---- B e r i t a ~~~ S e m a s a ---

Solatlah diawal waktu, perkara yang disukai Allah. Amalkan solat witir, kerana Allah menyukai witir(tidak berpasangan/ganjil). Banyakkan selawat keatas junjungan Nabi Muhammad SAW.

Tuesday, December 21, 2021

Mari perbetulkan solat kita

 Semoga klip video ini dapat membantu dan mempersiapkan ilmu tentang solat kita. InsyaAllah









Monday, September 27, 2021

Monday, July 12, 2021

Jangan merendahkan orang lain walaupun dihati

 Jangan merendahkan manusia meskipun dalam hati


Suatu hari di tepi sungai Dajlah, Hasan al-Basri seorang Sufi besar melihat seorang pemuda duduk berdua-duaan dengan seorang perempuan. Di sisi mereka terletak sebotol arak.


Kemudian Hasan berbisik dalam hati, “Alangkah buruk akhlak orang itu dan baiknya kalau dia seperti aku..!”.


Tiba-tiba Hasan melihat sebuah perahu di tepi sungai yang sedang tenggelam. Lelaki yang duduk di tepi sungai tadi terus terjun untuk menolong penumpang perahu yang hampir lemas. Enam dari tujuh penumpang itu berhasil diselamatkan.


Kemudian dia berpaling ke arah Hasan al-Basri dan berkata, “Jika engkau memang lebih mulia daripada saya, maka dengan nama Allah selamatkan lah seorang lagi yang belum sempat saya tolong. Engkau diminta untuk menyelamatkan satu orang saja, sedang saya telah menyelamatkan enam orang”.


Bagaimanapun Hasan al-Basri gagal menyelamatkan yang seorang itu. Maka lelaki itu berkata padanya, “Tuan, sebenarnya perempuan yang duduk di samping saya ini adalah ibu saya sendiri, sedangkan botol itu hanya berisi air biasa, bukan anggur atau arak”.


Hasan al-Basri terpegun lalu berkata, “Kalau begitu, sebagaimana engkau telah menyelamatkan enam orang tadi dari bahaya tenggelam ke dalam sungai, maka selamatkanlah saya dari tenggelam dalam Kebanggaan dan Kesombongan”


Lelaki itu menjawab, “Mudah-mudahan Allah mengabulkan permohonan tuan”


Semenjak itu, Hasan al-Basri semakin dan selalu merendahkan hati bahkan ia menganggap dirinya sebagai makhluk yang tidak lebih daripada orang lain. 


Jika Allah membukakan pintu Solat Tahajud untuk kita, janganlah lantas kita memandang rendah saudara seiman yang sedang tertidur nyenyak.


Jika Allah membukakan pintu Puasa Sunat, janganlah lantas kita memandang rendah saudara seiman yang tidak ikut berpuasa sunat. Boleh jadi orang yang gemar tidur dan jarang melakukan puasa sunat itu lebih dekat dengan Allah, daripada diri kita.


Ilmu Allah sangat amatlah luas.


Jangan pernah Kagum atau Takjub & Sombong pada Amalanmu.


Sahabatku,,, indahnya nasihat ini semoga menjadi Pengubat Jiwa agar kita terhindar dari sifat Mazmumah.


Walau sehebat apapun diri kita jangan pernah berkata “ Aku lebih baik dari pada kalian, Aku lebih bersih dari pada kalian”


_(Imam Al Ghazali)_

Friday, June 11, 2021

Wednesday, May 12, 2021

 Doa dihujung Ramadhan




Tuesday, May 11, 2021

Aku bakal meninggalkan mu

Sebulan sudah aku menyapamu
Namun engkau palingkan mukamu
Sebulan sudah aku bersamamu 
Namun engkau tak menyambutku

Sebulan aku menjadi tamumu
Namun engkau tutup pintu hatimu
Sebulan aku menemuimu
Engkau biarkan aku  sendirian 

Engkau biarkan aku kedinginan
Aku engkau abaikan 
Aku engkau rendahkan 
Aku engkau sisihkan

Mengapa engkau tak gairah menyambutku 
Mengapa engkau tak berlumba berebut  lailatul qadarku
Sebulan  aku menemanimu
Aku tahu engkau berpuasa 

Aku juga tahu engkau masih gemar berselisih dengan tetangga
Lisanmu masih liar membara 
Lisanmu suka ghibah dan  nyebar fitnah 
Sedekahmu tak bertambah 

Kurang bersyukur banyak keluh kesah
Sebulan aku sudah menenuimu
Engkau mengaji sekadar kesenangan  bukan untuk kecintaan
Engkat Tarawih sekedar pergerakan badan bukan untuk ketenangan

Malam lailatul qadar  bertebaran tak kau kejar
Engkau juga biasa saja saat lailatul qadar 
Engkau  sibuk urusi hp dan acara favorite television mu
Engkau  menyesali diri bila sedikit telambat membuka hp-mu

Engkau menghentak marah sumpah serapah bila habis wang
Engkau tak sedih sedikit pun untuk menambah sedekahmu
Engkau tak susah walaupun semalaman tak mengaji 
Engkau sibuk  dengan gemerlap dunia dan angan-anganmu  

Sebulan aku  telah menemuimu 
Aku bertamu tanpa sambutan seperti yang ku mahu
Sebulan aku telah jadi tamumu
Namun engkau tak semangat menyambutku 

Sebulan aku telah jadi temanmu 
Namun engkau tak menyapaku
Aku mesti pulang 
Kembali ke pelukan Ilahi

Bila Allah berkenan
Sebelas bulan lagi kita pasti bertemu
Namun bila Allah tak berkenan 
Engkau tak bisa lagi menemuiku

Mungkin engkau telah jadi tulang belulang 
Sebulan aku menenuimu 
Allah telah menorehkan di kitab amalmu 
Bagaimana perlakuanmu atasku

Gembiralah engkau yang besemangat menyambutku
Syurga pasti jadi tempat huni akhirmu
Celakalah engkau yang lalai menyambutku 
Neraka akan menjadi hunian akhirmu

Ya Ramadlan 
Aku menangisi kepergianmu 
Aku menyesali membiarkanmu 
Aku menyesali tak gairah menyambutmu

Aku saksikan Ramadhan di balik pintu 
Ramadhan telah berkemas pulang
Kini benar-benar telah pulang tanpa 
Aku sesungguhnya meratapi kepulanganmu

Ramadlan telah hilang menembus awan
Tangisku makin tak terhalang
Ramadhan bulan maghfirah kusia-siakan 
Sedihku kini membumbung

Sesalku kini melambung 
Air mataku kini tak terbendung 
Aku mengutuki kebodohanku
Membiarkan Ramadlan yang belum tentu kutemui lagi 

Aku termenung seraya berdoa sambil menguras sedih dan air mata 
Ya Allah pertemukan aku dengan Ramadhan di tahun depan 
Kan ku sambut Ramadhan dengan gempita 
Kan ku kejar lailatul qadarnya di seluruh malam

Aku rindu Ramadhan
Aku cinta Ramadhan
Kembalilah Ramadlan 
Kukan peluk erat hangat hadirmu

Cium mesra dirimu
Ya Allah kabulkan doaku

Friday, May 7, 2021

Doa Akhir Ramadan

Ya Allah, jangan Kau biarkan Ramadhan pergi tanpa meninggalkan kesan keinsafan di hati-hati kami.

Ya Allah, jangan biarkan Ramadhan pergi tanpa membawa himpunan amal dan doa kami.

Ya Allah, jangan biarkan Ramadhan pergi tanpa islah dan kebaikan terhadap keperibadian kami.

Ya Allah, jangan biarkan Ramadhan pergi tanpa keampunan dosa-dosa kami.

Ya Allah, jangan biarkan Ramadhan pergi tanpa meninggalkan jejak-jejak ke syurga untuk kami.

Ya Allah, janganlah Kau biarkan Ramadhan pergi sebelum Kau tutup rapat pintu azab dan neraka Mu daripada tergelinciran kaki kami.

Ya Allah, lindungilah kami dari melakukan dosa dan kemaksiatan semasa dalam Ramadhan maupun selepas Ramadhan.

Ya Allah, sebelum mentari akhir Ramadhan berlalu pergi, Kau ampunilah kami dan Kau terimalah taubat kami.

Ya Allah, lindungilah semua anggota keluarga kami dari tipu daya dan fitnah dunia. Selamatkan setiap seorang dari kami dengan Iman dan taqwa. Jadikan kami calon syurgaMu. Sempurnakan akhlak kami dan lindungi kami dari godaan syaitan dan hawa nafsu.

Ya Mujibbasailin.
Limpahilah kami dengan sifat2 kebaikan dan terpuji.
Jadikan kehidupan kami di dunia ini tenang dan penuh rahmah dan mawaddah.

Ya Allah, Kau sempatkanlah kami bertemu lagi dengan Ramadhan Al Mubarak yang akan datang.

Ya Allah….Janganlah kau jadikan ramadhan ini sebagai yang terakhir buat kami, temukanlah kami dengan Ramadhan yang akan datang

Tapi, Andai ini Ramadhan terakhir buat kami, jadikankanlah puasa kami sebagai puasa yang Kau rahmati, jadikanlah ramadhan ini paling bererti, penuh dengan cahaya iman, menerangi kegelapan hati kami menuju redha serta kasih sayangmu ya Allah…jadikanlah ramadhan ini sebagai penghapus dosa2 kami..

Ya Allah…temukanlah kami dengan lailatul qadr…pilihlah kami dikalangan hambaMu yang dapat  beramal di malam al-Qadr….Ya Allah..terimalah amalan kami..terimalah taubat kami..ampunkanlah segala dosa kami...amankanlah kehidupan kami disana nanti yang kekal abadi… kurniakanlah kpd kami syurgamu yg maha luas nikmatnya… 


AMIN... YA ROBBAL AA LAMINNN

Friday, April 16, 2021


 

Thursday, March 18, 2021

Bagaimana Ingin Dikasihi Allah?

Secara umum kita mengetahui bahawa rahmat Allah begitu luas yang terkadang tidak terjangkau oleh akal fikiran kita dan tidak terhitung banyaknya.

Maka bagaimanakah pula cara-cara untuk mendapatkan rahmat atau kasih sayang Allah?  Salah satu caranya adalah  dengan berbuat baik dan berlaku ihsan serta mewujudkan sifat kasih sayang sesama manusia.

Manusia yang menyayangi saudaranya, pasti akan dikasihi Allah SWT. Sebaliknya orang yang tidak mengasihi, pasti tidak akan dikasihi oleh-Nya. Pernah terdapat seorang sahabat nabi yang mempunyai sepuluh orang anak, tetapi tidak pernah sedikitpun mencium anak-anaknya, lalu Nabi SAW bersabda:

“Sesiapa yang tidak mengasihi orang lain, maka dia juga tidak akan dikasihi oleh orang lain.”

(Hadis Riwayat Abu Daud dan At-Tirmizi)

Mengasihi anak yatim juga adalah merupakan sifat yang amat dicintai oleh Allah dan Nabi SAW. Adalah menjadi kewajipan kita untuk mengasihi dan memuliakan serta menjaga kebajikan mereka. Nabi SAW pernah bersabda yang bermaksud:

“Orang-orang yang bertanggungjawab mengurus anak yatim, baik dari keluarga sendiri atau tidak, maka aku dan dia seperti dua jari ini di syurga kelak.” Dan baginda memberi isyarat dengan merapatkan jari telunjuk dan jari tengah (ertinya berdekatan)”.

(Hadis Riwayat Imam Bukhari)

Selain itu, berbuat baik serta berlaku ihsan kepada haiwan juga adalah merupakan suatu sifat yang perlu kita semaikan dalam diri kita. Benar, memelihara haiwan ini memang amat dianjurkan dalam Islam, tetapi pemiliknya mestilah menjaga hak-hak yang sepatutnya diberikan kepada haiwan peliharaannya.

Oleh itu, jika kita ada memelihara haiwan peliharaan di rumah contohnya seperti ikan, kucing, arnab dan sebagainya, berilah makan dan minum kepada mereka dengan secukupnya, jagalah kebajikan mereka dengan baik agar haiwan tersebut dapat meneruskan kelangsungan kehidupannya dengan baik.

Pernah disebutkan dalam hadis bahawa ada pemilik haiwan yang diseksa kerana tidak memberikan hak yang sepatutnya kepada haiwan peliharaannya.

Nabi SAW bersabda yang bermaksud:

“Ada seorang wanita yang diseksa kerana seekor kucing yang dikurungnya sehingga mati. Wanita itu lalu masuk ke dalam neraka kerana kucing tersebut dikurungnya tanpa diberikannya makan dan minum dan tidak pula dibiarkannya bebas sehingga dia dapat memakan serangga tanah.”

(Hadis Riwayat Imam Bukhari)

Demikianlah beberapa contoh mudah tentang cara kita bersifat belas kasihan kepada seluruh makhluk Allah SWT di atas muka bumi ini. Oleh kerana itu, kita pasti akan dikasihi oleh Allah dan seluruh penduduk yang ada di langit jika memiliki sifat rahmat dan ihsan kepada seluruh makhluk-Nya. Mudah-mudahan ianya menjadi salah satu sebab untuk kita mendapat 99 lagi rahmat-Nya di Hari Akhirat kelak.

Tuesday, March 9, 2021

Jangan Menjadi Hamba  Terlaknat (Dimurkai)

Para sahabat  tercinta yang dimuliakan Allah.  
Hendaklah kita menyedari  bawa tujuan Allah menciptakan  kita agar kita beribadah kepada-Nya. Dengan menyedari tujuan hidup kita, akan menjadikan  kita bersemangat menapaki hidup ini dengan beribadah kepada Allah.  Kita akan selalu berusaha mendekatkan diri kepada Allah dengan berbagai cara berzikir,  solat,  sedekah,  berakhlak mulia,  puasa,  haji,  dan menjalankan ritual keagamaan lainnya. 

  Pendek kata semua aktiviti kehidupan yang dijalani hanya untuk beribadah  kepada  Allah. Dirinya bangga sebagai  hamba yang ahli ibadah yang selalu berzikir (mengingati) Allah di semua waktunya.
Apabila kita sebagai seorang mukmin yang  ahli ibadah maka kita akan merenungkan dengan sungguh sabda Rasulullah  SAW berikut ini.  


Rasulullah SAW bersabda, "
أَلَا إِنَّ الدُّنْيَا مَلْعُونَةٌ مَلْعُونٌ مَا فِيهَا إِلَّا ذِكْرُ اللَّهِ وَمَا وَالَاهُ وَعَالِمٌ أَوْ مُتَعَلِّمٌ
" Ketahuilah sesungguhnya dunia itu terlaknat dan segala isinya pun juga terlaknat, kecuali zikir kepada Allah dan apa yang berkaitan dengannya, dan orang yang alim atau orang yang belajar." (HR Tirmidzi)

Para sahabat  tercinta yang dimuliakan Allah.  
Kalau kita membaca sabda Baginda Nabi Muhammad  SAW di atas maka kita membuat menarik satu kesimpulan bahwa orang-orang  yang dimuliakan Allah itu adalah:
1. ahli zikir
2. ahli ilmu (ulama,  ustaz,  pemikir)
3. pecinta  ilmu (pelajar, pemerhati,  pembaca)
Kita harus berusaha keras menjadi salah satu , dua,  atau ketiga golongan di atas agar kita  dimuliakan Allah. Jangan sampai kita tidak termasuk dari ketiga golongan di atas itu agar kita tidak dilaknat (dimurkai) oleh Allah.

Para sahabat tercinta yang dimuliakan Allah.  
Allah memang membanggakan kepada hamba-Nya yang selalu  berzikir kepada Allah.  Allah memberi  peringatan  kepada manusia  bahawa semua pembicaraan di dunia ini (kalimat,  ucapan) yang bukan kalimat zikir  adalah membazir (sia-sia). Seseorang  yang banyak berbicara selain mengucapkan kalimat zikir akan menyebabkan hatinya keras (lalai).


Marlah kita baca hadis Rasulullah  SAW  yang menyatakan bahwa semua ucapan manusia hendaknya dimanfaatkan untuk berzikir  kepada Allah.  Hendaknya  pembicaraan apa pun yang kita lakukan kita kemas untuk berzikir (mengingat,  mendekatkan) kepada Allah.
Rasulullah  SAW bersabda, "
 لَا تُكْثِرُوا الْكَلَامَ بِغَيْرِ ذِكْرِ اللَّهِ فَإِنَّ كَثْرَةَ الْكَلَامِ بِغَيْرِ ذِكْرِ اللَّهِ قَسْوَةٌ لِلْقَلْبِ وَإِنَّ أَبْعَدَ النَّاسِ مِنْ اللَّهِ الْقَلْبُ الْقَاسِي

 Janganlah kalian banyak bicara tanpa berzikir kepada Allah, kerana banyak bicara tanpa berzikir kepada Allah membuat hati menjadi keras, dan orang yang paling jauh dari Allah adalah orang yang berhati keras." .(HR Tirmidzi)

Semoga Allah membimbing kita agar kita menjadi sebahagian dari tiga golongan (ahli zikir,  ulama,  pecinta ilmu) yang dimuliakan oleh Allah.  Semoga Allah menjadikan kita sebagai hamba yang ahli zikir agar hati kita menjadi hati yang damai (qalbun salim). 


Semoga  bermanfaat.  Amiin.

Monday, January 25, 2021

 Rasulullah Memakai Minyak Wangi, Ini Manfaatnya

Ibnu Qayyim al-Jauziyyah dalam kitabnya yang berjudul Ath-Thibban-Nabawi menyebutkan, wangi-wangian adalah salah satu yang paling disukai Nabi Muhammad dalam perkara dunia. Dalam sebuah riwayat disebutkan:
 
حَدَّثَنَا أَبُو نُعَيْمٍ حَدَّثَنَا عَزْرَةُ بْنُ ثَابِتٍ الْأَنْصَارِيُّ قَالَ حَدَّثَنِي ثُمَامَةُ بْنُ عَبْدِ اللَّهِ عَنْ أَنَسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ أَنَّهُ كَانَ لَا يَرُدُّ الطِّيبَ وَزَعَمَ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ لَا يَرُدُّ الطِّيبَ

Telah menceritakan kepada kami Abu Nu'aim telah menceritakan kepada kami Azrah bin Tsabit Al Anshari dia berkata; telah menceritakan kepadaku Tsumamah bin Abdullah dari Anas radliallahu 'anhu bahwa dia tidak pernah menolak (pemberian) minyak wangi, dan dia mengira bahwa Nabi SAW  juga tidak pernah menolak (pemberian) minyak wangi."
(HR Bukhari)

Menurut Ibnu Qayyim, wewangian memiliki khasiat bahawa para malaikat sangat menyukainya. Sementara, syaitan-syaitan amat membencinya.

"Bau yang wangi adalah makanan ruh, sementara ruh itu sendiri adalah pusat stamina, maka stamina juga meningkat melalui wewangian," kata Ibnu Qayyim.

Jadikanlah orang yang berdiri di samping kiri kananmu ketika solat merasa nyaman dengan harum perfume bukan dengan harumpeluhmu

Wednesday, January 13, 2021

 BANYAKLAH MENGINGATI ALLAH

Banyaklah membaca zikir pagi dan petang serta membiasakan diri membaca doa-doa sehari-hari karena zikir dan doa itu menguatkan jiwa dan hati kita, sehingga ia takkan goyah dengan izin Allah Ta’ala tatkala terkena musibah. Allah Ta’ala berfirman:

الَّذِينَ ءَامَنُوا۟ وَتَطْمَئِنُّ قُلُوبُهُم بِذِكْرِ اللَّـهِ ۗ أَلَا بِذِكْرِ اللَّـهِ تَطْمَئِنُّ الْقُلُوبُ

"Orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah-lah hati menjadi tenteram.”


(QS Ar-Ra’du : 28)

Monday, January 11, 2021

 Jalan Lapang Menuju Surga Allah

Para sahabat tercinta yang dimuliakan Allah. Banyak jalan yang mudah menuju surga Allah. Salah satu cara mudah menuju surga Allah adalah dengan menjadi orang yang gemar mengunjungi orang sakit. Dengan mengunjungi orang sakit kita boleh meningkatkan pundi pahala silatulrahim dan kita semakin banyak mensyukuri kesihatan kita.

Dengan mengunjungi orang sakit kita pun dapat memberikan semangat juang untuk si pesakit agar cepat sembuh. Dengan mengunjungi orang sakit menandakan bahawa kita termasuk orang yang beriman kerana mengunjungi orang sakit itu termasuk hak orang sakit yang harus kita berikan. Dengan mengunjungi orang sakit kita dapat mengambil hikmah bahawa kita harus makin banyak beramal salih ketika kita masih sihat sebelum datangnya  sakit. 


Karena besarnya hikmah dan pahala bagi orang yang mengunjungi orang sakit maka Allah menjanjikan rumah di syurga bagi pengunjung orang sakit. 


Perhatikan hadits qudsi berikut:


قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا زَارَ الْمُسْلِمُ أَخَاهُ فِي اللَّهِ عَزَّ وَجَلَّ أَوْ عَادَهُ قَالَ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ طِبْتَ وَتَبَوَّأْتَ مِنْ الْجَنَّةِ مَنْزِلًا


Rasulullah SAW Bersabda: Jika seorang muslim berkunjung kepada saudaranya kerana Allah maka Allah 'azza wajalla berfirman: 'kamu telah berbuat baik, dan menempati rumah di surga.' (HR Imam Ahmad)

Para sahabat tercinta yang dimuliakan Allah.
Rasulullah SAW mengingatkan kepada kita bahawa mengunjungi orang sakit itu termasuk kewajipan yang harus kiita laksanakan apabila memang ada kesempatan yg mendukungnya.


Rasulullah SAW bersbabda,"
أَطْعِمُوا الْجَائِعَ وَعُودُوا الْمَرِيضَ وَفُكُّوا الْعَانِيَ

Berilah makan terhadap orang yang kelaparan, jenguklah orang sakit dan bebaskanlah tawanan. (HR Bukhari).

Semoga kita boleh meluangkan waktu sejenak untuk mengunjungi orang yang sakit apabila ada kelapangan.  Apabila kita tidak mampu mengunjungi orang sakit ketika sibuk, maka mendoakan kesembuhan untuk di sakit sudah dapat mewakili mengunjunginya.  Semoga para sahabat dan kerabat yang sekarang diuji sakit tetaplah bersabar menerima ujian sakit ini seraya mengizinkan kita berdoa semoga cepat sembuh dan boleh beramal salih yang lebih baik daripada waktu sebelum ini. Amiin.
Semoga bermanfaat. Amiin.

 

Sunday, January 10, 2021

 Doa Dijauhkan dari Wabak
 
وَعَنْ أَنَسٍ – رَضِيَ اللهُ عَنْهُ – : أَنَّ النَّبِيَّ – صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ – كَانَ يَقُوْلُ : (( اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنَ الْبَرَصِ وَالْجُنُونِ وَالْجُذَامِ، وَمِنْ سَيِّئِ الْأَسْقَامِ )) . رَوَاهُ أَبُو دَاوُدَ بِإِسْنَادٍ صَحِيْحٍ.

Dari Anas r.a bahawa Nabi Muhammad (SAW) mengucapkan,  “ALLAAHUMMA INNII A'UUDZU BIKA MINAL BARASHI WAL JUNUUNI WAL JUDZAAMI WA MIN SAYYI IL ASQAAM"
(artinya: Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu dari penyakit kulit, gila, kusta, dan dari penyakit yang jelek lainnya).”

(HR Abu Daud, no. 1554; Ahmad, 3: 192. Syaikh Al-Albani mengatakan bahwa hadis ini sahih. Syaikh Salim bin ‘Ied Al-Hilaliy dalam Bahjah An-Nazhirin juga menyatakan bahwa sanad hadits ini sahih).

Saturday, January 9, 2021

 Orang yang Beruntung

Orang paling beruntung adalah dia yang jasadnya sudah terputus dari dunia (meninggal) sedangkan pahalanya tetap mengalir deras menghampirinya. Siapakah dia? Iaitu, Orang yang gemar menabung sedekah jariah.

Rasulullah Shalallahu Alaihi Wa sallam bersabda, "Jika seseorang meninggal dunia, maka terputuslah amalannya kecuali tiga perkara (salah satunya adalah): sedekah jariah."
(HR Muslim, No. 1631)

Menurut Imam An-Nawawi sedekah jariah dalam hadis ini bermakna wakaf. "Demikian pula sedekah jariah, yang itu merupakan wakaf …"
(Syarh Shahih Muslim, 11/85)


*Sedekah/Infak/Wakaf Sebesar Rasa Syukur Sahabat Terhadap Nikmat yang Allah berikan.

Ya Allah kurniakan kami rezeki yang baik, halal, manfaat, berkah, dan  jadi jalan ibadah.

Semoga Allah memberikan balasan yang berlipat dan rezeki yang berkah.

Yaa Rabb, Ampuni dosa dan kesalahan kami, terimalah amal ibadah kami, berikan keberkahan dalam hidup kami, matikan kami dalam husnul khatimah dan kumpulkan kami di syurga-Mu.

Aamiin Ya Rabb