---- B e r i t a ~~~ S e m a s a ---

Solatlah diawal waktu, perkara yang disukai Allah. Amalkan solat witir, kerana Allah menyukai witir(tidak berpasangan/ganjil). Banyakkan selawat keatas junjungan Nabi Muhammad SAW.

Thursday, March 25, 2010

NOTIS MESYUARAT TAHUNAN SURAU KALI KE 8 DAN PENCALONAN AJK SURAU SESI 2010/2013


Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam keatas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, para sahabat, tabi’in, tabi’ tabi’in.

Adalah dimaklumkan bahawa Surau At-Tarbiyyah akan mengadakan mesyuarat tersebut pada tarikh, masa dan tempat seperti berikut:

Tarikh: 11 April 2010/26 Rabi'ulAkhir 1431H
Hari : Ahad
Masa : 9:00 pagi (Pendaftaran) - 12 tghari
Tempat: Surau At-Tarbiyyah, Taman Bukit Indah

Sehubungan dengan ini, semua anak-anak kariah dijemput hadir untuk mengambil bahagian dalam mesyuarat tersebut. InsyaAllah minuman pagi akan disediakan.

Kehadiran anak-anak kariah amatlah dialu-alukan dan diucapkan ribuan terima kasih.

Sekian, Wassalam.

Syed Salim bin Syed Abu Bakar
Pengerusi,
Surau At-Tarbiyyah.

Monday, March 22, 2010

Pesanan Imam Ghazali

Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?

Murid 1: Orang tua
Murid 2: Guru
Murid 3: Teman
Murid 4: Kaum kerabat

Imam Ghazali: Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita ialah MATI. Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati ( Surah Ali-Imran :185).



Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini ?

Murid 1: Negeri Cina
Murid 2: Bulan
Murid 3: Matahari
Murid 4: Bintang-bintang

Imam Ghazali: Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling benar adalah MASA LALU. Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama.



Apa yang paling besar didunia ini ?

Murid 1: Gunung
Murid 2: Matahari
Murid 3: Bumi

Imam Ghazali: Semua jawaban itu benar, tapi yang besar sekali adalah HAWA NAFSU (Surah Al Araf: 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka.



Apa yang paling berat didunia?

Murid 1: Baja
Murid 2: Besi
Murid 3: Gajah

Imam Ghazali: Semua itu benar, tapi yang paling berat adalah MEMEGANG AMANAH (Surah Al-Azab : 72 ). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi khalifah pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah.



Apa yang paling ringan di dunia ini ?

Murid 1: Kapas
Murid 2: Angin
Murid 3: Debu
Murid 4: Daun-daun

Imam Ghazali: Semua jawaban kamu itu benar, tapi yang paling ringan sekali didunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT. Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat



Apa yang paling tajam sekali di dunia ini?

Murid-Murid dengan serentak menjawab : Pedang

Imam Ghazali: Itu benar, tapi yang paling tajam sekali didunia ! ini adalah LIDAH MANUSIA. Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri






Oleh itu, berpeganglah kepada Al-Quran dan Hadis, semoga kita tidak terlalai dengan dugaan dunia. Dunia adalah medan persinggahan sementara sampai Akhirat. Wassalam.