---- B e r i t a ~~~ S e m a s a ---

Solatlah diawal waktu, perkara yang disukai Allah. Amalkan solat witir, kerana Allah menyukai witir(tidak berpasangan/ganjil). Banyakkan selawat keatas junjungan Nabi Muhammad SAW.

Thursday, January 19, 2012

Surau sedang dalam proses pembaikan

Assalamualaikum w.b.t
Bagi memberi keselesaan sebaik mungkin kepada para jemaah, pihak pengurusan Surau At-Tarbiyyah telah meluluskan projek membaiki tandas dan bilik air muslimin dan muslimat, merobohkan kolah dan tempat wuduk sediada, serta menjadikan kawasan tersebut sebagai laluan khas kepada muslimah sahaja.

Kawasan tersebut boleh dijadikan ruang solat dibulan Ramadhan jika keadaan memerlukan. Marmar atau "tiles" akan ditukar ganti dengan yang baru bagi memberi keselesaan dan imej baru surau kita.

Pihak pengurusan memohon maaf diatas kesulitan yang dihadapi oleh para jemaah bagi tempoh 3 minggu ini, lebih-lebih lagi pada malam Jumaat yang kebiasaannya diadakan majlis tahlil dan bacaan yassin.

Insyallah, selepas ini surau kita akan berimej baru dan berharap memberi keselesaan kepada para jemaah. Harap maklum.

Kelas Bimbingan Al-Quran


Assalamualaikum w.b.t.
Pihak pengurusan Surau At-Tarbiyyah mengalu-alukan pendaftaran baru bagi Kelas Bimbingan Al-Quran bagi anak-anak berumur dari 7 - 17 tahun yang akan bermula bulan Febuari'2012 nanti dengan kekerapan 3 hari seminggu.

Kelas bimbingan ini akan dibimbing oleh Ust Shahrolnizam dengan dikenakan yuran sebanyak RM30 sebulan. Pembelajaran Al-Quran ini amatlah penting dan menjadi wajib bagi kita sebagai seorang Islam, apatah lagi anak-anak yang diibaratkan kain putih yang bersih, bergantunglah kepada kita sebagai ibubapa mencorakkan rupa dan gayanya kain putih tersebut.

Gunalah sebaik mungkin peluang yang terhidang ini, semoga anak-anak kita dapat mendalami ilmu asas bacaan Al-Quran dengan betul. Kepada yang berminat bolehlah menghubungi Tn Hj Hamzah ditalian 019-240 2611 atau Sdra Fuad ditalian 019-275 6040.

Wednesday, January 18, 2012

Selamat Pengantin Baru Izzul & Aimi

Alhamdulillah.... Dengan rasa syukur yang tidak terhingga, dengan perancangan Allah yang Maha Agong, kedua-dua mempelai telah selamat disatukan. Izzul Ifwat bin Shahruddin dan Aimi binti Yahya telah selamat disatukan akhir tahun 2011 yang lalu dan telah diraikan dalam Majlis Perkahwinan dari pihak lelaki Sdra Shahruddin bin Hj Abdullah dan Pn Rohaya bt Abd Aziz pada hari Sabtu 7hb Jan 2012 yang lalu.

Kedua mempelai telah diraikan di Tiara Intan Condominium, Tmn Bukit Indah, Ampang yang dihadiri oleh sanak saudara kedua mempelai dan sahabat handai. Berlangsung pada sebelah malamnya yang dingin membolehkan para tetamu menikmati hidangan dan meraikan pengantin dengan lebih selesa.

Antara gambar-gambar yang sempat kami muatkan:


Kami memohon maaf atas kelewatan mengemaskini berita ini.