---- B e r i t a ~~~ S e m a s a ---

Solatlah diawal waktu, perkara yang disukai Allah. Amalkan solat witir, kerana Allah menyukai witir(tidak berpasangan/ganjil). Banyakkan selawat keatas junjungan Nabi Muhammad SAW.

Sunday, April 11, 2010

Mesyuarat Tahunan Kali Ke-8 Dan Pencalonan AJK Sesi 2010 - 2013

Alhamdulillah, hari ini 11hb April 2010 bersamaan 26 Rabiulakhir 1431H, Mesyuarat Tahunan Kali Ke-8 dan Pencalonan AJK Sesi 2010 - 2013 telah selamat diadakan di Dewan Solat Surau At-Tarbiyyah, Taman Bukit Indah, Ampang.
Pendaftaran bermula seawal jam 9:00 pagi, dimana para ahli qariah dimestikan mendaftarkan diri dan dapatkan nombor ahli sebagai tiket layak mengundi. Nombor ahli adalah berdasarkan susunan abjad yang disediakan dan nombor tersebut tidaklah kekal.

Ahli qariah dihidangkan sarapan pagi oleh pihak surau antaranya Nasi Lemak Pak Leh dan karipap serta minuman.


Mesyuarat bermula tepat jam 9:30 pagi dipengerusikan oleh Tn Hj Riduan. Sebagai pembukaan majlis, doa telah dibacakan oleh Imam 1, Lt Kol Tn Hj Amran Haron dan disusuli ucapan alu-aluan pembuka majlis oleh Tn Pengerusi Surau At-Tarbiyyah Ir Tn Hj Syed Salim Syed Abu Bakar.

Pembentangan Laporan Tahunan Jawatankuasa Surau bermula dengan didahului oleh Setiusaha Surau At-Tarbiyyah Tn Hj Zakaria Mamat. Pembentangan Kewangan pula dibentangkan dengan jelas dan panjang lebar oleh Bendahari Sdr Hamzah Mohamad. Tahniah kepada Setiausaha dan Bendahari atas laporan yang lengkap.

Y.Bhg Dato' Muhammad Nazir telah dilantik sebagai Pengerusi Pencalonan bagi melantik AJK baru bagi sesi 2010 - 2013. Jawatan Pengerusi, Imam, Bilal dan Bendahari adalah dikekalkan sebulat suara. Bagi jawatan Setiausaha ahli sebulat suara bersetuju dipegang oleh Sdr M Fuad Md Nor. Bagi jawatan Pemeriksa Kira-Kira pula jawatan disandang oleh Y.Bhg Dato' Muhammad Nazir dan Sdr Aziz Atan.
Wakil Pemuda disandang oleh Sdr Mohd Zaini Shahril b Salleh atau lebih dikenali sebagai Along manakala wakil wanita disandang oleh Sdr Ustazah Hjh Asiah Husin. AJK pula terdiri daripada Hj Muhammad Fadzil b Bidin, Hj Mohd Rasali b Abd Rahman, Shaharudin b Abdullah, Hj Hairuddin b Jamin, Hj Noor Kamal Azlin b Abu Kassim, Hj Ab Rahim b Abu Hasan, Abu Hanifah b Lan dan Pn Latifah bt Abu Bakar.

Beberapa usul dan cadangan telah dibangkitkan. Mesyuarat telah ditangguhkan tepat jam 12.00 tengahari.
Semoga Allah memberkati majlis kita dan sentiasa dibawah lindunganNya. AMIN.

Antara gambar yang sempat dirakam:

Y.Bhg Dato' Muhammad Nazir sedang menunggu mesyuarat bermula.

Sebahagian muslimah yang hadir untuk mengambil bahagian dalam mesyuarat kali ke-8


Kaum muslimim sedang membaca buku laporan tahunan, kot-kot ada kemusykilan.


Mendengar dengar tekun apa yang diperkatakan dalam mesyuarat.

Sebahagian AJK baru yang dilantik. Isyhhh... Macam team bola je nih... Ada gaya!!!!


Yang ni tak lain tak bukan, hero kita dimana jua berada... Hasan Fathy dan Haziq..sedang melunaskan nasi lemak Pak Leh