---- B e r i t a ~~~ S e m a s a ---

Solatlah diawal waktu, perkara yang disukai Allah. Amalkan solat witir, kerana Allah menyukai witir(tidak berpasangan/ganjil). Banyakkan selawat keatas junjungan Nabi Muhammad SAW.

Friday, August 1, 2008

9 Mimpi Rasulullah s.a.w

Daripada Abdul Rahman Bin Samurah r.a berkata, Nabi Muhammad saw bersabda: "Sesungguhnya aku telah mengalami mimpi-mimpi yang menakjubkan pada malam aku sebelum di Israqkan........"
1. Aku telah melihat seorang dari umatku telah didatangi oleh malaikatul maut dengan keadaan yang amat menggerunkan untuk mengambil nyawanya, maka malaikat itu terhalang perbuatannya itu disebabkan oleh KETAATAN DAN KEPATUHANNYA KEPADA KEDUA IBUBAPANYA.
2. Aku melihat seorang dari umatku telah disediakan azab kubur yang amat menyiksakan, diselamatkan oleh berkat WUDUKNYA YANG SEMPURNA.
3. Aku melihat seorang dari umatku sedang dikerumuni oleh syaitan-syaitan dan iblis-iblis lakhnatullah, maka ia diselamatkan dengan berkat ZIKIRNYA YANG TULUS IKHLAS kepada Allah.
4. Aku melihat bagaimana umatku diseret dengan rantai yang diperbuat daripada api neraka jahanam yang dimasukkan dari mulut dan dikeluarkan rantai tersebut ke duburnya oleh malaikut Ahzab, tetapi SOLATNYA YANG KHUSUK DAN TIDAK MENUNJUK-NUNJUK telah melepaskannya dari seksaan itu.
5. Aku melihat umatku ditimpa dahaga yang amat berat, setiap kali dia mendatangi satu telaga dihalang dari meminumnya, ketika itu datanglah pahala PUASANYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT memberi minum hingga ia merasa puas.
6. Aku melihat umatku cuba untuk mendekati kumpulan para nabi yang sedang duduk berkumpulan-kumpulan, setiap kali dia datang dia akan diusir, maka menjelmalah MANDI JUNUB DENGAN RUKUN YANG SEMPURNANYA sambil kekumpulanku seraya duduk disebelahku.
7. Aku melihat seorang dari umatku berada di dalam keadan gelap gelita disekelilingnya, sedangkan dia sendiri di dalam keadaan binggung, maka datanglah pahala HAJI DAN UMRAHNYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT lalu mengeluarkannya dari kegelapan kepada tempat yang terang-benderang.
8. Aku melihat umatku cuba berbicara dengan golongan orang mukmin tetapi mereka tidakpun membalas bicaranya, maka menjelmalah SIFAT SILATURRAHIMNYA DAN TIDAK SUKA BERMUSUH-MUSUHAN SESAMA UMATKU lalu menyeru kepada mereka agar menyambut bicaranya, lalu berbicara mereka dengannya.
9. Aku melihat umatku sedang menepis-nepis percikan api ke mukanya, maka segeralah menjelma pahala SEDEKAHNYA YANG IKHLAS KERANA ALLAH SWT lalu menabir muka dan kepalanya dari bahaya api tersebut.

BERSABDA RASULULLAH SAW: "SAMPAIKANLAH PESANANKU KEPADA UMATKU YANG LAIN WALAUPUN DENGAN SEPOTONG AYAT"

Hadis 10

Dari Ayub al-Ansari, nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda:"Jangan kamu mengadap qiblat dan jangan kamu membelakangi qiblat ketika membuang najis atau air kencing, tetapi hendaklah kamu menghala diri ke arah timur atau barat."

Hadis Riwayat: Abu Daud

Thursday, July 31, 2008

Hadis 9


Daripada Abu Hurairah, Rasulullah s.a.w bersabda: "Sesungguhnya seseorang itu akan ditinggikan darjatnya di syurga." Dia berkata:"Kenapa?", "Kerana anakmu yang memohon keampunan untukmu"


Hadis Riwayat: Ahmad dan Ibnu Majah

Isra' Mi'raj

Pada malam 27 Rejab ketika Nabi Muhammad s.a.w sedang tidur, datang malaikat Jibril dan Mikail. Kedua-dua malaikat itu membawa Nabi ke telaga zam-zam yang tidak jauh dari Baitullah, Kaabah.
Di tempat itulah dada Nabi Muhammad s.a.w dibedah dan hatinya disucikan dengan air zam-zam. Setelah segala "kotoran" hati (sifat-sifat buruk seperti : sombong, iri, dengki, rakus dan lain-lain) dihilangkan, Jibril mengisinya dengan ilmu, iman, hikmah dan keyakinan.
Kemudian Jibril meletakkan cap kenabian pada pundak Nabi Muhammad s.a.w. Dari telaga zam-zam mereka berangkat ke Masjidil Aqsa dengan mengenderai Buraq. Di tengah perjalanan, Jibril beberapa kali meminta Nabi turun dan melaksanakan solat. Pertama di Madinah, kedua di Madyan, ketiga di Bukit Thursina, keempat di Baitlehem hingga sampai ke Masjidil Aqsa.

Dari Masjidil Aqsa Baginda bersama Jibril meneruskan perjalanan Mi'raj ke Sidratul Muntaha, iaitu suatu tempat tertinggi di atas langit ke tujuh. Dengan demikian mereka melintasi pintu-pintu langit dari yang pertama sampai pintu langit ke tujuh.

Setiap pintu langit dijaga oleh malaikat. Di langit pertama Nabi Muhammad s.a.w bertemu dengan Nabi Adam a.s. Di langit kedua Nabi Muhammad s.a.w bertemu dengan Nabi Isa a.s, Nabi Yahya a.s dan Nabi Zakaria a.s, di langit ketiga Nabi Muhammad s.a.w bertemu dengan Nabi Yusuf a.s, di langit keempat Nabi Muhammad s.a.w bertemu dengan Nabi Idris a.s, di langi t kelima Nabi Muhammad s.a.w bertemu dengan Nabi Harun a.s dan di langit keenam Nabi Muhammad s.a.w bertemu dengan Nabi Musa a.s, di langit ketujuh Nabi Muhammad s.a.w Nabi Muhammad s.a.w menyaksikan Baitul Makmur yang setiap harinya dimasuki 70,000 malaikat tanpa keluar lagi.

Seterusnya sampailah Nabi Muhammad s.a.w ke Sidratul Muntaha. Setelah menerima perintah Solat, nabi Muhammad s.a.w turun semula ke bumi.

Wednesday, July 30, 2008

Hadis 8

Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Sesiapa yang membaca Surah Al-Waqiah pada tiap malam, maka tidak akan menderita kemiskinan untuk selamanya"
Hadis Riwayat: Al-Baihaqi dari Ibnu Mas'ud r.a

Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Sesiapa yang berwuduk sahaja untuk menghadiri sembahyang Jumaat adalah sudah baik (memadai) akan tetapi siapa yang mandi, maka adalah terlebih baik."

Hadis Riwayat: Abu Daud.

Monday, July 28, 2008

Seorang Wanita

Perihal 24 keuntungan seorang wanita:
1. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada70 orang wali.
2. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada70 lelaki soleh.
3. Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk daripada 1,000 lelaki yang jahat.
4. 2 rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.
5. Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya daripada badannya (susu badan) akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yang diberikannya.
6. Wanita yang melayan dengan baik suami yang pulang ke rumah di dalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad.
7. Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.
8. Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami yang melihat isterinya dengan kasih sayang akan dipandang Allah dengan penuh rahmat.
9. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 malaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga, dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut.
10. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat.
11. Wanita yang memerah susu binatang dengan kalimah "bismillah" akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.
12. Wanita yang menguli tepung gandum dengan kalimah bismillah", Allah akan berkatkan rezekinya.
13. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti meyapu lantai di baitullah.
14. Wanita yang menjaga solat, puasa dan taat pada suami, Allah akan mengizinkannya untuk memasuki syurga dari mana-mana pintu yang dia suka.
15. Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada siang hari.
16. Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari.
17. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya, Allah mengurniakan satu pahala haji.
18. Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dikira sebagai mati syahid.
19. Jika wanita melayan suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat.
20. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 1/2 tahun), maka malaikat-malaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.
21. Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.
22. Jika wanita memicit suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tola emas dan jika wanita memicit suami bila disuruh akan mendapat pahala tola perak.
23. Wanita yang meninggal dunia dengan keredhaan suaminya akan memasuki syurga.
24. Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapat pahala80 tahun ibadat.

Hadis 7

Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Siapa yang menjadi saksi untuk merugikan seseorang dengan persaksian yang tidak benar, maka hendaklah menyiapkan tempatnya dalam neraka."
Hadis Riwayat: Ahmad dari Abu Hurairah r a.





Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Sesiapa yang membuat ibubapanya gembira (memberi keredhaan), maka sesungguhnya dia mendapat redha Allah s.w.t. Sesiapa yang menyakiti hati ibubapanya, maka sesungguhnya dia mendapat kebencian Allah s.w.t."
Hadis Riwayat: Bukhari