---- B e r i t a ~~~ S e m a s a ---

Solatlah diawal waktu, perkara yang disukai Allah. Amalkan solat witir, kerana Allah menyukai witir(tidak berpasangan/ganjil). Banyakkan selawat keatas junjungan Nabi Muhammad SAW.

Saturday, May 29, 2010

Kerja Menaikkan Bangunan Tambahan Berjalan Lancar

Alhamdulillah. Syukur kita kehadrat Ilahi, dengan keizinanNya, surau kita telah pun memulakan kerja-kerja pengubahsuaian penambahan bangunan baru seperti yang diwar-warkan dalam Mesyuarat Agong Kali Ke-8 dahulu.

Kerja-kerja penambahbaikan bangunan ini menelan belanja hampir RM105,000 dan MNM Teambuilder Sdn Bhd telah dilantik sebagai kontraktor. Alhamdulillah, hasil usaha dan derma ahli qariah semua, kita berjaya mengumpul dana yang diperlukan.

Dalam perkiraan, bangunan tersebut akan siap akhir bulan Ogos nanti, tetapi pihak kontraktor yang dilantik akan cuba sedaya upaya untuk menyiapkannya sebelum bulan Ramadhan, Insyallah.

Insyallah, dalam bulan Ogos nanti surau kita akan berubah wajah , semoga bangunan tambahan serba moden ini akan dimunafaatkan oleh ahli qariah sekelian.

Pagi ini, kita sempat merakamkan kerja-kerja ubahsuai berjalan lancar.

Salah seorang pekerja sedang melakukan kerja-kerja ubahsuai. Bangunan tambahan ini terletak dibahagian belakang surau iaitu tempat penyediaan memasak.

Ini adalah pandangan sisi, kawasan sekitar dipenuhi kayu-kayan dan besi cerucuk. Anak-anak diminta lebih berhati-hati melalui kawasan ini bagi mengelak kejadian yang tidak diingini.

Lagi pandangan lebih jelas, kedudukan bangunan tambahan yang sedang diubahsuai.

Kawasan parkir surau dipenuhi mesin pengisar simen, batu-batu dan pasir.

No comments:

Post a Comment