---- B e r i t a ~~~ S e m a s a ---

Solatlah diawal waktu, perkara yang disukai Allah. Amalkan solat witir, kerana Allah menyukai witir(tidak berpasangan/ganjil). Banyakkan selawat keatas junjungan Nabi Muhammad SAW.

Thursday, October 25, 2012

Selamat Idil-Adha 1433H

Selamat Hari Raya Idil-Adha 1433H. Pihak pengurusan surau menjemput semua ahli qariah bersama-sama mengerjakan solat sunat Idil-Adha pagi esok bermula jam 8:15 pagi dan melakukan ibadah kurban pada jam 9 pagi. Sebanyak 4 ekor lembu akan dikorbankan esok.

Marilah kita bersama-sama bertakbir, bertahmid dan bertasbih kehadrat Allah SWT. Bersama ini dilampirkan takbir untuk ingatan kita semua. Insyallah

Sunday, October 21, 2012

Gotong Royong Persediaan Korban

Ahad, 21hb Oktober 2012, satu gotong royong sempena persediaan Korban telah berlangsung pagi tadi tepat jam 9 pagi. Gotong royong dimulakan dengan membuat lubang bagi penyembelihan dan pembuangan sisa sembelihan dan lapah nanti.

Ramai ahli qariah yang hadir dan bersama-sama menyiapkan kerja-kerja membuat lubang dan menebang pokok nangka. Gambar-gambar dibawah akan menjawab segala yang berlaku ketika gotong royong.

Wan Askar sedang menggali lubang
Lain macam Hj Hamzah ni
Hj Awang tu turut sama
Masing-masing stand-by nak bantu ke nak tengok..hheee
Ni lah dia... Hj Hamzah king of the king
Ingat lembu je tali leher, pokok pun kena jugak
Acara tarik tali lawan pokok nangka-Acara Utama
Amacam, ada boleh ke nak lawan pokok nangka
Wan askar takik pokok nangka

1-2-3.....tarik!!!!!!!!
Amboi----dah tumbang yob
Pokok nangka dah terbujur

Adat Berkampong Cik Gu Hj Roselan

Alhamdulillah, malam tadi berlangsungnya Majlis Berkampong di kediaman Cik Gu Hj Roselan bagi membuat persiapan kenduri kahwin anak perempuannya pada 11hb Nov 2012 nanti. Majlis dimulakan dengan bacaan Yasin dan doa selamat diketuai oleh Imam Tn Hj Salleh.

Malam tadi juga bertembung dengan Perlawanan Badminton Terbuka Denmark dimana Datuk Lee Chong Wei melawan Jorgensen dari Denmark dan juga Final Bola Piala Malaysia antara Kelantan dan ATM, namun ahli qariah yang hadir tetap meneruskan majlis berkampong sehingga selesai.

Istiadat berkampong diketuai oleh Tn Hj Rasali kerana beliau berpengalaman dengan hal nikah kahwin ni, almaklumlah pernah bermenantu dan bercucu pun... dah naik pangkat jadi Datok Rasali daaahhh......

Majlis merumuskan :

1. Majlis berlangsung: 11hb Nov 2012 (AHAD)
2. Majlis Khatam Quran dan akad nikah: 11hb Nov 2012 (AHAD) jam 10 pagi. Majlis ini akan diketuai oleh muslimah.
3. Majlis jemputan akan bermula jam 11:30 pagi hingga 5 petang.
4. Seperti biasa untuk keselamatan dan juga tempat letak kereta, anggota RELA telah ditempah.
5. Khemah akan didirikan dihadapan rumah dan juga di atas padang bersebelahan rumah Abg Nan
6. Ahli qariah samada mempunyai uniform atau tidak diminta memberi khidmat pada hari tersebut samada sebagai penyambut tetamu atau sebagainya seperti menjaga lauk pauk.
7. Oleh kerana sekarang adalah musim hujan, maka persediaan sepepagi hari Ahad 11hb Nov 2012 dengan mengambil besi longkang surau.
8. Katering telah pun ditempah.
9. Cenderahati tetamu akan diletakkan dibawah khemah yang akan dipasang nanti.
10. Rumah persinggahan pengantin lelaki adalah di Homestay Kg Melayu, Ampang.
11. Persiapan papan tanda arah akan dibuat secara gotong royong pada hari Khamis malam Jumaat di surau dan mula pasang pada hari Sabtu malam Ahad, diketuai oleh Tn Hj Hairuddin,

Majlis disudahi dengan jamuan makan malam dan tidak lupa siaran secara langsung badminton terbuka Denmark. Datuk Lee Chong Wei ke final. Syabas Datuk!!

Antara gambar sempat dirakam: