---- B e r i t a ~~~ S e m a s a ---

Solatlah diawal waktu, perkara yang disukai Allah. Amalkan solat witir, kerana Allah menyukai witir(tidak berpasangan/ganjil). Banyakkan selawat keatas junjungan Nabi Muhammad SAW.

Saturday, December 19, 2009

Perutusan kepada JAKIM/HDC

Perutusan kepada Pegawai JAKIM/HDC.
Assalamualaikum w.b.t
Tuan Hj Zainal HDC, terdapat satu restoran bernama German Deli Imbiss yang terletak di belakang Petronas Ampang Jaya dan Mc Donald, yang mana telah menggantungkan satu perkataan HALAL dipintu premis perniagaan mereka tanpa mendapat Sijil Halal daripada JAKIM/HDC.
Keadaan ini amat menghina sensitiviti orang-orang Islam, seolah-olah mudahnya Halal & Haram ini dipermainkan. Begitu juga dengan Restoran Bukit Indah Food Corner yang terletak di hadapan CALTEX Tmn Bukit Indah. Justeru itu mohon tuan menghantar pegawai tuan bagi membuat lawatan ke premis yang dinyatakan.
Sekian, terima kasih.

Zainal Rashid Zakaria.
Masjid Bukit Indah,

s.k : Imam, Timbalan Nazir dan AJK Masjid.

Selamat Menyambut Maal Hijrah 1431H

Assalamualaikum w.b.t
Sempena Awal Muharram yang baru kita sambut pada hari Jumaat yang lalu 18hb Dis 2009, pihak editor mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Menyambut Maal Hijrah 1431H, semoga kedatangan tahun baru Hijrah ditanam dengan semangat penuh iltizam dan hasrat untuk membawa perubahan dalam apa jua bidang pekerjaan dan kehidupan seharian.
Insyallah, semoga hari ini lebih baik dari semalam, dan esok pula tidak pula berkurang dari hari ni. Sama-samalah kita menyambut Maal Hijrah 1431H.