---- B e r i t a ~~~ S e m a s a ---

Solatlah diawal waktu, perkara yang disukai Allah. Amalkan solat witir, kerana Allah menyukai witir(tidak berpasangan/ganjil). Banyakkan selawat keatas junjungan Nabi Muhammad SAW.

Friday, August 25, 2023

Mesyuarat Agong Pemilihan AJK SAT

1.Adalah dimaklumkan bahawa mesyuarat pemilihan tersebut akan diadakan pada ketetapan berikut:

Tarikh      :21/09/2023 (Khamis mlm Jumaat)
Masa        :Selepas Isya'.
Tempat    :SAT


2.Suka juga diingatkan bahawa cuma ahli kariah yang berdaftar sahaja yang layak utk mencalon, mencadang calon-calon dan menyokong sesuatu jawatan.

3.Sehubungan dengan itu satu senarai ahli qariah ada dipamirkan di surau untuk semakan tuan/puan.

4.Sekiranya tuan/puan tidak tersenarai dalam lampiran tersebut dan ingin mendaftar sebagai ahli kariah SAT,tuan/puan boleh mengisi borang anak kariah yg disediakan secara on line.(Tuan/Puan boleh imbas dengan telefon bimbit keatas QRCODE yang dilampirkan dibawah.

5.Pihak tuan/puan juga boleh mendaftar mengunakan borang fizikal yang boleh didapati di SAT.

6.Tarikh akhir serahan borang pendaftaran(digital dan  fizikal) adalah pada 31/08/2023.

7.Borang yg diterima selepas tarikh tersebut tidak layak menyertai mesyuarat pemilihan kali ini.

8.Sekiranya tuan/puan menghadapi masalah yang berkaitan dgn pendaftaran ini sila hubungi Setiausaha SAT (Tn.Hj.Zakaria 013 3451978).

9.Semoga tuan/puan mengambil cakna dan bersama-sama mengimarahkan surau kita yang tercinta ini.

Sekian.Terima kasih.
Pengurusan SAT 


Tuan/Puan boleh mengimbas QRCORE di atas untuk mendapatkan borang pendaftaran ONLINE melalui telefon bimbit.



Tugas kita di mukabumi ini

Allah SWT memerintah manusia untuk menyembah-Nya dan dilantik pula manusia sebagai khalifah di muka bumi. Dua tugas utama manusia iaitu BERIBADAH dan MENGIMARAH/MENTADBIR/MEMIMPIN. Amanah ini jika terlaksana baik akan mampu mensejahterakan makhluk dan membawa mereka mencintai pencipta, Allah Rabbul Jalil, tersebarnya dakwah, seterusnya beroleh Rahmat daripada-Nya yang maha luas.

Firman Allah SWT:

وَلَوْ أَنَّ أَهْلَ الْقُرَىٰ آمَنُوا وَاتَّقَوْا لَفَتَحْنَا عَلَيْهِم بَرَكَاتٍ مِّنَ السَّمَاءِ وَالْأَرْضِ وَلَـٰكِن كَذَّبُوا فَأَخَذْنَاهُم بِمَا كَانُوا يَكْسِبُونَ

"Dan (Tuhan berfirman lagi): Sekiranya penduduk negeri itu, beriman serta bertaqwa, tentulah Kami akan membuka kepada mereka (pintu pengurniaan) yang melimpah-limpah berkatnya, dari langit dan bumi. Tetapi mereka mendustakan (Rasul Kami), lalu Kami timpakan mereka dengan azab seksa disebabkan apa yang mereka telah usahakan."
(Surah Al-a’raf: 96)

Kita semua adalah pemimpin dan pendakwah sama ada terhadap rakyat, keluarga, isteri, anak-anak, orang bawahan/atasan dan seluruh manusia. Dakwah pula perlu disampaikan dengan penuh hikmah dan pengajaran, bukan dengan cacian, hinaan, merendah, tuduhan dan segala cara yang mazhmumah (tercela).

ٱدۡعُ إِلَىٰ سَبِیلِ رَبِّكَ بِٱلۡحِكۡمَةِ وَٱلۡمَوۡعِظَةِ ٱلۡحَسَنَةِۖ وَجَـٰدِلۡهُم بِٱلَّتِی هِیَ أَحۡسَنُۚ إِنَّ رَبَّكَ هُوَ أَعۡلَمُ بِمَن ضَلَّ عَن سَبِیلِهِۦ وَهُوَ أَعۡلَمُ بِٱلۡمُهۡتَدِینَ

“Serulah ke jalan Tuhanmu (Wahai Muhammad) dengan hikmah kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik; sesungguhnya Tuhanmu Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang yang sesat dari jalan-Nya, dan Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk.”
(Surah An-Nahl: 125)

Usaha sebaik dan semampu kita untuk menjadi pendakwah yang baik, berilmu, berhikmah, amanah dan ikhlas kerana-Nya.

اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم

*Kredit: kapsul_tazkirah
~~~~~
“* Ya Allah, Sesungguhnya kami memohon kepada Engkau petunjuk, taqwa, kehormatan, kekayaan. Ya Allah, perelokkanlah segala urusan kami dan jauhkanlah kami daripada keburukan dunia dan azab api neraka. Ya Allah, jadikanlah kami daripada kalangan orang-orang yang bertaqwa sentiasa dan selama-lamanya Insya-Allah.”*

"Ya Allah, tolonglah kami agar selalu berzikir mengingati-Mu, bersyukur kepada-Mu, dan memperbaiki ibadah kepada-Mu. Aamiin."

‎اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ الْهُدَى وَالتُّقَى
‎وَالْعَفَافَ وَالْغِنَى

"Ya Allah! Sesungguhnya aku memohon kepada-Mu petunjuk, ketakwaan, al-iffah (terhindar daripada perbuatan yang tidak baik) dan al-ghina (kecukupan serta tidak meminta-minta). Aamiin.'

Wednesday, August 23, 2023

Masbuk Solat Jumaat


 

‎ALLAH MELAPANGKAN REZEKI KEPADA HAMBANYA PADA KADAR SEPATUTNYA



وَلَوْ  بَسَطَ  اللّٰهُ  الرِّزْقَ  لِعِبَا دِهٖ  لَبَغَوْا  فِى  الْاَ رْضِ  وَلٰكِنْ  يُّنَزِّلُ  بِقَدَرٍ  مَّا  يَشَآءُ  ۗ اِنَّهٗ  بِعِبَا دِهٖ  خَبِيْرٌۢ  بَصِيْرٌ

“Dan sekiranya Allah melapangkan rezeki kepada hamba-hamba-Nya nescaya mereka akan berbuat melampaui batas di bumi, tetapi Dia menurunkan dengan ukuran yang Dia kehendaki. Sungguh, Dia Maha Mengetahui terhadap (keadaan) hamba-hamba-Nya, Maha Melihat."
(QS. Asy-Syura 42:27)

Ibnul Qayyim berkata, “Fokuskanlah pikiranmu untuk memikirkan apapun yang diperintahkan Allah kepadamu. Jangan menyibukkannya dengan rezeki yang sudah dijamin untukmu. Kerana rezeki dan ajal adalah dua hal yang sudah dijamin, selama masih ada sisa ajal, rezeki pasti datang. Jika Allah dengan hikmah-Nya berkehendak menutup salah satu jalan rezekimu, Dia pasti dengan rahmat-Nya membukakan jalan lain yang lebih bermanfaat bagimu.

Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
“Allah telah mencatat takdir setiap makhluk sebelum 50.000 tahun sebelum penciptaan langit dan bumi.”
(HR. Muslim no. 2653).



‎أَشْهَدُ أَنْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ، وَأَسْتَغْفِرُ اللهَ أَسْأَلُكَ الجَنَّةَ، وَأَعُوْذُ بِكَ مِنَ النَّارِ

“Aku bersaksi bahwa tidak ada sesembahan yang berhak disembah selain Allah dan aku memohon keampunan pada Allah, aku meminta syurga dan meminta perlindungan dari neraka.”

‎اللَّهُمَّ إِنَّكَ عُفُوٌّ تُحِبُّ الْعَفْوَ فَاعْفُ عَنِّي

"Ya Allah, sesungguhnya Engkau adalah Dzat yang Maha Pemaaf. Engkau suka memaafkan, maka maafkanlah aku."