---- B e r i t a ~~~ S e m a s a ---

Solatlah diawal waktu, perkara yang disukai Allah. Amalkan solat witir, kerana Allah menyukai witir(tidak berpasangan/ganjil). Banyakkan selawat keatas junjungan Nabi Muhammad SAW.

Tuesday, January 5, 2016

Alhamdulillah, kita bersyukur kerana masih ada peluang dan ruang untuk menyelami dan memahami tentang hakikat hidup sebenar, bila tabir disingkap segalanya akan terjawab, saat itu sudah telambat utk memperbaiki keadaan, semoga kita tidak tergolong dikalangan mereka yang dikatakan sedang tidur, terjaga bila nyawa telah berpisah dari badan.

Adakah sama?
20 tahun memandu
20 tahun mndirikan solat
Memandu cepat sampai ke lokasi
Solat lebih pnjang seharusnya, bukan mahu cepat salam diberi


Adakah sama?
Takutkan sesama makhluk
Takutkan Allah pemilik alam ini
Takutkan makhluk
Dia dekat kita lari
Takutkan Allah
Mahu lebih mendekatkan diri


Adakah sama?
Lazatnya makanan
Lazatnya ibadah
Lazatnya makanan perut kenyang tidur pnjang
Lazatnya ibadah ingin berjaga malam


Adakah sama?
Berniaga dengan manusia
Berniaga dengan Allah
Urusniaga dengan manusia ada untung ada rugi
Urusniaga dengan Allah tidak akan rugi kiranya pahala yang dicari


Adakah sama?
Kebahagian didunia
Kebahagian diakhirat
Bahagia dunia ada pnghujungnya
Bahagia akhirat kekal abadi
Renung2kan dan fikir2kan

Sunday, January 3, 2016

Alhamdulillah,  syukur kita bebas melakukan apa sahaja, moga kebebasan yang kita miliki masih dalam lingkungan rahmat Allah SWT, bukan bebas yang mengundang kemurkaannya dan jauh dari redhaNya.

Adanya kita
Bukan disengaja
Adanya kita
Telah direncana
Adanya kita
Bukan untuk selama-lamanya
Adanya kita
Ada tarikh luputnya
Adanya kita
Ada tugas untuk dilaksana
Adanya kita
Untuk bersedia secukupnya
Adanya kita
Adalah syarat untuk hidup dialam seterusnya
Adanya kita disini
Untuk dipanggil pulang bila-bila masa
Apa sahaja aktiviti hidup
Kita mulakan disini
Kesudahan disana
Pengakhiran bicara ku ini
Ku kan tahu
Disaat ku sudah tinggal hanya nama