---- B e r i t a ~~~ S e m a s a ---

Solatlah diawal waktu, perkara yang disukai Allah. Amalkan solat witir, kerana Allah menyukai witir(tidak berpasangan/ganjil). Banyakkan selawat keatas junjungan Nabi Muhammad SAW.

Monday, October 20, 2008

Majlis Aqiqah cucunda Tn Hj Ghazali



Aqiqah ialah menyembelih binatang ternakan (al-An’am) yang dilakukan sebagai tanda kesyukuran kepada Allah s.n.w ke atas bayi yang baru dilahirkan.

Aqiqah hukumnya sunat muakkad.

Sabda Rasulullah SAW :

“Setiap anak menjadi gadaian sehingga disembelih aqiqahnya pada hari ketujuh kelahiran, dicukur rambut dan diberi nama”

Sebaik-baik aqiqah ialah disembelih dua ekor kambing @ dua bahagian drp lembu/kerbau/unta bagi bayi lelaki dan seekor kambing @ satu bahagian drp lembu/kerbau/unta bagi bayi perempuan.

Semalam, Ahad 19hb Okt 2008 bersamaan 19hb Shawal 1429H, Majlis Aqiqah telah selamat dijalankan di kediaman Tn Hj Ghazali Omar, untuk cucunda beliau Sharifah Nur Aleya.

Majlis dimulakan dengan bacaan Marhaban oleh Imam Masjid Bukit Indah dan disudahi dengan selawat ke atas junjungan Rasulullah s.a.w. Majlis juga menyaksikan acara mencukur jambul dan membelah mulut (memberi suapan manisan dari kurma)


Majlis mencukur jambul dimulakan oleh Tn Hj Ghazali sendiri selaku datuk kepada Sharifah Nur Aleya dan diikuti oleh para jemaah yang hadir.



Setelah doa dibacakan, para tetamu dihidangkan jamuan nasi Bukhari, dengan daging kambing aqiqah dan lain-lain. Diantara hikmah Aqiqah:
  1. Tanda kesyukuran kepada Allah di atas kurniaan zuriat.
  2. Menggalakkan amalan sedekah.
  3. Sebagai mengikuti sunnah Rasulullah s.a.w
  4. Mengukuhkan semangat persaudaraan dalam masyarakat.
  5. Membuang sifat kedekut, bakhil dan tamak dalam diri.
  6. Memulakan kehidupan seorang bayi dengan amalan kebaikan

No comments:

Post a Comment