---- B e r i t a ~~~ S e m a s a ---

Solatlah diawal waktu, perkara yang disukai Allah. Amalkan solat witir, kerana Allah menyukai witir(tidak berpasangan/ganjil). Banyakkan selawat keatas junjungan Nabi Muhammad SAW.

Monday, September 6, 2010

Selamat Menyambut IdilFitri 1431H


Majlis Khatam Quran - 1431H

Alhamdulillah, syukur kita ke hadhrat Ilahi, dengan izin dan limpahNya, kita telah pun menghampiri dihujung Ramadhan. Setelah 27 hari berada dibulan Ramadhan, terasa bagaikan begitu cepat Ramadhan akan melabuhkan tirainya.

25 Ramadhan lalu, kita telah mengadakan Majlis Khatam Quran yang dibimbing oleh Imam 2 Tn Hj Salleh b Abdullah. Majlis dimulakan dengan membaca Surah Ad-Dhuha dan diakhiri dengan An-Nas.
Peserta Tadarus pada kali ini seperti biasa disertai oleh berbagai peringkat dari anak-anak qariah, para bapa dan ibu-ibu. Program Tadarus bermula seawal 1 Ramadhan lagi.
Bacaan doa pula dibacakan oleh Imam 3, Tn Hj Radzuan b Ahmad. Ramai yang tersentuh dengan doa yang panjang lebar apatah lagi menyentuh soal-soal kehidupan seharian kita. Amin ya rabbal'alamin.
Majlis penyampaian cenderahati telah disampaikan oleh Y Bhg Dato' Muhammad Nazir b Meraslam yang sudi bersama-sama dalam khatam Quran. Cenderahati kali ini seperti tahun-tahun yang lalu merupakan sehelai kain pelikat dan sedikit kuih raya.

Nampak gayanya Bendahari kita kena cari hadiah lain lah pulak untuk Tadarus akan datang, paling tidak pun baju Melayu sepasang atau sekurang-kurangnya lengkap samping, songkok dan capal. Amacam?


Majlis diakhiri dengan jamuan satay dan mee hoon goreng, sungguh ceria ahli qariah semua, maklumlah perut dah keroncong, majlis pun ambik masa jugak tu...

Semoga Allah memberkati majlis kita dengan dilimpahi rahmat dan ganjaran yang berlipat ganda. Peluang sudah dihidangkan oleh Allah SNW, terpulanglah kepada kita semua untuk mengambilnya atau pun tidak. Insyallah