---- B e r i t a ~~~ S e m a s a ---

Solatlah diawal waktu, perkara yang disukai Allah. Amalkan solat witir, kerana Allah menyukai witir(tidak berpasangan/ganjil). Banyakkan selawat keatas junjungan Nabi Muhammad SAW.

Saturday, January 10, 2009

Israel Jahanam - Membunuh 13 ahli Keluarga Rayan

13 ahli keluarga Rayan syahid kerana mempertahankan agama Allah, mempertahankan tanah air Palestin dari Yahudi Israel. JAHANAM ISRAEL.... SEMOGA ALLAH MENJAHANAMKAN MEREKA DENGAN AZAB YANG PEDIH, BALIKKAN HATI MEREKA, GEMENTARKAN LAH HATI-HATI MEREKA...

PECAH BELAHKANLAH HATI DAN PERSAUDARAAN MEREKA, HANCURKANLAH TENTERA ISRAEL YA ALLAH!!! KEMBALIKANLAH TANAH AIR PALESTIN PADA YANG HAK YA ALLAH!!!











Thursday, January 8, 2009

4 punca manusia hidup tidak tenteram

Sekumpulan bekas pelajar sebuah universiti berkumpul menziarahi bekas pensyarah mereka. Pensyarah itu amat gembira menerima kedatangan bekas pelajar yang berjaya dalam jurusan dan kehidupan masing-masing. Mereka bertanya khabar dengan penuh mesra dan terus terang.

Perbincangan berlanjutan sehingga kepada permasalahan berbentuk peribadi. Ada yang mengeluh, mengadu dan meluahkan perasaan yang tertekan dengan pelbagai permasalahan, tekanan hidup berkeluarga, dengan rakan di tempat kerja serta masyarakat sekeliling.

Pensyarah itu hanya tersenyum dan terus menuju ke dapur untuk mengambil cawan pelbagai bentuk dan warna. Ada yang dibuat daripada tembikar, kaca dan plastik. Ada yang cantik, penuh hiasan, kelihatan mahal dan ada yang biasa saja dan murah.

Pensyarah itu menjemput semua bekas anak murid itu minum menggunakan cawan pilihan mereka. Apabila semua bekas pelajar itu mengambil cawan yang terisi air, dia pun berkata: ”Jika kamu perhatikan, semua cawan yang cantik dan mahal itu diambil, yang tinggal hanya cawan yang biasa-biasa dan murah! “Begitulah lumrahnya kita hanya akan memilih yang terbaik (menurut pandangan luaran), sebenarnya itulah punca masalah dan tekanan hidup yang kita semua hadapi!”.

Apa yang kita perlukan sebenarnya adalah air, bukan cawan itu, tetapi kita secara tidak sedar memilih cawan yang cantik saja. Demikianlah kehidupan ini – ibarat air. Kerjaya, wang ringgit dan kedudukan dalam masyarakat semuanya umpama cawan yang beraneka warna itu. Semua itu adalah alat atau pemudah cara untuk meneruskan hidup tetapi kualiti hidup tidak berubah.

Jika kita hanya menumpukan perhatian kepada cawan, kita tidak ada masa untuk menghargai, merasakan dan menikmati air itu. Apa yang pensyarah itu katakan bertepatan dengan apa yang Al-Quran bentangkan mengenai jiwa manusia yang selalu berkeluh kesah dan tidak pernah rasa cukup.

Pelbagai permasalahan kita berpunca daripada empat perkara:
  1. Kita hanya memandang dan menginginkan apa yang ada pada tangan orang lain. Kita tidak nampak atau lupakan nikmat di dalam genggaman kita. Walhal, Allah telah berikan kepada kita. Oleh itu kita tidak rasakan ‘keseronokan’ atau terasa nikmat dengan pemberian itu.
  2. Kita terlalu banyak ‘komplen’ dan komen (mengadu) dan mengeluh serta menyalahkan keadaan sehingga kepada permasalahan sekecil-kecilnya dalam kehidupan dunia ini. Tetapi, kita sering lupa kesusahan dan penderitaan sebenar yang bakal kita hadapi di akhirat kelak.
  3. Kita terlalu mengejar kemewahan, kemegahan dan glamor kehidupan sehingga melupakan tujuan hidup kita sebenarnya. Inilah ujian sebenar hidup yang kadang kala kita rasakan amat memeritkan untuk dihindari, pada hal kita tahu ganjarannya adalah syurga daripada Allah.
  4. Kita selalu menganggap kehidupan di dunia ini untuk hidup selama-lamanya. Oleh itu, kita menghabiskan seluruh sumber dalam diri semata-mata untuk membina pengaruh, mengumpul harta dan kemasyhuran diri seolah-olah ‘kematian’ itu untuk orang lain, bukan untuk kita. Kita lupa semua kejadian akan mati dan walhal akhirat adalah kehidupan abadi.
Oleh itu, dari sekarang kita hentikan perangai suka berkeluh kesah. Kita hargailah kehidupan ini. Kita jalani kehidupan sebagai khalifah Allah, melakukan yang makruf, melarang perkara yang mungkar. Kita mensyukuri nikmat yang ada dan panjangkan nikmat ini kepada orang lain dengan memberikan khidmat menolong dan memudahkan kehidupan orang lain.

Pernah suatu ketika Saidina Ali ditanya oleh seorang lelaki: "Jika diberikan pilihan, mana satukah yang kamu pilih?, kehidupan di dunia atau mati? Jawapan baginda memeranjatkan lelaki itu: “Saya akan pilih kehidupan di dunia, melalui perjuangan dalam kehidupan ini, saya mendapat bekalan untuk mencapai keredaan Allah di akhirat kelak.”

Moga seluruh perjalanan hidup kita diredhai dan dirahmati oleh Allah. Apa guna hidup seorang hamba tanpa keredhaan penciptaNYA.

Wallahuwaklam.

Wednesday, January 7, 2009

Rumah Hj Ridzuan Kecurian - Luahan Hati

Untuk makluman dan perhatian sahabat satu kejadian kecurian berlaku dirumah saya pada malam Isnin lepas dimana penceroboh tersebut telah memasuki bilik anak saya melalui balkoni belakang dan mengambil telefon bimbit serta wang tunai RM20.00 tanpa disedari.

Yang menjadi ketakutan sekarang ialah semasa kejadian anak saya sedang tidur didalam bilik cuba bayangkan sekiranya anak saya tersedar dan terkejut lalu menjerit apa yang akan terjadi atau sipenceroboh melakukan perkara yang tidak baik terhadap anak saya.

Pengajarannya disini ialah sentiasa berhati-hati dan pastikan keselamatan dan jangan mengambil mudah dan tidak peduli sekiranya terdengar sebarang bunyi yang luar biasa pada waktu malam (sebab pada malam tersebut memang saya ada terdengar bunyi macam benda jatuh dan saya terjaga serta terus pasang lampu bilik dan membuat pemeriksaan ringkas sahaja tanpa memasuki mana-mana bilik dan rasanya tak ada apa-apa dan tidur semula kemudian balik dari subuh disurau anak bagitau handphone dia orang curi dan sliding-door dengan grill kena buka)

Berikutnya saya membuat laporan polis dan dimaklumkan bahawa kawasan ampang ni memang serius dengan kejadian kecurian semasa saya buat repot pagi tu pun dan ada 6 kes pecah rumah dilaporkan ini tak termasuk yang tak mahu buat aduan sebab barang tak hilang atau gagal masuk.

Langkah berhati-hati yang perlu diambil.
  1. Maklumkan anak sekiranya hal ini terjadi apa yang patut dia lakukan dan jangan cuba nak jadi hero.
  2. Sediakan senjata untuk setiap orang sekurang-kurangnya untuk mempertahankan diri.
  3. Dapatkan nombor telefon jiran-jiran terdekat atau ahli-ahli jemaah kita untuk dihubungi dalam keadaan kecemasan.
  4. Simpan nombor telefon Balai Polis Bukit Indah 03-4295222 dan 03-42524866 Bilik Gerakan Polis Ampang Jaya.
  5. Cadangan lain adalah dialu-alukan.
Sebagai orang islam kita kena redha apa yang berlaku dan ada hadith sahih yang menyatakan sesuatu musibah itu berlaku sebagai satu kifarah atas dosa-dosa yang kita lakukan. Semoga Allah mengampuni dosa kita, tetapi kita juga wajib mengambil langkah-langkah bagi mencegah sesuatu kejadian buruk itu berlaku .

Wallahu a'lam.
Hj Ridzuan Ahmad

Monday, January 5, 2009

Ulama' Sukk

Telah berkata Saiyidina Umar r.a,
"Perkara yang aku amat khuatiri kepada kamu adalah seorang munafiq yang bijak berbicara". Si munafiq durjana yang ditakuti oleh Saiyidina Umar adalah orang yang memutar belitkan makna AlQuran dan maksud hadis Nabi s.a.w. yang boleh menimbulkan bala dan fitnah terhadap kaum muslimin.

Dalam hal ini, Nabi Muhammad s.a.w. pernah bersabda bahawa : "Aku bimbang ke atas kamu orang-orang yang lebih dahsyat dari dajjal" , bila ditanya siapakah mereka itu? jawab baginda, "Ulama Sukk".

Maksud ulama' sukk adalah ulama yang memutar belitkan tujuan-tujuan agama yang benar kepada yang batil demi mencapai maksudnya yang tertentu.

Nabi pernah menggambarkan orang-orang yang boleh membaca Quran dengan baik, tetapi bacaannya itu tiadalah melewati kerongkongnya, iaitu hanya sekadar bacaan dan bukan menjadi amalan. Mereka sebegini terlucut dari agama Islam bagai terlucutnya anak panah dari busurnya.

Dalam sebuah hadis yang lain: "Sesungguhnya perumpamaan orang munafiq yang membaca Quran adalah sebagai pohon kemangi, baunya wangi tetapi rasanya adalah pahit". Maksud hadis ini iaitu sesiapa yang berpura-pura adalah walaupun luaran begitu cantik, tetapi dalamnya adalah begitu jijik dan kotor, berwaspadalah terhadap orang-orang yang berpura-pura tahu, tetapi sebenarnyaapa yang keluar dari mulutnya adalah omongan kosang sahaja.

Dari hadis di atas dapat kita membuat kesimpulan bahawa orang yang mengajar ilmu pengetahuan secara lahir sahaja iaitu bukan sebab kebenaran yang dicari, tetapi nama dan kedudukan yang dihajati, maka ia adalah munafiq yang durjana. Malah ilmu yang diajarnya itu membawa kepada mudharat untuk semua manusia dan pada dirinya sendiri juga.

Hakikatnya, ulama yang alim yang beramal dengan ilmunya, dan mengajarkannya pula kepada orang lain maka dialah dikira sebagai orang yang mewarisi para nabi. Seorang alim yang tidak beramal dengan ilmunya, akan tetapi mengajarkan ilmu yang baik kepada org lain, maka nasibnya dalam bahaya, tetapi alim yang mempunyai ilmu tetapi tidak beramal dengan apa yang dia tahu malah tidak pula mengajarkan kepada orang lain, maka golongan manusia inilah yang teramat rugi dan bahaya.

Apatah lagi jika dia mencipta-ciptakan ilmu yang tak pernah wujud dan menyuruh orang melakukan yang salah dan perkara-perkara syubhat dan keliru, lagi teruklah azab bagi alim ulama sebegini.

Kita sebagai muslim mutaakkhir, wajib kita tahu untuk membezakan antara golongan-golongan ulama ini. Yang manakah yang tulen dan yang manakah bertopeng supaya kita tidak terjerumus ke dalam lubang kehancuran dek kerana kelemahan kita sendiri.

Sesungguhnya Allah memimpin sesiapa yang dikehendakiNya ke jalan yang lurus. Firman Allah dalam surah Al-A'raf ayat 175: "..dan bacakanlah kepada mereka berita orang yang Kami berikan keterangan-keterangan Kami kepadanya, lalu dibuangkannya. Sebab itu mereka didatangi oleh syaitan, dan syaitan itu termasuk dalam golongan yang sesat"

Wallahuwaklam.