---- B e r i t a ~~~ S e m a s a ---

Solatlah diawal waktu, perkara yang disukai Allah. Amalkan solat witir, kerana Allah menyukai witir(tidak berpasangan/ganjil). Banyakkan selawat keatas junjungan Nabi Muhammad SAW.

Saturday, December 19, 2009

Perutusan kepada JAKIM/HDC

Perutusan kepada Pegawai JAKIM/HDC.
Assalamualaikum w.b.t
Tuan Hj Zainal HDC, terdapat satu restoran bernama German Deli Imbiss yang terletak di belakang Petronas Ampang Jaya dan Mc Donald, yang mana telah menggantungkan satu perkataan HALAL dipintu premis perniagaan mereka tanpa mendapat Sijil Halal daripada JAKIM/HDC.
Keadaan ini amat menghina sensitiviti orang-orang Islam, seolah-olah mudahnya Halal & Haram ini dipermainkan. Begitu juga dengan Restoran Bukit Indah Food Corner yang terletak di hadapan CALTEX Tmn Bukit Indah. Justeru itu mohon tuan menghantar pegawai tuan bagi membuat lawatan ke premis yang dinyatakan.
Sekian, terima kasih.

Zainal Rashid Zakaria.
Masjid Bukit Indah,

s.k : Imam, Timbalan Nazir dan AJK Masjid.

7 comments:

  1. tokey dia orang islam la..dan dia ade kilang sendiri kat glenmarie yg disijilkan halal:)

    ReplyDelete
  2. anyway, kalau betul depa kena tunjuk ler.. jangan sampai masyarakat Islam dikotak-katikkan.

    ReplyDelete
  3. Zainal Rashid Zakaria.Masjid Bukit Indah,
    Imam, Timbalan Nazir dan AJK Masjid.
    Tuan Hj Zainal HDC

    Assalamualaikum kepada Encik Zainal dan semua pelanggan Islam yang saya hormati,
    Pertama sekali ingin saya jelaskan disini iaitu kami tidak pernah mempamerkan logo sijil Halal Jakim memandangkan ianya di dalam proses permohonan dan kami tahu selagi ianya tidak mendapat kelulusan hanyalah perkataan HALAL dipintu masuk restoran dipamerkan kerana semua barang-barang yang dijual di restoran GDI adalah Halal kerana ianya dibekalkan oleh Syarikat kami sendiri iaitu kilang German Delicatessen Sdn Bhd di Shah Alam dan mempunyai sijil halal JAKIM yang mana tuan boleh perolehi dari kakitangan restoran kami. Sebagai tuan punya Restoran dan kilang yang beragama Islam kami masih lagi tahu Halal Haram untuk mendapatkan rezeki yang halal dan diberkati Allah s.w.t.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Puan Norlida Ismail,

      Saya adalah seorang penduduk Taman Bukit Indah Ampang meminta maaf bagi seluruh warga taman ini atas tuduhan yang dibuat oleh En . Zainal Rashid Zakaria terhadap perniagaan puan.

      Sebagai seorang anak kariah Masjid Bukit Indah, saya tidak faham bagaimana beliau boleh bertindak mewakili masjid itu sedangkan beliau tiada apa-apa jawatan di masjid tersebut. Saya percaya pihak masjid tersebutpun tidak tau menahu tentang apa yang cuba diperjuangkan oleh En. Zainal Rashid ini.

      Satu lagi aduan beliau mengenai sebuah kedai makan berhampiran Caltex itu saya rasa lebih kepada usaha beliau sebagai rakan kongsi satu lagi kedai mamak di sekitar Bukit Indah ini untuk membunuh pesaing beliau.

      Saya ucapkan maju jaya kepada Puan dan berbangga atas kejayaan Puan.

      Delete
  4. Tn Zainal dan rakan2, rasanya isu ni selesai kot.. Insyallah.

    ReplyDelete
  5. GO TO FACEBOOK - GERMAN DELI IMBISS TO SEE THE MENU

    ReplyDelete
  6. En. Zainal Rashid janganlah main hentam sahaja. Ini merosakkan periuk nasi orang.

    Terimakasih.

    ReplyDelete