---- B e r i t a ~~~ S e m a s a ---

Solatlah diawal waktu, perkara yang disukai Allah. Amalkan solat witir, kerana Allah menyukai witir(tidak berpasangan/ganjil). Banyakkan selawat keatas junjungan Nabi Muhammad SAW.

Saturday, October 4, 2008

Selamat Menyambut Idilfitri

Saya selaku Pengerusi Surau At-Tarbiyyah mewakili semua AJK mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Idil-Fitri kepada semua muslimin dan muslimat dimana saja berada. Maaf Zahir dan Batin.

Semoga madrasah Ramadhan pada kali ini berupaya meningkatkan lagi tahap keimanan dan ketaqwaan kita dalam mengimarahkan surau kita dan berjihad ke jalan Allah dalam menegakkan kalimahNya.

Biarlah Syawal yang menjelma dan diharapkan bulan-bulan mendatang dikendung, dipikul umpama mencari Lailatul-Qadar. Akhir kalam, kami menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf atas segala keterlanjuran kata, kekasaran bahasa dan tingkah laku, berhati-hatilah ketika memandu, utamakan keselamatan, hormatilah undang-undang jalan raya dan ingatilah yang tersayang.

Sumbangan Ramadhan

Alhamdulillah. Bersyukur kita kehadhrat Allah s.n.w yang telah melimpahkan rezeki kepada hambanya mengikut ketentuanNya.

Sempena Ramadhan tahun ini, surau kita telah menerima sumbangan kewangan daripada pihak Tenaga Nasional Berhad (TNB) sebanyak RM7,000.00, daripada Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) sebanyak RM400.00, sumbangan ADUN, sebanyak RM1,000 dan Masjid Bukit Indah sebanyak RM500.00.

Pihak surau juga menerima sumbangan dari ahli-ahli qariah bagi merealisasikan kerja-kerja menambahbaikan surau sebelum Ramadhan. Gambar sebelah menunjukkan Sdr Hamzah Mohamad, Bendahari Surau At-Tarbiyyah menerima sumbangan daripada Y.Bhg Dato' Mohamad Nazir Meraslam, Timbalan Nazir MBI.
Pihak pengurusan Surau At-Tarbiyyah mengucapkan syukur dan terima kasih kepada semua yang memberi sumbangan baik dari segi kewangan mahupun tenaga dan idea. Jazakallah.