---- B e r i t a ~~~ S e m a s a ---

Solatlah diawal waktu, perkara yang disukai Allah. Amalkan solat witir, kerana Allah menyukai witir(tidak berpasangan/ganjil). Banyakkan selawat keatas junjungan Nabi Muhammad SAW.

Wednesday, October 4, 2023

Ikhlas penentu amalan diterima

Betapa banyak amalan insan yang dipuji oleh ramai orang tetapi di sisi ALLAH ia tidak dihitung sebagai amalan soleh yang membawa ke syurga. Antara sebab utamanya, amalan tersebut tidak IKHLAS.

Perkataan ikhlas mudah disebutkan di lidah, tapi tidak semudah itu untuk ditetapkan dalam jantung hati insan. Ikhlas bermaksud hanya redha ALLAH yang menjadi tujuan dalam sesuatu amalan baik yang dilakukan. Tidak untuk pujian atau keredhaan makhluk. Tidak juga untuk sesuatu kepentingan dunia yang diinginkan.

Apabila ikhlas itu memenuhi jiwa dan amalan itu bertepatan dengan syariat, maka itu dinilai sebagai amalan soleh di sisi ALLAH. Di situ adanya keredhaan ALLAH dan ganjaran syurga yang dijanjikan. Dari situ juga, kebrkatan dalam kehidupan dunia ini dikurniakan.

Jika setiap kita merenung dan muhasabah diri sendiri, berapa banyak amalan kita yang memenuhi maksud ikhlas?! Maka, kita akan tahu bahwa mungkin seseorang yang disangka banyak melakukan amalan soleh, tapi ia di sisi ALLAH sekadar untuk dunianya sahaja, tidak untuk dibawa ke akhirat.

Pohon perlindungan dengan ALLAH daripada amalan yang kita perasan soleh, di akhirat kelak ia hanya debu yang berterbangan, tidak diterima di sisi ALLAH. Ketika itu bagaimanakah kedudukan timbangan amal baik dan jahat kita?! Manakah yang lebih berat setelah ditolak amalan yang tidak ikhlas?! Ia sangat merisaukan!!


- Dr Maza -



اللّٰهُمَّ اجْعَلْ فِى قَلْبِى نُورًا وَفِى بَصْرِى نُورًا وَفِى سَمْعِى نُورًا وَعَنْ يَمِيْنِى نُورًا وَعَنْ يَسَارى نُورًا وَفَوْقِى نُورًا وَتَحْتِى نُورًا وَأَمَامِى نُورًا وَخَلْفِى نُورًا وَعَظِّمْ لِي نُورًا

“Ya Allah, jadikanlah cahaya dalam hatiku, dalam penglihatanku, dalam pendengaranku, di kanan dan di kiriku, di atas dan di bawahku, di hadapan dan di belakangku, dan besarkanlan cahaya itu bagiku.”
(Hadis Riwayat Ahmad)


‎أَشْهَدُ أَنْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ، وَأَسْتَغْفِرُ اللهَ أَسْأَلُكَ الجَنَّةَ، وَأَعُوْذُ بِكَ مِنَ النَّارِ

“Aku bersaksi bahwa tidak ada sesembahan yang berhak disembah selain Allah dan aku memohon keampunan pada Allah, aku meminta syurga dan meminta perlindungan dari neraka.”



‎ربنا اٰتنا فى الدنياحسنة وفي الاخرة حسنة وقنا عذاب النار. وصل الله على سيدنا محمد وعلى اله وصحبه اجمعين. والحمد لله رب العالمين.