoakan anak-anak kariah yang akan menunaikan Ibadah Haji, semoga selamat berangkat dan selamat pulang.

Kita mendoakan Allah SWT memberikan kesihatan yang baik sepanjang berada ditanah suci dan sempurna melaksanakan haji meliputi rukun, wajib dan sunat-sunat haji dan dikurniakan haji mabrur, InsyaAllah

Antara ahli qariah kita yang akan berangkat ke tanah suci ialah Sdra Abg Yusof dan isteri, Sdra Che Ibrahim dan isteri serta Sdra Mohammad Syazli bin Fathi serta ibu beliau. Gambar berikut adalah dipetik dari Majlis Tahlil Doa Selamat yang diadakan di kediaman Sdra Abg Yusof minggu lalu.

Bacaan tahlil dan doa selamat diketuai oleh Tn Hj Radzuan b Ahmad.