---- B e r i t a ~~~ S e m a s a ---

Solatlah diawal waktu, perkara yang disukai Allah. Amalkan solat witir, kerana Allah menyukai witir(tidak berpasangan/ganjil). Banyakkan selawat keatas junjungan Nabi Muhammad SAW.

Wednesday, October 22, 2008

Kubur Fatimah berkata

Dikisahkan bahawa sewaktu Fatimah r.a. meninggal dunia maka jenazahnya telah diusung oleh 4 orang, mereka adalah :-
  1. Ali bin Abi Talib (suami Fatimah r.a)
  2. Hasan (anak Fatima r.a)
  3. Husin (anak Faimah r.a)
  4. Abu Dzafrrin Al-Ghifary r.a
Sewaktu jenazah Fatimah r.a diletakkan di tepi kubur maka Abu Dzafrrin Al-Ghifary r.a berkata kepada kubur, "Wahai kubur, tahukah kamu jenazah siapakah yang kami bawakan kepada kamu ? Jenazah yang kami bawa ini adalah Siti Fatimah az-Zahra, anak Rasulullah S.A.W."

Maka berkata kubur, "Aku bukannya tempat bagi mereka yang berdarjat atau orang yang bernasab, adapun aku adalah tempat amal soleh, orang yang banyak amalnya maka dia akan selamat dariku, tetapi kalau orang itu tidak beramal soleh maka dia tidak akan terlepas dari aku (akan aku layan dia dengan seburuk-buruknya)."

Abu Laits as-Samarqandi berkata kalau seseorang itu hendak selamat dari siksa kubur hendaklah melazimkan empat perkara semuanya :-
  1. Hendaklah ia menjaga solatnya
  2. Hendaklah dia bersedekah
  3. Hendaklah dia membaca al-Qur'an
  4. Hendaklah dia memperbanyakkan membaca tasbih kerana dengan memperbanyakkan membaca tasbih, ia akan dapat menyinari kubur dan melapangkannya.
Adapun empat perkara yang harus dijauhi ialah :-
  1. Jangan berdusta
  2. Jangan mengkhianat
  3. Jangan mengadu-domba (jangan suka mencucuk sana cucuk sini)
  4. Jangan kencing sambil berdiri

Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud, "Bersucilah kamu semua dari kencing, kerana sesungguhnya kebanyakan siksa kubur itu berpunca dari kencing."
Seseorang itu tidak dijamin akan terlepas dari segala macam siksaan dalam kubur, walaupun ia seorang alim ulama' atau seorang anak yang bapanya sangat dekat dengan Allah. Sebaliknya kubur itu tidak memandang adakah orang itu orang miskin, orang kaya, orang berkedudukan tinggi atau sebagainya, kubur akan melayan seseorang itu mengikut amal soleh yang telah dilakukan sewaktu hidupnya di dunia ini.

Jangan sekali-kali kita berfikir bahawa kita akan dapat menjawab setiap soalan yang dikemukakan oleh dua malaikat Mungkar dan Nakir dengan cara kita menghafal.

Pada hari ini kalau kita berkata kepada saudara kita yang jahil takutlah kamu kepada Allah dan takutlah kamu kepada soalan yang akan dikemukakan ke atas kamu oleh malaikat Mungkar dan Nakir, maka mereka mungkin akan menjawab, "Ah mudah saja, aku boleh menghafal untuk menjawabnya."

Itu adalah kata-kata orang yang tidak berfikiran. Seseorang itu tidak akan dapat menjawab setiap soalan di alam kubur jikalau dia tidak mengamalkannya sebab yang akan menjawab ialah amalnya sendiri.

Sekiranya dia rajin membaca al-Qur'an, maka al-Qur'an itu akan membelanya dan begitu juga seterusnya.

Monday, October 20, 2008

Majlis Aqiqah cucunda Tn Hj Ghazali



Aqiqah ialah menyembelih binatang ternakan (al-An’am) yang dilakukan sebagai tanda kesyukuran kepada Allah s.n.w ke atas bayi yang baru dilahirkan.

Aqiqah hukumnya sunat muakkad.

Sabda Rasulullah SAW :

“Setiap anak menjadi gadaian sehingga disembelih aqiqahnya pada hari ketujuh kelahiran, dicukur rambut dan diberi nama”

Sebaik-baik aqiqah ialah disembelih dua ekor kambing @ dua bahagian drp lembu/kerbau/unta bagi bayi lelaki dan seekor kambing @ satu bahagian drp lembu/kerbau/unta bagi bayi perempuan.

Semalam, Ahad 19hb Okt 2008 bersamaan 19hb Shawal 1429H, Majlis Aqiqah telah selamat dijalankan di kediaman Tn Hj Ghazali Omar, untuk cucunda beliau Sharifah Nur Aleya.

Majlis dimulakan dengan bacaan Marhaban oleh Imam Masjid Bukit Indah dan disudahi dengan selawat ke atas junjungan Rasulullah s.a.w. Majlis juga menyaksikan acara mencukur jambul dan membelah mulut (memberi suapan manisan dari kurma)


Majlis mencukur jambul dimulakan oleh Tn Hj Ghazali sendiri selaku datuk kepada Sharifah Nur Aleya dan diikuti oleh para jemaah yang hadir.



Setelah doa dibacakan, para tetamu dihidangkan jamuan nasi Bukhari, dengan daging kambing aqiqah dan lain-lain. Diantara hikmah Aqiqah:
  1. Tanda kesyukuran kepada Allah di atas kurniaan zuriat.
  2. Menggalakkan amalan sedekah.
  3. Sebagai mengikuti sunnah Rasulullah s.a.w
  4. Mengukuhkan semangat persaudaraan dalam masyarakat.
  5. Membuang sifat kedekut, bakhil dan tamak dalam diri.
  6. Memulakan kehidupan seorang bayi dengan amalan kebaikan

Sambutan Hari Raya Idilfitri Surau At-Tarbiyyah

Sabtu, 18hb Oktober 2008 lalu, telah berlangsung Majlis Sambutan Hari Raya Idilfitri anjuran Surau At-Tarbiyyah diperkarangan masuk surau di Jalan Bukit Indah 1/20 dengan sederhana tetapi penuh keceriaan dan saling bersalam-salaman, bermaaf-maafan. Tak kira tua atau muda, tenaga dan kudrat digandingkan secara gotong royong bagi menjayakan majlis yang dirancang agar berjalan dengan lancar.


Tuan Pengerusi Ir Tn Hj Syed Salim(berketayap) berbaju melayu segak bersamping bersama Tn Hj Rasali sempat berposing sementara menunggu tetamu hadir.

Ada tetamu mengusik pengantin dan bapa pengantin, yang mana pengantin tak tau lah.... hehehee



Diantara gambar-gambar menarik yang sempat dirakam untuk tatapan semua, masih ada banyak lagi ....
Sila lawati laman web dibawah untuk slide show gambar-gambar Majlis Sambutan Idilfitri 2008

http://picasaweb.google.com/adinor88/RayaSurau2008#slideshow

Atau renungilah slide show kat bawah ni:

Sunday, October 19, 2008

Rumah terbuka Tn Hj Kamal

Pulau pandan jauh ke tengah,
Nasi lemak buah bidara,
Saling ziarah usah berlengah,
Raikan teman serta saudara....






Itulah yang terjadi pada hari Jumaat lalu lepas Isyak. Para jemaah At-Tarbiyyah beramai-ramai mengunjungi rumah terbuka Tn Hj Kamal. Perhubungan silatulrahim sesama jemaah tidak dapat dinafikan, inilah yang dituntut oleh agama Allah s.n.w. Lihatlah juadah yang dihidangkan, mmmm.... masing-masing apa lagi... santap!!





Amboi!!! Berlumba-lumba nak ambil juadah... anak-anak pun turut sama, bagi canlah kat kaum bapa tu dulu...




Ni apa kena pulak Abg Zul kita ni... dah merajuk pulak dah ke... Tn Hj Kamal tak pujuk lak dia... huhuhuhu.... adalah tu yang tak kena tu... Nak kata belum makan, mulut dah berminyak, orang pertama serbu kat meja tadi.... Agaknya panas badan tu... tengok butang baju Abg Zul... habis terbukak bang!!!!! ENO....... ENO...




Alhamdulillah!!! Ceria sungguh malam tu... tengoklah para jemaah, berhimpun sambil bersembang menikmati juadah .




Pengerusi kita pun ada. Makanlah Tuan Hj, tak gangguan dah... depa semua dah kenyang.... Pak syeikh sebelah tu pun kenyang...Amin