---- B e r i t a ~~~ S e m a s a ---

Solatlah diawal waktu, perkara yang disukai Allah. Amalkan solat witir, kerana Allah menyukai witir(tidak berpasangan/ganjil). Banyakkan selawat keatas junjungan Nabi Muhammad SAW.

Friday, July 25, 2008

Hadis 6


Nabi Muhammad s.a.w bersabda: "Barangsiapa yang memelihara sembahyang lima waktu dengan sempurna wuduknya dan di waktunya, adalah baginya cahaya dan tanda pada Hari Akhirat dan barangsiapa mensia-siakan, nescaya dikumpulkan dia (kelak dineraka) bersama-sama Firaun dan Hamam:"


Hadis Riwayat: Ahmad

Thursday, July 24, 2008

Hadis 5

Diriwayatkan dari Ibnu 'Umar r.a : Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda, "Sesiapapun yang mengambil sebidang tanah orang lain secara tidak adil, ia akan dibenamkan ke dalam tujuh bumi pada Hari Qiamat".

Wednesday, July 23, 2008

Hadis 4

"Barangsiapa menahan marah dan dia mampu menguasainya, maka Allah memanggilkan untuknya seorang bidadari yang dia pilih melalui penyeru-penyeru seluruh makhluk". Hadis Riwayat: Abu Daud, Tirmidzi dan Ibnu Majah.

Tuesday, July 22, 2008

Hadis 3

"Barangsiapa memohon kepada Allah syurga sebanyak 3 kali, maka berkatalah syurga: Ya Allah, masukkanlah dia ke syurga. Dan barangsiapa memohon kepada Allah agar dijauhkan dari neraka, maka berkatalah neraka: Ya Allah, jauhkanlah dia dari neraka."

Hadis Riwayat: Tirmidzi, Nasai, Ibnu Majah dan Hakim.

Monday, July 21, 2008

Takaful Khairat Keluarga

Insuran Khairat Keluarga Takaful akan luput pada 1hb Ogos 2008, oleh itu para pencarum diminta jelaskan premium baru sebanyak RM16.00 ( naik RM 1) selewat-lewatnya 29hb Julai 2008.

Hamzah-Bendahari SAT

Hadis 2:



Dari Abu Dzar berkata: "Kesayanganku telah memberi wasiat padaku (Rasul) agar aku banyak-banyak mengucapkan 'Laa haula walla quwwata illah billah' kerana itu adalah perbendaharaan syurga". Hadis Riwayat Ahmad.