---- B e r i t a ~~~ S e m a s a ---

Solatlah diawal waktu, perkara yang disukai Allah. Amalkan solat witir, kerana Allah menyukai witir(tidak berpasangan/ganjil). Banyakkan selawat keatas junjungan Nabi Muhammad SAW.

Saturday, May 29, 2010

Kerja Menaikkan Bangunan Tambahan Berjalan Lancar

Alhamdulillah. Syukur kita kehadrat Ilahi, dengan keizinanNya, surau kita telah pun memulakan kerja-kerja pengubahsuaian penambahan bangunan baru seperti yang diwar-warkan dalam Mesyuarat Agong Kali Ke-8 dahulu.

Kerja-kerja penambahbaikan bangunan ini menelan belanja hampir RM105,000 dan MNM Teambuilder Sdn Bhd telah dilantik sebagai kontraktor. Alhamdulillah, hasil usaha dan derma ahli qariah semua, kita berjaya mengumpul dana yang diperlukan.

Dalam perkiraan, bangunan tersebut akan siap akhir bulan Ogos nanti, tetapi pihak kontraktor yang dilantik akan cuba sedaya upaya untuk menyiapkannya sebelum bulan Ramadhan, Insyallah.

Insyallah, dalam bulan Ogos nanti surau kita akan berubah wajah , semoga bangunan tambahan serba moden ini akan dimunafaatkan oleh ahli qariah sekelian.

Pagi ini, kita sempat merakamkan kerja-kerja ubahsuai berjalan lancar.

Salah seorang pekerja sedang melakukan kerja-kerja ubahsuai. Bangunan tambahan ini terletak dibahagian belakang surau iaitu tempat penyediaan memasak.

Ini adalah pandangan sisi, kawasan sekitar dipenuhi kayu-kayan dan besi cerucuk. Anak-anak diminta lebih berhati-hati melalui kawasan ini bagi mengelak kejadian yang tidak diingini.

Lagi pandangan lebih jelas, kedudukan bangunan tambahan yang sedang diubahsuai.

Kawasan parkir surau dipenuhi mesin pengisar simen, batu-batu dan pasir.

Monday, May 24, 2010

Walimatulurus - Tn Hj Roslan

Alhamdulillah. Pada hari Sabtu yang lalu, 22hb Mei 2010, satu mesyuarat Walimatulurus bagi menyambut menantu Tn Hj Cikgu Roslan dan keluarga telah berlangsung dirumah beliau selepas Isyak.

Perbincangan dipengerusikan sendiri oleh Tn Hj Syed Salim selaku Pengerusi Surau. Antara yang dibincangkan ialah:

  1. Tarikh majlis walimatulurus
  2. Kedudukan khemah untuk tetamu
  3. Perlantikan penyambut tetamu
  4. Penempatan anggota RELA pada hari majlis
  5. Penyediaan bena, papan tanda dan bunga rampai
  6. Majlis Khatam Quran oleh anak-anak yatim
  7. Kedudukan letak kereta bagi tetamu
  8. Pemantauan hidangan
  9. Menentukan lokasi bagi menempatkan lauk pauk.
  10. Keselamatan rumah ketika majlis berlangsung
Majlis akad nikah akan diadakan di Kg Guchil, Kuala Krai, Kelantan pada 5hb Jun 2010 selepas Isyak. Rombongan akan bertolak dari Bukit Indah pada 5hb Jun 2010 jam 9 pagi. Ahli qariah yang berkelapangan bolehlah ikut serta.

Tn Hj Roslan sedang memberi taklimat bagi memulakan mesyuarat Walimatulurus anakanda beliau.
Tn Pengerusi dengan khusyuk mencatit butir-butir yang diperlukan bagi dibincang bersama ahli qariah.

Antara ahli qariah yang hadir dalam mesyuarat tersebut. Hj Fathul tersenyum lebar, sedang berkira-kira apa aku nak buat nanti, sebab bulan Julai adalah hari Walimatulurus anakanda beliau pula. Mana-mana yang elok kita copyright ler Tn Hj....

Tn Hj Amran memohon maaf kerana pada tarikh tersebut beliau berada di Kedah atas urusan Walimatulurus Ketua Unit beliau.

Majlis berakhir jam 10:30 malam dengan jamuan meehoon sup dan berbagai kuih muih. Apa lagi, perut dah keroncong, sapu!!!!! Terima kasih Tn Hj Roslan dan keluarga.