---- B e r i t a ~~~ S e m a s a ---

Solatlah diawal waktu, perkara yang disukai Allah. Amalkan solat witir, kerana Allah menyukai witir(tidak berpasangan/ganjil). Banyakkan selawat keatas junjungan Nabi Muhammad SAW.

Wednesday, August 9, 2023

Ampunilah Dosaku

 Cara Untuk Menyucikan Diri Dari Dosa

Imam al-Nawawi dalam Riyadh al-Salihin menyatakan: “Para ulama berkata, bertaubat dari setiap dosa hukumnya adalah wajib. Jika dosa itu antara hamba dengan Allah SWT, yang tidak ada sangkut pautnya dengan hak manusia, maka syaratnya ada tiga:

•  Menjauhi dan meninggalkan maksiat

•  Menyesal kerana telah melakukan maksiat tersebut.

•  Berazam dan bertekad untuk tidak mengulangi perbuatan maksiat itu selama-lamanya.

Jika salah satu syarat tidak dipenuhi, maka taubatnya tidak sah.

Namun, sekiranya maksiat itu berkaitan dengan hak manusia yang lain, maka syaratnya ada empat. Iaitu ketiga-tiga syarat di atas (dan ditambah satu syarat lagi, iaitu):

•  Hendaklah dia meminta dibebaskan daripada hak orang yang dizaliminya. Jika berbentuk harta maka dia harus mengembalikannya kepada tuannya. Jika dalam bentuk umpatan, tuduhan atau seumpamanya, maka hendaklah dia meminta maaf kepadanya.
(Lihat Riyadh al-Salihin, hlm. 41-42)

Diriwayatkan oleh Saidina Abu Bakr Al-Siddiq RA beliau berkata: Aku mendengar Rasulullah ﷺ bersabda:
"Tidak ada seorang hamba yang melakukan satu dosa, lalu dia memperelokkan dalam bersuci dan dia kemudiannya bangun lalu mengerjakan solat dua rakaat dan memohon keampunan kepada Allah melainkan Allah akan mengampunkan dosanya."
Kemudian dia membaca ayat ini:

‏ وَالَّذِينَ إِذَا فَعَلُوا فَاحِشَةً أَوْ ظَلَمُوا أَنْفُسَهُمْ ذَكَرُوا اللَّهَ

Dan mereka yang apabila melakukan satu dosa atau menzalimi diri mereka kemudian mereka mengingati Allah.(Q2:135)

[HR Abu Dawud No: 1521]

Berdasarkan hadis di atas, baginda Nabi ﷺ memberikan suatu cara untuk seseorang yang telah melakukan dosa itu membersihkan diri mereka dari perbuatan tersebut. Iaitu dengan cara mengambil wuduk dengan sempurna, kemudian menunaikan solat dua rakaat dan dituruti dengan istighfar kepada Allah SWT.

Moga kita sentiasa memohon keampunan dan bertaubat daripada dosa dan maksiat.

*Kredit: Nutrisi Hati Quran Daily Al-Muttaqin
~~~
Sesungguhnya, bagi tiap-tiap suatu yang kotor itu ada pencuci khas masing-masing. Justru, ada syampu pencuci rambut, ubat gigi, sabun mandi, sabun cuci pakaian dan sebagainya.
Seterusnya, bagi hati manusia yang kotor juga ada pencucinya, iaitu taubat dan istighfar.

#Taubat bermaksud kembali daripada mengingkari perintah Allah SWT kepada mematuhi perintah-Nya.

# Taubat merupakan penyebab untuk memperoleh kecintaan Allah SWT. Firman Allah:  Al-Baqarah 2:222)

#Taubat merupakan penyebab untuk dimasukkan ke dalam syurga dan diselamatkan daripada neraka. (QS 19:59-60)

# Taubat merupakan penyebab untuk memperoleh keampunan Allah SWT dan rahmat-Nya.

# Taubat adalah penyebab untuk memperoleh doa daripada Malaikat.
(QS 40:7)

‎أَشْهَدُ أَنْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ، وَأَسْتَغْفِرُ اللهَ أَسْأَلُكَ الجَنَّةَ، وَأَعُوْذُ بِكَ مِنَ النَّارِ

“Aku bersaksi bahwa tidak ada sesembahan yang berhak disembah selain Allah dan aku memohon keampunan pada Allah, aku meminta syurga dan meminta perlindungan dari neraka.”

‎اللَّهُمَّ إِنَّكَ عُفُوٌّ تُحِبُّ الْعَفْوَ فَاعْفُ عَنِّي

"Ya Allah, sesungguhnya Engkau adalah Dzat yang Maha Pemaaf. Engkau suka memaafkan, maka maafkanlah aku."